Perdagangan Bebas Dalam Konteks Negara Maju Dan Negara Membangun

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perdagangan Bebas Dalam Konteks Negara Maju Dan Negara Membangun as PDF for free.

More details

  • Words: 2,856
  • Pages: 15
SKSS 2073 PENGANTAR POLITIK EKONOMI ANTARABANGSA SESI 2 SEMESTER 2008/2009 TAJUK: PERDAGANGAN BEBAS DALAM KONTEKS NEGARA MAJU DAN NEGARA MEMBANGUN.

DISEDIAKAN OLEH:

NURAJIRAH BINTI ABD MAJID A 117979

2 KANDUNGAN PENGENALAN..................................................................................................................3 PERDAGANGAN BEBAS.....................................................................................3 NEGARA MAJU.....................................................................................................5 NEGARA MEMBANGUN.....................................................................................6

BENTUK-BENTUK AMALAN PERLINDUNGAN........................................................6 MEKANISMA PERDAGANGAAN BEBAS.....................................................................8 PERDAGANGAN BEBAS DI NEGARA MAJU..............................................................9 PERDAGANGAN BEBAS DI NEGARA MEMBANGUN.............................................10 SEJAUHMANAKAH PRINSIP WTO/GATT DAPAT DIAPLIKASI DALAM NEGARA ANGGOTA LANTAS MENJADI DASAR BAGI SESEBUAH NEGARA............................................................................12 PENGARUH NEGARA-NEGARA KE ATAS WTO......................................................12 KESIMPULAN..................................................................................................................13 RUJUKAN.........................................................................................................................15

3 PENGENALAN Perdagangan bebas diaplikasi oleh perspektif liberal dalam politik ekonomi antarabangsa yang dikenali sebagai Laissez-faire. Perspektif ini melihat bahawa setiap individu mempunyai hak untuk membuat keputusan sosial sendiri tanpa campur tangan pihak lain. Sementara negara pula bertindak sebagai aktor yang membuat tugas-tugas yang dilihat sebagai sesuatu perkara yang tidak mampu dilakukan oleh aktor individu. Aktor negara hanya membantu individu dari segi undang-undang dan penggubalan system perundangan yang asas, pertahanan nasional dan kewangan. Perspektif ini juga melihat perdagangan bebas sebagai positive-sum game. Istilah ini boleh diterjemahkan sebagai faedah yang diperolehi hasil dari aset yang ditawarkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Untuk memahami istilah ini dengan lebih jelas lagi, contoh yang paling mudah ialah; saya ada sebiji durian tetapi saya mahukan betik, dan kawan saya mempunyai sebiji betik tetapi ingin makan durian. Kemudian kami menukar buah supaya masing-masing mendapat faedah darinya. Jelaslah disini bahawa sistem barter yang diperkenal ini lebih menguntungkan dan menghasilkan faedah yang lebih banyak jika dibandingkan dengan sistem sara diri. Di dalam bahagian pengenalan, penulis telah menggabungkan pendahuluan, konsep dan sejarah bagi perdagangan bebas, negara maju dan negara membangun. Terdapat 3konsep yang akan dibicarakan dalam esei ini iaitu; a) perdagangan bebas; b) negara maju dan ; negara membangun.

Perdagangan Bebas Perdagangan bebas merupakan perdagangan yang berlaku di antara negara di peringkat antarabangsa tanpa sebarang pengawalan dari mana-mana pihak. Berdasarkan kepada prinsip perdagangan bebas, harga barang adalah bergantung sepenuhnya kepada

4 permintaan dan pengeluaran (demand and supply). Teori liberal menilai perdagangan bebas sebagai sesuatu aspek yang penting dan memberi kepentingan kepada setiap negara. Ini kerana perspektif liberal banyak memberi tumpuan kepada faedah yang diperolehi melalui perdagangan bebas. Perdagangan dilihat sebagai satu sumbr utama kepada pertumbuhan ekonomi. Wujudnya perdagangan bebas antara negara membawa kepada perluasan pasaran yang mampu meningkatkan produktiviti, inovasi disamping perluasan teknologi. Ini akan jelas kelihatan apabila persaingan sihat yang wujud dikalangan pengeluar-pengeluar diseluruh dunia dalam merebut pelanggan. Selain daripada itu penggunaan teknologi-teknologi baru akan mudah tersebar diseluruh dunia dengan wujudnya perdagangan bebas. Namun begitu teori strukturalisme menolak aplikasi tanpa batasan prinsip faedah bandingan perdagangan bebas di peringkat antarabangsa. Stukturalisme mengambil sikap negatif terhadap amalan perdagangan bebas antara negara yang memiliki tahap pembangunan yang berbeza kerana teori ini percaya bahawa pengaplikasian perdagangan bebas keatas negara yang berbeza tahap pembangunannya akan menyebabkan negara yang miskin akan kekal miskin sebagai negara pembekal bahan mentah manakala negara yang kaya akan kekal kaya sebagai pengimport barangan siap yang lebih mahal. Pasaran bebas dilihat lebih memihak kepada negara maju berbanding negara miskin dan negara membangun. Perdagangan bebas telah bermula secara rasminya menerusi system Bretton Woods apabila Amerisa Syarikat ban beberapa negara negara sekutu membina order ekonomi antarabangsa dengan tujuan utama untuk membawa kepada perluasan perdagangan bebas. Mereka percaya bahawa prinsip perdagangan tanpa sekatan mampu menjamin keamanan dan kesejahteraan dunia. Sistem ini dapat mengelakkan negaranegara dari mengamalkan dasar luar ekonomi yang kompetitif yang telah berlaku sebelum penubuhan sistem Bretton Woods bermula sekitar 1944 dan lantas membawa kepada kemerosotan ekonomi dunia. Amerika Syarikat yang merupakan pengeluar eksport terbesar dunia pada ketika itu telah mengambil peluang untuk membina order ekomoni yang mengamalkan perdagangan bebas. Melalui system ini, Amerika Syarikat

5 telah berjaya menembusi pasaran-pasaran baru lantas meluaskan pasaran ekonomi negara mereka sendiri. Persidangan Bretton Woods telah mengemukakan idea liberalisasi ekonomi sebagai langkah untuk memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia Kedua. Pada 1947 GATT (General Agreement on Tariffs and Trade) telah ditubuhkan selepas kegagalan perwakilan negara untuk mencapai persetujuan yang lebih mendalam untuk ITO(International Trade Organization). GATT kemudiannya digantikan oleh WTO(World Trade Organization) pada tahun1994. WTO adalah berdasarkan kepada 28 perjanjian iaitu yang mengandungi Tidakan Akhir Pusingan Uruguay GATT bagi rundingan perdagangan pada tahun 1994. GATT, WTO dan Sistem Bretton Woods telah membawa kepada perluasan perdagangan bebas dimata dunia.

Negara Maju Negara maju ialah negara yang mempunyai tahap pembangunan yang tinggi mengikut beberapa kriteria yang telah mengklasifasikannya sebagai negara maju. Kriteria-kriteria tersebut adalah termasuk aspek ekonomi seperti nilai GDP(gross domestic product) yang tinggi, indusrialisasi negara berada di tahap tertiary dan quarternari. Kriteria lain yang terlibat juga adalah seperti peningkatan indeks pembangunan hak asasi manusia. Menurut Kofi Annan negara maju ialah negara yang mempunyai persekitaran yang selamat untuk setiap warganegaranya menikmati kebebasan dan kehidupan yang sihat.1 Negara-negara yang tidak tertakluk kepada status negara maju di kategorikan sebagai negara membangun atau negara gagal. Berdasarkan HDI(human developed index) terdapat 30 negara yang telah diklasifikasikan sebagai negara maju.2 Antara contoh negara maju ialah Amerika Syarikat, Jepun, Britain, Korea Selatan, Canada, dan Perancis

Negara Membangun 1 2

http://www.unescap.org/unis/press/G_05_00.htm Sachs, Jeffrey (2005). The End of Poverty. The Penguin Press.

6

Negara membangun diistilahkan sebagai negara miskin, system ekonomi berasaskan pertanian dan sedang berusaha untuk meningkatkan mutu dan kualiti dalam aspek sosial dan ekonomi.3 Negara-negara membangun dilihat sebagai negara yang berada dalam proses menjadi negara industrialisasi.4 Tidak ada sebarang definisi yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai negara maju dan negara membangun namun berdasarkan kriteria-kriteria yang diberikan akan membezakan negara maju da negara membangun. Menurut IMF(international Moneytary Fund) terdapat kira-kira 150 buah negara yang berstatus negara membangun. 5

BENTUK-BENTUK AMALAN PERLINDUNGAN YANG AKAN TERHAPUS DALAM KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS Tariff Cukai yang dikenakan oleh kerajaan yang juga bertindak sebagai pendapatan kerajaan. Cukai ini menyebabkan peningkatan harga barangan import yang lebih tinggi daripada harga sebenar. Selain daripada itu tarif juga mampu mengelakkan persaingan harga dengan barangan tempatan. Namu begitu, wujudnya perdagangan bebas menyababkan sesebuah negara tidak berhak mengenakan tariff kerana negara tersebut telah terlakluk kepada prinsip perdagangan bebas yang perlu dipatuhi. Kuota Kuota merujuk kepada kuantiti barangan yang dihadkan keatas sesebuah negara untuk menimport atau mengeksport barangan. Dengan menghadkan kuantiti barangan yang diimport, kuota akan cenderung untuk meningkatkan harga lantas mengurangkan persingan dengan barangan tempatan. Kuota eksport pula merujuk kepada perjanjian 3

http://wordnetweb.princeton.edu/perl/webwn?s=developing%20country http://globaledge.msu.edu/ResourceDesk/glossary.asp?Index=D 5 IMF Emerging and Developing Economies List. World Economic Outlook Database, April 2008. 4

7 antarabangsa yang telah menghadkan kuantiti barangan yang boleh dieksport. Kuota eksport lebih cenderung untuk memberi kesan negatif kepada negara-negara membangun berbanding negara- negara maju. Subsidi Eksport Subsidi merupakan bantuan yang diberikan kepada pengeluar barangan tempatan untuk pasaran domestik bagi mengelakkan barangan import. Dumping Satu amalan perdagangan yang meletakkan pasaran kuantiti barangan lebih kepada pasaran tempatan dari antarabangsa. Dalam erti kata lain hanya barangan tempatan sahaja yang akan memonopoli pasaran tempatan dan pasaran luar tidak berjaya menembusi pasaran tempatan. Nontariff Bariers Satu bentuk amalan perdagangan menghadkan perdagangan bebas melalui undangundang dan mutu standart yang ketat. Ini telah menyebabkan sesuatu produk tidak dapat menembusi pasaran tempatan disebabkan oleh piawaian yang ditetapkan sesebuah negara tidak dapat dicapai. Biasanya nontariff bariers sengaja dijadikan sebagai alat kepada sesebuah negara dalam menghadkan barangan luar dari menembusi pasaran tempatan. Perkara ini telah berlaku kepada barangan permainan keluaran China yang telah dihadkan oleh India dengan mewujudkan satu legislasi ke atas barangan permainan keluaran China.

MEKANISMA PERDAGANGAAN BEBAS

8

Perdagangan bebas dilaksanakan melalui beberapa mekanisme iaitu World Trade Organization(WTO), IMF(International Monetary Fund), Bank Dunia dan perjanjianperjanjian perdagangan bebas seperti NAFTA(North American Free Trade Agreement), CAFTA(Central America Free Trade Agreement). WTO ditubuhkan sebagai agensi khas dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang berperanan untuk memastikan perjalanan perdagangan berjalan dengan lancar bagi menggantikan GATT. Pada tahun 2008, WTO telah mempunyai 153 buah negara anggota dan 28 buah negara ahli. IMF merujuk kepada organisasi yang mempunyai 185 buah negara anggota yang bertanggungjawab untuk mengatur system kewangan global dan menyediakan pinjaman kepada negara anggota untuk membantu masalah ketidak stabilan ekonomi negara tersebut disamping membantu perdagangan antarabangsa dan mempromosikan pertumbuhan ekonomi pesat diseluruh dunia. Bank Dunia merupakan institusi kewangan antarabangsa yang menyediakan bantuan kewangan dan teknikal kepada negara membangun untuk program pembangunan dengan matlamat mengurangkan kemiskinan. Bank dunia telah dianggotai oleh 185 buah negara dan mepunyai dua buah institusi iaitu IBRD(International Bank for Reconstruction and Development) dan IDA(International Development Association) Hubungan ekonomi digerakkan melalui perdagangan bebas pasaran bebas. Selain daripada itu kesemua negara anggota juga dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan perdagangan yang telah ditetapkan. Negara cuba melindung industri tempatan daripada ancaman perdagangan bebas dengan mewujudkan Zon Perdagangan Bebas. Dengan cara ini, hanya beberapa tempat sahaja telah dijadikan zon untuk mengaplikasikan perdagangan bebas tanpa menganggu gugat industri tempatan. Malah dengan mewujudkan Zon Perdagangan Bebas dapat

9 mewujudkan sokongan negara kepada perspektif liberalisme dan yakin bahawa konsep ini akan membawa kepada kemurnian sejagat.

PERDAGANGAN BEBAS DI NEGARA MAJU Negara maju merupakan negara yang terdiri daripada negara dunia pertama dan negara yang mempunyai pengamalan perindustrian seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Britain. Perdagangan bebas telah memberi impak yang besar kepada negara maju terutamanya dalam perluasan pasaran disamping mengaut keuntungan yang lebih besar. Perdagangan bebas dalam konteks negara maju mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Wujudnya perdagangan bebas mampu meningkatkan jualan, keuntungan dan pasaran. Syarikat-syarikat boleh memilih sama ada untuk meningkatkan keuntungan mereka dengan cara mengembangkan operasi mereka ataupun membuka pasaran baru tanpa ada sekatan. Menurut laporan daripada NAFTA, sejak dari tahun 1994 telah wujud 14 juta pekerjaan baru di Amerika Syarikat yang telah menyebabkan kadar pengangguran yang berlaku di Amerika Syarikat berkurangan dari 6% kepada 3.8%. pekerja di sektor perkilangan juga tlah meningkat daripada 18.2 juta kepada 18.4 juta. Selain daripada itu gaji pekerja kilang juga telah meningkat daripada 8.03USD sejam kepada 8.26USD sejam. Menerusi CAFTA, perdagangan diantara Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico juga telah meningkat daripada 299 billion USD pada tahun 1993 kepada 12 trillion USD pada tahun 2008. (CITATION NEEDED) Selain daripada itu, perdagangan bebas dalam konteks negara maju mampu menggalakkan inovasi dan persaingan antara syarikat. Seperti yang dikenalpasti, kebanyakan MNC(multinational corporation) terdiri daripada syarikat-syarikat daripada negara maju. Jadi wujudnya perdagangan bebas mampu meningkatkan persaingan secara sihat lantas membawa kebaikan kepada pengguna. Contohnya kewujudan pelbagai restoran-restoran makanan segera seperti KFC, McDonald dan Burger King telah mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan syarikat untuk menarik minat pengguna

10 untuk menjadi destinasi pilihan pengguna. Dengan cara ini akan menggalakkan syarikat untuk emncipta barangan baru yang lebih bagus dan menyediakan perkhidmatan yang lebih bagus di pasaran dengan harga yang lebih rendah namun masih menjaga kualiti supaya dapat bertahan an menaikkan jualan di pasaran. Pasaran Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa persaingan boleh membawa kepada pembaharuan. Selain daripada itu persaingan juga telah menjana banyak idea dan pembaharuan oleh syarikat supaya menarik perhatian pelanggan disamping mewujudkan produk baru dalam pasaran. Perdagangan bebas juga telah berjaya meningkatkan taraf hidup negara seperti Amerika Syarikat. perdagangan bebas merupakan salah satu sebab rakyat Amerika Syarikat dapat melalui standart kehidupan yang tinggi. Institute for Internatonal Economy menjangkakan setelah 50 tahun, ekonomi liberalisasi telah membawa penambahan pendapatan 9000USD setahun kepada rakyat Amerika Syarikat yang mempunyai pekerjaan biasa. (CITATION NEEDED) selain itu NAFTA dan Pusingan Uruguay WTO menghasilkan faedah tahunan sebanyak 1 300-2 000 USD untuk rakyat Amerika Syarikat yang mempunyai ahli keluarga seramai 4 orang. (CITATION NEEDED)

PERDAGANGAN BEBAS DI NEGARA MEMBANGUN Negara membangun diistilahkan sebagai negara yang msih berada pada taraf yang rendah dalam aspek perindustrian, pentadbiran demokrasi, program sosial dan jaminan hak asasi. Negara-negara yang berada distatus negara membangun adalah seperti Malaysia, Mexico, Indonesia dan Afika Selatan. Perdagangan bebas memberi banyak faedah kepada negara membangun. Kewujudan perjanjian dalam perdagangan bebas dapat membantu aliran modal dan pelaburan dalam memajukan sesebuah negara. Kebanyakan negara membangun hanya mempunyai bahan mentah dan sumber asli. Dari segi modal dan kewangan untuk pembangunan, kebanyakan negara membangun tidak mempunyai dana yang cukup. Proses pembangunan ke atas sesebuah negara akan terus menjadi rumit apabila

11 berlakunya masalah ekonomi. Perkara ini terjadi kepada Mexico yang mengalami masalah ekonomi yang teruk. Langkah yang diambil oleh Mexico pada ketika itu ialah dengan menandatangani CAFTA pada 1 Januari 1994. CAFTA merupakan perjanjian perdagangan bebas antara tiga buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Ini telah memberi peluang kepada Amerika Syarikat dan Kanada untuk menjalankan perdagangan bebas lantas membantu pembangunan Mexico. (CITATION NEEDED) Perdagangan bebas dalam konteks negara membangun telah mewujudkan kepalbagaian produk dalam pasaran tempatan. Negara-negara membagun masih tidak mempunyai teknologi yang membangun dan maju dalam industri pembuatan. Jadi, masih terdapat produk-produk yang tidak mampu dihasilkan oleh industri tempatan. Perdagangan bebas mampu mewujudkan persekitaran pasaran yang mempunyai kepelbagaian produk dengan harga berpatutan. Ini akan memberi peluang kepada para pengguna untuk mempunyai pelbagai pilihan. Para pengguna juga mampu memililki poduk baru yang berteknologi terkini dari luar negara. Produk-produk tersebut dapat diakses dalam pasaran tempatan dengan harga yang berpatutan. Secara tidak langsung, pasaran ekonomi turut menjadi globalisasi hasil dari perdagangan bebas. Persaingan yang sihat juga turut wujud bukan sahaja diantara industri tempatan malah industri antarabangsa juga turut bersaing dengan industri tempatan. Proses

ini

dilihat dari sudut yang positif. Proses persaingan ini akan menyebabkan industri tempatan kan berusaha untuk mencapai standart yang lebih tinggi dari standart yang ada agar menjadi pilihan pengguna lantas dapat meneruskan penjualan produk dalam pasaran. Namun begitu perdagangan bebas gagal diamalkan sepenuhnya oleh kebanyakan nehara membangun. Ini kerana mereka bimbang industri tempatan yang masih baru di arena perdagangan akan tumbang dengan persaingan luar. Produk tempatan masih memerlukan kajian yang lebih mendalam dan teknologi yang lebih tinggi untuk bersaing dengan produk luar. Aspek-aspek ini memerlukan modal kewangan yang besar dan tidak mampu dilaksanakan oleh industri kecil. Sudah tentu produk antarabangsa telah mencapai kualiti dan standart yang lebih tinggi berbanding produk tempatan. Perkara ini

12 amat membimbangkan negara lantas membawa kepada pengaplikasian amalan perlindungan.

SEJAUHMANAKAH PRINSIP WTO/GATT DAPAT DIAPLIKASI DALAM NEGARA ANGGOTA LANTAS MENJADI DASAR BAGI SESEBUAH NEGARA WTO telah bertindak sebagai mekanisma untuk pengaplikasian perdagangan bebas. Segala garis panduan telah disediakan oleh WTO demi melancarkan perdagangan bebas. Namun begitu tidak semua prinsip yang dierikan olh WTO menepati citarasa dan kepentingan semua negara. Garis panduan yang disediakan WTO tidak mampu memberi kepuasan hati semua pihak sama ada negara maju mahupun negara membangun. Ini jelas kelihatan apabila aspek-aspek seperti agrikultur dan barangan industri tidak tertakluk kepada prinsip perdagangan bebas. Perkara ini banyak memberi tekanan kepada negara membangun yang sememangnya menjadikan pertanian sebagai penjana ekonomi utama sesebuah negara. Amalan perlindungan oleh negara maju ke atas industri pertanian tempatan telah memberi impak besar kepada pengeluar sumber pertanian. Walaupun perjanjian perdagangan bebas telah ditanda-tangani namun amalan subsidi kepada industri pertanian tempatan oleh negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Kesatuan Eropah masih terus diamalkan. Ini telah membuktikan bahawa pengaplikasian perdagangan bebas oleh negara maju hanya dilaksanakan jika mereka mampu mengaut keuntungan yang banyak. Manakala beberapa aspek yang tidak akan membawa kepada keuntungan akan dilaksanakan melalui amalan perlindungan. Ini telah jelas menunjukkan bahawa perdagangan bebas telah dimanipulasikan oleh negara maju atas kepentingan masing-masing. Prinsip-prinsip perdagangan bebas juga turut mengabaikan sektor perkhidmatan dan servis, pelaburan serta harta intelek. Perkara ini perlu diambil serius oleh badan yang terlibat seperti WTO agar jalan penyelasaian yang sejagat dapat dicapai.

PENGARUH NEGARA-NEGARA KE ATAS WTO

13

WTO tidak mengamalkan prinsip kedaulatan yang sama kerana mereka melihat di dalam politik dunia, pembahagian kuasa tidak seimbang. Kuasa-kuasa besar sememangnya mahu mengekalkan kebebasan politik untuk mereka bertindak. Salah satu cara untuk mengenepikan prinsip ini adalah dengan memberi ahli lain hak mengundi yang lebih besar atas kriteria yang rasional. Sistem yang digunapakai oleh WTO dalam memberi kuasa undian adalah nilai dana sumbangan yang dikeluarkan oleh negara anggota. Jadi negara maju yang mempunyai modal dan aset yang lebih daripada negara membangun akan menyumbang dengan lebih banyak berbanding negara membangun. Hal ini secara tidak langsung akan membawa kepada pengaruh dan undian yang lebih bagi pihak negara maju seperti Amerika Syarikat. Jadi secara dasarnya, pengaruh dari negara maju telah mampu menguasai pengurusan WTO lantas melunaskan prinsip mereka sendiri sebagai prinsip WTO. Segala keputusan yang dilaksanakan oleh WTO telah mewujudkan satu bentuk bias kepada negara-negara lain kerana negara maju dalam hal ini mempunyai kuasa undian yang besar dalam menentukan sesuatu keputusan. Dalam erti kata lain, WTO berjaya dipergunakan oleh negara-negara maju dalam mengetengahkan agenda mereka sendiri. Hasilnya, tidak semua keputusan dan resolusi yang disediakan oleh WTO membuahkan hasil yang efektif kepada negara-negara anggota.

KESIMPULAN Prinsip WTO tidak mampu diterjemahkan sepenuhnya oleh negara anggota kerana wujud pelbagai masalah terutamanya masalah dalaman seperti tekanan domistik oleh kumpulan pendesak. Selain daripada itu, Perdaganagn Bebas dilihat sebagai retorik negara maju sahaja kerana segala prinsip yang telah disediakan agensi organisasi antarabangsa hanya mengaplikasikan prinsip yang memberi faedah negara masingmasing terutamanya negara maju. Pengamalan protectionisme oleh negara maju seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan jepun tidak dapat dibendung lagi kesahihannya lantas mengukuhkan bukti bahawa pengaplikasian prisip neo-merchantalisme telah

14 dilaksanakan oleh kebanyakan negara maju. Amalan perlindungan ini telah membawa kepada memaksimumkan produk eksport tetapi meminimumkan produk import dari luar. Ini telah jelas menunjukkan bahawa negara maju telah berjaya mempengaruhi WTO dalam kebanyakan aspek dengan alasan dana yang banyak telah diberikan kepada agensiagensi ini membawa kepada undian yang besar dalam WTO.

15 RUJUKAN Amstutz mark R. 1999. International Conflict and Cooperation. 2nd edition Bannet A.LeRoy & Oliver James K. 2002. International Organization Principles And Issues. 7th Edition Oxley Alan. 1990. The Challenge Of Free Trade. Harvesterwheatsheaf. Rugman Alan M., Gavin Boyd. 2001. The World Trade Organization in The Global Economy. Edward Elgar Publushing Limited. UK Sampson Gary P. 2001. The Role of The World Trade Organization in Global Governance. United Nation University Press. Hong Kong http://www.worldbank.org/ http://www.imf.org/external/index.htm http://www.heritage.org/Research/TradeandForeignAid/BG1391.cfm http://www.wto.org/english/res_e/doload_e/inbr_e.pdf http://web.worldbank.org/WBSITE/EXTERNAL/DATASTATISTICS/html#Highincome

Related Documents