Percuma Panduan Usahawan Internet

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Percuma Panduan Usahawan Internet as PDF for free.

More details

  • Words: 2,010
  • Pages: 10
Panduan usahawan internet di Malaysia

8 Mar 07 Ahmad Ridzuan Panduan usahawan internet di Malaysia www.aridztech.com

1

Pengenalan Terima kasih di ucapkan kerana mendapatkan e-book yang bertajuk “Panduan usahawan internet di Malaysia”. Saya terdorong untuk membuat sebuah panduan kepada semua peniaga internet baru di Malaysia agar pengalaman yang diperolehi secara realitinya dapat di kongsi bersama agar setiap daripada peniaga internet yang baru berkecimpung di dalam bidang ini boleh memperolehi pulangan dengan segera. E-book ini lebih menumpukan kepada panduan yang boleh merangsang peniaga internet baru untuk melakukan sesuatu yang betul pada langkah pertama. Ebook ini telah dibangunkan dengan perkongsian gabungan beberapa peniaga internet yang semakin meningkat naik di dalam perniagaan internet di Malaysia. Namun, maklumat mengenai perniagaan mereka tidak dapat dikemukakan secara terbuka. Kebanyakkan peniaga yang baru berkecimpung di dalam perniagaan internet agak kurang berkeyakinan di dalam mengharungi perniagaan di dalam internet tanpa panduan yang boleh membimbing mereka. Di dalam e-book ini, langkahlangkah permulaan akan di terangkan agar peniaga internet yang baru mendekati arena perniagaan internet memperolehi pendapatan yang diimpikan. Terima kasih yang tak terhingga di ucapkan kepada mereka yang telah turut serta di dalam membangunkan panduan ringkas ini. E-book ini boleh diedarkan secara percuma kepada sesiapa sahaja yang berminat mengenai perniagaan internet.

Panduan usahawan internet di Malaysia www.aridztech.com

2

Biodata Ahmad Ridzuan atau nama samarannya aridz adalah merupakan seorang usahawan internet yang telah melibatkan diri selama setahun. Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan berasaskan internet yang di daftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nama Aridztech Enterprise. Beliau telah menumpukan perniagaan kepada beberapa jenis produk dan perkhidmatan seperti barangan kesihatan, telekomunikasi, e-education, rekreasi dan juga program pengiklanan seperti adsense dan agloco. Ahmad Ridzuan adalah merupakan seorang jurutera kanan di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan di dalam sebuah syarikat multinasional. Beliau telah berkhidmat selama 7 tahun setelah memperolehi ijazah sarjana muda di dalam bidang kejuruteraan mekatronik (kepujian). Beliau juga telah memperolehi sijil di dalam kursus pembangunan teknologi web daripada Universiti Teknologi Malaysia. Kini, beliau adalah penggiat perniagaan internet secara separuh masa daripada rumah dan memperolehi pendapatan empat angka sebulan daripada perniagaan internet. Antara laman web beliau ialah: Laman web utama: www.aridztech.com Laman web perniagaan: www.scorea.aridztech.com/?ref=aridz Laman blog: www.aridztech.blogspot.com Beliau senantiasa meningkatkan kemahiran perniagaan internet daripada masa ke semasa. Jika ada yang berminat untuk bersama- sama terlibat secara aktifnya di dalam perniagaan ini, beliau boleh dihubungi melalui yahoo messenger atau email di [email protected]

Panduan usahawan internet di Malaysia www.aridztech.com

3

Senario peniagaan internet di Malaysia. Sejak mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah memberi fokus kepada bidang pertanian sebagai sumber ekonomi utama. Hasil getah dan kelapa sawit adalah sumber komoditi utama sehinggalah berakhirnya 1970-an. Pada 1980-an, Malaysia telah mengalihkan fokus ekonomi kepada perindustrian di dalam pembinaan kilang-kilang elektronik, kilang industri berat dan juga industri pembuatan kereta sebagai industri utama. “Dasar pandang ke Timur” telah diterapkan untuk merangsang ekonomi negara setanding dengan negara Jepun yang merupakan negara maju pada ketika itu. Negara Jepun telah bangkit daripada krisis peperangan untuk membentuk sebuah negara yang kukuh dari segi teknologi yang dikagumi. Pada era 1990-an, industri pembuatan elektronik telah menjadi semakin kukuh dan banyak syarikat utama di dunia telah melabur di Malaysia dalam pengeluaran produk seperti microchip, penghawa dingin, tv, telefon dan pelbagai lagi. Namun begitu, persaingan kos pengeluaran yang lebih murah telah menyebabkan kejatuhan kepada industri ini yang semakin dipelopori oleh negara-negara seperti China, India,Thailand dan Vietnam. Malaysia adalah antara negara-negara yang menghadapi kesan daripada ledakan teknologi maklumat pada pertengahan 1990-an. Antara bidang-bidang yang menjadi penggiat di dalam bidang IT di Malaysia ialah: 1. Pendidikan 2. Perubatan dan kesihatan 3. Pelancongan 4. Telekomunikasi 5. Pembangunan perisian 6. Hiburan, dan yang terbaru 7. bioteknologi. Panduan usahawan internet di Malaysia www.aridztech.com

4

K-economy atau knowledge-based economy telah diterapkan agar salah satu cara meningkatkan ekonomi negara supaya dapat bersaing dengan negaranegara lain. Industri pengilangan atau pembuatan tidak lagi menjadi sandaran utama kerana banyak syarikat – syarikat antarabangsa telah keluar dari Malaysia dan mereka dapat membekal produk terbabit di negara lain dengan kos yang lebih murah. Oleh itu, K-economy mensyaratkan produk yang dibina mempunyai kepakaran tersendiri yang sukar ditandingi oleh negara-negara lain. Itulah kekuatan baru yang diterapkan oleh Malaysia. Pada masa itu, kebanyakan syarikat-syarikat, badan-badan kerajaan dan juga ahli-ahli perniagaan telah bersungguh-sungguh untuk menerapkan IT di dalam organisasi mereka. Ini bermula dengan penyedian email dan juga websitewebsite namun tetapi pemahaman yang kurang mengenai dengan penggunaan internet telah menyebabkan kebanyakkan website-website telah terbengkalai dan juga tidak dikemaskini. Di kala itu, sesiapa yang tidak menyertai pembangunan website di atas perniagaan mereka atau organisasi mereka telah dianggap sebagai ketinggalan zaman. Permintaan kepada tenaga kerja bidang IT telah meningkat dan banyak institusi pendidikan yang menawarkan kursus di bidang IT dan mengjangkakan pendapatan yang lumayan bagi mereka yang mencebuti bidang tersebut. Perkara ini telah berlaku di dalam masa 5 hingga 7 tahun pada era 1990-an. Namun begitu, pada ketika itu kebanyakkan pelanggan masih lagi tidak dapat menggunakan perkhidmatan IT kerana kurangnya pengetahuan dan juga kekurangan dari segi peralatan dan kemudahan. IT masih lagi dilihat sebagai sesuatu yang dianggap mewah. Pelanggan juga masih tidak yakin dengan urusan melalui internet. Banyak kes yang melibatkan penipuan akaun bank, kad kredit dan kecurian identiti menjadikan masyarakat semakin takut untuk menggunakan IT di dalam urusan mereka. Kadar penggunaan IT yang kurang Panduan usahawan internet di Malaysia www.aridztech.com

5

memberangsangkan ini dapat dikenalpasti apabila kebanyakkan keluarga di Malaysia masih lagi tidak mempunyai komputer dan juga sambungan internet. Kesedaran IT semakin meningkat di Malaysia Harus kita lihat keadaan dan kedudukan perniagaan internet di Malaysia. Beberapa faktor telah menaikkan perniagaan internet di Malaysia sebagai salah satu cabang ekonomi yang mula mendapat tumpuan di Malaysia. Antara faktorfaktor yang menarik ialah: 1. Kadar literasasi IT (celik IT) yang semakin bertambah melalui latihan formal dan tidak formal (Contoh: Kursus-kursus perniagaan internet ditawarkan dengan harga yang berpatutan) 2. Promosi penggunaan IT oleh pihak kerajaan dan swasta (sebagai contoh eporelahan.com.my di dalam permohonan tender dan pembelian tiket penerbangan oleh Air Asia) 3. Harga barangan IT yang semakin murah dan mudah didapati di pasaran (contoh, internet dapat dihubung dengan talian biasa tanpa akaun 1315 dan harga komputer yang berkemampuan baik sekitar RM1000 sahaja) 4. Kepelbagaian bentuk penggunaan IT yang semakin berkembang (Contoh: Banyak bank telah memperkenalkan kemudahan internet banking, email dan sistem yang boleh dihubung dengan SMS). 5. Minat dan cenderung masyarakat dalam menggunakan IT yang semakin baik dan masyarakat mula memahami bahawa IT bukan lagi untuk mereka yang mempunyai kemahiran di bidang tersebut sahaja (Semakin banyak website dan blog wujud oleh masyarakat).

Panduan usahawan internet di Malaysia www.aridztech.com

6

6. Kos untuk perkhidmatan IT seperti domain, hosting dan pembangunan website lebih mudah didapati daripada segi kos dan perkhidmatan. Namun begitu, kadar penggunaan IT di kalangan masyarakat di Malaysia masih sederhana apabila hanya 20% daripada populasi rakayat Malaysia yang menggunakan internet dan hanya 1.5% sahaja yang mempunyai sambungan jalur lebar pada hari ini. Penggunaan internet masih lagi tertumpu di kawasan – kawasan bandar berbanding dengan luar bandar. Masalah prasarana yang belum mencukupi menjadi satu penghalang kepada penggunaan IT yang lebih meluas. Sebagai contoh, perkhidmatan jalur lebar (broadband) masih lagi terhad di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Namun demikian, IT menjadi satu ruang dan dimensi baru yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk di Malaysia agar ianya boleh menjadi sesuatu keperluan dan bukan lagi sebagai satu peralatan mewah kepada masyarakat. Usahawan internet Penglibatan individu-individu di Malaysia di dalam industri perniagaan internet di Malaysia

juga

semakin

meningkat.

Teknologi

IT

telah

memungkinkan

perhubungan yang agak sukar dibuat secara kovensional boleh dilakukan dengan mudahnya dengan menggunakan perniagaan internet. E-commerce menjadi satu dimensi baru tarikan perniagaan kepada masyarakat. Setiap syarikat perniagaan pada masa kini cuba menerapkan konsep sedemikian rupa. Apa faedahnya? Cuba difikirkan apakah kesan perbankan internet seperti Maybank2u dan CIMB click? Ianya memberi impak yang amat besar dalam sistem perbankan yang memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat transaksi di mana sahaja menggunakan internet. Begitu juga e-commerce yang diperkenalkan oleh syarikat- syarikat perniagaan ini.

Panduan usahawan internet di Malaysia www.aridztech.com

7

Usahawan – usahawan perniagaan tidak lagi perlu ke syarikat untuk mengambil barang, membuat pembelian atau jualan. Semuanya boleh dilakukan di internet. Barangan pula terus dihantar oleh syarikat kepada pelanggan menggunakan khidmat online (digital produk speperti prepaid/ activation code) atau menggunakan perkhidmatan kurier. Sistem pengiraan bonus, income atau upah pula dapat dilihat secara serta merta melalui website. Ianya lebih telus dan jelas daripada transaksi secara manual. Itulah transaksi dalam syarikat MLM yang dikatakan sebagai e-commerce. Perniagaan melalui internet dapat menarik minat kerana beberapa alasan namun ada juga beberapa perkara yang perlu dititikberatkan: 1. Kos permulaan, penyeleggaraan dan operasi yang rendah Apabila kos permulaan yang rendah, ramai usahawan internet tidak mempunyai masalah untuk berkecimpung di dalam perniagaan ini. Namun begitu, ianya juga menjadi sesuatu yang negatif apabila seseorang usahawan tersebut tidak merasakan kerugian jika mereka memberhentikan perniagaan mereka. Ini adalah kerana mereka memikirkan bahawa kos yang mereka keluarkan terlalu kecil dan mereka merelakan kerugian tersebut jika mereka menghadapi kesukaran dan cabaran. Namun, usahawan internet yang mengeluarkan lebih kos mungkin mempunyai daya tahan yang lebih kerana komitmen yang lebih besar telah diberikan. Ini mungkin juga menjadi alasan kenapa ramai penggiat perniagaan internet gagal di dalam perniagaan mereka. 2. Boleh dilakukan secara persendirian atau kumpulan Sebaiknya perniagaan internet ini boleh dijalan secara individu dan boleh digerakkan secara perseorangan. Individu tersebut perlulah lebih cekap di dalam mencari ilmu-ilmu perniagaan di internet secara teknikal contohnya di dalam pembangunan website. Bekerja secara kumpulan pula perlulah Panduan usahawan internet di Malaysia www.aridztech.com

8

dijalankan dengan mermbahagikan tugas-tugas tertentu dan sentiasa berkomunikasi dalam menentukan halatuju perniagaan tersebut. Setiap pandangan peribadi mungkin dapat diterima atau tidak dapat diterima. Oleh itu, bekerja secara perseorangan kadangkala memberikan lebih kepuasan. 3. Boleh dijalankan secara separuh masa daripada “perniagaan dari rumah” Kadangkala, terdapat kerja-kerja peribadi yang perlu dilakukan dan ini mengganggu perniagaan. Walaupun perniagaan ini secara separuh masa namun, adakalanya perhatian yang sepenuhnya perlu diberikan agar kehendak pelanggan dapat dipenuhi. Komitmen yang tinggi perlu diberi agar setiap permasalahan dan penyelesaian dapat diberikan terutamanya di dalam permulaan perniagaan tersebut. Keluarga juga perlulah diberi penjelasan yang khusus agar mereka senang hati dengan aktiviti anda. Namun begitu, jangan diabaikan aktiviti harian anda semata-mata kerana perniagaan internet seperti bersukan, bersosial, kerja rumah dan lain-lain lagi. 4. Berpeluang untuk memasuki pasaran tempatan dan antarabangsa. Ada yang mengatakan bahawa mudah untuk memasarkan produk melalui internet kerana ianya boleh menghubungkan sesiapa sahaja. Sebenarnya, ini bergantung kuat kepada ilmu pemasaran. Seperti kebanyakan yang kita maklum, mempunyai website yang baik tetapi tidak akan bermakna apa-apa jika tanpa pengunjung. Sebagai peniaga kecil di internet amatlah sukar kita untuk bersaing dengan syarikat yang besar-besar. Jalan terbaik adalah pemasaran mencari sasaran pelanggan untuk produk anda. 5. Tidak memerlukan prasarana fizikal seperti kedai, perabot dan pelbagai lagi. Perniagaan internet tidak memerlukan kedai namun, kedai di dalam perniagaan internet bolehlah dikatakan sebuah website. Pembangunan laman web boleh dibuat sendiri dengan menggunakan :

Panduan usahawan internet di Malaysia www.aridztech.com

9

a. Macromedia Dreamweaver 8 b. Microsoft Frontpage 2003 c. Photoshop CS2 Untuk menarik pelawat mengunjungi website, kita perlulah melengkapkan website dengan sistem affiliate, chat box, blog, forum dan dikemaskini dengan perkembangan terbaru. Jika anda tidak mampu untuk membinanya sendiri, anda bolehlah mengupah orang lain yang berkemahiran untuk membina website anda. Kelengkapan komputer yang baik juga diperlukan. Sudut khas di rumah anda juga boleh dibentuk agar keadaan menjadi lebih teratur sejajar dengan konsep “SOHO” iaity Small Office-Home Office. 6. Boleh dilakukan pada setiap masa dan tempat selagi mempunyai talian ke internet. Inilah kelebihan perniagaan internet yang paling penting iaitu mobility. Walaubagaimanapun, ianya juga bergantung kepada jenis talian. Sebagai contoh,

dial-up

connection

tidak

berapa

sesuai

untuk

membuat

penyelenggaraan laman web. Kos juga mungkin meningkat jika kita menggunakan perkhidmatan internet di tempat-tempat yang tertentu seperti hotel-hotel dan lapangan terbang. Secara ringkasnya, perniagaan internet adalah satu peluang kepada bentuk perniagaan yang baru di Malaysia. Perniagaan internet ini mempunyai tarikan tersendiri kerana menggunakan kemudahan teknologi. Usaha yang berterusan hendaklah dilakukan agar menjamin kejayaan perniagaan internet yang diceburi. Kesimpulan Perniagaan internet di Malaysia masih lagi baru dan mempunyai potensi yang amat besar seiring dengan perkembangan IT di dalam negara. Setiap warganegara perlulah mengambil peluang dan inisiatif untuk tidak ketinggalan didalam bidang perniagaan berkonsepkan IT yang boleh memperbaiki ekonomi secara individu khususnya dan negara secara amnya. Panduan usahawan internet di Malaysia www.aridztech.com

10

Related Documents

Internet Percuma
May 2020 12
Panduan Internet
October 2019 19
Usahawan
April 2020 20
Usahawan
May 2020 21