Perkembangan Komputer

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perkembangan Komputer as PDF for free.

More details

  • Words: 1,169
  • Pages: 6
Sejarah Komputer Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu: •

sebelum tahun 1940



selepas tahun 1940

Sebelum tahun 1940 Sejarah permulaan idea untuk mencipta komputer bermula dengan penggunaan mesin abakus sebagai pengira. Pascal, ahli Matematik warga Perancis telah mencipta mesin penghitung digital pertama pada tahun 1642 yang merupakan titik tolak pembinaan kalkulator. Enjin Analisis telah diperkenalkan oleh C. Babbage. Enjin ini mempunyai ciri-ciri komputer moden yang memiliki 5 bahagian iaitu alat input, nit storan, unit pemprosesan, unit kawalan dan alat output. Selepas tahun 1940 Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada 5 generasi.

Angka

dalam kurungan menandakan tarikh anggaran. Generasi Pertama (1940 - 1959) Generasi Kedua (1959 -1964) Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an) Generasi Keempat (awal 80-an - ?) Generasi Kelima (masa depan) a)

Generasi Pertama

Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame). Contohnya:



ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.



Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan (Electronic

Discrete Variable Automatic Computer)

komputer EDVAC

yang

mengurangkan

penggunaan tiub-tiub vakum.



Komputer

EDSAC

(Electronic

Delay

Storage

Automatic

Calculator)

memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan.



Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan dan digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat.

b)

Generasi Kedua

Komputer-komputer

genarasi

kedua

menggunakan

transistor

dan

diod

untuk

menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer.

Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama.

Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Komputer lain dalam generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094. c)

Generasi Ketiga

Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunakan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain. Mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian.

d)

Generasi Keempat

Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya.

Proses

pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Komputer atas meja ialah sejenis komputer yang direka bentuk supaya boleh diletakkan di atas meja untuk kegunaan di dalam rumah atau pejabat. Komputer ini boleh didapati di pasaran dengan harga yang amat berpatutan. Komputer meja digunakan untuk kerja-kerja peribadi, umpamanya menulis dokumen, mengurus foto digital, menyunting video, dan meluncuri Internet. Komputer riba (dikenal juga dengan istilah notebook/powerbook) adalah komputer bimbit (kecil dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah) yang terintegrasi pada sebuah selongsong. Beratnya berkisar dari 1 hingga 6 kilogram tergantung dari ukuran, bahan dan spesifikasi. Sumber elektrik berasal dari bateri atau adaptor A/C yang dapat digunakan untuk mengisi ulang bateri dan menyalakan komputer itu sendiri. Bateri komputer riba pada umumnya dapat bertahan sekitar 1 hingga 6 jam bergantung pada cara pemakaian, spesifikasi dan ukuran bateri. Komputer riba memiliki fungsi yang sama dengan komputer meja meskipun dengan kemampuan yang lebih rendah. Komponen yang terdapat di dalamnya adalah sama dengan yang terdapat pada komputer meja dengan ukuran yang diperkecil, lebih ringan, tidak panas dan jimat elektrik. Komputer riba kebanyakan menggunakan layar LCD (Liquid Crystal Display) berukuran 10 inci hingga 17 inci bergantung dari ukuran laptop itu sendiri. Selain itu, papan kekunci yang terdapat pada komputer riba juga dilengkapi dengan pad sentuh yang berfungsi sebagai penggerak kursor tetikus. Papan kekunci dan tetikus tambahan dapat dipasang melalui soket USB. Netbook pula umpama mini Laptop. Kebaikan Netbook ialah bersaiz lebih kecil dan ringan daripada Notebook. Walaupun begitu, ia tetap tidak sama seperti Notebook kerana Netbook disasarkan kepada pengguna komputer yang sering (atau wajib) melayari Internet dan menghantar emel tidak kira tempat dan masa. Manakala

kelemahannya ialah ada komponen dalam Notebook telah ditiadakan dalam Netbook antaranya CD/DVD drive. Prestasi Netbook juga tidak boleh dibandingkan dengan Notebook kerana ia menggunakan komponen yang berbeza. Personal Digital Assistants (PDA) adalah sebuah alat elektronik yang berasaskan komputer dan berbentuk kecil serta dapat dibawa kemana-mana. PDA banyak digunakan sebagai pengurus peribadi pada awalnya, tetapi karena perkembangannya, kemudian bertambah banyak fungsi kegunaannya, seperti kalkulator, penunjuk jam dan waktu, permainan komputer, pengakses internet, penerima dan pengirim surat elektronik (e-mail), penerima radio, perakam video, dan pencatat memo. Selain dari itu dengan PDA (komputer saku) ini, kita dapat menggunakan buku alamat dan menyimpan alamat, membaca buku-e, menggunakan GPS dan masih banyak lagi fungsi yang lain. Bahkan versi PDA yang lebih canggih dapat digunakan sebagai telefon genggam, akses internet, intranet, atau extranet Wi-Fi atau Jaringan Wireless. Salah satu ciri khas PDA yang paling utama adalah penggunaan layar sentuh. Komputer tablet adalah laptop - atau komputer portable berbentuk buku. Memiliki layar sentuh atau teknologi tablet digital yang memungkinkan pengguna komputer mempergunakan stylus atau pulpen digital selain papan kekunci ataupun tetikus. Layarnya pun dapat diputar ke atas dan ke bawah sehingga posisi papan kekunci menghadap tanah/pangkuan/meja dan posisi layar tidur menghadap ke atas dan juga dimungkinkan untuk bergerak memutar mirip gerakan orang menoleh, hingga 360 darjah. Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar)[1] merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerima gambar dan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan (‘’tapak sel’’), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (‘’public switched telephone network – PSTN’’).

e)

Generasi Kelima

Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan merupakan komputer impian masa depan. Reka bentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Komputer ini dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa. Komputer

generasi

membolehkannya

ini

juga

mempunyai

menyelesaikan

lebih

ingatan

banyak

yang

masalah

amat yang

besar

supaya

kompleks.

Unit

pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai “artificial intelligence”. Pen PC Konsep reka bentuknya menggunakan lima batang pen berbeza bagi menjadikan sebuah komputer. Pen-pen tersebut berfungsi sebagai: •

CPU



Kamera



Papan kekunci maya



Output visual / paparan.



Sebuah telefon.

Kelima-lima pen itu boleh berehat dalam satu blok milik yang mengandungi bateri-bateri itu dan memegang storan massa itu. Pen masing-masing berhubung secara wayarles.

Related Documents