02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 LTS 2005 Set 2 1 jam
UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK ---------------------------------------------------------
‘LEARNING TO SCORE 2005’ PENILAIAN MENENGAH RENDAH
BAHASA MELAYU Kertas 1 Satu jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.
Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan.
2.
Jawab semua soalan.
3.
Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang disediakan.
Set 2
Bahasa Melayu PMR
Soalan 1 hingga Soalan 7 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri telah mengambil tindakan yang ___________ kepada para peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati pada musim perayaan. A sewajibnya B sekerasnya C secukupnya D sewajarnya
2
Keharmonian rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. A berpandukan B berteraskan C bertiangkan D berbentuk
3
Polis berjaya ___________ demontrasi yang diadakan di hadapan bangunan mahkamah itu. A meleraikan B membantutkan C membubarkan D membolehkan
4
Pembinaan kilang di kampung ini secara tidak langsung ___________ peluang pekerjaan kepada para belia. A memain B memula C menyentuh D membuka
___________
sikap
mempercayai
5
Encik Mazlan mendapat ____________ daripada pihak polis kerana telah bekerjasama memberi maklumat sehingga tertangkapnya peragut bersiri. A. pengiktirafan B. penghargaan C. penghormatan D. penganugerahan
LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 2
dan
Set 2
Bahasa Melayu PMR
6
Ibu bapa perlu mengawasi kegiatan luar anak-anak secara ___________ agar mereka tidak akan terjebak dengan kegiatan yang boleh merosakkan mentaliti dan sikap anak masing-masing. A semua B menyeluruh C bersatu D ikutan
7
Usaha kerajaan menggubal Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah atas ___________ tentang pentingnya kesejahteraan yang sama rata antara penduduk di Malaysia. A kemahuan B kejayaan C kesedaran D keinginan
Soalan 8 hingga Soalan 14 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 8
Para pemimpin menggesa rakyat menyokong proses mempercepatkan pemulihan A B C ekonomi. Tiada kesalahan D
9
Majikan yang pernah berhentikan pekerja akan mengalami kesukaran mendapatkan A B tenaga kerja. Tiada kesalahan C D
10
Pada zaman gawat seperti ini, kaum belia patut merebut apa sahaja peluang A B pekerjaan yang ada. Tiada kesalahan C D
11
Ramai bekas pelajar-pelajar hadir dalam majlis makan malam yang dianjurkan oleh A B C Persatuan Mahasiswa Perak. Tiada kesalahan D
12
Sokongan perpaduan yang diberikan oleh para pekerja merupakan faktor utama A B kejayaan Datuk Hisham dalam dunia perniagaan. Tiada kesalahan C D
LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 3
Set 2 13
Bahasa Melayu PMR Amni membatalkan hasratnya untuk membeli baju itu kerana harganya amat mahal A B sangat. Tiada kesalahan C D
14
Azra tidak menyenangi sikap kakaknya yang suka mencampuri urusan peribadinya. A B C Tiada kesalahan D
Soalan 15 hingga Soalan 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 15
I II III IV A B C D
16
I
IV A B C D
Pendidikan agama dan pengalaman ialah faktor utama dalam bentuk akhlak seseorang itu. Ahli kaji purba telah menemui bongkah batu kapur yang pelbagai bentuk di dalam gua itu. Acuan simen itu telah berjaya saya bentuk selepas ditunjuk ajar oleh tukang simen. Bentuk bangunan itu sungguh unik. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV
I II III IV A B C D
Para pelajar mendengar ucapan daripada pengetua semasa perhimpunan. Pembahas daripada barisan pembangkang itu sungguh petah berhujah. Bangku yang diperbuat daripada batu itu tahan lama Ahli PIBG terdiri daripada ibu bapa dan guru I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja
II III
17
Atap rumah banglo itu diperbuat daripada genting yang diimport dari luar negara. Hubungan antara kedua-dua buah negara itu semakin genting dan bila-bila masa sahaja boleh meletuskan persengketaan. Tali itu sudah genting dan tidak sesuai lagi dijadikan tali timba. Campur tangan ibu bapa boleh genting lagi hubungan suami isteri itu. I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja
LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 4
Set 2
Bahasa Melayu PMR
Soalan 18 hingga Soalan 21 Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D. 18
Pasukan bomba dan penyelamat daerah telah bertindak ganas dan berusaha mengawal api daripada merebak ke rumah bersebelahan. A bertindak pantas dan berjaya mengawal B bergerak cepat dan berjaya melawan C bergerak segera dan pantas membendung D bertindak ganas dan berusaha mengawal
19
Sebanyak 98 murid miskin negeri ini telah mendapat bantuan basikal tahun ini bagi memastikan beban ibu bapa berkurangan menyara persekolahan anak-anak. A menyokong ibu bapa mengurangkan beban B menolong ibu bapa membeli basikal C membantu ibu bapa mengurangkan beban D memastikan beban ibu bapa berkurangan
20
Pak Ngah Zahari menceritakan tentang pengalaman pahitnya semasa menjadi buruh paksaan tentera Jepun. A bercerita tentang pengalaman pahit B menceritakan mengenai pengalaman pahitnya C bercerita tentang pengalaman pahitnya D menceritakan tentang pengalaman pahitnya
21
Penghalusan seni bertenun songket Terengganu telah menarik perhatian pelancongpelancong itu. A Kehalusan seni tenunan songket B Kehalusan seni menenun songket C Penghalusan kesenian tenunan songket D Penghalusan seni bertenun songket
Soalan 22 hingga Soalan 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22
Setiap guru harus menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar mereka. A Pelajar perlu diberi contoh teladan oleh guru mereka. B Setiap guru wajib menjadi teladan kepada pelajar mereka agar menjadi baik. C Setiap guru perlu menyampaikan teladan yang baik kepada pelajar mereka. D Setiap guru mesti menjadi contoh yang baik kepada pelajar mereka.
23
Suntikan kancing gigi diberikan kepada pelajar untuk mengelakkan mereka daripada jangkitan penyakit tersebut. A Pelajar diberi suntikan kancing gigi supaya mereka tidak mudah dijangkiti penyakit tersebut. B Suntikan kancing gigi dapat mengubati pelajar yang dijangkiti penyakit itu. C Suntikan kancing gigi berguna kepada pelajar yang dijangkiti penyakit tersebut. D Suntikan kancing gigi boleh menyebabkan penyakit tersebut kepada pelajar.
LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 5
Set 2
24
Bahasa Melayu PMR
Ahmad makan hati berulam jantung semenjak ditinggalkan oleh orang yang disayanginya. A Selera makannya hilang semenjak ditinggalkan oleh orang yang disayanginya. B Ahmad merana semenjak ditinggalkan oleh buah hatinya. C Ahmad kecewa kerana tinggal berjauhan dengan orang yang disayanginya. D Ahmad kecil hati semenjak ditinggalkan oleh si jantung hatinya.
Soalan 25 hingga Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 25
I II III IV A B C D
26
27
I II III IV
Datuk Badrul Hisham akan merasmikan pembukaan Dewan Kayangan pada malam ini. Kedua-dua pelajar itu didenda oleh Pengetua kerana dia menconteng dinding dewan. Kami memang tidak faham akan maksud kata-kata Zafran tadi. Semua kanak-kanak istimewa itu terhibur oleh pelbagai acara yang diadakan bersempena dengan Hari Kanak-kanak Sedunia. I dan IV sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja I, III dan IV sahaja
A B C D
Alatan elektrik dirosakkan apabila bekalan elektrik terlebih voltan. Pusat peranginan di tanah tinggi itu belum saya kunjungi lagi. Kelab Golf Awana Kijal menyediakan banyak kemudahan kepada ahlinya. Nenek Kumar mundar-mandir di halaman rumah sewaktu memerhatikan cucunya bermain. I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja
I II III IV A B C D
Negara-negara maju di dunia seperti Amerika Syarkat, Jepun dan Britain. Akan kita hadiri majlis kenduri kesyukuran itu. Raja yang kami sanjungi bersemayam di istana yang indah itu. Ensiklopedia yang kamu cari itu ada pada kakak saya. I dan IV sahaja II, III dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja
LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 6
Set 2
Bahasa Melayu PMR
Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini. 28
Ahmad seorang yang berpengalaman dalam bidang penulisan novel tetapi dia tidak suka menunjukkan kelebihannya. Keadaan ini dikatakan A bagai haruan makan anak B seperti ikan pulang ke lubuk. C bagai cembul mendapat tutupnya. D seperti harimau menyembunyikan kukunya.
29
Pilih peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi dalam gambar di atas. A. Bagai pinang dibelah dua B. Bagai bulan dipagar bintang C. Bagai sirih pulang ke gagang D. Bagai menatang minyak yang penuh
30
Pak Tam dikenali sebagai tokoh mahaguru silat yang terkenal tetapi beliau tidak berminat untuk mencurahkan ilmunya kepada anak-anak muda dikampungnya. Sikap beliau itu laksana … A api dalam sekam. B kacang lupakan kulit. C pokok yang tidak berbuah. D rumput di tepi jalan.
LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 7
Set 2
Bahasa Melayu PMR
Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. ORANG TUA YATIM
: :
ORANG TUA
:
YATIM
:
ORANG TUA YATIM ORANG TUA YATIM
: : : :
ORANG TUA YATIM
: :
ORANG TUA (SUARA
: :
ORANG TUA
:
YATIM
:
ORANG TUA
:
YATIM
:
ORANG TUA
:
YATIM
:
ORANG TUA (SUARA
: :
ORANG TUA
:
Kau tak pernah rasa kecewa? Tidak pak, kerana suratan takdir tadi, saya tetap berasa bahagia dan berasa syukur. Sebenarnya, maksud bapak kita harus sayangkan diri sendiri. Yang kurang disempurnakan. Yang sikit diperbanyakkan. Macam kamu ini juga, kau harus sayangkan dirimu … Saya faham, tapi sayangkan diri dan keluarga lebih mahal nilainya, pak. Saya tak berkeluarga. Bapak ada anak, bapak kenalah ... Kena apa, Yatim? Tugas bapak menjaga ahli keluarganya, anak-anak dari api neraka. Menjaga dari api neraka? Bagaimana? Aku tak faham! Kerana setiap kita akan dipersoalkan tangungjawab masing-masing. Kerana itulah persiapan kita yang penting untuk menghadap Allah. Menghadap Allah? Ya,kerana itu kita mesti membuat perhitungan dulu sebelum terlambat. Sebelum Allah memberikan perhitungan-Nya. Perhitungan bagaimana? Hai, manusia… sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. Takutilah Allah, sesungguhnya Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan!) Yatim! Kau dengarkah? (Dalam ketakutan.) Apakah benar Yatim? Aku belum … Bapak harus memulakan tekad dan azam baru. Jangan putus asa, pak. Tekad dan azam baru? Apakah aku kehilangan kedua-duanya? Katakanlah Yatim! Tahun ini kita harus banyakkan usaha, amal dan sumbangan. Biar tahun ini amalan kita bertambah lagi dari tahun-tahun yang lalu. Tapi bagaimana? Aku selama ini tak berbuat apa-apa. Apakah aku dalam kerugian, Yatim? Oh, bagaimana … cakaplah! (Menekan badan Yatim beberapa waktu.) Tolonglah aku sebelum terlambat. (Bangun dan berjalan mengelilingi Orang Tua). Bersabarlah, pak, Insya-Allah… Allah itu Maha Penyayang. Sentiasa memberikan peluang dan keampunan kepada hamba-Nya. Aku takut menghadapi-Nya! Hai, orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu . Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.) Tolong! Tolong aku, Yatim. (Dipetik daripada drama Asar Belum Berakhir, karya A. Rahim Abdullah, Antologi Anak Bumi Tercinta, A. Tingkatan 3, DBP)
LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 8
Set 2
Bahasa Melayu PMR
31
Mengapakah Yatim menyatakan bahawa “kita perlu bersiap sedia sebelum menemui Allah”? A Kita akan diuji dengan pelbagai ujian. B Banyak halangan yang perlu kita tempuh. C Semua orang akan ditanya tanggungjawab masing-masing. D Setiap orang akan dihukum jika gagal membuat persediaan.
32
Yang berikut merupakan pernyataan yang diluahkan oleh Orang Tua itu kecuali… A semua orang haruslah menghadapi kehidupan ini dengan tabah. B setiap orang hendaklah memperbanyak benda yang kurang. C kita perlu menyempurnakan sesuatu tanggungjawab. D semua orang perlu sayang akan diri sendiri.
33
Berdasarkan petikan, Yatim merupakan seorang pemuda yang … A gagah. B tampan. C beriman. D periang.
34
Peristiwa yang manakah yang menunjukkan peleraian cerita dalam drama Asar Belum Berakhir? A Yatim menasihati Orang Tua supaya bertaubat sebelum terlambat dan mengajaknya ke surau. B Imran memberitahu Orang Tua bahawa ada orang hendak berjumpa dengannya di surau. C Orang Tua sanggup mendermakan matanya kepada Yatim supaya Yatim dapat melihat. D Orang Tua hendak mewakafkan tanah peninggalan isterinya untuk dijadikan tapak masjid di kampung itu.
35
Apakah nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh Orang Tua berdasarkan petikan A Insaf akan kesalahannya. B Patuh akan peraturan. C Tolong-menolong. D Rajin berusaha.
LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK
itu?
Halaman 9
Set 2
Bahasa Melayu PMR
Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
PANTUN PERIBAHASA Buat bangsal di Pulau Daik, Menahan taut sambil mengilau; Kalau asal benih yang baik, Jatuh ke laut menjadi pulau. Hendak layari perahu payar, Angin berpuput di Laut India; Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabut nampaklah dia. Hendak belayar ke Teluk Betung, Sambil mencuba labuhkan pukat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.
(Dipetik daripada Antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3, DBP) 36
Bagaimanakah cara orang yang berketurunan baik menjalani kehidupan hariannya? A Menampilkan kualiti diri walau di mana kita berada. B Melakukan sebarang tindakan tanpa berfikir panjang. C Melahirkan rasa tidak puas hati dengan tnidakan orang lain. D Menunjukkan kehebatan kepada orang lain.
37
Sekiranya sesuatu perkara itu sudah tentu diperoleh, kita … A tidak perlu melakukan sesuatu perkara dengan tergesa-gesa. B mesti segera lakukan. C harus berdiam diri. D tidak perlu berpeluk tubuh menunggu bulan jatuh ke riba.
38
Apakah fungsi peribahasa dalam masyarakat? A Penyampai maklumat dan sindiran. B Teguran dan sindiran. C Teguran, sindiran dan nasihat. D Nasihat, penyampai maklumat dan jenaka.
39
Apakah maksud rangkap ketiga pantun di atas ? A Bersatu padu dan sepakat akan menghasilkan kejayaan. B kerja yang berat dibuat oleh semua ahli masyarakat. C masing-masing dengan tanggungjawab sendiri. D setiap orang hanya memainkan peranan yang ditetapkan.
LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 10
Set 2 40
Bahasa Melayu PMR Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam “ jatuh ke laut menjadi pulau” ialah A aliterasi. B asonansi. C simile. D personifikasi.
KERTAS SOALAN TAMAT
LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 11