Perutusan Khas Cuti sem ii Sesi 2008/ 2008/ 09 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt.... Buat semua anak didik pelajar KMPk yang amat saya sayangi, kasihi dan ingati sekalian.......Segala puji bagi 4W1 tuhan seru semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad dan para sahabat. Bersua kembali secara maya buat yang sekian kalinya...mungkin buat kali yang terakhir saya mencoretkan celoteh saya di kotak pemikiran anda. Salam percutian sempena tamat peperiksaan akhir sem II program matrikulasi sesi 08 / 09. Insya 4W1... anda semua akan bercuti selama 2 bulan setengah sehingga awal bulan Julai. Diam tak diam dah stat cuti panjang.... kalau kat sekolah cuti hujung tahun. macam saya kata dulu masa mula2 anda masuk ke KMPk. Diharapkan anda pulang bercuti ke rumah sama ada di bandar atau di desa dengan hati yang penuh keceriaan untuk menemui keluarga tercinta.... Insya 4W1. masa seumpama pemetik api. begitu pantas masa berlalu.... maka anda telah berjaya menamatkan pengajian matrikulasi anda di KMPk. So mulai sabtu 18 April anda bukan lagi warga kolej matrikulasi perak dengan rasminya. Dengan kata lain anda bebas dari pergi ke kuliah... membuat latihan tutor dan membuat amali. Kebebasan tanpa batasan.... betul tak? anda juga baru sahaja tamat menghadapi final bermula 13/4 dan berakhir 17/4. bersamaan hari Jumaat. dan hari nie adalah hari terakhir anda berada di sini.<macam ayat sedih aje> Bermacam2 pengalaman, ilmu, kawan2 dan ragam pensyarah yang anda jumpa dan perolehi.... dari yang sebaik2 kepada yang.... <sambung sendiri>. Manfaatkanlah masa cuti 2 bulan setengah anda ini untuk melawat sedara mara, rakan2 sekampung dll. Jangan hanya duduk di rumah saja menonton tv. Kang di kata orang sebagai kera sumbang. Tolong lah ibu anda di dapur bagi yang perempuan. Yang lelaki pula kalau melihat rumput di laman rumah dah panjang maka terbas lah.... Keluarkanlah sedikit peluh.... barulah badan anda sihat.... tak gitu? Carilah kerja sambilan untuk menambah pengalaman. Anda semua dah besar dan di ambang kedewasaan. Yang perempuan dah boleh kahwin... tapi masih tak cukup matang.... hee hehehe jangan marah, ok. saja ajer usik... aper...? nak kahwin jugak... boleh tapi tunggu lah abih degree dan ader yang masuk meminang.... tapi kalau senduk dengan lesung pun tak pernah pegang,..... payah citer nya. apa makna nya nie....??? hantaran sekarang 10k. Buatlah muhasabah diri. Tanya pada diri sendiri apakah selama setahun anda berada di program matrikulasi anda telah buat apa yang sepatut nya seorang pelajar perlu buat...? adakah selama setahun ini juga anda studi bersungguh2 atau anda hanya bermain game seperti DOTA, PES atau crazy taxi...? tapi bukan itu yang ingin saya sampaikan di sini. berapa kalikah anda berjumpa pensyarah anda sebelum cuti untuk memohon maaf dan minta keberkatan atas ilmu yang anda pelajari? sekali, 2 kali... atau langsung tak pernah? ingat peratus kebarangkalian seseorang pelajar mendapat 4 flat adalah berkadar terus dengan rasa hormat kepada pensyarah yang mengajar. kenapa? ,,,.... tak percaya??? tapi kan ader student kata kat saya yang dia nak jumpa pensyarah dia macam mana... aras berapa kubikel belah mana pun dia tak tau tempat kubikel pensyarah yang mengajarnya. Nasib baik dia tau kat mana blok pentadbiran. betul lah tu... sebelah pejabat pentadbiran kolej. haru sungguh pelajar pesen macam nie. <ekau lobih konal pemandu dan auntie konduktor bas KINTA dari pensyarah anda> Anda boleh bayangkan tak kehidupan seorang insan yang ilmunya tak berkat....? semua kerja tak menjadi. Kerja asyik bertukar.... hati tak tenang walaupun hidup senang dan lenang....keluarga tak bahagia walaupun dapat isteri cun melecun. anda nak jadi macam insan yang saya sebutkan ke tu.... biasa dengar pantun nie kan...? berguru kepalang ajar bagai flower kembang not proper. Hormatilah cifu anda sama macam anda hormat ibu bapa anda. nescaya anda berbahagia di dunia dan akhirat. Insya 4W1. Kebahagian hidup anda di kemudian hari directly propotional dengan sejauh mana anda hormat semua cifu anda... dari tadika sampailah ke matrik. So moral of the story is learn from your mistake ok... and important thing.... do not do silly mistake. Anda bercuti panjang bukanlah bermaksud anda balas dendam pada diri sendiri. kalau anda tak cukup tidur di matrik... selama cuti anda nak tidur sepanjang masa. saya faham anda tak cukup rehat selama setahun belajar di matrik. tetapi tolonglah ingat pesanan saya ini.... cuti bukanlah sebenar nya cuti pada erti kata sebenarnya. cuti seorang pelajar dengan seorang pekerja contoh nya saya sebagai pensyarah langsung tak sama.... <pas ni saya nak jadi busines man... yang beriman ler..> macam langit dengan bumi. So jangan samakan cuti anda dengan cuti saya dengan menggunakan penyelesaian persamaan serentak atau arrhenius equation. Tak pun Nernst equation. Anda sebenarnya hanya bercuti bukannya bercuti dari BELAJAR. ok masih tak faham? anda belajar di matrik dengan cara pergi ke kuliah, kelas tutoran dan amali, betul? maka anda bercuti dengan cara tak perlu pergi ke kelas selama 2 bulan setengah. lepas nie sambung lah rutin yang sama di universiti untuk selama 4 tahun bersamaan 8 semester. Itu saja. itulah maksud cuti yang sebenar2 nya bagi mana2 pelajar. tak kira pelajar sekolah ker matrik ker mahupun U. ok saya ulang sekali lagi. cuti anda adalah cuti yang mana anda tak perlu hadir ke kelas... bukan nya anda cuti belajar. Selagi anda bergelar
pelajar.... tak der istilah cuti dalam erti kata yang sebenar2 nya.... belajar tetap belajar tak semesti nya perlu hadir ke kuliah. kat rumah pun anda boleh belajar. yang penting HATI... nak ke tak nak itu saja... nak seribu daya tak nak dalih nyer berjuta. Tuntut lah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad. anda melayari internet pun dikira belajar. Tengok ASTRO channel 551-555 pun dikira belajar. yang lelaki pulak... rajin2 lah solat 5 waktu berjemaah kat masjid atau surau di tempat anda taman perumahan atau kampung... boleh? kepada yang tak dapat jawab solan kimia final sem II ari Jumaat semalam... tak perlulah anda berSEDIH pada perkara yang tak sepatut nya anda mesti bersedih. Itu semua hanyalah indicator diri anda selama mana anda belajar di semester yang kedua ini.... sama ada anda dah bersedia, atau langsung tak bersedia... atau baru nak warming up. Istilah yang saya gunakan orang lain dah sampai ke bulan anda baru nak turun tangga. di sini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua sebagai bekas pelajar KMPk sesi 2008/09. Pengalaman jaga satu pusat peperiksaan. pagi isnin hari pertama paper BI I ok. Alhamdulillah. berjalan lancar. petang paper math I. 2 jam. seorang pelajar pompuan tiba2 tak leh jawab. sakit senggugut. so ketua pengawas
terus bagi pain killer. Alhamdulillah. tapi bagi extra time 20 minit la lagi. itu pun atas budi bicara ketua pengawas. sayugia diingatkan di sini yang anda layak mendapat masa menjawab tambahan hanya pada 3 situasi. pertama anda pengsan. kedua pitam dan ketiga sawan atau gila. sakit tidak termasuk. tau kenaper...? jawapan nya takut nanti bila student tak dapat jawab soalan dia buat2 sakit... payah bila jadi trend. biler citer paper math nie kan... ramai rakan pengawas yang juga pensyarah math kata soalan teramat lah susah nya. susah giler. giler pun tak susah macam soalan math tu. pendek kata asal susah... giler, asal giler... susah..... payah….payah. nie yang problem nie.. ada pelajar tersalah antar sms kepada saya lebih kurang begini bunyi nya.."susah giler soalan. macam out silibus. nenek moyang aku pun tak pernah set soalan susah giler cam nie." nasihat saya... jangan sesekali give up. life must goes on. ada hikmah di sebalik Nya. kita merancang. tuhan pun merancang. tapi perancangan tuhan itu lebih sempurna. maksud ayat Quran. Kuatkan semangat. nasib baik lah ari Rabu tak der paper. naper? melaka cuti umum negeri pengisytiharan melaka sebagai bandaraya bersejarah. aper pun lecturer unit bio dan fizik la pening... naper? student sms kata dah give up masa jawab math. paper bio dan fizik pun boleh tahan gak susah tahap cipan nya. so kenalah lecturer unit bio dan fizik pujuk dan beri kata2 semangat sebagai memulihkan semangat pelajar yang telah jatuh merudum akibat 'tsunami math ari isnin' i.e cooling down. Samapai sampai jadi demotivate. saya teringat satu penyataan yang berbunyi... bagi soalan senang mirip soalan tutor pun tak leh jawab. . so bagi ajer lah soalan paling susah di alam semesta. so munasabah la bila kata kat orang kampung naper tak leh jawab soalan periksa... soalan susah. abih citer. Anda setuju ker dengan statement tu…? Sebenarnya banyak lagi yang lain. Perkara yang paling dikhuatiri semasa exam adalah calon melakukan penyelewengan akademik. biasa nya membawa masuk bahan terlarang contoh nya nota atau toyol. sem I dahulu di kolej matrik di selatan tanah air pelajar siap balik ke bilik asrama selama 1/2 jam baca buku. mulanya pelajar nie nak ke tandas. tapi pengawas tak iring dia ke tandas. tu satu perkara. so ingatan saya bila dah tertangkap tu... anda jawab la sendiri. kes pertama di KMPk pelajar 'ter'bawa masuk sehelai nota ke dalam bilik peperiksaan juga pada hari pertama PSPM. siap letak atas meja lagi. tu yang tak tahan tu. nak cakap pun tak guna. dah pesan banyak kali. masa taklimat, masa setiap kali sebelum mula exam. Jika terbawa masuk bahan terlarang... sila letakkan di luar bilik peperiksaan. pelajar ini tertangkap lagi 15 minit peperiksaan nak tamat. mana2 exam pun sama. matrik ke, U ke,... jangan melakukan penyelewengan akademik semasa exam. Ini ingatan untuk anda yang masih bergelar pelajar dan bakal bergelar mahasiswa bulan Julai nanti. Insya 4W1. jadikan kisah tadi sebagai satu pengajaran buat diri anda. jangan sesekali meniru semasa exam. buruk padah nya. anda mampu mengubah nya. bukan aper. nanti sapa yang malu... diri sendiri serta mereka dan keluarga mereka...