IPBA/T/14/100/111 Jld.20(
)
6 Februari 2009
Dato' Mohd Nadzmi Mohd Salleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara, Jalan 1 / 70 D, Bukit Kiara 60000, Kuala Lumpur. Tuan, PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN ILMIAH KE PEJABAT PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA (BAM) Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2.
Sehubungan itu dengan segala hormatnya pihak Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA) ingin memohon kebenaran pihak tuan agar pelajar kami daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Tahun 3, dapat mengadakan lawatan ilmiah yang berkaitan dengan mata pelajaran Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan di tempat tuan. Berikut adalah butir-butir mengenai lawatan tersebut: Program : Lawatan Ilmiah ke Pejabat Persatuan Badminton Malaysia Tarikh : 18 Februari 2009 Masa : 1.30 – 5.00 petang Tempat : Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara Jumlah pelajar: 5 pelajar
3. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan perkara ini. Kerjasama daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Yang menurut perintah,
(SATINAH BT. SYED SALEH) Timbalan Pengarah Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur.