Perkembangan Sains Dan Teknologi Andalusia

  • Uploaded by: mbasirbmw
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perkembangan Sains Dan Teknologi Andalusia as PDF for free.

More details

  • Words: 981
  • Pages: 26
PENCAPAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI DI ANDALUSIA

Kejayaan dan kemajuan sains dan teknologi yang kita kecapi dan rasai pada hari ini adalah hasil sumbangan daripada tokoh-tokoh ilmuan Islam yang tersohor di tamadun Islam sebelum kebangkitan tamadun barat lagi yang telah banyak mengkaji dan menghasilkan banyak ilmu baru yang sehingga kini semua bangsa dan agama tidak kira agama Islam atau Kristian menggunakannya untuk pembanggunan sejagat. Tanpa mereka ini semua ini maka sains dan teknologi tidaklah wujud pada masa kini.

Pada zaman kegemilangan tamadun Andalusia, terdapat beberapa kejayaan. Kejayaan yang dikecapi telah membawa satu fenomena baru kepada bidang sains dan teknologi pada masa itu. Antara kejayaan yang telah dikecapi ialah: vii. viii. ix. x. xi.

Bidang ilmu dan pendidikan Bidang sejarah Bidang geografi Bidang senibina. Bidang pertanian

Andalus banyak menghasilkan penulisan dalam bahasa Arab yang merangkumi semua bidang ilmu yang diketahui pada zaman pertengahan. Unsur-unsur kesusasteraan seperti puisi di Andalus berdasarkan al-Qur-an dan al-Hadis Masjid-masjid telah dijadikan pusat pendidikan . Perpustakaan persendirian dan umum telah dibina dengan banyaknya. Semua ini telah membuka jalan bagi aktiviti penulisan dan kesusasteraan dengan meluas pada kurun ke-10 M.

Pusat ini telah mencapai puncak kecemerlangannya pada masa pemerintahan Abdul Rahman III dan anaknya al-Hakam II. Lahirnya tokoh-tokoh seperti Ibnu Abdul Rabbihi, al-Qali, alZubaydi dan Ibnu Qutiyah. Selain dari Cordova, bandar-bandar seperti Seville, Almeria, Badajoz, Granada, Toledo, Valencia, Malaga dan Dervia telah menjadi pusat tumpuan para sarjana untuk mendapatkan bantuan serta galakan raja-raja.

Ibnu Zaydun (1003 M. —1071 M.) dan puterinya Walladah

iv.

Ibnu Hazm (994 M. —1064 M.) Merupakan seorang pujangga, ahli teologi, falsafah, sejarah, moralis dan seorang ahli politik yang sangat berkebolehan. Ibnu Sidah (m.1066 M.) Abu Marwan ibnu Hayyan (m.1075 M.)

Pada mulanya butir-butir tentang zaman sebelum Islam, kehidupan, peri laku dan kata-kata Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya, kemenangan dalam peperangan dan salsilah keluarga yang tertentu telah menjadi tumpuan ahli sejarah Islam bahkan menjadi ciri penulisan sejarah yang penting dalam Islam. Aspek-aspek lain juga dimasukkan seperti politik, peperangan, sejarah penulisan, sejarah tempatan . Para ahli sejarah di Andalus selalunya merupakan ahli dalam bidang perundangan, puisi dan lagu. Sering menumpukan perhatian terhadap Andalus sendiri dalam tulisan mereka.

ii. iii.

vi.

ix.

Abd al-Malik ibnu Habib (m.845 M.) Karyanya yang termasyhur ialah Tarikh (sejarah). Beliau telah menulis sebanyak 1000 buah kitab. Muhammad ibnu Musa al-Razi (m.886 M.) Telah menulis tentang amir-amir di Andalus; salasilah orang-orang yang masyhur di Andalus; keadaan ibu kotanya, iaitu Cordoba Ibnu al-Qutiyah Karangan beliau seperti juga Akhbar menceritakan tentang Andalus semenjak penaklukannya oleh orang Islam sehinggalah ke zaman pemerintahan `Abd alRahman III.

ii.

iii.

Ibnu Khaldun Seorang ahli falsafah, sejarah dan pencipta satu bidang baru iaitu Umran alBasyari (Peradaban Manusia) Dilahirkan di Tunisia pada tahun 1332 M.

Geografi (Jughrafiyah) ialah istilah yang dipinjam daripada bahasa Yunani. Minat yang mendalam dapat dilihat dalam penulisan-penulisan yang ditinggalkan oleh para sarjana geografi Islam, ini boleh dikelaskan kepada geografi deskriptif, dan geografi matematik dan teoretikal. Di antara karya awal dalam bidang geografi ialah mengenai topik yang khusus, misalnya tentang topografi, cuaca dan sumber asli, salah satu tajuk yang terdapat ialah al-Masalik wa al-Malik (Jalan Raya dan Negara).

ii.

iv.

vi.

Al-Khuwarizmi (m.847 M.) Mengarang kitab Surat al-Ard (Bentuk bentuk Bumi) Ibnu Khurdadh-bih Menulis al-Masalik wa Mamalik untuk kegunaan para pegawai dan mengandungi idea kosmologi Ptolemy mengenai kedudukan bumi dalam alam sejagat. Ahmad Ibnu Muhammad al-Razi (m.936 M.) Menulis tentang jalan raya, daerah-daerah dan bandar-bandar Andalus.

ii.

iii.

Ahmad Ibnu Umar al-'Udhiri (1084M.) dan al-Bakri (1094M.). Di antara karangannya yang terpenting ialah Mu jam ma Ista jam, sebuah -kamus geografi yang masih terdapat hingga kini. Kamus ini menerangkan nama-nama tempat yang bersabit dengan Semenanjung Arab. Disusun mengikut abjad dan mengandungi berbagai-bagai istilah geografi

Seni Islam merupakan gabungan atau sintesis unsur-unsur yang berlainan daripada berbagaibagai kawasan di dalam dunia. Hasil daripada sintesis ini, kesenian Islam telah meninggalkan kesan yang nyata di Asia Barat, Afrika Utara dan Selatan Eropah. Ketua-ketua negara turut sama menggalakkan pembuatan barang-barang perhiasan yang cantik seperti pinggan mangkuk, alat-alat solek, barang-barang kemas, kain, jubah, kotak-kotak brang kemas,serta peti-peti barang.

Hiasan yang indah banyak menggambarkan corak tumbuhan-tumbuhan dan haiwan. Hasil daripadanya tercetusnya ilham rekabentuk geometri yang halus dan kompleks disulami dengan tulisan dan ukiran Arab yang indah. Sintesis yang dibuat akhirnya mempu daya tarikan yang universal.

ii.

iii.

iv.

Masjid Cordoba Mengandungi 360 gerbang arca yang ditembusi panahan sinaran matahari setiap hari. Mempunyai 1445 buah lampu dan 224 kaki ataupun bekas lilin. Tiap-tiap satu daripada lampu gantungnya (chandeliers) mempunyai 1000 lampu. Dinding mahrabnya diperbuat daripada emas.

ii.

iii.

iv.

Istana Al-Zahirah Dilengkapkan dengan lukisan-lukisan berwarna, ukiran-ukiran kayu yang berbungabunga dan geometri. Mengandungi bilik dewan yang lapang serta bilik persidangan. Mempunyai 8 pintu yang diperbuat daripada gading gajah dan kayu eboni serta dihias dengan emas dan batu-batu berharga.

Orang Arab merupakan pakar dalam bidang pertanian dan mereka mencari berbagaibagai cara menambahkan pengeluaran . Mereka mengkaji keadaan tanah secara saintifik dan menggunakan alat-alat yang baru untuk meratakan bukit-bukit, membaja tanah yang berpasir untuk menambahkan lagi kesuburannya serta memperbaiki sistem pengairan.

Untuk meratakan bukit, mereka telah melakukan beberapa kajian yang khas iaitu astrolabe dan murjiqal . Untuk mendapatkan air yang cukup, mereka telah menggali perigi-perigi pada bulan Ogos dan September. Memperkenalkan roda air yang diberi nama Na’urah. Terusan air juga telah dirancang serta digali secara saintifik dan saluran-saluran air (acequias) dibina.

Abu ‘Umar ibnu Hajjaj al-Ishbili Telah menulis beberapa karya tentang agronomi. Antaranya termasuklah Kitab alMuqni merupakan karya yang termasyhur sekali. Abu’l-Khayr al-Ishbili Telah menulis Kitab al-Filahah yang mengandungi pengajian umum tentang pertanian

Abu Zakariyya ibnu Awwam. Telah menulis Kitab al-Filahah, kitab ini merupakan buku pertanian yang termasyhur sekali diterbitkan di Andalus.

Secara kesuluruhannya, pencapaian sains dan teknologi yang telah dikecapi pada Tamadun Andalusia telah banyak membawa kebaikan kepada kita pada hari ini. Tokohtokoh Islam dalam Tamadun Andalusia sebenarnya telah menjadi perintis kepada revolusi dalam bidang sains dan teknologi. Pelbagai teori dan teknologi yang telah diwujudkan dan diilhamkan oleh tokoh-tokoh tamadun Andalusia telah diguna pakai oleh para professional pada hari ini.

Related Documents


More Documents from "R. Khairil Adi S.Hut"