Perlukah Manusia Kepada Tuhan

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perlukah Manusia Kepada Tuhan as PDF for free.

More details

  • Words: 10,587
  • Pages: 42
Perlukah Manusia Kepada Tuhan? “Kalau kamu setuju bahawa kamu perlukan Tuhan dalam hidup ini, baru saya boleh jelaskan mengapa kamu kena solat. Jika kamu setuju bahawa kamu perlu bersolat kerana kamu perlukan Tuhan dalam hidup ini, baru saya boleh jawab soalan mengapa kamu kena pakai tudung!”, itu penjelasan yang sering saya ulang di dalam ceramah, ketika mengulas perbualan saya bersama dengan dua remaja yang memaksa saya memerah diri untuk membezakan di antara presented problem dengan real problem. Masalah yang kelihatan ialah dirinya enggan memakai tudung, enggan bersolat, mahu membela anjing di rumah dan benci kepada JAIS yang menangkap artis di The Zouq, Jalan Ampang. Tetapi masalah yang lebih besar, adalah kegagalan beliau melihat, apakah beliau perlu kepada Tuhan dalam hidup ini? Justeru masih relevankah agama dalam saki baki kehidupan dunia akhir zaman ini? Jika persoalan “perlukah manusia kepada Tuhan” tidak diselesaikan, kita mahu membebel marahkan orang yang enggan bersolat, kita mahu menyuruhnya bersolat untuk menyembah apa? Menyembah siapa? Seandainya hal ini tidak selesai, segala nasihat tentang tudung, aurat, berpakaian sopan dan sebagainya… adalah seumpama bunyi motor rempit melintas jalan di depan rumah. Mengganggu ketenteraman awam, dan menyakitkan telinga. Cabaran terbesar bagi saya sebagai seorang pendakwah, adalah untuk mengajak manusia berfikir, “perlukah mereka kepada Tuhan?” Itulah sebesar-besar persoalan yang mesti diselesaikan, sebelum segala wacana agama mahu diketengahkan. Sekurang-kurangnya Sheikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri telah memulakan kitabnya bertajuk Aqidah al-Mu’min, dengan topik, “Keperluan Manusia Kepada Aqidah”. Persoalan mengapa manusia perlu kepada agama, didahulukan sebelum aspek-aspek lain diketengahkan untuk perbahasan. Namun sejauh mana pendakwah menghalusi keperluan menyelesaikan soalan ini seperti yang ditunjukkan oleh Sheikh Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri, sebelum dengan mudah kita berbahasa klise, “Aqidah Itu Penyelesaian”? Inilah isu yang memaksa saya untuk meneliti persoalan-persoalan asas tersebut, kerana saya amat terganggu dengan hakikat semasa bahawa manusia sudah terputus talian dengan Tuhan. Jika di era hidup yang serba susah, kita menyuruh manusia beriman kepada Tuhan demi mencari kekuatan, ia tidak rumit. Tetapi dalam suasana kehidupan manusia yang serba ada pada hari ini, bagaimanakah Tuhan dan Akhirat, masih relevan?

PENGALAMAN BERAGAMA Saya suka meminjam sebahagian pengalaman Rene Descarte (1596 - 1650) dalam usahanya membina asas kebenaran. Bersekolah di Jesuit School La Flêche, beliau menghabiskan pengajian dengan soalan paling besar, “apakah apa yang kupelajari selama ini, adalah benar?” Alangkah segarnya diri, untuk menghumban segala ilmu yang dikumpul di atas segulung ijazah, dan kemudian membina semula kepercayaan hasil pilihan, bukan lagi sumbatan, warisan dan indoktrinasi yang melesu lagi merabunkan. Lantas beliau mula mempertikaikan segala apa yang dipelajarinya selama ini, meragui segalagalanya hingga akhirnya Descarte tiba kepada asas yang paling kukuh, yang tidak mungkin ada sebarang keraguan… iaitulah hakikat diri! Beliau tidak dapat meragui dirinya kerana beliau dapat merasakan bahawa dirinya adalah realiti, bukan ilusi. Beliau dapat memastikan dirinya realiti, kerana beliau melakukan sesuatu yang penting iaitu BERFIKIR. Berfikir menjadikan dirinya realiti, dan bukan bermimpi, jauh sekali berilusi. Lantas terpacul kata-katanya yang masyhur:

Dubito, ergo cogito, ergo sum! “Aku meragui, lantas kuberfikir. Aku berfikir, lantas kutemui diri” Itu cara Descarte mencari kebenaran untuk dirinya. Rasional sekali, memulakan kembara dengan mengenal pasti diri. Berfikir lalu bertemu diri. KENAL DIRI Jalan membina kepercayaan harus terbina di atas usaha manusia mengenal diri. Itulah asasnya agama kita mengajar:

“Barangsiapa yang kenal akan dirinya, maka kenallah dia akan Tuhannya” [sila rujuk komen ke-13 di bawah untuk keterangan mengenai qaul ini] Kenal Tuhan melalui jalan Kenal Diri… Itulah kuncinya untuk manusia kembali menjalin hubungan dengan Tuhan. Iaitu hasil keupayaan mengenal diri. Soalnya ialah, apakah aspek diri yang mahu dicari? Manusia yang meneroka diri, akan bertemu dengan dua realiti. Setiap insan, mempunyai kekuatan dan kelemahan. Kekuatan dan kelemahan inilah yang mesti dikenal pasti, untuk manusia meneroka dan mengenal diri. Manusia yang sedar bahawa hidupnya harus berperanan akan memaksa diri untuk mencari potensi. Semuanya atas keyakinan bahawa tiada manusia yang lahir dengan asal kebodohan, sebaliknya setiap insan lahir dengan kepandaian-kepandaian yang berbeza. Apa yang membodohkan seorang manusia adalah segala yang ada di sekitarnya. Mungkin ibu bapa, malah mungkin juga guru dan sekolah itu sendiri. Sekolah tidak sepatutnya melahirkan pelajar yang pandai dan bodoh. Sebaliknya sekolah harus melahirkan pelajar yang berbeza-beza kepandaian. Tugas sistem pendidikan adalah untuk meneroka potensi kelebihan setiap pelajar, bukan mengasingkan pelajar yang tidak mengikut bentuk kepandaian yang diselaraskan. Tetapi manusia tidak akan dapat mengenal pasti kelebihan diri jika dia hidup ala kadar. Kerja ala kadar. Berfikir ala kadar. “Buat kerja betul, betul-betul!”, kata bijak pandai. Mengusahakan sesuatu secara bersungguh-sungguh akan mempercepatkan manusia menggunakan segala kekuatan dan kelebihan diri. Setelah segala kekuatan diri dikenal pasti, bertemulah dia dengan batasan dan kelemahan diri. Itulah jalan saintis bertemu Tuhan. Baginya sains bukan sekadar penerokaan peluang, tetapi akuran terhadap batasan mutlak di kiri dan kanan. Batasan itu bukan berpunca dari alam yang kelihatan, tetapi dari diri yang terlalu kerdil untuk menggarapnya. Itulah akibatnya meneroka angkasa lepas, bahawa manusia dan Sains, terlalu kerdil untuk menawarkan jawapan kepada persoalan alam. Kebanyakan yang kita fahami tentang angkasa, adalah tafsiran data dan jauh dari kesan pengalaman. Data yang membuktikan kesempurnaan sistem alam, dan kelemahan penghuninya yang bernama manusia.

Saintis menjadi manusia yang lemah dan terbatas, di hadapan kesempurnaan sistem yang dibuktikan, kesempurnaan Tuhan. KEKUATAN MENEMUKAN KELEMAHAN Allah berikan manusia kelebihan untuk kita berperanan. Allah berikan manusia kelemahan untuk kita mencari Dia. Manusia tidak mampu sentiasa kenyang. Dia akan lapar. Dan kelaparan itu mendesak dirinya mencari makanan. Hasil makanan, kelemahannya dapat diatasi. Buat sementara. Manusia tidak mampu untuk sentiasa segar. Dia akan letih dan mengantuk. Tanpa perlu diajarajar, keletihan dan mengantuk itu mendesak dirinya untuk mencari kerehatan. Hasil kerehatan, manusia memulihkan kekuatan. Buat seketika. Itu kelemahan fizikal manusia. Tanpa perlu diajar-ajar, kelemahan itu memandu manusia kepada sumber kekuatan untuk mengatasinya. Kelemahan yang muncul dalam bentuk kelaparan, mendesak manusia mencari kekuatan melalui makan. Kelemahan yang muncul dalam bentuk letih dan mengantuk, mendesak manusia mencari kekuatan melalui kerehatan dan tidur. Kelemahan dan batasan manusia bukan hanya pada fisiologi dirinya, bahkan jiwa, emosi… rohani. Tanpa perlu diajar-ajar, manusia yang ditindas dan dizalimi, akan merintih jiwanya mencari keadilan. Rintihan jiwa manusia yang dizalimi itu mencari keadilan, adalah jalan untuk dia bertemu dengan Tuhan. Di situ Allah memperkenalkan Diri-Nya sebagai YANG MAHA ADIL (AL-‘ADL). Tanpa perlu diajar-ajar, manusia yang keresahan dan ketakutan, akan merintih jiwanya mencari keamanan dan keselamatan. Rintihan jiwa manusia yang hidup dalam keresahan dan ketakutan itu, adalah jalan untuk dia bertemu Tuhan. Di situ Allah memperkenalkan Diri-Nya sebagai YANG MAHA SEJAHTERA (AL-SALAM) dan YANG MAHA MENGAMANKAN (ALMU’MIN). Di situlah tujuan Allah SWT memperkenalkan Diri-Nya dengan 99 nama, agar setiap manusia datang kepada-Nya melalui tawaran KEKUATAN, tatkala manusia dibelenggu KELEMAHAN. SOALNYA Manusia akan hanya berhajat kepada Tuhan, apabila mengiktiraf kelemahan diri. Kelemahan diri tidak akan tertonjol jika manusia tidak bersungguh mengoptimumkan upaya diri. Kesungguhan itu tidak ada jika manusia malas dan acuh tidak acuh terhadap kehidupan.

Justeru jatuhlah hukuman paling berat di alam ini, ke atas jenayah paling binasa… apabila manusia HIDUP SAMBIL LEWA dan MALAS BERFIKIR. Malas itu DOSA kerana ia menyekat manusia dalam kewajipan mengenal diri dan mengenal Tuhan. Manusia inilah yang menyangka dirinya tuhan…

“Tidakkah engkau perhatikan gelagat orang yang bertuhankan hawa nafsu dirinya sendiri? Dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” [Al-Jatsiyah : 23] Sedangkan hakikatnya, dia lebih sesat dari haiwan ternakan…

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” [Al-A'raaf : 179] Kedua-dua ayat di atas, mengaitkan hidup manusia yang bertuhankan diri, serta hidup ala-ala binatang, sebagai berpunca dari akal, mata, telinga dan hati yang tidak berfungsi. Kedua-duanya berpunca dari keengganan berfikir dan memerhati kehidupan. Diberi akal, dengan mata dan telinga untuk melihat dengan hati… tetapi kesibukan duniawi menjadikan manusia lupa siapa dirinya dan siapa DIA.

Selayaknyalah manusia yang alpa ini dihukum Tuhan kerana culas dalam mencari. Fikir-fikirkanlah… ABU SAIF @ www.saifulislam.com 56000 Kuala Lumpur

  1. 1 Saladen2

April 14th, 2008 at 3:58 pm

erm..memang rasa bertuhan ni penting.. tapi yang payahnye sekarang ni..media pun byk sgt dok siar crita2 yang buat org rasa xnak bertuhan.. kene ade plan tindakan juga ni.. Tulis Komen 2. 2 aye

April 14th, 2008 at 4:19 pm

Salam… hmm teringat kuliah Dasar yg ustaz berikan kpd ‘team’ sy di upm awal thn 2006.. syukran.. Tulis Komen 3. 3 Kak Ija

April 14th, 2008 at 4:20 pm

Di situlah isunya, dalam keadaan serba mewah sukar bagi manusia untuk rasa perlu bertuhankan Allah, akibatnya kebanyakan manusia bertuhankan hawa nafsu atau lebih tepat lagi hiburan dan cara hidup hedonistik. Akak nak sebut pada ustazlah apa yang anak akak nyatakan pada akak kerana sentiasa mengulang2 isu Spiritual Quotient nih, “Mak tak jemu2 ulang pasal tu”.

“Ustaz, terima kasih kerana tidak jemu-jemu mengulang-ulang apa ertinya kita menganut Islam dari segi aqidah”. Allah jua yang dapat membalasnya. InsyaAllah kalau berkesempatan akak belanja kopi. Tulis Komen

Pak Din reply on May 8th, 2008 12:21 pm: Salam Kak Ija Saya harap Kak Ija (dan yang lain semuanya) tidak ambil hati, makan hati, kecik hati atau jauh hati, dengan apa yang saya tulis. Saya mendendangkan nada RAP (Ransangan Akal bukan Perasaan), tetapi kekadang Melayu mengingatkan ‘Rambut sama hitam, hati lain-lain’ pun tak boleh pakai juga kerana inai blonde dah jadi trend (cuba check rambut anak Akak, hehe). Seperti Akak “Ayah ni tak jemu-jemu ke ulang pasal tu” … wording lain sekitlah, kata anak saya di Kelas Permata999. Saya menjawab “Sudah pasti anak-anak menyesal bila ayah dah jemu mengatakannya!”. Tang, berkesempatan itu harap-harap tidak menjadi kesempitan. Tulis Komen 4. 4 Abu Saif

April 14th, 2008 at 4:29 pm

Terima kasih Saladen2, aye dan Kak Ija… Saya tulis artikel ini kerana sedang memerah kepala mengapa bangsa Melayu semakin jauh dari agama dan Allah SWT… Ada kemungkinan, ia berpunca dari sikap SELAMBA, ACUH TAK ACUH, CINCAI… yang amat berbeza dari budaya masyarakat Eropah. Mungkin kerana itu, Eropah beransur-ansur mendekati agama, dan tempat kita berbondong-bondong meninggalkan agama. Tulis Komen 5. 5 pentium 4

April 14th, 2008 at 4:36 pm

Tuhan… Sekali lg ustaz membahaskan satu persoalan yg paling basic… iaitu keperluan bertuhan dlm diri… yg dgn selesainya persoalan tersebut diharapkan manusia akn akur dgn tuntutan2 yg dtg dr Tuhan… tp ustaz, jika manusia tersebut mmg rasa dia tidak perlu bertuhan?… camne? mohon sahabat2 yg lain tunjukkan jalan… puas pikir dah ni… Tulis Komen 6. 6 Abu Saif

April 14th, 2008 at 4:38 pm

maka pentium 4, bertemulah sekali lagi kita semua dengan batas, kelemahan manusia. bahawa HIDAYAH hanya milik Allah Tulis Komen 7. 7 NoNaMe UnKnOwN

April 14th, 2008 at 5:23 pm

oh ye ustaz, ape kesudahan crite 2 adik bradik remaja tu? Tulis Komen 8. 8 Amin Ahmad

April 14th, 2008 at 6:21 pm

ustaz, jujurnya kenapa saya sangat suka dgn tabligh even sampai skrg, kerana ia sgt konsisten memulakan sesuatu dgn persoalan erti hidup berTuhan. mengangkat kedudukan Tuhan dan peranan-Nya dalam hidup bukan mudah dan ia mengajar diri menginsafi segala kelebihan dan kekurangan yang ada dan terus berusaha yg terbaik juga kerana Tuhan. Dari sana juga muncul kemahuan hidup berakhlaq mulia semahunya dan kasih kpd insan lain atas kepercayaan siapa juga jika mereka dicampakkan iman dalam diri, maka tidak ada yg lebih bahagia. Semoga Allah s.w.t. selaku Tuhan yang kita sembah akan mengurniakan kita dengan kefahaman yang banyak agar kita lebih mengerti kemahuan-Nya dari panduan-panduan yang di’wakil’kan-Nya. Tulis Komen 9. 9

Muhtar Suhaili

April 14th, 2008 at 6:28 pm

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh; Saya pernah diberitahu oleh seorang rakan sekerja yang mengaku atheist: “I’m proud to tell you that I’m going the other way around from the majority of people.. I’m transforming my life from a believer (Christianity) to a nonbeliever!”. Alhamdulillah, artikel ini menjawab pendekatan kepada persoalan entri saya suatu masa dahulu: Atheists: Bagaimana Mengajak Mereka Ke Syurga?. Terima kasih ustaz! Tulis Komen 10. 10 Babaiman

April 14th, 2008 at 6:33 pm

Ustaz Ada juga terdengar kata-kata”Barangsiapa kenal dirinya,maka binasalah ia” Bertitik tolak dari sini,ramai yang malas berusaha atas alasan “dah tuhan takdirkan gitu,apa nak buat!” macam mana nak tolong? Tulis Komen 11. 11 Abu Saif

April 14th, 2008 at 6:34 pm

Saya dapati, kebanyakan orang yang mengaku tidak percaya kepada Tuhan ini, tidak berseni. Baju mereka membosankan, design rumah mereka plain, takde nilai keindahan, malah cakap-cakap mereka juga sangat straight forward dan keras beku. Agaknya mereka ini lack of imagination. Saya tidaklah bermaksud mengatakan bahawa Tuhan itu adalah imaginasi. Tetapi ketidakupayaan seseorang melihat sesuatu di luar fizikal yang gersang ini, menyebabkan mereka hilang daya memahami sesuatu yang tidak kelihatan. Tulis Komen 12. 12

dzihnun

April 14th, 2008 at 8:02 pm

salam ustaz, boleh saya tahu “Barangsiapa yang kenal akan dirinya, maka kenallah dia akan Tuhannya” tu kata2 siapa? Tulis Komen 13. 13 Abu Saif

April 14th, 2008 at 8:09 pm

Wsalam. Saya menggunakan ayat “ISLAM MENGAJAR KITA…” kerana mahu mengelakkan perbahasan tentang qaul man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu” itu. tetapi bagus jika boleh dikongsi di ruangan komen ini. Abu Muzaffar ibn al-Sam’ani mengatakan bahawa qaul ini tidak tsabit sebagai hadith. Ia diriwayatkan dari Yahya ibn al-Muadz al-Razi, bahawa qaul ini adalah qaul Yahya. Imam an-Nawawi juga memberikan pandangan yang sama bahawa ia tidak tsabit sebagai hadith nabi saw (keterangan oleh Imam Sakhawi dalam Madasud al-hasanah). Jika qaul ini dinisbahkan kepada Nabi SAW maka ia menjadi hadith palsu. Akan tetapi jika ia dinisbahkan kembali kepada Yahya ibn al-Muadz al-Razi, maka ia menjadi kata-kata yang memberi kebaikan. Maka janganlah disangka qaul ini sebagai Hadith dan jangan sekali-kali ia dinisbahkan kepada Nabi SAW. Golongan Wahdatul Wujud yang ‘memanipulasi’ qaul ini, harus dilihat sebagai kesalahannya datang dari mereka dan bukan dari qaul ini. Wallahu A’lam bi al-Sawaab Tulis Komen

Pak Din reply on May 8th, 2008 12:00 pm: Saya bersetuju dengan Ustaz berhubung pemanipulasian yang berlaku berhubung qaul itu. Kekuatan indera akal sebagai alat untuk berfikir hanya boleh diperluas ruang pencapaiannya hanya dengan kemajuan sains. Sebagai contoh indera penglihatan dari jasad mata yang diberikan, tidak dapat menganalisa kuman yang hadir bersama kita, tetapi dengan kemajuan sains, indera penglihatan itu telah dapat diperluas dengan adanya microscope.

Sekarang ini bukan setakad kuman saja yang dapat diintai penghidupannya, kemajuan sains yang dipacu oleh golongan yang minat Sunnah Allah, telah mencipta electron microscope, yang saisnya lebih besar dari sebuah rumah banglo. Usah ditanya berapa cawan kopi ia perlukan tetapi percuma sekalipun, seperti ilmu Allah di Kitab Alam, Muslim tidak akan dapat memaksimakan penggunaannya untuk mengintai akidah yang bersarang di jiwa. “Saya kira tidak keseorangan dalam meredah arus mencari persimpangan yang sepatutnya, kerana persimpangan yang telah di ambil salah kerana tercemar dengan isu dalam jubah, sehinggakan bagi membendung keganasan berfikir, terpaksa difatwakan haram segala yang berkaitan, dan semacam ada papan tanda ‘jalan mati’ dipacak di situ. Saya tidak persoal hukuman mati yang telah dijatuhkan dahulu, kerana kita tidak mengetahui peristiwa sebenar, adakah unsur konspirasi disebaliknya. Bagaimanapun jalan ke arah itu semamangnya menyeramkan kerana alat yang hendak digunakan, iaitu falsafah dan sains, bukan merupakan alat yang diterima ramai untuk membuktikan keesaan Allah, di mata arus perdana” Dari ‘R61 Hadiah cuti’ #24 Pak Din Says: December 11th, 2007 at 2:33 am http://saifulislam.com/?p=1127#comment10080 “7. Sudah pasti kehilangan akal, mereka yang mengatakan ‘tiada apa di dalam jubahku melainkan Dia’, begitu juga ‘Ana ul Haq’ (Mansur Al-Hallaj) dan sememangnya patut dipisah roh dan jasadnya. Tetapi melalui Al Quran dan kajian ilmu sains, pencarian hakikat menghala ke arah itu. Sudah pasti ada persimpangan yang mengelirukan, tetapi simpang yang perlu di ambil berhampiran persimpangan yang telah salah di ambil. Jadi kenapa kita harus takut mengarah ke persimpangan itu. Hanya akal yang digunakan secara besyukur (ke atas pemberiannya) yang dapat masalahah dalam jubah itu. Ia bukan ke arah pantheism, wahdat al-wujud, Bahá’í Faith’s unity atau sebagainya, tetapi kesatuan ke arah Theory of Everyhing, dengan pandangan dari sudut mereka yang mempunyai benih iman (bukan taklid dan taasub). ” Dari ‘#46 Pak Din Says:December 5th, 2007 at 11:12 am Tulis Komen 14. 14 dzihnun

April 14th, 2008 at 8:28 pm

Jazakallah ustaz Tulis Komen 15. 15 imakubex

April 14th, 2008 at 10:02 pm

assalamualaikum, maafla nk ckp ni, blasphemous sket. kalo kite amik purely evolutionary point of view (yg x invoke tuhan), then the need for a God may be viewed as being a natural need in which humans evolved at the same time as feelings, as a device to maintain social control. such a reasoning could be understood because if we think of it, the evolution of intelligence means a greater complexity in social interactions, which may require certain skills that does not exist before this, therefore, in response to that, we develop many different scenarios in which God may have been a simple offshoot from that development. hence, we can say that such a need is indeed not self evident in nature, rather, it is something conceived out of the imagination and weakness of humans themselves. so, the question becomes, why do we need to ask that question? and is it meaningful to ask that question? benda2 camni jarang di diskus, esp by ustaz2 in this manner. maaf kalo pnjg sgt wallahua’lam Tulis Komen

Pak Din reply on May 9th, 2008 10:43 am: Why not? Why not the question of “benda2 camni” be discussed by Ustaz. I fully supported Ustaz idea of questioning and I found it interesting to read your blog. Your ability to wonder beyond Big Bang, to include feeling (emotions), intelligence, evolution are all interesting topics, which have impact on our aqidah, hence, definately should be dissussed by ustaz-ustaz, especially AlUstaz (to be Dr Hasrizal). Other ustazs who do not discuss these issues should be attending refreshment courses on the the topic of ‘Apa itu ayat-ayat Allah?’ Yes, you have a fantastic imagination (not that negative one). Remember our good old friend, used-to-be-clerk dr Eienstien. His work is a product of imagination. His job (being a clerk at a patents office) allow him to visit warmak (if he is a Malay) but because he believe in God, and said that God did not play dice, God gave him the best idea ever produced in the displine of sciences, the two theories of relativities, all due to his imagination.

I value imagination, and so do Al-Ustaz (#11), because it’s the beginning of everyhings. Belief needs imagination. Science need imagination. Arts need imagination. Even when we are in love we need imagination. To be able to produce results, in undertaking tasks, we need imagination. Only when the imagination becomes infocus (or unfocus) or out of focus, then it become blur. Vision 2020 becomes, you know what? Our ability to focus, from the starting point of imagining something, determines the result. Now start by embedding in our imagination the question of “…. Tuhan?” Our ability to focus is directly proportional function of our intelligence. If along the way the image become blurred, we know what went wrong!. Which parts or tools (or device as you put it) need repair? Should we change the tool and opt a different approach. Only if we are rigid (due to some environmental constrain, such as perangkap adat) and unwilling to open up our mind, then we are doom for failure. Allah should not, at our age (Balig Hakiki), be an imagination. He should not be virtual. He should not be Fana’, to quote the Ilmu Kalam. He is as clear an image (imagination without ‘ination’) can be. We are virtual. We are in ‘fantasy’. We do not exist, if He does not exist. It’s a question of existence. To clarify, let examine a situation a cotton shirt made from a lump of cotton. Cotton being transform into tread, then sheet of cloth before finally converted to a shirt. Focus carefully, or you will get blurred, do cotton exists or cotton shirt exists, in essence. The shirt exits by name (nama) but the cotton exist by matter (zat). Apakah boleh disamakan kewujudan pada nama dengan kewujudan pada zat? Saya tak setuju cadangan Ustaz suruh tulis Melayu. Melayu ke, Arab ke, English ke, ‘blasphemous sket” ke, semuanya alat. Message dari pemikir dah sampai kepada yang hendak berfikir, lainlah kalau dia memang tak nak berfikir? Atau esok kena hantar ke pensyarah untuk penilaian markah? Markah kita Dia yang jaga, Bahasa Jawa sekalipun Dia tahu! Maaf dipinta pada hati yang tersentuh, tujuannya nak menyentuh akal. Tulis Komen 16. 16 Abu Saif

April 14th, 2008 at 10:29 pm

mewakili kawan-kawan yang lain, boleh tak imakubex tukor ke bahasa melayu. kami tak paham… Tulis Komen 17. 17

Umar_Al_Khattab

April 15th, 2008 at 12:00 am

tulisan ustaz kali ni agak ‘hidden’ . saya hanya dapat mencungkil apa yg ustaz ingin sampaikan pada 2 perenggan yang terakhir… satu penulisan di mana saya terpaksa baca semula apa yg ustaz tulis setelah saya fahami babak akhir nya. adakah ini menunjukkan satu penulisan berkualiti tinggi atau ianya sesuatu yg tidak baik kerana mesejnya tidak boleh difahami oleh every Tom, Dick and Harry ??? ini seperti menonton filem the Sixth sense…. saya pasti ramai org akan menonton filem itu kembali kerana babak akhir filem itu… ia buatkan kita berfikir dan kita akan menontonnya semula… Tulis Komen 18. 18 semutraksasa

April 15th, 2008 at 12:30 am

Artikel yg bermanfaat utk mengajak manusia mengoreksi diri, berfikir utk mencari & memerlukan tuhan . Setiap yg gah pasti ada kelemahannya , cukuplah tuhan sebagai penolong. Tulis Komen 19. 19 white_sabre

April 15th, 2008 at 12:48 am

salam.. tentang komen imakubex tu(yang saya faham la)..dari pandangan teori evolusi..manusia apabila semakin berkembang(evolve) dari segi intelektual,sedar bahawa dalam kehidupan sosial yang kompleks..wujud kelemahan-kelemahan pada manusia.. dan untuk menampung kelemahan itu,menjadi satu keperluan untuk manusia mewujudkan satu “kuasa ghaib” iaitu “Tuhan”..untuk menyempurnakan kekurangan sosial mereka…dan mewujudkan satu kawalan dalam diri dan masyarakat.. (kalau salah tolong betulkan ya imakubex) teringat kepada perbualan dengan seorang atheis..katanya..”manusia apabila sudah maju tidak perlukan lagi agama,kewujudan agama hanyalah untuk

mengawal tindak tanduk manusia/masyarakat yang masih tidak maju fikirannya,buktinya..di negara maju..semakin ramai atheis,agama hanya diperlukan di negara-negara mundur”..namanya Jesus..tapi tidak percaya adanya Tuhan.. terima kasih ustaz untuk artikel ini..harap perbincangan disini boleh membantu untuk menjawab soalan/pendapat begini.. wallahualam.. Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 3:55 pm: “tidak perlukan lagi agama” tidak membawa erti tidak perlukan Tuhan. Tidak perlukan nasi tidak menjamin kepada tidak perlukan makan, umapmanya. Tidak perlukan wang bukanlah bermakna tidak mengharapkan kebahagian atau ketenangan. Semuanya adalah alat. Alat untuk mencapai sesuatu. Antara alat yang diperlukan untuk mencapai sesuatu, kebiasaannya. Kita perlukan sebab untuk memungkinkan musabab. Dalam erti kata sebenar, memang kita tak perlu sebab. Tak perlu agama (awas) tetapi kita perlu Tuhan. Bila kita balig hakikat, ia menjadi common sense, dalil aqli untuk wujudnya Allah adalah adanya alam ini. Sedikit dari ilmu kalam. Common sense balig syarie, menjelaskan kenapa bayi tak kenal api untuk membezakannya dari mainan, atau isi dan kulit pisang. Tetapi common sense syarie berbeza dari balig hakiki. Sekiranya Tuhan diperolehi tanpa agama maka ia seperti memperolehi kenyang tanpa perlu kepada makan. Kemarahan atheis bersebab dari penafiran salah golongan penyampai tentang Tuhan. Umpamanya Allah datangkan Islam, bukan sahaja sejak dari N Adam as, malah dari Big Bang (azali) tetapi disampaikan bahawa ISlam adalah pembawaan Nabi Muhammad saw. Tulis Komen

white_sabre reply on May 8th, 2008 6:48 pm: salam.. setuju…bila saya cerita kisah atheis ini pada TGNA,dia juga ada sebut benda

yang hampir sama…tak ingat sangat secara detail..tapi pointnya..jika diperhatikan alam…sudah cukup untuk manusia mengetahui adanya Tuhan.. namun,kalau kita perhatikan hujah2 atheis…majoritinya memang memerhatikan alam(Jesus yang saya jumpa ini seorang saintis)..yang mengkaji kebenaran Al-Quran dan Islam pun ramai…tapi bak kata Pak Din syarat utama iaitu common sense/balig yang tiada…maka tetaplah dengan atheisnya..nauzubillah… Hidayah itu milik Allah untuk diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya..semakin difikirkan,semakin nikmat Islam dan Iman ini saya syukuri…Alhamdulillah.. Wallahualam… Tulis Komen 20. 20 imakubex

April 15th, 2008 at 1:18 am

maafla ye ustaz, persoalan die, kenapa kite perlu bertanya soalan adakah manusia memerlukan tuhan? kalau kita amik 100% argumen evolusi (kite amik stand atheist yg assume manusia datang dari monyet), then ada kemungkinan yang pencarian untuk tuhan ni hanyalah relic atau tinggalan dari masa intelligence 2 developed. mungkin bile manusia start ada kebijaksanaan, then die mule pikir macam2 tntg alam, dan kreativiti ni telah menyebabkan wujudnya perasaan ni dalam diri manusia yang diwarisi sejak dari dulu bukan nak kate sy ade view ni, tapi kalo nk debate dgn non muslim atheist, mungkin benda2 camni boleh jadi releven kot… menariknya, saintis seolah2 mencari tuhan yang hanya tersembunyi di tmpt2 yg x boleh diexplain oleh sains lagi, yang mengukuhkn argumen ketiadaan tuhan (God of the Gaps arguements) insyaALLAH sy masih muslim, juz bnd2 camni kite jarang dapat bincang. persoalan2 yg kite selalu bincang ialah cam, kenape kite perlukan tuhan, apa makna hidup ni etc. tapi ada jugak soalan2 yg mungkin lebih falsafah n sains die cam: 1. kenape kite bertanye soalan kenape perlukn tuhan? 2. ada makne ke bertanye soalan ape makne hidup ni?

sbb soalan2 yg kite selalu tny ni memberi erti kite ni mempunyai tugas dan tujuan hidup di dunia ni, 1 pandangan yg bukan semua org setuju wallahua’lam Tulis Komen

Pak Din reply on May 13th, 2008 9:44 am: shar di rumah. Mei 13, 2008 pada 9:33 am Awwal Ad Din Maaarifatullah. Salam What is important is that sync pulse, and as you put it very rightly, ‘based on observations’, cause Al Quran mentioned that, so many time, especially observations that is done by our two important sensors, the emotion and thought. Afala ta’kilun, afalah tazakrun and anything similar. You know without that sync pulse, which include handshake in protocol, all those packets of information, will be tons of garbage. All these tarbiah from Allah, will be of no information to humankind, as what happen to Muslim now. Allah sets events in the universe, on a very artistic manner, that look like total randomness, but with scientific approach, those randomness, formulate into theories, laws, a beautiful creation, intelligent design in the other form, random natural selection in the right ways, all due to the availability of a sync pulse. It’s not for the sake of you and me, is for the ummah, it for the sake of Islam. So acute the angle of diversion of Muslim from the straight path, the term Muslim becomes irrelevant to fight for compared to the real understanding of concept of Allah and his Universe. Not to invoke the sensitivities of main stream Muslim, but the truth is not in the name, it in the hakikat, as I have put it, the one which exists by zat not by name, especially when we can name any thing to what we like or understood. There exist differences between a believer, a scientist, a believing scientist, a scientific believer and we have to define all these toward achieving the ultimate goal of maarifatullah. The seed of believe has to be sown, and we are lucky enough to be born as Taklid Muslim. With the opportunities that we have, being exposed to the western thinking world, we should maximize the use of

brain’s power award to us by Allah. Then only we improve our status, or Taklid Iman to Knowledge Iman, toward the Ideal Iman. The school of scientific study, call for the need to make and gather observations, then analytical process of taking only the truth and proven right. Finally the scientific community conclude on singularity (the unity of existence), which than developed into 4 basics natural forces (during Big Bang – azali), stipulated by the Theory of Everything (ToE). All these when carefully used assist our understanding toward the oneness of Allah. It’s all Tauhid. ToE is tauhid. Scientific approach is parallel to Tauhid objective, understanding the existence and oneness of Allah. I put it as Tauhid (belief) and Tauhid (proof). Do not be alarmed by the finding of science, that God does not exist. Allah yang dimanusiakan manusia yang tidak wujud. Rujuk artikel saya berhubung bagaima manusia memahlukkan Allah, kerana tidak dapat mengimaginasikan denga cara yang hakiki, manusia mengambil jalan memahlukkan Allah, kerana itu lebih mudah untuk dikomunikasi dan diimaginasikan. Memang Tuhan begini tidak akan dijumpai, tetapi ToE, bukan 4 dimensi, 3 ruang 1 masa, Sekurangkurangnya 11 atau 21 kata mathematiknya. Ini yang kita cari. Maarifatullah. Tulis Komen 21. 21 drkadir

April 15th, 2008 at 4:40 am

Benarkah apa yang hendak ustaz utarakan, Keengganan dan kemalasan manusia untuk mengoptimumkan keupayaan diri sehingga berjumpa kepada titik kelemahan menyebabkan mereka tidak sampai kepada rasa wujudnya kuasa yang mengatasi segala-galanya iaitu Allah sebagai tuhan. Ini mungkin boleh menjawab untuk persoalan-persoalan yang melibatkan ketidak percayaan seseorang tentang kewujudan tuhan sebagai contoh seorang atheist tadi. Bagaimana pula kalau seseorang yang sedar kewujudan tuhan, tahu kehebatan dan kekuasaanNya namun masih mampu untuk meninggalkan segala suruhan dan melaksanakan segala laranganNya? Dalam masa yang sama, kebanyakan golongan ini adalah mereka yang diberikan Allah kesenangan dan kemewahan dalam hidup yang mungkin menjadi istidraj kepada mereka dalam kehidupan ini. Dan mungkin juga golongan ini hanya mengenali tuhan dengan sifat pemurah dan penyayangNya, pengampun dan pemaafNya sehinggga lupa bahawa Dia juga adalah seperti yang disifatkan oleh Tok Guru Nik Aziz dahulu sebagai Yang Maha Samseng (terhadap hamba yang ingkar kepadaNya) “SOALNYA

Manusia akan hanya berhajat kepada Tuhan, apabila mengiktiraf kelemahan diri. Kelemahan diri tidak akan tertonjol jika manusia tidak bersungguh mengoptimumkan upaya diri. Kesungguhan itu tidak ada jika manusia malas dan acuh tidak acuh terhadap kehidupan.” Kejayaan dan kemewahan yang dicapai hasil daripada kesungguhan manusia kepada kehidupan mungkin boleh membawa mereka semakin jauh daripada tuhan… Sekadar lontaran fikiran selepas exam chest round tadi:) Moga sihat-sihat dan ceria-ceria selalu ustaz. Tulis Komen 22. 22 oga

April 15th, 2008 at 5:15 am

assalamua’laikum… “tetapi kesibukan duniawi menjadikan manusia lupa siapa dirinya dan siapa DIA” “bertemulah sekali lagi kita semua dengan batas, kelemahan manusia. bahawa HIDAYAH hanya milik Allah” bukak jek saifulislam.com pagi ni rasa gembira sangat sebab adanya “perlukah manusia kepada Tuhan?” saya sangat berminat dengan topik ni sebab saya percaya iman pada ALLAH membawa diri kepada ISLAM dan seterusnya TAAT seingatnya persoalan ni mula hadir dalam diri semasa sekolah menengah dulu sekarang ia menjadi persoalan harian dan hadir hampir dalam setiap keadaan tambah lagi bila berkawan dengan rakan yang atheist/free thinker 1. kenape kite bertanye soalan kenape perlukn tuhan? 2. ada makne ke bertanye soalan ape makne hidup ni? ……………..saya cuba fikirkan jawapannya, yang pasti ia datang dengan sendiri (fitrah?) Tulis Komen 23. 23

itu_aku

April 15th, 2008 at 7:41 am

slm maaflah,sy nk brtnya soalan yg agk menyimpang sket drpd atheist.. bagaimana kalau seorang hamba ni dia percaya kewujudan Tuhan,sbb setiap benda dlm alam ni mestilah ada penciptanya.tpi dia x percaya akn kesahihan al-Quran itu diturunkn kpd nabi Muhammad dan x percaya kerasulan Muhammad. hujah die,kita x pernah nmpk al-Quran (or wahyu)diturunkn kpd Muhammad.so siapa yg dpt buktikan Muhammad ni rasul?apa buktinya?kita x boleh nak bagi hujah ‘dlm al-Quran ada menyakan Muhammad itu rasul Allah sbb dia x percaya pd Al-Quran.hujah dia,slain Quran,siapa atau apa yg boleh membuktikan kerasulan Muhammad? dia juga x percaya bahawa al-Quran itu sahih dri dulu smpi skarang.hujah dia,kalo betul wahyu tu indeed diturunkn pd Muhammad,dia seorang yg buta huruf,x tahu menulis,maka dia hanya hafal saja ayat2 tersebut sblom ditulis oleh sahabat2.so dia kata ada possibility ayat2 tu silap kalau nabi terlupa or salah hafal.dia jugk x boleh terima sifat ‘maksum’ nabi(nabi x bwat silap) sbb die mmg x percaya pd kerasulan Muhammad. apa pendapat ustaz ntuk jwb keraguan dia? trima kaseh.maaf sbb dh menyimpang tajuk. Tulis Komen

Pak Din reply on May 6th, 2008 7:13 pm: Banyak soal-soal luar kotak atau konteks, seperti saudara kemukakan, disorok bawah karpet kerana sikap mendewa berbanding menghormati oleh kebanyakan penyampai sehinggakan Muslim arus perdana hilang kewarasan atau takut menjawabnya. Tulis Komen 24. 24 Abu Saif

April 15th, 2008 at 7:49 am

Tentang al-Quran, jenguk-jenguklah http://saifulislam.com/?p=1719 Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 3:04 pm: Masaalahnya Ustaz bila kita sebut ‘jenguk-jenguk’ mereka berusaha keras ‘baca-baca’, tetapi tidak seperti membaca telegram (zaman anti-Jepun) at email (zaman suka Jepun). Tiada tindakan selepas membaca kerana bukan tak faham Arab, tak tahu nak critical thinking). Seronok guna reply button ni Ustaz, sampai lebih sudu dari kuah? Tulis Komen 25. 25 infinit

April 15th, 2008 at 9:16 am

Assalamualaikum.. Thaniah ustaz kupasan isu yang menarik..Kenapa perlu bertuhan, Berfikir,Mengenal diri, mengenal tuhan. macam bertasauf.. Tapi kalu difikirkan, awal agama mengenal tuhan…dlm konteks silibus agama islam kat malaysia ni biasa nya kita kena belajar taharah,sembahyang,baca quran.. mananya awal agama mengenal tuhan… mengenal diri…biasanya kita diajar fakta fiq dan syariat basic..sedangkan untuk megenal diri hanya pada tariqat bertasauf bukan fakta semata mata.. Ambil cnth Al-ghazali pada masa keungulanya hadis,fiq,falsafah dan tasauf dikuasai setelah perjalanan megenal diri dan megenal tuhan ditempuhi dan menemuinya.. Sedangkan Alquran untuk orang yang berfikir dan bertakwa… Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 2:55 pm: Saya sokong sepenuh tenaga soalan lansung saudara, “mananya awal agama mengenal Tuhan”? Malah bukan setakad itu, pengalaman saya menimba ilmu,

hanya bertemu dengan Tok Fekah yang kurang selesa dan menjadi resah bila ditanya soalan luar Fekah. Jauh lebih mudah memberikan jawapan halal haram dari memberikan jawapan mengapa halal haram. Bagaimanapun bertarikat bertasauf masih perlu pendekatan baru. Secara tradisinya bertarikat yang berdasarkan falsafah (ke arah critical thinking) akhirnya tidak begitu berkesan tanpa pembuktian melalui displin ilmu sains. Sebaliknya juga, bertolak dari ilmu sains dengan tidak melalui sistem kepercayaan (iman) juga tidak menjanjikan hasil mengenal Tuhan. Hanya apabila benih percaya (iman) dibajai dengan pembuktian melalui Kitab Alam (melalui displin ilmu sains atau ilmu mengenal cara kerja Allah), hasil sebenar akan tajjali. Syariat, tarikat, hakikat, marifat dan hadirat menyempurnakan perjalanan insan mencari Tuhan. Memanglah Nabi Ibrahim tidak menggunakan perkataan ini dalam menolak kenapa bulan dan bintang yang tenggelam timbul, tidak layak menjadi Tuhan, tetapi itulah Islam sebenar, menyokong evolusi jasmani dan rohani. Al Quran semamangnya untuk orang yang berfikir dan hendak/mahu menggunakan akal fikiran. Hanya Ulil AlBaaab yang dapat merungkai adanya Kitab Alam (ayat-ayat Allah) dan hidup memperjuangkannya. Dan disebutkan lagi bahawa ayat-ayat Allah (yang ghaib itu) atau Sunnah Allah atau Carakerja Allah itu tadak berubah mengikut masa. Yang berubah adalah kefahaman kita terhadapnya. Tulis Komen 26. 26 arief

April 15th, 2008 at 11:27 am

Kenapa kita perlu solat? sebab hakikat diri perlukan Tuhan, Kenapa kita kena pakai tudung, sebab hakikat diri perlukan Tuhan…. banyaknye soalan yang boleh dijawab dengan satu jawapan… ‘Selayaknyalah manusia yang alpa ini dihukum Tuhan kerana culas dalam mencari.’ hmm.. teringat kata-kata mantan rektor UIA,

“orang yang sentiasa mencari, pasti akan menemui bahawa kebaikan yang Allah berikan nilainya abadi” Terima Kasih Ustaz. Tulis Komen 27. 27 bint Haris

April 15th, 2008 at 2:55 pm

Assalamua’alaikum Ustaz Persoalan yang menarik… tetapi berat untuk difikirkan bagi mereka yang benarbenar berfikir sebagaimana orang yang lahir tanpa agama berfikir… berfikir untuk mencari kebenaran dan seterusnya menegakkan kebenaran untuk ummah sejagat. Kita(atau mungkin lebih tepat saya, dididik dengan asas agama yang kukuh (kukuh pada penilaian muslim Malaysia), bersekolah di sebuah sekolah agama ulung dan ternama… dididik untuk menerima dan mengulangi hujah yang diajar, takut untuk menyuarakan persoalan, kerana takut dikatakan murtad, syirik, atheist dsb. Sedangkan kebenaran yang diperolehi dengan pencarian itu lebih bermakna dan bernilai. Persoalan saya, mana yang diterima: 1. Insan yang mengaku beragama Islam bertuhankan Allah kerana tradisinya begitu, sekadar mengamalkan ritual agama (solat, puasa, zakat, haji, syahadah sekadar syahadah dalam solat) @ 2. Insan yang dalam pencarian hakikat mengapa dia diciptakan… bagaimana sekiranya dalam pencarian tersebut, tidak sempat untuk bertemu dengan realiti kebenaran? Mungkin Ustaz akan kata, diterima di sisi Tuhan, adalah penilaian Tuhan… Tapi bagaimana untuk memastikan sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berada di landasan yang benar yang sebenar-benarnya? Tulis Komen

Pak Din reply on May 6th, 2008 6:01 pm: Soal bertemu itu secondary, primary nya seperti yang bintun tulis, mencari hakikat dan saya mendapati ilmu sains banyak membantu. Tulis Komen 28. 28 hufaida

April 15th, 2008 at 3:02 pm

artikel kat atas antara pengisian pertama yang saya dengar dari ustaz kira2 2 tahun lepas kat surau kolej kami,,sangat membuka minda dan menyedarkan saya tentang konsep ibadah,,shukran ustaz,,juga tentang signature buku terbaru ustaz,,walaupun just kirim kat kawan tapi dapat juga lihat handwriting ustaz,,:) Tulis Komen 29. 29 j-QAF

April 15th, 2008 at 3:47 pm

Assalamualaikum.. Memang susah nak fahamkan orang lain kalau mereka sendiri tidak mahu ber’fikir’ untuk mencari ‘apa’ yang masih ‘kosong’&’kurang’ dalam ‘diri’&’hidup’ mereka, walaupun keluarga sendiri. Persoalan yang ‘berfikir’ dan ‘berhikmah’ perlu terus diutarakan agar terlaksana fungsi akal kerana ana yakin bahawa masih ramai yang merasakan hidup mereka ’serba tak ada’ zaman ini. Fikir itu kuncinya, Sabar itu penawarnya, Tawakkal&Redha itu bekalnya, Hidayah itu MILIKNYA. Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 3:18 pm: Kalau yang dibahas (kesan dari berfikir) itu adalah hal-hal carakerja mahluk, ketahuilah bahawa manusia itu bersikap bolak-balik (flip-flop kata Mahathir) atau kata lain banyak perangai dan ragamnya, yang menimbulkan banyak

(divergent) hasilnya. Tetapi kalu yang difikirkan itu tentang carakerja Haliq, ketahuilah bahawa Al-Quran mengingatkan kita bahawa Sunnah Allah itu tidak berubah (convergent) mengikut masa. Ini tidak bermakna kehidupan itu perlu tidak berwarna atau tidak mengharap kesenian yang pelbagai. Kepalbagaian warna dan seni dalam menjalani carakerja mahluk, terutamanya manusia, akan lebih bermakna dan diredhai Allah, sekiranya ia dibuat setelah kita berusaha memahami dan ke arah membudayakan carakerja Allah. Ketahuilah warna putih itu mengandungi semua warna bagi yang berilmu sains (sebab itu adanya pelangi, yang hanya memperlihat 7 warna sebagai contoh). Arus perdana sudah pasti mengatakan puti itu boring, tak ada taste, tak macho, monotonous dan sbg, sedangkan hakikat sebenarnya hanya dapat diketahui dengan critical thinking melalui dislpin ilmu sains. Tulis Komen 30. 30 israkmikraj

April 15th, 2008 at 4:16 pm

wow! Amat benar pak ustaz! Errr Salam Ustaz….Terasa macam ustaz karangkan artikel kali ini untuk saya pulak!! hehehe. Saya bukanlah seorang yang biasa bercakap diatas pentas, hanya pekerja bank lepaih tu kerja dlm industri islamic finance. Bebaru ni ada orang talipon suruh bagi talk pasal islamic finance yang kita ni dahlah baru setahun jagung berkecimpung dalam hal ini. Gugup jugak rasanya nak mengatakan ya. Tapi setelah rujuk dengan Tuan Guru dia beri pendapat yang macam Ustaz berikan inilah……. Kalau tak terai macam mana potensi diri kita kita nak kenali! kalau kita tak kenali diri kita macam mana kita nak kenali Allah!!!? Allah telah memberi ruang kepada kita melalui makhluknya…. Saya yang berkira2 pada awalannya untuk menerima pelawaan untuk menjadi panelist dalam perbincangan untuk islamic finance itu sebab ianya akan dibuat kat Hong Kong! Tapi bila Tuan Guru beri motivasi bahawa pelawaan yang datang itu tentulah Allah telah mengetahui kita telah bersedia untuk melalui perkara tersebut! Saya kat Malaysia pun bukanlah orang yang selalu berucap! Inikan pulak kat Hong Kong! Aduhai…… Tapi InsyaAllah sekarang ni sebok kumpul bahan untuk dibaca dan dibahaskan di Hong Kong nanti…. Kalau kita tak terai tak tahu pulak keupayaan diri….. GULP! Anyway siapa kenal diri kenal dia akan Tuhannya…………. Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 3:33 pm: “Allah telah memberi ruang kepada kita melalui makhluknya”. Kalau difahami betul-betul “Inna lilLlah wainna ilahi rojiun” dengan penglibatan ilmu sains, kita akan mendapati bahawa kesemua yang ada di alam ini adalah terbena dari atom (neutron, elektron dan proton), walaupun ramai yang tidka mahu atau tidak dapat menghubungkaitkan kenyataan itu dengan akidahnya. Selanjutnya, diperingkat Quantum Physics (ilmu sains yang lebih halus seninya), pembuktian telah dibuat oleh sains (yang dahulunya telah membuktikan bahawa Bumi mengelilingi Matahari, bukan sebaliknya), bahawa Teory of Everthing menyarankan tiada apa yang ada di alam ini melainkan tenaga. Tenaga siapa? Segala tindak-tanduk mahluk yang berdiri di atas zat jasmani yang ada, juga tidak lain daripada kesan atau asalnya dari tenaga yang sama. Ini bermakna potensi ke arah kesempurnaan itu berada di semua mahluk, terutamanya manusia, kerana telah dihampirkan lagi dengan adanya bekalan akal fikiran. Maka ini menjawab “siapa kenal diri kenal dia akan Tuhannya” atau nak diterbalikkan juga masih berkesan untuk digunakan. Tulis Komen

Kak Ija reply on May 7th, 2008 3:55 pm: Welcome back, Pak Din. Lajunya komen, guna petrol PRIMAX ke? Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 6:56 pm: Suka yang hijau ke? Tulis Komen 31. 31 Unknown

April 15th, 2008 at 4:36 pm

Assalamualikum ustaz, Saya ada membaca e-mail dpd kawan pejabat saya mengenai artikel filem fitna yg ditulis oleh ustaz.Saya tetarik dengan pendapat serta pandanga ustaz, lalu teman saya memberi website ustaz lansung saya ingin bertanya kemusykilan yang selau bermain di kepala saya. Kemusykilan ini bukanlah berkaitan dengan filem fitna tetapi mengenai kejadian manusia , tanggungjawab manusia kepada allah dan mengenai alam akhirat dan bemacam-macam lagi. Mungkin kerana saya kurang ilmu dan membaca perkara-perkara begini sering bermain di fikiran saya. Senang cakap saya ni agak jahil.Walaupun jahil..saya tetap menjaga solat, puasa, aurat dan peradaban sebagai seorang islam.Hanya inilah yg saya tahu..selainnya zero. Saya takut untuk bertanya kepada kawan, suami atau keluarga, kerana saya takut mereka akan mengatakan saya terpesong akidah dan sebagainya. Tetapi saya tidak boleh menipu diri sendiri….sudah lama pekara-perkara ini sering bermain di kepala saya. Di dalam komen ini saya rasa cukup untuk menanyakan satu soalan sahaja. Saya selalu merasa amat sedih tidak tertahan apabila setiap kali saya melahirkan anak. Bukan sedih sebab dapat anak,tetapi saya berasa kasihan akan anak itu yg terpaksa menempuh segala ranjau berduri dari lahir sehingga ia menemui allah. Saya rasa bertanggugjawab membawa dia ke dunia ini. Saya pernah terbaca bahawa dari ramai manusia ini, hnay sedikit sahaja yg masuk syurga…Jadi saya berfikir berapakah kebrangkalian anak aku akan masuk syurga? dan begitu juga dengan saya..Dalam dunia seperti sekarang apakah peluang org seperti saya dan anak saya untuk masuk syurga? Bila difikirkan saya rasa sedih, dan takut…sedangkan saya rasa saya tidaklah jahat sgt..tetapi bila saya baca buku agama..saya tidak confident saya ini akan dimasukkan ke dalam syurga.Bayangkanlah walaupun sembahyang tetapi tidak khusyuk pun dimasukkan ke dalam neraka…..jadi saya ni di mana kedudukannya.rasa tak termampu utk mencapai syurga. Itulah sebab saya sedih bila saya lihat anak saya yg baru lahir. Ustaz atau sesiapa tolonglah nasihatkan saya yg jahil ini….tolonglah redakan pekara-pekara jahat yg sering bermain di fikiran saya. Soalan anak saya yg berumur 5 tahun:Anak: Mak, kalau orang kena petir boleh mati tak ? Mak :Boleh.. Anak: Org yg kena petir tu jahat ke baik? Mak : Ada yg baik ada yg jahat.. Anak: Petir tu allah yg BUAT KAN mak

Mak : Ya… Anak:Allah tu baik..tapi kenapa petir tu kena kat org baik jugak. Mak : Nanti abg dah besar mak terangkan…. Ustaz tolonglah saya untuk menjawab kepada soalan-soalan anak saya yg beumur 5 tahun ini. Byk lagi soalan-soalan yg tidak boleh saya jawab.. Terima Kasih Tulis Komen

Pak Din reply on May 10th, 2008 3:04 pm: Pendekatan tradisi sediaada memanusiakan Allah, memahlukkan Allah, sudah pasti tanpa di sedari oleh yang melakukannya. Sebagai manusia kita menggunakan bahasa manusia untuk berhubung atau memberitahu dan mengambil-tahu sesuatu yang berlaku. Fakta ini telah di ketahui umum dan mudah untuk semua orang menangkapnya. Apabila sudah terbiasa dengan menceritakan tentang manusia atau tentang mahluk, manusia terbawa-bawa menceritakan kewujudan Allah sebagaimana mereka menceritakan tentang manusia atau mahluk. Maka bermulalah satu pengumpulan data-data yang salah dan semakin berlalu masa dan zaman, menebal kepercayaan terhadap apa yang dipercaya tentang Allah, terutama kerana ramainya yang tidak mahu mengapplikasikan kritikal tinking dalam pemikiran seharian. Manusia hidup dalam kepercayaan. Manusia boleh hidup dalam kepercayaan walaupun kepercayaan itu tidak berasaskan kepada satu pembuktian yang kukuh. Ini telah berlaku zaman berzaman. Contoh yang paling ketara ialah, tamadun manusia yang telah berkembang sejak 5,000 tahu dahulu mampu melakar sejarah walaupun tanggapan atau kepercayaan salah terhadap kebenaran yang berlaku di alam. Manausia hanya tahu yang Bumi ini mengelilingi matahari kurang dari 500 tahun dahulu, dari 5000 tahun bertamadun. Itupun berlaku setelah satu jiwa terkorban dalam menyatakan kebenaran tersebut. Kita mungkin mengatakan itu tidak berlaku di dalam Islam, kerana padri Kristian yang menghukum mati ahli sains yang bercanggah pendapat dengan kepercayaan mereka. Sedar atau tidak apa yang berlaku tentang kepercayaan boleh hidup tanpa kebenaran, masih terus berlaku sekarang, dengan berleluasanya keengganan masyarakat mendekatkan diri kepada ilmu sains, satu-satunya (the only) dislpin yang dapat membuktikan kebenaran Alam. Seperti yang pernah saya utarakan di dalam Siri DARWIN, memang ramai yang mengatakan mereka tidak menolak

sains, tetapi sains bagaimana yang tidak ditolak? Hanya apabila sains menghasilkan kejuruteraan dan kemudian teknologi yang membantu menyenangkan hidup mereka. Contohnya, sains gunaan yang menghasilkan kereta dan segala pekakas dan peralatan modern, termasuk internet yang digunakan, tetapi apabila sains tersebut cuba menghubungkaitkan antara persekitaran dan ketuhanan, ilmu itu ditolak ke tepi, kerana ada ilmu alternatif yang lebih mudah, iaitu percaya sahajalah. Jiwa anak-anak yang baru mengenal Alam, secara fitrahnya sangat ingin mengetahui dan mengenali kebenaran. Tanpa disedari ibubapa kebanyakaannya mematikan semangat ini, kerana kebuntuan mencari jawapan abibat dari perwarisan ‘perangkap adat’ yang tidak mengutamakan pemikiran. Maka membesarlah anak itu seperti ibubapanya, mewarisi warisan yang sama. Budaya ini terus dipertahan dan ada yang sanggup berkorban sehingga mengatakan ‘biar mati anak, jangan mati adat’. Penafsiran Islam yang berlaku selama itu tidak menjernihkan keadaan kerana pewarisan salah yang sangat menebal di kalangan masyarakat. Tidak dapat tidak, kita perlu menyedari kesalahan kita meneruskan kepercayaan tanpa mahu mencari pembuktian. Hidup kita terus dihantui sikap selesa dengan kepercayaan yang ada, dibuktikan hanya dengan ayat-ayat yang tidak mengajak mencari bukti, sedangkan ada ayat-ayat yang mengarah untuk mencari pembuktian. Malangnya antibody melindungi kepercayaan ini sangat kebal dan disusahkan lagi oleh sikap empunya diri mahu mengekalkan kekebalan tidak menentu itu. Maka Allah terpaksa menutup hati dan minda mereka, dan memberikan ilham tentang ilmuNya itu kepada yang bersedia menerimanya. Sebab itu dikalangan Muslim pelajaran sains menjadi satu beban dan kesusahan yang amat sangat. Maka teruslah kita menangguhkan jawapan sehinggalah anak dah besar, yang pada masa itu telah pun diimmunisasikan oleh masyarakat sekelilingnya dengan kekebalan yang diceritakan tadi. Berpusinglah satu kitaran lagi, dari generasi ke generasi. Hanya segelintir kecil yang dapat memikirkan kebenarannya, tetapi antara segelintir yang kecil itu juga ramai yang hanyut di bawa arus perdana melainkan sebahagian kecil dari segelintir tadi. Maka teruslah tradisi ‘.. akan jawab bila dah besar nanti’ sebagai warisan bangsa. Tulis Komen 32. 32 Fayhsal, UTP

April 15th, 2008 at 8:06 pm

Salam Ustaz, Bagaimana pandangan ustaz tentang world view yang salah? Kita mungkin kenal Allah tetapi our thinking system dari segi epistemologinya salah.

Syed Naquib menegaskan tentang the loss of adab: 1.Kekeliruan dan kesilapan persepsi tentang ilmu pengetahuan yang seterusnya menciptakan: 2.Kehilangan adab dalam masyarakat yang melahirkan: 3.Munculnya para pemimpin yang bukan saja tidak layak memimpin umat malah tidak memiliki akhlak yang luhur dan keupayaan intelektual dan spiritual mencukupi, yang sangat diperlukan dalam kepimpinan Islam. Dalam posting saya yang terbaru(http://sosialiskanan.blogspot.com/), Prof Wan menjelaskan perkara yang sama. Saya sangat ingin mendengar ulasan Ustaz berkenaan dengan gagasan pemikiran Syed Naquib ini. Of course semua ini adalah satu perbincangan yang dalam ditambah lagi jika merujuk buku beliau seperti Islam and Secularism dan magnum opus beliau Prologomena of Metaphysics. Saya dulu tak faham jugak kenapala susah sangat nak faham dan complicated sangant. Tapi lama2 saya dpt kesani bahawan what Syed Naquib try to address is something very fundamental of the Ummah decadence. Wallahualam, harap Ustaz dapat emel saya dan jemput para pembaca untuk merujuk postin saya diatas. Tulis Komen 33. 33 ariff55

April 15th, 2008 at 8:52 pm

Bismillah-irRahman-irRahim Iqra Bismi rabbi kallazi khalaq Khalaqal insana min alaq… akhir ayat Hamba sahaya mesti dimerdaheka kan… Abdi hitam legam Bilal Rabah r.a merdaheka drp tindasan thaqut kpd cinta Ahad Ahad Ahad Rasulullah beruzlah di gau hira tak kira sunnah? Sedangkan umurnye menjangkau 40 tahun

Menerima Jibril Alaihissalam Mursyid dan juga Wahyu Sekali dgn syahadat menuju makrifat bila pula Isra Mi’raj menerima Solat setelah kenal Tak kenal maka tak cinta Tak cinta maka tak harap Tak harap maka tak takut Back to the basic Tarbiya tuna ar ruhiyyah… mengenal musyahadah muraqabah uzlah cinta harap dan takut semuanye sunnah rasulullah s.a.w AHWAL baginda s.a.w Aisya r.anha pernah menegur sujud solat hingga bengkak kaki… HAMBA yg bersyukur jawab baginda HAL baginda SYUKUR… segalanye IHSAN… PERLUKAH KEPADA IHSAN??? wabillahi taufiq wal hidayah wa inayah Tulis Komen 34. 34 ariff55

April 15th, 2008 at 9:30 pm

bismillah Jika Mat Rempit di bawa di hening malam bertahajuj (uzlah) ape mereka akan fikrkan??? Solat malam dirikanlah>>>UZLAH Perbanyakan berpuasa >>> membawa HAL keadaan insaf untuk bersedekah? Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 4:19 pm: Sekiranya kita berjaya membawa Mat Rempit untuk bertahajud, maka credit untuk kita memperkenalkan cara kepadanya, tetapi mengalikan tujuan merempit kepada persoalan dari mana datangnya keseronokkan semasa merempit, credit kita akan lebih menghampiri kesempurnaan. Mat Rempit menggunakan naluri yang sama, iaitu percaya keseronokan itu datanganya dari

merempit, sebagaimana adanya ‘abid yang percaya seronok datang dari beribadah kepada Tuhan. Menyelami hakikat seronok. yang datang dari percaya kepada sesuatu itu, sebagaimana yang disebut kedua-dua di atas tidak menghasilkan kepada mengenali Tuhan. Ia dibuktikan apabila si Iblis lebih mudah mengganggu ‘abid tersebut, berbanding si ‘alam yang sedang tidur. Pokonya ialah, ilmu yang menghurai dari mana datangnya keseronokan itu yang akan memberikan hasil mengenal Tuhan dari mendalam cara bagaimana seronok itu diperolehi. Tulis Komen 35. 35 hambaallah86

April 15th, 2008 at 10:40 pm

Ustaz,mhn respon mengenai kedatangan pengurus dan pemain kelab bola sepak Chelsea yang merupakan warga Israel ke negara in Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 2:27 pm: Apakah dengan kedatangan pemain Isreal, terus Allah menjadi ada dua? Apakah dengan tiadanya syaitan di bulan Ramadhan, maka semua orang berpuasa? Apakah dengan kesedaran memboikot barangan Denmark? atau USA menjadikan bulan puasa akan datang, pasar maghrib berkurangan? (jumlah keseluruhan makan yang di ambil berkurang dari bulan biasa). “Lakum dinnukum waliya din” Tulis Komen 36. 36 mardiah

April 16th, 2008 at 6:31 am

salam ustaz. suka baca aritkel ni. teringat juga, kalu x silap hadith qudsi, (tapi mungkin ade org kate bukan, wallahua’lam): ‘Al-Insanu sirri, wa Ana sirruhu’manusia tu rahsiaKu, dan Akulah rahsianya (betul ke ustaz?).

Saya rasa masalah umat Islam hari ini ialah goyahnya aqidah, sebab sedari kecil kita hanya belajar bab feqah je (the do’s and the don’t’s), without knowing and understanding the real reason behind it. The solution, which i can think of would be, mengenal diri, dengan mengenal Penciptanya. Tak kenal maka tak cinta. Betul lah kata orang tua2. Kalau kita tak kenal Dia, macammana kita nak mencitai Nya, apatah lagi nak buat segalagala suruhanNya. Maka, jadilah, buat kerana terpaksa, dan akhirnya memberontak dan inginkan kebebasan seperti gerakan liberalisme yang ada dan sedang menular ni. Eh, panjang pula, over excited tengok ustaz tulis psl topik ni, hehe. Wallahua’lam. p/s: kirim salam pada kak muna, saif dan adik2nya. dah besar saif ek. hehe, yg bawah2 tu x kenal sangat. wassalam. Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 2:19 pm: “Awwal ad-din maarifatullah” Bermulanya agama itu mengenal Allah. Tidak dinafikan kepentingan syariat, peraturan, undang-undang dsb tetapi menghidupkannya adalah jauh lebih penting. Manusia membesar dari setitik air dan bersamanya berkembang kesedaran berbekalkan akal yang diberikan. Tiada cara yang terbaik untuk melatih melainkan dari kecil diasuh dengan bersyariat. Malangnya apabila ‘keselesaan’ bersyariat tidak diimbangi dengan sikap mengambiltahu apa yang dilakukan, jadi;ah situasi yang yang disebutkan di atas, iaitu mendewakan fekah dan orang yang mengajar fekah. Mendewa, kerana pada tahap itu tiada persoalan dikemukakan dengan hanya sekedar mengikut dan terus mengikut. Al Quran menitik beratkan solat (yang menjadi tiang agama) tetapi solat bagaimana yang Allah wajibkan. Dengan kefahaman kepada ayat “Fa waylul lilMusoleen”, Allah mengatakan bahawa ada solat yang menyebabkan ke neraka, iaitu solah yang yang hanya ‘kyusuk’ (mengingat Allah) di dalam solat tetapi di luar solat dia lupa Allah. Ini semuanya kerana tidak mengenali Allah dan tidak mengenali diri. Malangnya kebanyakan penyampai fekah mahir di bidangnya dan enggan berbincang masaalah ketuhanan. Tulis Komen 37. 37

Samad

April 16th, 2008 at 10:20 am

Apa yang saya faham, keperluan kepada tuhan adalah fitrah atau naluri semulajadi manusia. Sebagaimana bayi yang lahir je automatik tahu menggerakkan otot dalam mulutnya utk minum susu ibu, begitulah juga automatiknya naluri memerlukan kepada tuhan itu muncul. Maknanya, kalau org tu malas berfikir, dlm subconsiousnya dia ada naluri memerlukan tuhan itu. Masalah timbul bila org tersalah fikir. Ini yang membawa kepada pemikiran atheist.Conciousnya menolak Saya rasa golongan atheist adalah golongan yang banyak fikir. Kalau dia tak banyak fikir, susah nak jadi atheist. Sbb ini kerja melawan arus. Saya boleh bersetuju antara punca melayu meninggalkan agama adalah kerana malas berfikir tetapi ini bukan bermakna dia merasakan tidak perlukan Tuh Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 1:06 pm: Ni lepas Ustaz seronok tengok saya seronok tengok format baru. Turutan pengeluarannya tidak berturut. Kita memang arif dengan Balig Syarie (Ibadah) (Mumayyiz, Mukallaf dan setara) tetapi kita jarang memikirkan tentang Balig Hakiki (Tauhid). Di tahap balig hakiki, “keperluan kepada tuhan adalah” bukan sahaja “fitrah atau naluri semulajadi manusia” tetapi itulah kehidupan, itu kita, itulah segala-galanya. Tulis Komen 38. 38 Samad

April 16th, 2008 at 10:40 am

Saya rasa, disebabkan melayu MALAS BERFIKIR lah me nyebabkan kita mudah menerima Islam. Setahu saya yang tak berapa pandai sejarah ni, Islam masuk ke tanah melayu melalui dakwah oleh pedagang2 arab. Sebelum tu nenek moyang kita beragama hindu. Berbanding agama hindu, Islam jauh lebih simple. Tuhan Islam satu, Tuhan hindu beribu. Tak payah fikir panjang pun mudah paham. So, ajaran yang simple ini AGAKNYA sesuai dengan org melayu yang MALAS BERFIKIR. Tambah pulak, Islam tersebar luas melalui pengislaman Sultan. Bila Sultan masuk Islam, berbondong-bondong rakyat masuk Islam jugak. Masa tu, masuk Islam agaknya jadi trend temoden pada waktu itu. Sebagaimana umat melayu

mudah terpengaruh dengan budaya kuning dari barat hari ini, begitu jugalah melayu terpengaruh dengan Islam pada masa tu. Pendek kata, disebabkan MALAS BERFIKIR melayu sangat mudah terpengaruh dengan suasana. Jika suasana baik, maka baiklah melayu. Jika suasana jahat, maka jahatlah melayu. Pihak yang paling berperanan membentuk suasana itu adalah pemerintah. Bila sultan masuk islam, org melayu masuk islam. Bila british perintah, mula ikut british. Bila BN memerintah, ikut perangai BN lah. Yang ni, kalau nak hurai boleh jadi panjang mengalahkan artikel ustaz. Tulis Komen 39. 39 Abu Saif

April 16th, 2008 at 10:46 am

Alhamdulillah, menarik jika dapat dibual-bualkan begini Kalau kita terima idea bahawa Islam mudah diterima oleh Melayu kerana Melayu malas berfikir, ia mengiyakan teori yang dikemukana oleh Sir Naipaul di dalam dua bukunya iaitu Among the Believers dan Beyond Belief. Juga pandangan orientalis seperti Bernard Lewis. Kata mereka, hanya Islam yang sesuai dengan bangsa-bangsa macam Melayu ni sebab mereka ni berkecamuk dan lembab, maka hanya agama yang berkecamuk dan lembab seperti Islam sahaja yang sesuai dengan mereka. Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 11:26 am: Terima kasih Ustaz format yang batu ni. Seronok pulak guna. Artikel ini juga sangat menarik. Setuju dengan ungkapan menarik itu, tetapi menjadi Melayu ni takut juga nak guna butang reply. Tapi … Keberanian Sdr Samad mengatakan Melayu malas berfikir (dan huruf besar lagi) dan petikan Ustaz tentang kata mereka, sepatutnya menjadikan kita mahu dan kemudian tahu kepentingan berfikir. Masaalahnya ialah warna berfikir itu yang berbeza. Sesetengah warna tidak membawa kita jauh kerana keterbatasannya.

Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 11:29 am: Dah bagi peluang pembetulan pun masih ada silap .. ‘baru’ bukan ‘batu’. Tak rugi bayar duit kopi. Hehe. Tulis Komen 40. 40 ariff55

April 16th, 2008 at 12:51 pm

Bismillah Melayu? India? Cina? mana yg rajin berfikir? tentu Cina tapi tak ramai yg convert pun? India mungkin lebih berfikir tapi ramai juga convert? penyebab nye PENDAKWAH yg mals tak macam misionaries tu… dah tau Malaysia ni ramai Islam baka… terus mintak IFC? mengapa fikiran mereka jauh… nak jauhkan Malaysian Malaysia drp AHWAL Islami… yg Islam Baka pula tak jaga ahli keluarga… kunu anfusakum wa ahli nara… semua taruk atas kepala partisan… malas ayat tu terang-terang taklif ketua keluarga… aasyik partisan di kedai kopi je? malas daie konon? Solat malam tak buat sebab tak cinta?puasa mana boleh sentiasa di warong sembang partisan, zikir malam haram!!! anak pernah ajak solat, tu kenal partisan lebih drp kenal ALLAH… wallahu’alam Tulis Komen 41. 41 ariff55

April 16th, 2008 at 1:19 pm

Bismillah Pertama kita mesti akur bahawa Melayu Muslim di Malaysia ni Muslim baka… so mak pak wajib kenalkan dan cintakan ALLAH dan Rasul, hari akhirat, kitab, malaikat, qada dan qdr Allah… Rukun Islam tu cam solat lima waktu tu jaga anak-anak kita buka nak minta jaga anak org lain dulu…SUNNAH dakwah rasul s.a.w keluarga, keluarga terdekat, jiran, baru keluar… ipar duai ade kite dah

buat, tanya iman masing-masing… ngaku daie illah, SUNNAH mula dakwah pun hancus… Tulis Komen

Pak Din reply on May 7th, 2008 11:39 am: Seronoklah guna reply ni Ustaz, sekali lagi.. terutama waktu artikel keluar kesibukan (apa yang sibuk tak pasti?) melanda. Sdr Ariff55, dah dengar tentang suku sunnah, iaitu Muslim yang mengikut sunnah hanya pada apa yang Nabi saw buat selepas berumur 40 tahun. Sunnah Nabi dari Baliq hingga menjadi Rasul tak begitu dipedulikan. Nabi saw bertungkus-lumus mendalami ilmu perniagaan, perdagangan, ekonomi, interfaith business dan beracam lagi yang berkaitan, sehinggkan beliau mengingatkan ‘90% dari rezeki itu ada di perniagaan’. Ini menjadikan Muslim separuh sunnah. Kemudian ambilkira Muslim tidak meletakkan keutamaan kepada sunnah yang lebih besar (Sunnah Allah), maka keseluruhan menjadi hanya Muslim suku sunnah. Tulis Komen 42. 42 infinit

April 16th, 2008 at 4:14 pm

Asalmualaikaum.. Melayu malas berfikir… saya rasa tak semua.. kalu dikaji sejarah melayu melaka adalah amat gemilang.. boleh rujuk http://merahsilu.blogspot.com..Mungkin dah aturan Allah jadi macam sekarang di tambahkan lagi dengan fakta putar belit.. berfikirlah dan kaji sejarah…bagai mana islam berkembang di nusantara dari kalangan ahli bait.. dan bagaimana ahli bait diusir dari kota mekah..banjir besar dimekah setelah bermandi darah.. Tulis Komen 43. 43 PeneRockers

April 16th, 2008 at 5:54 pm

Mungkin melayu ni malas membaca sebab itu kita mempunyai pemikiran yang sempit terhadap cemuhan orang asing terhadap agama suci kita ini. Moga

dengan blog ustaz ini dapat menyemarakkan lagi semangat membaca teruama dalam kalangan golongan belia seperti saya. Tulis Komen 44. 44 annur1911

April 16th, 2008 at 6:24 pm

Assalamua’laikum ustaz, Puas! itulah ungkapan saya setelah membaca artikel ustaz, tapi belum cukup.Setakat ni tak pernah missed lagi. Kebanyakan artikel ustaz MAMPU membangkitkan semangat yang membara kepada pembaca. Apapun ustaz, saya benar2 kaget dengan cara ustaz patahkan hujjah2 para komentar penuh dengan gaya bahasa yang hikmah dan bijaksana. Kan bagus kalau saya dapat lakukan macam ustaz buat. Nak mengadap rakan sepejabat yang dah banyak berlaku kemalangan jiwa kat depa ni. Yang belah kanan dok sebok dengan pinggan mangkuk koleksi terbaru,baru beli.(time keje menular memang biasa). Kalau boleh satu bangunan nak wartakan. Yang belah kiri pulak sebok dengan lawak bin jenakanya (Yang tak lawak mana kalau didengar). Menempik dengan kuat tak kira baru atau lama itulah tradisi kehebatan diorang kat sini. Buat ketupat bla,bla.. masa breakfast, lunch itulah santapan rohani. Yang belakang sama gak join pinggan mangkuk yang bagai nak rak lagaknya. Saya kat tengah2 ni join ustaz. Ceh, cam bagus jer bunyik. Tapi itu realiti. Sehari, seminggu, sebulan sampai dah bertahun saya kat sini depe sama ler cam gitu jugak. Kadang tu sampai jammed kepala dibuatnya. Yang depan tok sah cerita lah, memang bagus abis (pendiam sangat). Dia la ni pun dah join ustaz.. start saya kenalkan saifulislam kat dia, cuma dia kata kadang2 malas sikit nak kene baca banyak. Saya kata kat dia ” try bagi peluang kat diri coz kat situ ade kebenaran”. So far la ni dia dah ketagih nak baca artikel ustaz. Yang lain tu saya kene email kat diorang mana yang power2 abis tuh, siap besarkan font lagi sampai 20 (dengan harapan ade la yang baca ndaknya). Memang mesej ustaz benar2 sampai kat diorang. Paginya macam ade malaikat lalu, tengahari macam kenduri arwah pulak, bahasa pun dah nampak molek sikit. Tapi ustaz… 3 hari jer tahan mesej tu kat diorang pastu back to normal. Paling nampak perubahan lepas bagi diorang ” Tidak Bersih Islam dengan Kotor Muslim”. Mungkin kena batang hidung kut, atau mungkin juga kerna isinya yang padat, mudah dfahami dan bersahaja. Sesuai sangat untuk diorang yang malas nak membaca, jauh sekali nak berlama2 dalam berfikir.

Sebenarnya, Maafkan saya ustaz, merepek sikit. lari gak tajuk ngan topik kat atas serta menggunakan bahasa rojak buah jambu, mangga + pisang kelat. Walaupun tau ustaz tidak sukakannya.(dgn harapan ustaz dapat membayangkan itulah realiti kondisi tempat saya bekerja. ILUSI BELAKA!) Tulis Komen 45. 45 mamat

April 19th, 2008 at 1:49 am

saya fikir jalan sebaik membuat manusia mencari dan merasakan perlu tuhan yang maha berkuasa ialah dengan mengadakan or engineered ‘kesusahan’ dalam liku hidup depa agaknya itu ler sebab kita di tuntut berpuasa setiap bulan ramadhan kita di tuntut bersederhana, humble, jimat jangan bazir..apa pun pendek kata pada saya yang penting perlu beri kesusahan tu pada roh dan jasad supaya manusia tu ‘berfikir’ i think ibu bapa perlu faham maksud saya tu. kita bukan menyusahkan untuk depa btui susah tapi kita menyusahkan untuk nanti depa senang so virtue macam SABAR tu pada saya ibu bapa kene instill pada anak2 sejak kecik, the rationale kenapa kene sabar, kene susah, apa erti ujian hidup so individu itu ‘tidak putus’ hubungan dia dengan tuhan di samping hubungan dia dengan manusia lain quran tu pada saya buku sosialisma terbaik. saya cuma kembangkan dari tulisan ostad saja , meneliti dari sudut lain, apa ostad tulis tu bahkan semuanya saya setuju. berkenaan melayu malas fikir dulu dan kini semuanya tu pada saya kita kene tenguk apa itu CONTEXT. kita tahu di dunia ni kita tertakluk pada time and space. Yakni masa or era serta geografi tertentu so ada kala malas fikir tu bagus tapi ada kala merugikan

lagi satu kalau kita dapat khalifah macam sahabat besar tu MASAKINI or ketua yang akhlak macam sahabat besar nabi, maka pengikut tak perlu fikir susah2, taat Allah taat rasul dan taat ulul amri di kalangan kamu..btui kan? tapi kalau era dan keadaan tempat tu muncul ketua zalim, ketua akhlak berlawanan macam akhlak nabi dan kita tetap malas fikir, ni nama dia korek kuboq sendiri lah..kan? so last2 mende tu balik pada diri kita sendiri , macam rene descartes ceritakan dan ostad dok tulis tuh. wasalam Tulis Komen 46. 46 Pak Din

May 7th, 2008 at 11:49 am

Satu artikel yang membuatkan saya berazam menukar kopi kepada ekspresso … kalau tidak kerana kesempatan atau kesempitan. Terima kasih Ustaz. Tulis Komen

Pak Din reply on May 8th, 2008 7:00 am: Salam Shila Banyak lagi ke kajian yang perlu dibuat tu? Bukan secawan, seteko pun mungkin, cuma …. Kehidupan mesti ada up down, untuk memastikan kita merasa semua warna emosi yang menghasilkan keputusan berbeza. Best tak format baru Ustaz ni? Susah payah Ustaz mengadakannya, kalau tak dimanfaatkan, tak bersyukur namanya? Senang buat pembetulan. Terima kasih Ustaz. Belum sempat nak browse your comments. Permata sedang menghampiri 500. Tulis Komen

Pak Din reply on May 8th, 2008 11:37 am:

Allah dan Emak, tolong saya. Baru ternampak tersilap mengukir nama … Maaf Dr Shiha. Tulis Komen

shiha reply on May 10th, 2008 6:26 pm: Shila, Shima, Shina, Shiha… semua saya dah merasa.. apalah ada pada nama.. orangnya tetap yg sama :] Tulis Komen 47. 47 Abu Saif

May 7th, 2008 at 12:40 pm

Masya Allah.. Pak Din tengah seronok meneroka sistem baru ni… Alhamdulillah seronok melihat komen Pak Din semakin bertambah semula. Tulis Komen 48. 54 kasehsejati

March 22nd, 2009 at 4:32 pm

salam… satu masa dulu..ustaz pernah kata dalam banyak kata2 tu ada la terletak satu kata-kata yang sangat bermakna…jalan hanya boleh ditunjuk,nak ikut atau tak terpulang pada diri sendiri…ayat power nih! dalam mencari Tuhan…ce citer cikit..di mana Tuhan yang disebut2 nih! Siapa kita yang sebenarnya… mcmmana kita nak tahu kita dah jumpa tuhan yang sebenar ke blom? Tulis Komen 49. 55 awnur

March 22nd, 2009 at 5:24 pm

aduhai sungguh apa yg aku terfikir selama ini, maka aku ingin mengenali Tuhanku, maka aku menemui Islam Tulis Komen 50. 56 awnur

March 22nd, 2009 at 5:27 pm

kalau kita tgk apa yg teleskop Hubble dah lihat di angkasa sana, sedarlah kita ni satu ‘dot’ yg amat infiniti kecilnya. jadi tidak perlu tuhan ini semacam satu ‘dot’ ini menyombong kpd yg mencipta dan menyayangi ‘dot’ ini

Related Documents