Perantau 2 Apr 2

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perantau 2 Apr 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 4,821
  • Pages: 16
1

PERANTAU Bil 2, Issue 1

MALCON WEST

Keluaran MEI 2009

MALCON WEST Jauh di Persada Bumi, diiringi Doa Restu, Perwira di Perantauan Menumpah Jasa di Bumi Gersang, Menuju Keamanan Sejati.

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

2

Dari Pena Ketua Pengarang Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

A

lhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat keizinan dan limpah kurniaNya Majalah PERANTAU keluaran kedua untuk MALCON WEST 1 dapat menemui pembaca kembali.

Pembaca yang dihormati

Malcon West 1 sudah mencecah 6 bulan berada Selatan Lubnan, ini membuktikan semua peringkat anggota sudah serasi dan dengan segala tugas. Rasa menebal rindu kepada keluarga di Malaysia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Itulah yang sentiasa difikirkan oleh setiap anggota Malcon West 1 yang jauh di perantauan. PERANTAU pada keluaran kedua ini menunjukkan bahawa peluang untuk anggota bercuti semasa bertugas digunakan sepenuhnya untuk mereka pulang ke Malaysia. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk bercuti di sini dan juga Negara lain seperti Perancis, Turki dan Greece. Peluang ini di ambil bagi membolehkan anggota melawat negara-negara tersebut. Kepada semua anggota Malcon West 1 saya mengucapkan syabas kerana dapat menjalankan tugas dengan Berjaya pengorbanan anda semua tidak akan dilupakan oleh semua rakyat Malaysia amnya Angkatan Tentera Malaysia Khasnya dan tidak ketinggalan kepada anggota tentera Brunei.

Selamat Maju Jaya

Mej Kamarul bin Kassim PENAUNG Lt Kol Adi Ridzwan Abdullah PENASIHAT Mej Muhammad bin Abdullah KETUA PENGARANG Mej Kamarul bin Kassim WARTAWAN Kapt Abdul Halim bin Mohd Isa Kapt Arlizam bin Ariffin ato PW II Md Tahir bin Saad Sjn Muhammad bin Salleh Kpl Anuar bin Ahmad JURU FOTO Kpl Zamzuri bin Li @ Pak Li TERBITAN & KELUARAN Tim Multimedia MALCON WEST 1 HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

3

Sudut Timbalan Komander MEJ MOHAMMAD BIN ABDULLAH TIMBALAN KOMANDER MALCON WEST 1

Mej Muhammad bin Abdullah telah dilahirkan pada 16 Ogos 1974. Beliau telah menjalani Latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja pada 20 Julai 1994 dan ditauliahkan pada 22 Julai 1995 sebagai Lt Muda di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja. Beliau pernah berkhidmat di beberapa pasukan seperti di 7 RAMD, 1 RAMD dan 8 RAMD. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah memegang

beberapa jawatan penting seperti Ketua Platun, Penolong Ketua Kompeni dan Ketua Kompeni. Beliau juga pernah beryugas sebagai seorang jurulatih di Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Perjawatan terakhir sebelum menyertai misi adalah sebagai Ketua Kompeni Bantuan di 8 RAMD. Sepanjang perkhidmatan beliau telah menghadiri pelbagai Kursus seperti Ketua Platun, Asas Komando, Pegawai Perisikan,Tugas Staf,Fasilitor TQM,Ketua Kompeni dan Joint Intelligence. Beliau juga berkemahiran dalam bidang pengurusan Emosi(EI). Beliau telah diberi kepercayaan oleh Angkatan Tentera Malaysia untuk menjawat jawatan Ketua Kompeni Malcon West 1 disamping berperanan sebagai Timbalan Komander. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Suriya Kasuma bte Mohd Suffian dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Mej Muhammad sentiasa mendengar pandangan pegawai bawahannya dalam usaha memantapkan kontingen MALCON WEST 1.

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

4

8 RAMD TONGGAK KEKUATAN MALCON WEST 1

MEJ MUHAMMAD BIN ABDULLAH KETUA KOMPENI

PANTANG UNDUR Komepni infantri yang dipimpin oleh Mej Muhammad bin Abdullah merupakan tonggak kekuatan Malcon West 1. Terdiri dari 4 platun merangkumi satu gambungan dari anggota PASKAL dan PASKAU serta satu platun gambungan dari anggota MIB dan anggota 8 RAMD. Sebagai satu Kompeni tempur, kompeni ini memainkan peranan penting dalam melaksanakan semua aktiviti melibatkan perkara gerakan. Anggota yang terpilih untuk menyertai misi pengaman merupakan anggota-anggota yang terpilih dan terbaik agar segala kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dengan cogan kata mereka ‘taat dan setia’ menjadikan mereka siap sedia melaksanakan segala arahan dan tugas dengan jujur ikhlas. Cogan kata 8 RAMD ‘pantang undur’ menjadikan mereka akan terus berjuang tanpa mengenal erti kekalah dalam sesuatu pentempuran. Selain daripada mempunyai pegawai-pegawai yang mempunyai daya mutu kepimpinan yang tinggi, mereka mempunyai PTT Kanan yang berpengalaman dalam melaksanakan operasi di dalam mahu pun di luar Negara. Perkara ini amat penting dalam menjanin sebuah organisasi yang mantap dan berkebolehan dalam melaksanakan segala tugas.

PW II Mohd Noor menyampaikan taklimat kepada anggota-anggota sebelum melaksanakan Tugas-tugas harian setiap pagi HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

5

ELEMEN BANTUAN TEMPUR (RSD) Elemen semboyan MALCON WEST 1 UNIFIL ditubuhkan bersama Tim Nukleus MALCON WEST di Rejimen 2 Kor Armor Diraja, Kem Sunggala, Port Dickson bagi tujuan pentadbiran dan persiapan latihan. Elemen semboyan diletakkan dibawah elemen bantuan tempur bersama elemen jurutera. Kekuatan elemen semboyan terdiri dari seorang pegawai sebagai Ketua Elemen dan enam kali anggota LLP. Organisasi elemen berpandu Gambar kenangan anggota RSD bersama Pengarah Semboyan kepada tred masing-masing namun selepas upacara pemakaian beret UN begitu elemen telah dipecah kepada dua sel iaitu sel radio dan sel teknik. Ketua elemen adalah Mej Shafizan bin Amin dibantu SSjn (YoS) Shaffri bin Hassan untuk sel radio dan PW II (FoS) Abu Zaharin bin Rifin untuk sel teknik. Elemen Semboyan mula diaturgerakan dengan kumpulan pendahuluan pada 18 Okt 2008 dengan kekuatan seorang pegawai dan dua kali anggota LLP, manakala kumpulan induk diaturgerakan pada 25 Okt 2008 seramai empat anggota LLP. Bagi memudahkan pengurusan pentadbiran kontinjen, tiga kali anggota Setelit Communication dari elemen komander ditumpangkan dibawah elemen ini. Elemen Semboyan telah mencapai status Initial Operation Capability (IOC) pada 26 Okt 2008 manakala status Full Operational Capability (FOC) pada 06 Dis 2008 untuk melayakkan MALCON WEST I UNIFIL melaksanakan tugas-tugas pengaman mengikut mandat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan melalui Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Secara amnya Elemen Semboyan MALCON WEST 1 UNIFIL ditugaskan menyedia, menyelaras dan menyelenggara keperluan semua aspek komunikasi pada sebilang masa bagi memenuhi keperluan MALCON WEST 1 UNIFIL dalam melaksanakan misi Pengaman PBB di Selatan Lebanon. Elemen Semboyan menyediakan rancangan komunikasi yang meliputi Komunikasi Strategik dan Komunikasi Taktikal keseluruhannya. Komunikasi taktikal yang telah disediakan adalah komunikasi radio Frekuasi Sangat Tinggi (FST) dibantu dengan Frekuasi Tinggi (FT). Disamping itu juga MALCON WEST 1 UNIFIL dibekalkan dengan kemudahan kemudahan talian internet dan talian telefon UNIFIL. Pada keseluruhan pengurusan tugas-tugas serta tanggungjawab elemen semboyan memerlukan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan pengurusan taktikal dan pentadbiran MALCON WEST 1 UNIFIL. Dengan adanya semangat juang yang tinggi tersemat di sanubari anggota, elemen semboyan berdiri sama gagah bersama anggota pengaman negara lain. HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

6

ELEMEN BANTUAN TEMPUR (RAJD) Elemen Jurutera MALCON WEST 1 telah diletakkan dibawah elemen Bantuan Tempur bersama-sama elemen Semboyan. Tugas elemen jurutera adalah membantu MALCON WEST 1 dalam kerja-kerja senggaraan kecil dan bekalan air. Elemen ini berkekuatan satu pegawai dan tujuh anggota lain-lain pangkat yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang tersendiri didalam kerja-kerja senggaraan dan kejuruteraan medan ditempatkan di Pos UN 2-45, Kem Qatar, At-Tiri. Elemen ini diketuai oleh Kapt Mohd Amrin bin Othman (3008583) yang bertindak sebagai Ketua Elemen Jurutera dan dibantu oleh 1078036 PW II Mohammed Zul bin Markon sebagai Penolong Ketua Elemen. Organisasi elemen ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Markas Elemen, Tim Bekalan Air dan Tadbir serta Tim Senggaraan dan Logistik. Markas elemen ini dianggotai oleh Ketua Elemen dan Penolong Ketua Elemen bertindak untuk memantau semua kerja-kerja senggaraan dan bekalan air selain dari menasihati Komander khasnya dalam hal-hal berkaitan senggaraan dan Kejuruteraan Medan. Tim Bekalan Air dan Tadbir yang dianggotai oleh 1076240 Sjn Jalaludin bin Ghazali sebagai Ketua Tim, 1101306 LKpl Abdullah bin Harun dan 1096219 LKpl Masnawi bin Mat Nor. Tim ini bertindak dalam memantau jumlah bekalan air dan penggunaan air selain dari bertanggungjawab dalam memastikan pentadbiran dan dokumentasi anggota elemen jurutera dikemaskini. Manakala Tim Senggaraan dan Logistik yang diketuai oleh 1087822 SSjn Kamal bin Mohamad dan dibantu oleh 1091210 Kpl Rosidin bin Sidi Ahmad dan 1108366 LKpl Adwin ak Josen bertanggungjawab dalam memantau setiap senggaraan di kedua-dua kem selain dari memastikan bantuan logistik elemen jurutera tidak diabaikan. Untuk penugasan operasi, elemen Jurutera bertanggungjawab dalam memastikan tahap kesiagaan dan keselamatan kem dipertingkatkan dengan dibantu dari elemen-elemen yang lain. Setakat ini elemen jurutera telah melaksanakan beberapa projek kecil didalam kem bagi tujuan peningkatan tahap keselamatan. Antaranya adalah meningkatkan tahap kubu pertahanan, membina tempat simpanan peluru, mempertingkatkan perimeter kem, membina tempat menembak di Pos Pemerhati dan lain-lain lagi. Dalam hal berkaitan operasi ini elemen Jurutera dibantu oleh Engineering Service Support (ESS) dari Naqoura khasnya dalam membekalkan material-material yang diperlukan. Dalam memastikan keselesaan anggota MALCON WEST 1 elemen jurutera juga melaksanakan kerja-kerja senggraan kecil seperti pembinaan tempat ampaian, membaiki sistem perpaipan, membaiki pepasangan elektrikal, memantau sistem saliran air dan lain-lain lagi. Dengan adanya penglibatan elemen jurutera didalam operasi pengaman seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengalaman dan tahap kepakaran anggota-anggota jurutera selain berkongsi pengetahuan bersama anggota pengaman yang lain khususnya dari negara-negara luar. Walaupun keadaan cuaca dan beberapa limitasi yang dihadapai, anggota jurutera masih mampu melaksanakan tugas dengan baik dan dapat menyesuaikan keadaan serta pergaulan tanpa sebarang masalah. Dalam tempoh 9 bulan dikawasan misi yang agak hebat dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh elemen jurutera ianya dapat dijadikan pengalaman yang sangat berharga serta dapt dikongsi kepada rakan-rakan yang bakal bertugas di Selatan Lubnan ini atau kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang menyertai misi-misi sebegini. Pengalaman sebegini tidak boleh dibeli mahupun didapati dimana-mana, hanya yang tabah dan cekal dapat mengharungi tugas-tugas dan operasi sebegini. HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

7

ABDB

Mej Norazalan dari Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei bersama 1 pegawai dan 3 anggota diberikan kepercayaan untuk bertugas bersama-sama Malcon West 1. Kumpulan ini merupakan yang pertama dari ABDB bertugas di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Mereka menjadi sejarah penglibatan ABDB dalam melaksanakan operasi di luar negara. Mej Norazalan diiberikan kepercayaan oleh Komander untuk menjawat jawatan Staff G3 yang bertanggungjawab segala perkara dengan perancangan gerakan operasi berjalan lancer. Manakala Mej Dr Hiza diberikan jawatan ketua bagi Tim Perubatan Malcon West 1. Semua ini membuktikan bahawa ATM dan ABDB boleh berkerja sama dalam melaksanakan misi bersama. Semoga dengan hubungan ini Malaysia dan Brunei menjadi bertambah baik.

Gambar menunjuk anggota ABDB Sjn Tony sedang memegang bendera Brunei dalam suatu perbarisan

Komander sedang berbincang dengan Mej Dr Hiza (ABDB) semasa menghadiri perbarisan di MK Sector West.

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

8

PEMAKAIAN PINGAT UNIFIL BAGI ANGGOTA MALCON WEST 1 DI SELATAN LUBNAN Pada …………… 2009 Seramai 3 pegawai dan 1 anggota telah menerima pingat UNIFIL bersama-sama dengan pegawai dan anggota dari Bn Perancis yang telah disempurnakan oleh Komander Bn Perancis sendiri. Perbarisan ini telah dilasanakan di padang kawad Bn Perancis Pos UN 2-45. Mendahului senarai penerima pingat Mej Ismail, Mej Roni Kapt Zunaidi dan Kpl Anuar. Setiap anggota tentera yang bertugas melebihi separuh dari jangka masa penugasan mereka layak menerima Komander Bn Perancis mengucapkan tahniah pingat ini. Setiap anggota tentera yang memakai kepada semua anggota selepas upacara pemakaian pingat UNIFIL. pingat ini menunjukan anggota tersebut pernah bertugas di sini.

TAKLIMAT PERCUTIAN OLEH PEGAWAI PERGERAKAN (MOVCON) Setelah genap 3 bulan anggotaanggota Malcon West 1 bertugas di Selatan Lubnan rasa kerinduan pada kampung halaman mula menebal. Dengan perolehi cuti semasa bertugas selama 23 hari sepanjang tempoh penugasan kumpulan pertama mula bercuti pada 1 Feb 2009. Lebih 25% anggota dari kekuatan 230 anggota telah dibenarkan bercuti kebanyakan mereka mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman menemui keluarga tercinta. Mej Sahari sebagai Pegawai pergerakan telah mengaturkan segala Anggota MALCON WEST 1 menyemak senarai nama untuk mekeperluan pengangkutan balik anggota. mastikan mereka berada di dalam kumpulan cuti yang sepatutnya. Beliau bertanggungjawab dalam menentukan anggota-anggota yg bercuti dapat pulang ke Malaysia dengan selamat. Setiap pergerakan beliau akan memberikan taklimat pergerakan kepada semua anggota yang balik bercuti. Anggota dipecahkan kepada 4 kumpulan untuk bagi memboleh operasi di sini dapat berjalan dengan lancar. Pihak UNIFIL menetap kepada semua Negara yg bertugas di sini boleh bercuti mengikut peruntukan yang dibenarkan, iaitu jumlah bercuti tidak melebih dari 25% dari kekuatan sesebuah kontigen yang bertugas di Mej Sahari sedang menyampaikan taklimat pergerakan kepada anggota yang akan bercuti HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

9

LAWATAN KOMANDER MALCON EAST 4 KE MALCON WEST 1 Sabtu 7 Mac 09, Kol Hashim Aman Shah, Komander MALCON EAST 4, telah mengadakan lawatan ke Kem Qatar. Selaku pihak berkuasa atasan bagi keseluruhan kontingen Malaysia di Lubnan, lawatan ke MALCON WEST 1 adalah termasuk dalam rangka tinjauan beliau memandangkan MALCON EAST 4 akan memulakan operasinya pada bulan Mei 09. Beliau beserta rombongannya termasuk pegawai staf dari MAB pada jam 1130 dimulakan dengan taklimat oleh Mej Muhammad Abdullah, Timbalan Komander MALCON WEST 1. Selepas makan tengah hari, Kol Hashim telah dibawa melawat sekitar kawasan Kem Qatar. Kehadiran pegawai staf dari MAB yang diketuai oleh Lt Kol Ahmad Jamaluddin Royan Komander MALCON EAST 4, Kol Hashim Aman Shah menandatangani buku lawatan sebelum beredar juga bertujuan bagi menentukan keperluan meninggalkan Kem Qatar. kontingen MALCON WEST 1 dapat dipenuhi berdasarkan MoU di antara kerajaan Malaysia dengan PBB. Para pegawai staf MALCON WEST 1 telah menyampaikan situasi kontingen di Lubnan dan perkara yang dilaporkan akan diambil perhatian oleh pihak MAB.

TINJAUAN TIMBALAN KOMANDER BN PERANCIS (DAMAN VIII) KE MALCON WEST 1 Sabtu 24 Jan 09, satu tinjauan awal sempena pertukaran Bn Perancis telah diadakan di sekitar kawasan Kem Qatar. Tinjauan dilakukan pada sebelah petang bermula jam 1430 oleh Lt Kol Gardin, Timbalan Komander bagi DAMAN VIII yang akan menggantikan DAMAN VII pada 1 Feb 09. Diiringi beberapa orang pegawai stafnya, Lt Kol Gardin telah ditaklimatkan tentang konsep operasi dan pentadbiran MALCON WEST 1 oleh Mej Muhammad Abdullah, Timbalan Komander MALCON WEST 1.

Lt Kol Gardin meninjau sekitar kawasan Kem Qatar

Selain itu tinjauan ini juga membolehkan para pegawai staf Malcon West 1 mengenali pegawai staf DAMAN VIII. Turut hadir dalam tinjauan ini adalah Lt Kol Le Caff yang merupakan Timbalan Komander bagi DAMAN VII. Selepas mendengar taklimat di Bilik Gerakan MALCON WEST 1, Mej Muhammad telah membawa Lt Kol De Gardin dan rombongan meninjau sekitar kawasan kem. Ada sesuatu yang menarik perhatian Lt Kol Gardin selepas meninjau Pos No 4 di dalam Kem Qatar. HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

10

EKSESAIS HILAL MERAH Eksesais HILAL MERAH telah diadakan pada 03 Feb 09 hingga 04 Feb 09 di Pos UN 2-45 Kem Qatar dan KTJ Malcon West 1. Latihan ini berunsurkan kepada rancangan kontingensi terhadap kecederaan anggota semasa ronda dan tindakan perubatan. Eksesias HILAL MERAH adalah latihan terkawal dan dianjurkan oleh Elm Perubatan Malcon West 1 di bawah pengawasan Peg Perubatan Kanan. Latihan ini diadakan bagi memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada anggota-anggota kombat medik dan ahli-ahli perubatan. Eksesais HILAL MERAH dibahagikan kepada dua peringkat dan dilaksanakan selama dua hari. Peringkat pertama latihan adalah ulangkaji bagi ahli-ahli kombat medik yang tertumpu kepada rawatan awal kecederaan terkena letupan dan tembakan. Sesi latihan ini dilaksanakan di Kem Qatar Pos UN 2-45 pada 03 Feb 2009. Peringkat kedua adalah latihan medan pada 04 Feb 2009 yang dilaksanakan sekitar zon V14 (Brashit) GR 727920-672500 dimana satu insiden letupan (IED) yang mengakibatkan kecederaan kepada anggota. Bagi membantu latihan satu platun tempur dari Pos UN 6-16 telah digunakan bagi menjayakan senario eksesais.

EKSESAIS SHELTER Latihan Shelter adalah salah satu latihan kontinjensi yang dilaksanakan bagi memahirkan angggota masuk ke kubu yang telah disediakan bagi tujuan perlindungan semasa menghadapi sebarangan ancaman dari luar terutamanya serangan udara dan tembakan roket yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Pada peringkat awal latihan ini hanya dilaksanakan oleh anggota Malcon West sahaja. Setelah mereka telah bersedia baru latihan bersama dengan Bn Perancis dilaksanakan. Latihan ini dilaksanakan setiap bulan bagi memastikan semua anggota sentiasa dalam keadaan bersiap sedia sebilang Komander sedang mendengar taklimat daripada ketua kubu apakah tindakan yang masa. perlu diambil pada masa tersebut

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

11

SUDUT MUHIBAH KERJASAMA ERAT BN PERANCIS DAN MALCON WEST 1 DI SEMUA PERINGKAT Perhubungan yang baik Bn Perancis dengan Malcon West 1 yang berterusan bermula dengan DAMAN 7 sehinggalah sekarang DAMAN 8 menunjukkan kedua-dua negara boleh berkerja sama ke arah satu matlamat bagi memastikan misi UNIFIL di Selatan Lubnan dapat dikekalkan selamanya. Kerjasama dari segi pentadbiran dan juga operasi semua berjalan dengan lancer. Walaupun perbezaan ketara dari pengalaman dan juga kematangan serta budaya membuktikan bahawa tentera Malaysia dapat berkerja dengan baik. Pengalaman bertugas bersama tentera Perancis amatlah bermakna kepada semua anggota Malcon West 1 supaya menjadi contoh kepada mereka apabila kembali bertugas di pasukan masingmasing.

Pegawai Waren Asphord dari Bn Perancis sedang mengisi minyak ke dalam tangki simpanan diesel sambil dibantu oleh LKpl Saleh, anggota POL

SEKATAN JALAN RAYA OLEH KOMPENI POLIS TENTERA UNIFIL

Ketua Elemen Probos, Kapt Abdul Halim turut memeriksa kenderaan UN dalam operasi yang di-

Penyertaan Elemen Probos dalam Operasi Sekatan Jalan Raya oleh Kompeni MP Tanzania adalah bertujuan memberi pendedahan kepada anggota MP MALCON WEST 1 dalam menjalankan tugas probos di kawasan operasi. Sebanyak 2 kali operasi telah diikuti iaitu pada 31 Dis 08 dan 7 Jan 09, pengalaman ini boleh menjadi panduan untuk melaksanakan tugas apabila diarahkan oleh pihak UNIFIL kelak. Dengan matlamat untuk memeriksa semua pergerakan kenderaan UN yang melalui simpang empat di Brashit, anggota probos dapat melihat sendiri bagaimana pemeriksaan dokumen pergerakan, lesen memandu serta keadaan kenderaan UN tersebut.

MAKAN MALAM DI KANTIN MALCON WEST 1 Sebagai tanda kesyukuran kerana dibenarkan membuka kantin bagi MALCON WEST 1, En Yusof, pengusaha kantin tersebut telah mengadakan satu majlis jamuan makan malam bersama para pegawai MALCON WEST 1. Pelbagai hidangan tradisional masyarakat Lubnan telah disediakan seperti tabule dan ayam masywi. Jamuan yang diadakan pada 13 Jan 09 itu diharap dpat mengeratkan lagi hubungan antara pemilik kantin dengan seluruh warga Malcon West 1. Selain menjual makanan harian rakyat Lubnan seperti Fajita, Rosto dan Shawarma, kantin En Yusof juga turut menjual pelbagai barangan keperluan harian serta En Yusof menghidangkan pelbagai juadah yang lazat untuk dinikmati oleh cenderahati negara Lubnan. HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

12

Bersama Mej Muhammad bin Abdullah

Sudut EI

R A H S I A K E H I D U PA N ( BA H . 1 ) Makan, Minum dan Riadah Sejak awal-awal lagi, semua anggota telah diberikan peringatan tentang gambaran bertugas di kawasan MISI seperti di Lubnan ini. Namun keadaannya agak berbeza apabila sampai di tempat sebenar dan melihat dengan mata sendiri. Walau

pat benar dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar yang banyak timbul sekiranya orang disekelilberbeza. ing tidak memahami maksud yang hendak disampaikan. Namun yang menjadi persoalannya apabila terdapat Kesedaran dalam diri kita perlu a n g g o t a y a n g s u k ar u n t u k ada, bahawa orang tidak akan menyesuaikan diri walau pun sudah memahami mesej yang kita melebihi dua bulan bertugas disini. sampaikan tanpa ada apa-apa Persoalannya timbul adakah komunikasi. disebabkan individu itu bermasalah atau keadaan menyebabkan individu tersebut mengalami masalah. Perkara seumpama ini hanya boleh diuraikan apabila masalahnya dilepaskan.

Yang jelas komunikasi yang paling mudah adalah dengan b erk ata-k ata atau bercakap. Oleh yang demikian dengan bercakap kita dapat menyelesaikan banyak masalah Cara yang paling mudah sama ada kita sedar atau tidak. adalah dengan bercakap atau Percayalah! Kadang kala keputusan untuk berdiam diri meluahkan sebarang permasalahan. tidak akan memberi faedah yang baik kepada Bertutur dengan komunikasi yang diri sendiri. jelas sebenarnya dapat menunjukbagaimana pun situasinya berbeza kan aspirasi sebenar seseorang indi-beza bergantung pada individu vidu. Sebagai seorang manusia biitu sendiri. Mungkin ada yang ce- asa perasaan tidak puas hati akan

Bersikap dan Berfikiran Positif Memang sukar kita untuk mengaku sekiranya kita tersalah kata atau perbuatan. Jangan risau memang sudah lumrah kita begitu. Namun akan lebih memalukan kita sekiranya kesalahan kita diketahui oleh orang lain. Dalam hal ini mungkin kita fikir lebih baik kita mengaku atau berterus terang. Manusia telah dijadikan dengan sifat yang lemah. Tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Namun ini tidak bererti kita bebas

melakukan kesalahan. Maksudnya adalah walau pun sudah berusaha namun mungkin tanpa kita sedari

kesilapan atau kesalahan mungkin berlaku. Apa yang perlukan kita lakukan adalah sedar apa kesalahan kita untuk mengubah semula kepada yang lebih baik. Ini termasuklah

kesalahan kita sesama rakan Enam Perkara -rakan yang lain. Segera Yang Kita mengakui kesalahan kita sekiranya itu lebih baik Lupa!!! untuk mewujudkan satu • Senyum apabila hubungan yang lebih jumpa rakan. harmoni. Bak kata pepatah • Terima kasih selepas ‘takkan hilang bisa ular menerima pertolongan. sekiranya ia menyusur • Ingat keluarga apaakar’. bila nampak gadis B e g i t u l a h manis. keadaannya kita, insyaallah • Simpan duit untuk kita mungkin akan lebih kecemasan dan masa depan. dihormati oleh rakan-rakan rakan yang seperjuangan. Mereka akan • Menegur tiada panduan. lebih selesa d engan • Minta maaf jika keihklasan kita. melakukan kesalahan.

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

Bercakap b perkara yan

13

Kapt Hairulnizam Hamid

SUDUT RENUNGAN

JALAN KE SYURGA PENUH DURI… Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia. Syurga ialah tempat

kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan). Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan. Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan. Sebaliknya jalan ke neraka

amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan. Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu. Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu. Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik. Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu me milih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat. Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf

yang perlu kita pelajari dan dalami. Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal. Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenanglenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran. Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu 'Alam.

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

14

SUDUT RENUNGAN KEBERKATAN SURAH AL-IKHLAS Ketika Memulakan Kerja Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari ke- inggal dunia, maka dia tidak luar umpama cacing kepana- akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia san. dari kesempitan kuburnya dan Sebelum Masuk Ke Rumah para malaikat akan membawanya dengan sayap Sebelum anda masuk rumah, mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke sybacalah surah Al-Ikhlas urga. Demikian diterangkan (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dalam Tadzikaratul Qurthuby). dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada Khatam al-Quran orang di rumah berilah salam Rasulullah SAW pernah berkerana malaikat rumah akan tanya sebuah teka-teki kepada menyahut. umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) Qur'an dalam jangka masa dua -tiga minit? Tiada seorang yang diucapkan pada akhir dari sahabatnya yang mensolat akan membantu kita jawab. Malah Saiyidina Ummenjawab persoalan kubur. mar telah mengatakan bahawa Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang ianya mustahil untuk mengabersolat akan sukar menjawab tam Qur'an dalam begitu cepat. salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. diucap di akhir solat akan Saiyidina Ummar bersuara menolongnya menjawab kepada Saiyidina Ali bahawa salam malaikat itu. Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak Ketika Sakit tahu apa yang dikatakannya Sabda Rasulullah S.A.W yang itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas se- kali. Rasulullah SAW waktu sakit sehingga dia men- menjawab dengan

mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus AlQuran. Pahala Membacanya Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

15

SUDUT RENUNGAN Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Menuntut ilmu boleh di mana dan dengan sesiapa sahaja

Nota Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ’Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. …Wallahu a’lam

WAKTU SEMBAHYANG PADA APRIL 2009 AT TIRI LUBNAN

Date

Day

Fajr

Sunrise

Dhuhr

Asr

Maghrib

Isha

1

Fri

4:19

5:50

12:36

4:17

7:21

8:47

2

Sat

4:18

5:49

12:36

4:17

7:22

8:48

3

Sun

4:17

5:48

12:36

4:18

7:23

8:49

4

Mon

4:16

5:47

12:36

4:18

7:23

8:50

5

Tue

4:14

5:46

12:36

4:18

7:24

8:51

6

Wed

4:13

5:46

12:36

4:18

7:25

8:52

7

Thu

4:12

5:45

12:35

4:18

7:26

8:53

8

Fri

4:12

5:45

12:35

4:18

7:26

8:53

9

Sat

4:10

5:43

12:35

4:18

7:27

8:55

10

Sun

4:08

5:42

12:35

4:18

7:28

8:56

11

Mon

4:07

5:41

12:35

4:18

7:29

8:57

12

Tue

4:06

5:41

12:35

4:18

7:29

8:58

13

Wed

4:05

5:40

12:35

4:18

7:30

8:59

14

Thu

4:04

5:39

12:35

4:18

7:31

9:00

15

Fri

4:03

5:38

12:35

4:18

7:32

9:01

16

Sat

4:02

5:38

12:35

4:18

7:32

9:02

17

Sun

4:01

5:37

12:35

4:18

7:33

9:03

18

Mon

4:00

5:36

12:35

4:18

7:34

9:04

19

Tue

3:59

5:36

12:35

4:18

7:34

9:05

20

Wed

3:58

5:35

12:35

4:18

7:35

9:06

21

Thu

3:58

5:35

12:35

4:19

7:36

9:07

22

Fri

3:57

5:34

12:36

4:19

7:37

9:08

23

Sat

3:56

5:33

12:36

4:19

7:37

9:09

24

Sun

3:55

5:33

12:36

4:19

7:38

9:10

25

Mon

3:54

5:32

12:36

4:19

7:39

9:11

26

Tue

3:54

5:32

12:36

4:19

7:39

9:12

27

Wed

3:53

5:32

12:36

4:19

7:40

9:13

28

Thu

3:52

5:31

12:36

4:19

7:40

9:14

29

Fri

3:52

5:31

12:36

4:20

7:41

9:14

30

Sat

3:52

5:31

12:36

4:20

7:41

9:14

31

Sun

3:51

5:30

12:37

4:20

7:42

9:16

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

16

TACTICAL EQUIPMENT

B

A

D

A. B. C. D. E. F. G.

C

E

F

G

JAMMER MICRODIS LASER RANGE FINDER VECTRONIX VECTOR 21 NIGHT VISION GOGGLE LUNOS GPS EX TREX VISTRA COMPASS PERISMATIC BINOCULAR PERISMATIC 6 X 30 LONG RANGE BINOCULAR 20 X 120 HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

Related Documents

Perantau 2 Apr 2
May 2020 11
Perantau 1
May 2020 3
2009-2.wpmar-apr
December 2019 23
Sas Apr Draft 2
November 2019 5
Keluhan Perantau
November 2019 17
Apr A Xi A 2
December 2019 14