Peraturan-pertandingan-permainan-sepak-takraw.pdf

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peraturan-pertandingan-permainan-sepak-takraw.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 1,914
  • Pages: 10
MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW ( LELAKI) 1.

PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan menurut Undang-undang Permainan Gabungan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) yang berkuatkuasa pada ketika ini. 1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka Undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. 1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan atau undang-undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut :1.3.1

Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepada PERATURAN AM MAJILIS SUKAN POLITEKNIK

1.3.2

Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang, Persatuan Gabungan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan yang dipraktikkan oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

1.3.3

Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSPM dan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

2.

PENYERTAAN 2.1 Semua pelajar Politeknik yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan disahkan oleh Pegawai Sukan Politeknik

2.2 Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan lelaki yang terdiri daripada :BERPASUKAN

ANTARA REGU

BULATAN

PENGURUS PASUKAN

1 ORANG

1 ORANG

1 ORANG

JURULATIH

2 ORANG

1 ORANG

1 ORANG

PESERTA

12 ORANG

5 ORANG

5 ORANG

JUMLAH

15 ORANG

7 ORANG

7 ORANG

2.3 Antara REGU : Setiap pasukan terdiri daripada satu (1) Regu dengan lima (5) orang pemain setiap Regu. Terdiri dari pengurus, jurulatih dan 5 pemain yang didaftarkan dalam acara berpasukan. 3.

KELAYAKAN PEMAIN/ATLET 3.1 Hanya pelajar Politeknik yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan pelajar semester akhir yang masih belum menerima slip keputusan peperiksaan akhir layak mendaftar. 3.2 Semua peserta hendaklah mengemukakan kad matrik/pelajar untuk tujuan pemeriksaan setiap kali diminta untuk disahkan.

4.

PENDAFTARAN PESERTA 4.1 Setiap pasukan politeknik dibenarkan mendaftarkan bilangan pegawai pasukan dan peserta-peserta seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSPM. 4.2 Semua pemain/atlet hendaklah mengemukakan satu (1) salinan kad Pengenalan dan satu (1) salinan kad matrik/pelajar bagi setiap peserta bersama dengan borang pendaftaran pemain/atlet. 4.3 Pendaftaran pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran kejohanan / Karnival hendaklah disampaikan kepada pihak jawatankuasa pengelola sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan

melalui Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan disahkan oleh Pegawai Sukan Politeknik. 4.4 Peserta-peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran hanya boleh diterima sehingga atau pada Taklimat Pengurus Pasukan. 4.5 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja yang layak menyertai pertandingan ini. 5. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN 5.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan. 5.2 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta bersama dengan kad pelajar yang asal untuk disahkan. Pertukaran peserta yang telah didaftarkan selepas taklimat pengurus pasukan tidak dibenarkan. 5.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Talkimat Pengurus Pasukan adalah muktamad. 6.

ACARA-ACARA 6.1 Antara Pasukan 6.2 Antara Regu 6.3 Sepak Raga Bulatan

7.

SISTEM PERTANDINGAN 7.1 Antara Pasukan 7.1.1

Jika penyertaannya terdiri daripada dua puluh empat (24) pasukan atau lebih, maka pertandingan peringkat awal akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam (8) kumpulan. Jika penyertaannya terdiri daripada dua puluh tiga (23) hingga tujuh belas (17) pasukan, maka pertandingan peringkat awal akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam (6) kumpulan, Jika penyertaannya terdiri daripada enam belas (16) pasukan ke bawah, maka pertandingan peringkat awal akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam (4) kumpulan.

(Rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan atau Karnival Sukan MSPM di perkara 8) 7.1.2

Pembahagian Kumpulan, undian-undian ataupun Jadual Perlawanan adalah tertakluk kepada budibicara dan Jawatankuasa Pengelola.

7.1.3

Pasukan-pasukan yang berjaya menjadi pemenang pertama dan kedua kumpulan, adalah layak memasuki perlawanan seterusnya yang akan dijalankan secara Kalah-Mati seperti rajah perlawanan berikut:-

7.1.4

Untuk menentukan kedudukan Pasukan-pasukan dalam rajah perlawanan Kalah-Mati diatas supaya tidak bertemu semula dengan Pasukan yang sama dalam Kumpulan masing-masing kecuali Perlawanan Akhir, maka undian akan dibuat melalui dua (2) peringkat:7.1.4.1 Undian bagi empat (4) Pasukan Pemenang Pertama etiap Kumpulan. 7.1.4.2 Undian bagi dua (2) Pasukan Pemenang Kedua setiap kumpulan untuk ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama kumpulanya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala dua(2) Pasukan Pemenang kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.

7.1.5

Perlawanan Suku Akhir dan perlawanan berikutnya yang dijalankan secara Kalah-Mati, mana-mana Pasukan yang memenangi lawannya dengan 2 Regu berturutan, maka perlawanan bagi regu 3 tidak akan diadakan lagi.

7.1.6

Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan Separuh Akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara Pasukan-pasukan yang kalah akan berlawan bagi menentukan tempat 3.

7.1.7

Pertandingan akan mengandungi tiga (3) Regu Perlawanan iaitu: Regu I, Regu II dan Regu III, dan akan dijalankan dengan tertib menurut senarai REGU atau Barisan Pemain-pemain yang telah

diserahkan oleh Pasukan-pasukan kepada Pengadil Rasmi 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. 7.1.8

Mana Pasukan yang memenangi lawannya sama ada 3 – 0 atau 2 – 1 mendapat dua (2) mata manakala pasukan yang kalah tidak mendapat sebarang mata (0 mata).

7.1.9

Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu Kumpulan, kiraan mata diperolehi sama oleh dua (2) Pasukan sahaja, maka keputusan Perlawanan Awal antara dua (2) Pasukan berkenaan akan diambil kira bagi menentukan kedudukan Pemenang.

7.1.10 Jika kiraan mata diperolehi sama oleh tiga (3) Regu atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukan dengan kaedah berikut:7.1.10.1 Kiraan perbezaan set daripada jumlah SET menang yang diperolehi oleh pasukan berkenaan; jika sama 7.1.10.2 Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA (points) daripada jumlah Angka-angka Mata yang diperolehi oleh pasukan berkenaan. 7.2 Antara Regu 7.2.1

Setiap Pasukan hendaklah diwakili oleh dua (2) Regu dengan lima (5) orang pemain setiap Regu. Tidak ada PASUKAN PILIHAN atau ”seeded” semua PASUKAN akan diundi bagi menentukan Kumpulan masing-masing.

7.2.2

Pertandingan akan dijalankan secara Kalah-Mati, mana-mana Regu yang kalah digugurkan daripada Rajah Perlawanan.

7.2.3

Dua (2) Regu yang kalah di perlawanan Separuh Akhir akan berlawan bagi menentukan tempat Ketiga (3).

7.2.4

Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, Regu/Pasukan yang akan bertanding hendaklah menyerahkan senarai Regu/Pasukan atau Barisan Pemain-pemain termasuk Pemain Simpanan kepada Pengadil Rasmi bertugas dengan menggunakan Borang yang disediakan.

7.2.5

Setiap Regu/Pasukan hendaklah berkesanggupan untuk bertanding lebih dari satu (1) perlawanan sehari. Jika dijadualkan,

maka tempoh rehat selama tidak kurang 30 minit akan diberi antara perlawanan berkenaan. 7.2.6

Seorang pemain hanya boleh bermain bagi satu Regu sahaja dalam sesuatu perlawanan.

8.

PAKAIAN 8.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai dua (2) set baju yang berlainan warna iaitu putih/cerah dan warna gelap. Nombor baju hendaklah bermula dari nombor 1 hingga nombor 15 dengan menggunakan huruf biasa, tinggi nombor hendaklah 19cm dibelakang. 8.2 Pemain hendaklah memakai Jersi/T-Shirt, seluar pendek, stoking, kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pemain adalah dilarang memakai peralatan yang boleh membahayakan pemain lawan. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits 8.3 Ketua regu wajib memakai arm band.

9.

KELEWATAN 9.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan. 9.2 Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawannya.

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak akan dibenarkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan. 11. JADUAL DAN TEMPAT PERTANDINGAN 11.1 Jadual dan tempat pertandingan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola dan akan diedarkan kepada semua Regu pada masa Taklimat

Pengurus Pasukan yang akan diadakan sehari (1) sebelum pertandingan pertama bermula. 11.2 Jadual pertandingan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad. 11.3 Walau bagaimanapun Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlak untuk menangguhkan mana-mana perlawanan dengan memberitahu terlebih dahulu kepada Regu yang terlibat. 12. TATATERTIB 12.1 Semua Pengurus/Jurulatih dan pemain-pemain yang berdaftar dikehendaki menyertainya dengan penuh semangat kesukanan dan muhibah, disamping menghormati serta mematuhi segala Undang-undang dan peraturan yang ditentukan. 12.2 Mana-mana pemain yang telah diberi amaran dengan dua (2) KAD KUNING oleh Pengadil bertugas dengan sendirinya digantung satu (1) perlawanan berikutnya. 12.3 Mana-mana pemain yang menerima KAD MERAH dari pengadil bertugas akan diarahkan keluar gelanggang dan tindakan tatatertib akan diambil ke atasnya. Pemain berkenaan tidak dibenar bermain dalam pertandingan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib Kejohanan MSPM mengambil sesuatu keputusan 13. BANTAHAN Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya dalam tempoh satu jam selepas tamat perlawanan dengan bayaran RM 200.00. Wang pertaruhan akan dikembalikan jika bantahan tersebut diterima. Segala keputusan juri rayuan adalah muktamad. 14. JURI RAYUAN Ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) sekurang-kurangnya 3 wakil daripada politeknik yang berkecuali.

14.1 Ahli Juri Rayuan ( minimum) terdiri daripada: 14.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MSPM atau wakilnya sebagai Pengerusi. 14.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSPM atau wakilnya. 14.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Sepak Takraw MSPM. 14.1.4 Dua atau Empat orang wakil daripada politeknik yang berkecuali. 15. LEMBAGA TATATERTIB KEJOHANAN/KARNIVAL 15.1 Lembaga ini terdiri daripada: 15.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Disiplin atau wakilnya sebagai Pengerusi. 15.1.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai Setiausaha. 15.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Sepak Takraw MSPM. 15.1.4 Dua orang ahli yang terdiri daripada wakil 2 politeknik yang berkecuali. 15.2 Lembaga disiplin bertanggungjawab untuk: Mengambil tindakan mengenai disiplin peserta, pegawai pasukan bagi semua perkara semasa kejohanan/karnival dijalankan seperti berikut: 15.2.1 memberi amaran atau 15.2.2 menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu atau 15.2.3 pasukan didenda RM 1000.00 atau 15.2.4 menyingkirkan pasukan permainan berkenaan daripada keseluruhan kejohanan/karnival. 16.

PEMATUHAN PERATURAN Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi kecuali ada dinyatakan berlainan dalam peraturan permainan yang berkenaan. Sekiranya berlaku pertikaian berkaitan peraturan am MSPM maka hanya peraturan am terkini sahaja akan digunapakai.

17. KEHILANGAN DAN KESELAMATAN Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang – barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan tempat penginapan dan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian pada masa pertandingan dijalankan. Walau bagaimanapun beberapa persediaan dan langkah keselamatan hendaklah disediakan bagi mengelak kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung. 18. GELANGGANG / PERALATAN 18.1 Gelanggang Keluasan gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m bebas dari sebarang ganguan sehingga ketinggian 8 m yang di ukur dari lantai gelanggang. (Rujuk peraturan PSM & ISTAF) 18.2 Peralatan 18.2.1 Jaring hendaklah diperbuat dari nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m anyaman. Lebar jaring adalah berukuran 0.7 m lebar dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10m dan tepi kedua-dua hujung jaring di lekatkan pita pada 0.05m sebagai sempadan dari atas kebawah dikedudukan menegak dengan garisan tepi. Ketinggian jaring adalah 1.52m di tengah dan 1.55m ukuran ketinggian di tiang gelanggang. (Rujuk peraturan PSM & ISTAF) 18.2.2 Bola sepaktakraw hendaklah bulat dan ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.42m hingga 0.44m mempunyai 12 lubang dan 20 pertemuan silang diperbuat dari getah sintetik dengan berat dari 170 gm dan tidak lebih dari 180 gm, serta berwarna terang (Rujuk peraturan PSM & ISTAF) 19. KIRAAN MATA KEMENANGAN. 19.1 Mata kemenangan untuk set adalah 21 mata kecuali mata terikat 20-20 kemenangan diberi kepada kelebihan 2 mata sehingga ke aras mata 25 dikira pemenang

19.2 Perlawanan bermain sebanyak 2 set dengan 2 minit rehat diberi di antara 2 set. 19.3 Jika kedua -dua regu menang satu set perlawanan set ketiga (tiebreak) dimainkan sehingga mata 15 kecuali mata terikat 14-14 dan set diputuskan dengan mata perbezaan 2 mata sehingga ke mata 17. (Rujuk peraturan PSM & ISTAF) 20. PERKARA YANG TIDAK ADA DALAM PERATURAN AM DAN PERATURAN PERTANDINGAN. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola kejohanan / karnival yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

Disediakan oleh: Pengerusi Teknik Dan Pertandingan Sepak Takraw Jawatankuasa Teknik Dan Pertandingan MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA