Perkakasan Komputer Aksesori Papan Induk Semasa mendapatkan papan induk, pastikan beberapa perkakasan dibekalkan. Papan induk yang tidak ada VGA dan audio dibina di dalamnya (built-in), kabel penyambung VGA (.4) dan audio (7) tidak akan diberi. Sesetengah pengeluar membekalkan kabel port permainan yang berasingan seperti gambar (B) di bawah. Senarai penuh perkakasan seperti berikut:
Papan induk dan manual.
Kabel-kabel reben cakera keras 40 pin (1) dan pemacu cakera liut 34 pin
Kabel reben penyambung VGA (sekiranya kad jenis bina dalam).
Kabel reben penyambung audio (sekiranya kad jenis bina dalam) dan port permainan atau kabel penyambung port permainan sahaja. Kabel reben penyambung COM1, COM2 (1) dan LPT1 (1).
Cakera padat (CD) atau disket untuk pemacu VGA dan audio (sekiranya kad-kad berkenaan jenis bina dalam).
Kad modem kecil dengan slot tambahan CNR (Communication Network Riser) di papan induk sekiranya ada kemudahan itu.
Pilihan 'ATX Form Card'
Kad A di atas mempunyai satu port 'infrared' (IR), satu port untuk tetikus PS/2 dan 2 port USB. Kad 'ATX Form' harus dibeli berasingan dan pastikan sambungan ATX ada dipapaninduk.
LAN Network Adapter Extension
Kad B di atas dari jenis kad rangkaian (LAN Network Adapter Extension Bracket) dan harus dibeli berasingan. Pastikan juga papan induk ada sarnbungan berkenaan.
Contoh papan induk ATX Slot 1 dan Socket 370 untuk kebanyakan CPU jenis Intel. Papan induk Slot 1 sudah agak berkurangan kini.
Kelebihan papan induk ATX
Papan induk ATX boleh dihidupkan melalui papan kekunci, tetikus dan panggilan masuk dari modem, yang boleh disetkan di paparan CMOS setup.
Jenisjenis Papan Induk
Ada berbagai-bagai jenis papan induk boleh dipilih dan dibina menjadi sebuah komputer klon. Kebanyakan papan induk kini dalam bentuk ATX dan Celeron Baru dipaparkan di atas sebagai panduan. Papan induk Socket 7, Super 7, Slot A dan Slot 1 akan pupus atau sudah pun pupus kerana kesukaran mendapatkannya. Papan induk dengan huruf V, S, M dan L menunjukkan pada komponen dibina di dalam papan induk berkenaan. Huruf V bererti kad video, S bererti kad bunyi (sound), M bererti kad modem dan L bererti kad network (Line) atau kad rangkaian. Jenama-jenama papan induk klon yang popular seperti Abit, Asus, MSI, Intel, Apollo, Gigabyte dan lain-lain lagi.
CPU Prosesor atau CPU yang pertama dicipta Intel pada tahun 1971, mempuryai 2,300 transistor dan dipanggil cip 4004. Kelajuannya pada ketika itu ialah 108KHz. Setelah tiga dekad, kini Intel harus berbangga dengan CPU Pentium 4 yang mempunyai lebih 28 juta transistor dan berkelajuan melebehi 1GHz, Jenama-jenama CPU yang popular terdiri dari Intel dan AMD. CPU dibina dan direka untuk papan induk yang dikhaskan untuknya.. CPU Intel Celeron semasa mula dikeluarkan menggunakan Slot I tetapi ditukar ke Socket 370 dengan kelajuan CPU dari 366Mhz hingga 800MHz. Pentium II dan III juga mengikut CPU Celeron iaitu dari Slot 1 ke Socket 370. Terkini prosesor Pentium 4 dicipta untuk papan induk Socket 423 dan Socket 478 bagi menyokong RAM yang berbeza. AMD menggunakan Super 7 menandingi Slot I dari segi kelajuan dan harga. Terkini, AMD mengeluarkan CPU bernama Athlon dan Duron yang menggunakan Socket A untuk menyaingi Intel. Kelajuan prosesor sebenarnya dirujuk pada kelajuan informasi diproses
dalam cip tersebut dan tentunya lebih laju lebih baik. Kelajuan sesebuah komputer tidak bergantung pada kelajuan CPU sahaia tetapi komponen-komponen seperti jumlah RAM kad graflk, kelajuan bas papan induk, kelajuan memori, jumlah RAM dan jenis sambungan cakera keras harus diambil kira. Sekiranya salah satu komponen tidak sesuai, umpamanya kelajuan 133MHz untuk penghantaran data antara CPU dan RAM, tetapi memori yang digunakan yang dipanggil 100MHz, maka ini akan mengakibatkan satu suasana 'bottle-neck' dan sistem sesak.
CPU atau Pemproses (Kotak dan tray) Apa gunanya CPU? CPU (central processing unit) adalah sebuah cip yang bertindak sebagai pusat memproses segala data dalam komputer dan kelajuannya menjadi idaman setiap insan IT. Kelebihan CPU masa kini, ia mempunyai cache aras 1 terbina di dalamnya. Operasi komputer agak laju dengan tambahan cache ini dan dengan itu sekiranya lagi banyak jumlah cache lagi baik sesebuah komputer itu. Sebagai contoh, cache bagi CPU Intel Celeron 333MHz adalah sebanyak 128Kb. Biasanya maklumat cache ini boleh didapati di kotak CPU atau dari senarai yang dikeluarkan oleh syarikat CPU itu dan juga di laman Web syarikat berkenaan.
Terdapat CPU yang dijual tanpa kotak (tray), biasanya dibekalkan kepada wakil penjual (dealer) untuk penjimatan kos. Harga CPU agak murah kerana tiada bungkusan yang terlibat. CPU direka dengan jenis socket (papan induk) yang bersesuaian untuknya. Socket 3 dalam rajah 2 digunakan untuk CPU 486 yang sudah pupus kecuali mungkin masih digunakan di rumah-rumah.
Cara-cara pemasangan CPU Pentium dan CPU AMD . hampir sama dan antaranya tidak boleh ditukar ganti. CPU Pentium 4 umpamanya, menggunakan papan induk Socket 423 dengan RAM Rambus dan terakhir Papan induk Socket 478 direka untuk Pentium 4 dengan rnemori SDRAM yang berharga dan berprestasi sederhana. CPU AMD Athlon dan Duron menggunakan papan induk Socket A.
CPU Intel dan AMD Dua syarikat gergasi pembekal CPU menyaingi antara satu sama lain untuk mengeluarkan barisan CPU paling mantap dan canggih. Setiap keluaran ditambah ciri-ciri kelebihan mengira arahan secepat yang mungkin dan ukuran senipis-nipis yang boleh bagi menambah jutaan transistor, mengurangkan penggunaan kuasa elektrik , dan secara automatic mengurangkan haba. Intel menggunakan rutin optimisasi (optimisation) multimedia MMX dan SSE2 sementara CPU AMD dengan 3Dnow. Program-program yang mengguna MMX dan SSE2 akan menampakkan penggunaan yang optimum dengan komputer yang berasaskan CPU Intel. Begitu juga program-program yang menggunakan 3Dnow, tentunya komputer dengan CPU AMD akan mencapai satu tahap yang terbaik. Untuk membina sebuah komputer, pemilihan CPU agak kritikal. Intel mengeluarkan CPU seperti Celeron, Pentium III dan Pentium 4 (P4) untuk taburan pengguna-penggunanya pelbagai peringkat. Celeron biasanya untuk pengguna biasa, Pentium III untuk pengguna pertengahan dan P4 untuk pengguna kuasa (power user). CPU AMD Duron dan Athlon untuk satu kelas pengguna biasa dan satu lagi pengguna kuasa. Celeron bolehlah digandingkan dengan Duron dari segi prestasi dan P4 dengan Athlon iaitu sama kuat dan padan mengikut CPU pada peringkat masingmasing. Dari segi harga, AMD agak rendah sehingga hampir 10 peratus bezanya berbanding Intel. Terpulang kepada individu memilih CPU yang berkenan di hati atas dasar tujuan komputer digunakan dan modal yang ada. Harus diingat CPU saja tidak memberi kelajuan sebenar, ia bergantung kepada keseluruhan sistem dari segi perkakasan dan sistem operasi. Sekiranya RAM yang digunakan sedikit dan kad grafik bertaraf rendah, sistem tidak akan beroperasi secara optimum. Papan induk memainkan peranan penting terutama cipset yang digunakan. Cipset akan menentukan jenis RAM yang boleh digunakan, tahap kelajuan bas (FSB) dan sebagainya. Pilihan perkakasan harus serasi dan sesuai terutama di antara CPU, papan induk, PAM dan sebagainya. Senarai papan induk dan CPU dipaparkan di mukasurat seterusnya, CPU dalam warna kelabu menun'ukkan keluaran yang terbaru atau masih terdapat di pasaran. Senarai papan induk yang pernah muncul di persada IT satu ketika dulu bertukar berganti mengikut peredaran masa. Walaupun sesetengah papan induk dan CPU di bawah masih digunakan di rumah-rumah, sukar untuk mendapatkannya kini kecuali terselit dimana-mana.
* Tanda bintang dan laman kelabu rnenunjukkan senari papan induk dan CPU terkini iaitu maklumat pada Sep200l. FSB bermaksud Front Side Bus iaitu sistem bas untuk CPU dan memori (RAM) menyimpan dan rnengambil data sepantas yang disetkan kepada CPU oleh pengeluar.
Kotak komputer (Casing) Kotak komputer datang dalam beraneka bentuk untuk menampung pelt)agai jenis papan induk. Tujuan sebenar kotak komputer urituk bagi melindungi perkakasan dari habuk, debu, benda-benda asing dan sebagainya. Dua bentuk kotak komputer yang ketara ialah AT dan ATX. Harga sebuah ketak komputer ATX lebih mahal berbanding dengan kotak AT kerana hentuk penyambung yang baru serta saiznya agak lebar. Dalam bekalan kuasa jenis baru ini juga terdapat penambahan voltan 3V. Aksesori Kotak Komputer Semasa mendapatkan kotak komputer, pastikan beberapa perkakasan dibekalkan seperti senarai di bawah. Kotak komputer dengan bekalan kuasa 250 watt atau lebih Kabel kuasa 4 lapik getah dan 4 plag kecil Beberapa skru, penebat (insulator), nat berkaki dan plag plastik
Rajah di atas menunjukkan pandangan panel depan kotak komputer berbagai bentuk. Ada berbagai-bagai jenis kotak komputer AT untuk dipilih mengikut kemahuan dan keadaan seperti Desktop, Mini tower, Midi tower dan Midi tower. Terdapat satu lagi rekabentuk kotak komputer dipanggil ATX yang amat popular, dikhaskan untuk papan induk jenis ATX juga. Bentuknya dalam golongan Mini, Midi, Maxi dan Desktop. Biasanya kotak komputer ATX agak lebar bentuknya dan dibekalkan dengan bekalan kuasa jenis ATX. Diperhatikan tren kini, saiz kotak komputer semakin mengecil bagi menampung papan induk yang kian padat. Kebaikan tren berkenaan, ia mengambil ruang yang kecil serta comel apabila dipandang.
Voltan yang digunakan di Malaysia ialah 240V AC dan mengiklit peratus antara +5% dan -10%, ia boleh berligar dari 216 V AC hingga 252 V AC. Jangan sesekali menukarkan ketetapan atau setting di belakang kotak bekalan kuasa kepada bacaan 112V AC. Kebanyakan unit bekalan kuasa kini sudah menghapuskan pilihan ini. Rajah A menunjukkan 4 lapik bawah kotak komputer. Rajah B dan C menunjukkan cara-cara pemasangan lapik getah berkenaan.
Unit Bekalan kuasa AT dan ATX Apa gunanya kuasa?
bekalan
Seperti yang sedia maklum, bekalan kuasa perlu untuk menghidupkan komputer seperti juga petrol untuk menjalankan kenderaan. Bekalan elektrik dinding tidak sesuai untuk sistem komputer yang memerlukan bekalan kuasa bateri. Datang unit bekalan kuasa untuk menjadi wira menyelamatkan keadaan. Bekalan kuasa untuk kornputer klon terbahagi kepada dua jenis iaitu AT dan ATX. la direka dalam satu kotak yang berasingan dari perkakasan komputer untuk memudahkan pertukaran sekiranya ada kerosakan. Jangan sesekali membuka unit bekalan kuasa semasa ia beroperasi. Kalau bekalan kuasa bermasalah dan diri kurang yakin, beri kepada juruteknik yang berpengalaman untuk menguji dan memperbaikinya. Fungsi bekalan kuasa komputer adalah untuk menukarkan voltan 240V AC (alternating current) kepada +5V, -5V, +12V, -12V, +3.3V dan -3.3V DC (direct current). Voltan-voltan yang pelbagai jenis itu disalurkan pada litar-litar elektronik untuk operasi. la juga membekalkan punca bagt mengstabilkan atau mengaktifkan komputer seperti 'Power good' dan 'Power supply On'. Prosesor Pentium 4 terkini memerlukan unit bekalan kuasa sekurangkurangnya 300 watt dan datang dengan label ATX12V di atas kotaknya. Perhatikan keadaan ini jika hendak membeli unit bekalan kuasa secara berasingan. Ia juga dipanggil oleh para penjual komputer sebagai unit bekalan kuasa Pentium 4. Kelebihan bekalan kuasa ATX Output bekalan kuasa ATX mempunyai tambahan 3V untuk sesetengah litar-litar dalam papan induk ATX berfungsi, yang tidak ada pada bekalan kuasa AT.
Sambungan kuasa P8 dan P9 untuk papan induk jenis AT. Terdapat antara tiga atau empat sambungan kuasa seperti rajah A dan B dalam sesebuah kotak kornputer. Sekiranya ingin menambah sambungan kuasa, dapatkan adapter khas seperti dalam rajah C di atas. Sambungkan soket D ke plag B dan dua sambungan kuasa akan bertambah. Sambungan-sambungan kuasa untuk papan induk jenis ATX berbeza dari AT. Suis kuasa pada kotak ATX dipasang terus ke papan induk
Ada tiga bahagian operasi dalam unit bekalan kuasa iaitu transformer, rectifler dan filter. Transformer: Ia menurunkan voltan 240V AC ke tiga cabang voltan iaitu 3V, 5V dan 12V AC. Voltan output masih dalam gelombang AC. Rectifier: Ia menukarkan voltan 3V, 5V dan 12V AC ke DC tetapi masih kurang stabil iaitu ada gelombang halus sama seperti gelombang AC. Filter: Ia menapis gelombang dan memberi satu arus DC yang bersih dan tidak bising untuk ketiga-tiga voltan. Nota: Voltan +3.3V dan -3.3V hanya terdapat dalam kotak bekalan kuasa ATX sahaja. Amaran Jangan membuka penutup unit bekalan kuasa tanpa pengetahuan yang cukup. Sekiranya rosak, beri pada juruteknik komputer yang berpengalaman atau tukar sahaja dengan yang baru.
RAM Memory RAM akronim bagi random access memory bertindak sebagai satu jenis memori dinamik (dynamic) bagi CPU dapat menyimpan Data ringkas dan mengambilnya dengan cepat tanpa bantuan terus dari cakera keras. Penyimpanan data di kad RAM bersifat
sementara, bila komputer ditutup, semua maklumat akan terpadam. Penggunaan ruang RAM dilakukar oleh sistem dan bukan pengguna. SIMM (72 pin) bererti single in-line memory module iaitu sebuah kad litar kecil memori yang dipanggil SIMM RAM. RAM jenis EDO (extended data out) ini dilekatkan di slot SIMM di papan induk, biasanya berpasangan iaitu 16MB dengan 16MB atau 32MB dengan 32MB. DIMM (168 pin) bermaksud double in-line module, sebuah kad litar kecil memori yang dipanggil SDRAM dan dilekatkan sendirian di slotnya. SDRAM datang dengan kapasiti 16MB, 32MB, 64MB, 128MB dan 256MB.
RAM kecil A dalam rajah di atas digunakan pada papan induk 286, 386 dan Pada sesetengah 486. Ia mempunyai sebanyak 30 pin dan sekarang tidak dikeluarkan lagi atau dengan lain perkataan ia telah pupus. RAM B yang kedua sama ada jenis Normal iaitu FPM (front page mode) atau EDO (extended data out) mempunyai sebanyak 72 pin. RAM EDO digunakan untuk papan induk Pentium dan RAM FPM untuk papan induk 486. RAM C dipanggil SDRAM mempunyai sebanyak 168 pin, digunakan pada papan induk seperti Socket 370, Slot 1 dan Pentium III. SDRAM ada beberapa jenis kelajuan seperti 66MHz, 100MHZ dan 133Mhz mengikut sistem bas di papan induk. RAM 66MHz sudah tidak dikeluarkan lagi atau dikira sudah pupus.
RAM Terkini Ada tiga jenis RAM atau memori sekarang ini iaitu SDRAM, DDR-DRAM dan RDRAM. Pemilihan RAM harus bersesuaian dengan papan induk Yang hendak digunakan. Kemampuan BIOS dan cipset di papan induk menentutkan jenis RAM yang serasi. Firmware (perisian tegar) BIOS ialah perisian kecil digunakan semasa rutin startup, sentiasa diubah atau ditingkatkan oleh pengeluar bagi menampung pelbagai RAM Yang kian canggih kini. Penerangan ketiga-tiga RAM tentang erti, kelajuan bas dan jenama seperti berikut: SDRAM bererti synchronous dynamic RAM, terdapat pada kebanyakan papan induk Celeron dan Pentium III. Dari segi harga ia paling murah di antara ketiga-tiga RAM dan sederhana semasa operasi. Kelajuan bas RAM ialah 100MHZ (PC100) dan 133MHz (PC133). Kapasiti SDRAM, antaranya 64MB, 128MB dan 256MB. Jenama SDRAM Yang popular seperti Hitachi, Kingmax, Kingston dan Takei.
DDR-DRAM bererti double-data-rate synchronous dynamic RAM sebenarnya sambungan dari - SDRAM tetapi dua kali ganda lebih laju. Ia mempunyai 184 pin dengan kelajuan penghantaran data sebanyak 1600Mbps bagi RAM PC1600 menggunakan detik memori (memory clock) 100MHZ dan 2100MBps bagi RAM PC2100 dengan detik memori 133MHz. Papan induk harus mampu menyokong RAM jenis ini untuk mendapatkan kebaikan RAM berkenaan, jika tidak ia beroperasi pada kadar biasa atau lebih teruk dari SDRAM sendiri. RDRAM bererti Rambus dynamic RAM, ia lebih mahal dari kedua-dua RAM di atas tetapi lebih laju dari DDRDRAM. Kelajuan bas RDRAM pada tahap 40OMHZ dan ia digurakan bersama CPU Pentium 4 (P4) dengan papan induk Socket 423. Kini terdapat papan induk Socket 478 untuk CPU P4 bagi menyokong SDRAM dan ini satu petanda baik. Jenama RDRAM seperti Micro, Samsung dan Kingmax dan berkapasiti di antara 64MB hingga 128MB.
Cakera keras dan cakera liut Apa pentingnya storan? Sebuah komputer seharusnya mempunyai satu storan untuk ditempatkan sistem operasi, program-program aplikasi, utiliti dan sebagainya. Di sinilah cakera keras memainkan peranannya sebagai satu storan yang berwibawa.
Cakera keras Cakera keras sebenarnya menyerupai sebuah piring yang berputar laju dengan satu pointer membaca, menulis dan memadam maklumat atau data-data di atasnya. Piring ini tersimpan di dalam satu bekas kejap bagi mengelakkan dari debu, habuk, asap dan sebagainya. Ciptaan canggih ini ada banyak kelemahan dan harus diberi penjagaan yang sewajarnya. Pertama, ia tidak boleh jatuh dari jarak apa pun, dari itu pergerakannya harus cermat. Kedua, semasa operasi, penutupan yang mengejut boleh membantu menambah kerosakan permukaan piring yang popular dengan panggilan 'bad sector' atau sektor rosak. Bekas cakaran atau parut ini biasanya tidak boleh diperbaiki sehingga akhir hayatnya. Penutupan atau shut down yang betul harus dilakukan setiap kali ingin keluar dari komputer terutama dengan sistem operasi jenis Windows. Bekalan elektrik yang terputus dengan tiba-tiba, satu jenis musuh yang digeruni oleh peralatan yang comel ini. Ketiga, penyusunan fail-fail yang kemas akan memberikan cakera keras keselesaan ia beroperasi. Pencarian fail akan meniadi cepat dan boleh memanjangkan umurnya. Selalu lakukan defrag atau penyusunan fail pada cakera keras. Keempat, pastikan kedudukannya dalam kotak komputer ada laluan udara dan kalau boleh ditambah kipas aksesori di atas cakera keras untuk penyejukan yang padu.
Cakera liut atau disket Satu lagi storan yang masih digunakan ialah cakera liut atau disket dan ia harus bekerja dengan pemacu cakera liut. Cakera liut atau 'floppy disk' sekarang boleh dianggap kecil storannya jika dibandingkan dengan storan lain. Walau bagaimanapun ia masih digunakan lagi untuk menyimpan . beberapa fail kecil yang penting. Disket harus dijaga dengan cermat kerana ia mudah rosak. Perkara-perkara yang harus diberi perhatian seperti elakkan dari sentuhan besi berani, dedahan tepat sinar matahari, debu, habuk rokok, air, sentuhan jari di permukaan cakera dan timbunan sesuatu beban. Jika tidak digunakan, masukkan disket ke dalam kotak asalnya.
Cakera keras Apa yang hendak dicari pada cakera keras ialah muatan storan, kelajuan pusingan sesaat (rpm), kelajuan kadar penghantaran (transfer rate) dan purata waktu cari (average seek time). Contoh rpm, transfer rate dan average seek time cakera keras Seagate Medalist 3221 ialah 650 rpm, 3.5MB/s dan 11 millisec mengikut susunan. Lagi tinggi bacaan rpm, lagi baik, dan tentunya bertambah mahal harganya. -Pengeluar-pengeluar cakera keras yang popular
ialah Seagate, Quantum, Maxtor, Fujitsu, Western Digital, Samsung dan lain-lain lagi. Ada berbagai-bagai lagi jenis storan seperti pemacu LS-120, pita, Iomega 100MB dan 250MB tetapi tidak akan dibincangkan di sini.
Pemacu cakera keras di atas dibuka untuk melihat komponenkomponen yang ada di dalamnya sebagai demo sahaja. Ia tidak harus dibuka sama sekali. Makna jargon ciri-ciri cakera keras seperti berikut: RPM bermaksud pusingan seminit atau revolution per minute. Kelajuan cakera keras kini sama ada 5400 atau 7200 pusingan seminit (rpm). Dengan lain perkataan, lebih laju pusingan cakera keras lebih cepat informasi dapat dicari. Seek time bererti waktu diambil oleh kepala tulis dan baca tergerak (read/write head) ulang-alik dalam mencari balapan (track) tepat di mana data disimpan. Transfer rate bermaksud ukuran kelajuan cakera keras melakukan penghantaran data ke komputer.
IDE atau SCSI? Ada dua IDE slot yang terdapat di atas papan induk untuk diletakkan perkakasan storan dan pemacu cakera optik. Kabel reben 40 pin diperlukan untuk tugas itu. Ada dua jenis kelajuan cakera keras yang beraskan IDE, iaitu UltraATA/66 dan UltraATA/100. Pemilihan cakera keras UltraATA/l00 disyorkan untuk permainan komputer dan sebagainya, Kebanyakan papan induk sekarang sudah dilengkapi BIOS menyokong antaramuka itu. Satu kabel reben khas yang dibekalkan bersama papan induk harus digunakan untuk sambungan tersebut. SCSI pula memerlukan satu kad antaramuka slot PCI untuk berfungsi dan keseluruhan sistemnya agak mahal untuk pengguna rumah. 1 G (giga) bererti 1,000,000,000 (seribu juta) dan dalam kiraan komputer iaitu digit penduaan (binary digit), I GB (gigabytes), ianya jadi 2 ganda 30 (2 X 2 sebanyak 30 kali) bersamaan 1,073,741,824 bait (bytes) Satu bait terdiri dari 8 bit. Satu bit pula bererti sama ada 0 atau I. Satu 'bait’ ialah satu huruf, angka atau aksara (character).
Apa yang mengelirukan? Kekeliruan bacaan jumlah bait cakera keras menjadi satu perkara yang selalu dibangkitkan. Contohnya, sebuah cakera keras bermuatan 10.2GB oleh pengilang, hanya 9.54GB apabila dikesan oleh Windows. Apa yang sebenarnya teriadi? Pengilang mendifinasikan 1MB sebagai 1,000,000 bait dan bagi fdisk pula yang menggunakan sistem binary, jumlah bait sebanyak 1,048,576 tepat. Bila dibahagi 10.2GB iaitu 10,200,000,000 bait dengan 1,048,576 bait, akan menunjukkan 9.727GB saja. Apa yang dikesan oleh Windows dianggap betul bila kehilangan bait selebihnya telah diambil oleh sektor but dan fail-fail sistem FAT.
Pemacu cakera liut
Pemacu cakera liut Pemacu cakera liut 1.44Mb memerlukan disket bila beroperasi sama ada untuk membaca, menulis dan memadam. Kerosakan perkakasan berkenaan biasanya ia tidak boleh membaca disket dan harus dicuci dengan cecair kimia khas yang boleh dibeli di kedai-kedai servis komputer. Kalau tidak berjaya, sambungan kabel reben antara pemacu dan papan induk diperiksa sama ada ia tidak dimasukkan dengan kemas. Periksa di Menu CMOS untuk memastikan pemacu cakera tidak di sekatkan dari beroperasi. Sekiranya sudah habis ikhtiar, nampaknya pilihan terakhir mengantikannya dengan yang baru. Penjagaan pemacu cakera liut
Cara #1 Satu atau dua titik cecair kimia seperti rajah di atas memadai untuk mencuci pemacu disket. Dapatkan prom DOS, pilih pemacu A dan setelah masukkan disket pencuci, tekan Enter. Cara # 2 Sekiranya sudah dalam Windows, klik ikon My Computer untuk dapatkan paparan senarai komponen dalam sistem operasi, masukkan disket pencuci di pemacu A dan klik ikon berkenaan untuk ia beroperasi. Dua perkakasan yang boleh dikaitkan dengan storan dalam komputer ialah cakera keras dan pemacu disket. Muatan cakera keras kini antara 10GB hingga 30GB. Pemacu cakera liut masih setia dengan disket tradisinya iaitu disket 1.44MB. Cakera keras Cakera keras dianggap sebagai sebuah storan yang mampu menyimpan sistem operasi dan seribu satu perisian. la diukur dalam kiraan bait (byte) dan sebagai contoh 20GB bererti cakera keras berkenaan boleh memuatkan sebanyak lebih kurang 20 ribu juta huruf, angka dan aksara. Pemacu cakera liut atau pemacu cakera layut Perkakasan kedua ialah pemacu cakera liut yang beroperasi bila ada cakera liut atau disket di dalamnya. la sebenarnya bertindak sebagai satu Perkakasan untuk membaca dan menulis ke satu storan iaitu disket 1.44MB. Untuk keselamatan kandungan disket, penutup seak B dibuka bagi disket boleh dibaca tetapi tidak boleh ditulis.
Bahasa komputer: Apa itu bit dan apa itu bait? Komputer akan berkomunikasi dengan bahasa yang difahaminya iaitu bahasa digital. Litar logik yang mengandungi kumpulan transistor akan mengeluarkan output 'On' dan 'Off seperti mentol yang menyala dan padam. Keadaan 'On' atau 'Off ini dikira satu bit (binary digit) dalam bahasa komputer. Lapan bit akan menjadi satu bait (byte) yang bererti satu huruf, angka dan aksara. Jumlah kombinasi lapan bit ini mencapai sehingga 256 (2 ganda 8) dan dirujukkan kepada nilai ASCII akronim bagi American Standard Code for Information Interchange. Bit dan bait Terdapat berbagai-bagai nama bait seperti KB (Kilobyte), MB (Megabyte), GB (Gigabyte) dan sebagainya, 1KB bererti 1024 bait, bukan 1000 bait mengikut kiraan biasa. Dalam binary, 1KB bila dikira 2 ganda 10 (2 X 2 sebanyak 10 kaii) akan menjadi 1024 bait. Dalam rajah di bawah, ditunjukkan senarai 1 bit sehingga 1GB dan jumlah bait sebenar.
Memahami binary penting kerana kebanyakan perkakasan dalam komputer sedikit sebanyak akan menyentuh mengenainya. Perkakasan seperti memori (RAM), RAM di kad video, storan cakera keras, cakera padat (CD) dan cache di papan induk semuanya ada kaitan dengan bait dan harus diberi perhatian mengenai kebaikannya. Contohnya, sebuah buku yang mempunyai 600,000,000 huruf, dengan mudah diisikan ke dalam sebuah CD-R (cakera padat yang boleh merakam data) yang bermuatan 650 MB. Untuk pengetahuan, kapasiti CDR 650MB ialah 681,984,000 baits apabila ia direkodkan dalam format Mod-1 ISO 9660.
Kad video dan kad grafik Apa pentingnya kad video? Tanpa kad video dalam komputer, monitor secanggih manapun tidak akan berfungsi. Kad video memainkan peranan yang penting dalam menghantar signal digital ke monitor. Kad video slot tambahan mempunyai RAM tersendiri dan boleh memproses data mengikut cip yang terbina dalam kad tersebut. Ada berbagai-bagai jenis kad video yang boleh dipilih kini. Kad video jenis slot ISA sudah tidak dikeluarkan lagi, Tren sekarang, kad video dibina terus dalam papan induk. Cara ini menjimatkan kos kepada pengeluar dan dimanfaat oleh pengguna biasa yang tidak memeriukan kecanggihan paparan. Permainan komputer memerlukan kad grafik yang boleh mengeluarkan efek 3D (3 dimensi). 3D ialah paparan grafik yang menampakkan emej secara blok dan seperti hidup. Kad jenis AGP (Accelerated Graphics Port) dan slot AGP dibuat bagi melaksanakan hasrat pengguna yang inginkan paparan canggih dan kepantasan penghantaran data graflk. Permainan 3D dapat dimainkan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Terdapat berbagai-bagai jenis kad grafik untuk dipilih seperti kad grafik GeForce2 GTS atau GeForce2 Ultra dan lain-lain lagi, terpulang kepada kemampuan dan keperluan melaksanakan tugas. Tiga aspek kad video yang harus diketahui iaitu ciri-ciri yang ada pada kad, 2D dan 3D. Ciri-ciri kad yang dimaksudkan seperti ada output TV atau kemampuan menyunting rakaman video. 2D dikaitkan dengan tugasan biasa yang dilakukan seperti membuka dokumen atau mempamerkan laman web. 3D pula berkaitan permainan komputer 3 dimensi. Jumiah RAM di kad grafik harus diberi perhatian mengikut tugasan yang hendak dilakukan. Kad graflk dengan RAM sebanyak 16MB memadai bagi menepati permintaan program yang memerlukan
kepantasan beroperasi. Kini setengah kad graflk diletakkan sebanyak 128MB jenis DDR (double-data-rate) RAM untuk melaksanakan tugas berat itu.
Kad VGA slot tambahan ISA, PCI dan AGP Kad video slot ISA sudah pupus. Kad video slot PCI mungkin mengikut jejak yang sama. Kini kad grafik slot AGP paling popular dan semakin canggih. Kad grafik dengan RAM yang tinggi menjadi idaman setiap pengguna yang berminat dengan permainan komputer dan kerja-kerja grafik berat dalam bentuk CD-ROM atau disket. Terdapat juga kad video bersepadu dalam papan induk bertujuan bagi menjimatkan kos. Kad video jenis bina dalam akan berkongsi memori dan boleh menjejaskan sedikit operasi komputer. Sebagai contoh, sekiranya komputer mempunyai RAM sebanyak 32MB, ia cuma akan tinggal 28MB saja untuk sistem dan yang lainnya diambil oleh kad video iaitu sebanyak 4MB. Perkongsian RAM diset dalam CMOS Setup semasa komputer dihidupkan.
Kad VGA bersepadu Semasa membuat pembelian kad video atau kad VGA (video graphic adapter), pastikan dibekalkan manual dan fail driver perkakasan sama ada dalam bentuk CD-ROM atau disket. Papan induk yang mempunyai kad video bersepadu (intergrated), kabel sambungan khas dibekalkan seperti dalam rajah . Akhir sekaii, pastikan jenama kad seperti contoh gambar dalam bulatan 4. sama dengan disket atau CD-ROM untuk pemasangan yang betul dan tepat nanti.
Monitor Monitor dan radiasi Monitor merupakan salah satu peranti output yang tidak boleh dipandang ringan. Pertama sekali harus difikirkan tentang sinar radiasi yang dipancarkan. Bekerja dengan komputer tanpa berhenti rehat boleh merosakkan mata si pengguna. Setelah sejam bekerja, ambil rehat 5 minit atau sekadarnya untuk kebaikan diri. Guna filter monitor yang baik boleh meringankan sedikit keletihan mata. Monitor keluaran baru kini kebanyakannya telah lulus ujian radiasi. Apa itu sindrom carpel tunnel? Bila tangan dan pergelangan tangan mula merasa sakit dan kebas, akibat bekerja berpanjangan dengan komputer, itu tanda-tandanya mengalami sindrom carpel tunnel (carpel tunnel syndrome). Elakkan dari berlakunya perkara ini dengan mengambil masa untuk rehat dan sekaligus boleh meredakan ketegangan. walaupun papan kekunci dan tetikus menyumbangkan kepada sindrom berkenaan, monitor juga terlibat secara langsung. Bebanan teknologi yang berterusan harus dikurangkan secara realistik. E-mel, SMS, faks dan Internet dielakkan semasa rehat. Latihkan diri berhati-hati dengan aliran teknologi yang boleh memakan diri.
CRT dan LCD Monitor boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu monitor CRT dan monitor yang berasaskan LCD. Monitor CRT atau paparan tiub sinar katod (cathode-ray tube) telah lama dicipta dan kini masih dikeluarkan dengan mutu yang bertambah baik dan canggih. Monitor LCD atau paparan kristal cecair (liquid crystal display) pula baru diperkenal dan agak mahal harganya. Ada beberapa kelebihan monitor LCD berbanding monitor CRT seperti tiada pancaran radiasi, kurang menggunakan tenaga elektrik, ia tidak memakan ruang yang besar dan amat comel sekali. Isu keserasian meniadi topik utama bila menggunakan monitor LCD kerana output dari komputer ke monitor masih dalam gelombang analog (analogue wave). Monitor CRT memerlukan keadaan ini. Monitor LCD ialah sebuah peranti digital, harus mempunyai satu cip dalam dirinya untuk memproses gelombang analog ke digital. Di sinilah timbulnya masalah bila pemproses grafik komputer dan monitor LCD tidak seimbang (synchronize), imej monitor menjadi kabur. Hati-hati semasa membeli monitor LCD, dapatkan monitor dengan pemproses yang mampu memberi imej yang tajam. Ukuran monitor Monitor datang dengan berbagai-bagai ukuran, antaranya 14" (14 inci), 15' 17" dan 21". Saiz monitor untuk pengglna rumah memadai clengan 15", melainkan mempunyai modal dan kecenderungan untuk bermain permainan komputer atau mahu kepuasan melayari Internet. Monitor yang bersaiz besar, baik dari segi resolusi dan piksel (pixel) atau elemen gambar. Pixel monitor dapat ditingkat sehingga 1024X768 piksel atau lebih tanpa masalah. Resolusi dan kedalaman warna
Prestasi resolusi juga bergantung kepada jenis kad video yang digunakan. Juga selain resolusi, jumlah kedalaman warna (color depth) sangat penting untuk prestasi sesebuah monitor. Contohnya, ada beberapa warna iaitu 16 colors, 256 colors, 16-bit color, 24-bit color dan 32-bit color. 16-bit color bererti monitor boleh mengeluarkan 2 ganda 16 (65,536) warna. Begitu juga bagi 24-bit color dan 32-bit color memberikan jumlah warna yang paling cemerlang. Terpulang kepada kemampuan kad video dan monitor untuk mengeluarkan resolusi dan warna yang dikehendaki. Untuk melayari laman web di Internet dan untuk sesetengah permainan komputer, ukuran sekurang-kurangnya 256 color (8-bit color) dan resolusi 640 X 480 piksel (pixel) diperlukan. Monitor CRT bercorak interlaced dan non-interlaced Selain perkara di atas, ada dua corak (patern) tembakan elektron dalam monitor yang harus diambil kira. Yang pertama, monitor bercorak interlaced dan kedua non-interlaced. Monitor interlaced menembakkan elektron selang sebaris dalam monitor dan jenis non-interlaced pula setiap baris. Kadar refresh (vertical frequency) pada monitor bererti kemampuan monitor membuat update pada skrin dalam sukatan misalnya 75Hz. 'Flicker' pada monitor tidak akan dapat dikesan oleh mata dalam sukatan ini. Kenapa sukatan Hz? Hz atau nama penuhnya Hertz juga membawa maksud Pusingan sesaat (cycle per second). Sebagai contoh, apa yang sebenarnya berlaku, mentol menyala dan padam setiap masa kerana mengikut gelombang arus elektrik turun naik. Didapati 50 pusingan sesaat atau 50Hz adalah ukuran yang paling sesuai bagi mata tidak dapat rnengesan flicker dan ia diterima sebagai satu sukatan standard. Ukuran khas untuk mentol ini jika tidak betul boleh membuat pengguna merasa pening dan tidak selesa. Dot pitch Satu lagi perkara yang harus diambil kira ialah dot pitch pada monitor. Dot pitch bermaksud ukuran emej tajam dalam kiraan mm (millimeter). Biasanya bacaan kecil bermakna emej yang halus dan tajam. Dot pitch pada setiap monitor tidak boleh diubah kerana la disetkan semasa dalam proses pembuatan. Dot pitch 0.28mm boleh diterima sebagai yang terbaik, walaupun ada monitor dengan bacaan yang lebih rendah lagi dan tentunya mahal. Contoh spesifikasi teknikal monitor dari manual yang dibekalkan.
Monitor mana pilihan hati? Akhir sekali untuk memilih monitor, cari yang berukuran 17" ke atas serta panel leper (flat), pastinya tidak akan menyesal nanti. Kalau. Mampu monitor LCD pilihan paling tepat.
Yang aneh pada monitor, ukurannya dikekalkan dalam sukatan inci tidak mm (millimeter). Monitor berukuran 17 inci sudah mula menjadi pilihan pengguna rumah kerana harga yang berpatutan dan prestasi yang tinggi. Ukuran monitor dikira dari sudut kanan atas skrin ke sudut kiri bawah skrin seperti dalam rajah 1.
Untuk resolusi sebuah komputer pula dikira dari tepi skrin kiri hingga ke tepi skrin kanan seperti dalam rajah 2 iaitu 640 piksel (pixels). Untuk melengkapkan ukuran resolusi dikira pula dari atas skrin hingga ke bawah Iskrin iaitu 480 piksel. Skrin berkenaan dikatakan mempunyai resolusi 640 kali 480 piksel (640X480) dan ini boleh ditukar mengikut kemampuan monitor serta kad video yang digunakan. Kedalaman warna (color depth) pada monitor adalah ketajaman gambar dan antaranya 16 colors, 256 colors, 16-bit color, 24-bit color dan 32-bit color seperti dalam rajah 3.
Tetikus dan papan kekunci Tetikus Tetikus dan papan kekunci masing-masing ada dua jenis iaitu tetikus dan papan kekunci bersiri (serial mouse dan serial keyboard) dan jenis PS/2, PS/2 bermaksud personal system dan biasanya terdapat pada komputer yang berjenama. Walaupun disediakan pada komputer klon AT, kabel penyambung tetikus PS/2 tidak diberi bersama papan induk dan harus dibeli berasingan sekiranya diperlukan. Papan induk klon bentuk ATX sememangnya disediakan sambungan PS/2 untuk kedua-dua perkakasan berkenaan, Kursor (cursor) di skrin monitor digerakkan oleh tetikus atas arahan pengguna. Untuk memahirkan diri dengan penggunaan tetikus, biasanya disyorkan bermain permainan Solitare atau Freecell yang dibekalkan percuma bersama sistem operasi Windows. Tekan butang kiri bermaksud tekan sebelah kiri tetikus seperti dalam rajah di bawah. Begitu juga dengan arahan menekan butang kanan tetikus, bererti tekan sebelah kanan tetikus.
Papan kekunci kini banyak disediakan kekunci tambahan seperti kekunci berlogo Windows bagi mempersingkatkan sesuatu kerja. Pemilihan papan kekunci, biarlah
yang dapat memberi keselesaan sekiranya ingin mencapai mutu kerja yang memuaskan. Aksesori pad tangan di papan kekunci, satu pelaburan yang tidak merugikan.