peraturan syarak untuk dipatuh
daripada ibnu umar bahawa rasulullah saw bersabda: �agama islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang fardu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada ramadan.� (riwayat al-bukhari dan muslim) rasulullah mendefinisikan islam dengan takrif yang bermacam sebagai mengingatkan pentingnya bahagian di mana akidah adalah tercermin dalam pelaksanaan rukun iman dan ibadat dalam pelaksanaan rukun islam. oleh itu sesiapa yang melanggar mana-mana rukun ini bererti ia meruntuhkan agama dianutinya. umat islam perlu patuh kepada ajaran allah agar mendapat berkat di dunia dan akhirat.