Petikan Hikmah: Insan Menuju Ketaqwaan... 12 Sifat Sahabat 01.
Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
02.
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
03.
Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, nescaya ia akan membantumu.
04.
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, nescaya ia akan menerima dengan baik.
05.
Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan)daripadamu, nescaya ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
06.
Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, nescaya ia akan menutupnya.
07.
Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, nescaya ia akan mengusahakannya.
08.
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), nescaya ia akan menanyakan kesusahanmu.
09.
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, nescaya ia akan meringankan kesusahanmu.
10.
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11.
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12.
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia akan mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Petikan Kitab 'Bimbingan Muslim' - Imam Al-Ghazali
15 PERKARA YANG MENURUNKAN BALA' Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasullullah S.A.W bersaabda; "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala' pasti akan turun kepada mereka, yaitu; 01. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. (Kronisma). 02. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 03. Zakat dijadikan hutang. 04. Suami memperturutkan kehendak isteri. 05. Anak derhaka terhadap ibunya Sedangkan si anak berbaik-baik dengan kawannya Dan i anak suka menjauhkan diri dari ayahnya. 08. Suara sudah ditinggikan didalam masjid. 09. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang-orang yang terhina dikalangan mereka. 10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 11. Arak sudah diminum merata tempat. 12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki. 13. Para artis-artis disanjung tinggi. 14. Muzik banyak dimainkan. 15. Generasi akhir umat ini menyalahkan generasi pertama (sahabat). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain." Hadis Riwayat Tarmizi.
MAJLIS ZIKRULLAH Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para malaikat selalu mengelilingi bumi. Para malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikrullah, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit. Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakkan mereka, dengan firmanNya:
Dari mana kamu datang? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dariMu. Allah s.w.t berfirman:
Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dariMu. Allah berfirman:
Apakah mereka pernah melihat SyurgaKu? Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan. Allah berfirman:
Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat SyurgaKu? Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripadaMu perlindungan. Allah berfirman:
Mereka pohon perlindunganKu dari apa? Para Malaikat menjawab: Dari NerakaMu, wahai tuhan. Allah berfirman:
Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman:
Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat NerakaKu. Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunanMu. Allah berfirman:
Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan. Para Malaikat berkata lagi: Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hambaMu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu. Allah berfirman:
Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan. [Bukhari& Muslim]
Amalan Zikir Harian
20 PERKARA 'JANGAN'. 01. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. 02. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. 03. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 04. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 05. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 06. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 07. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 08. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 09. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. 11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. 14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. 15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.