Peranan Guru Dalam Merealisasikan Hala Tuju Pendidikan Negara

  • Uploaded by: shivan0037
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peranan Guru Dalam Merealisasikan Hala Tuju Pendidikan Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 527
  • Pages: 10
Peranan guru dalam merealisasikan hala tuju pendidikan negara

BEH CHIN YUAN

LEE YING SHIUAN WONG XIN YII

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Pemudah cara dan pencetus inspirasi – Guru menggunakan pengetahuan tentang isi kandungan subjek, pengajaran dan pembelajaran, serta teknologi untuk memudahkan cara pengalaman pembelajaran, kreativiti, dan inovasi dalam interaksi bersemuka dan persekitaran maya, mereka bentuk dan membangunkan pengalaman pembelajaran dan pentaksiran era digital. – Guru mereka bentuk, membangun dan menilai pengalaman pembelajaran dan pentaksiran yang autentik. Mereka menggabungkan alat kontemporari dan sumber bagi memaksimumkan pembelajaran isi kandungan dalam konteks dan membangunkan pengetahuan, kemahiran, serta sikap untuk menggunakan ICT.

Agen sosialisasi – Guru sebagai penyebar ilmu kemasyarakatan. – Guru berperanan untuk membentuk sahsiah murid-murid yang bersesuaian dengan norma dan nilai masyarakat. – Guru boleh menjadi pembentuk masyarakat yang penyayang dengan menerapkan nilai kasih sayang dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. – Guru juga dilihat sebagai role model kepada murid dan masyarakat. – Guru merupakan penghubung antara guru, ibu, bapa, pegawai kerajaan dengan masyarakat dan penyumbang kepada masyarakat. – Seterusnya, guru juga menjadi agen dalam usaha memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan negara.

Model bekerja dan belajar – Guru berperanan sebagai model bekerja dan belajar dalam era digital. – Guru mempamerkan pengetahuan, kemahiran, dan proses kerja mewakili seorang profesional yang inovatif dalam masyarakat global dan digital, termasuk kemahiran tinggi dalam sistem ICT dan peralatan digital untuk menyokong kejayaan dan inovasi dalam kalangan murid, mempromosi dan menjadi model sebagai masyarakat digital yang bertanggungjawab. – Guru memahami isu-isu masyarakat setempat dan global serta bertanggungjawab dalam budaya digital dan mempamerkan tingkah laku yang betul serta beretika dalam amalan profesionalnya dan melibatkan diri dalam pembangunan profesional dan kepimpinan. – Guru juga berperanan untuk menambahbaik amalan profesional secara berterusan dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

4 Tonggak Pendidikan UNESCO

1. Belajar untuk menguasai ilmu (learning to know) – Guru = penyampai ilmu. – Merancang proses pembelajaran yang menyeronokkan, memupuk minat dan rasa ingin tahu pelajar untuk mencetuskan keinginan mereka untuk mendapatkan pengetahuan baru yang lebih mendalam. – Memperkenalkan kemahiran-kemahiran untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan baru.

– Mengikut trend perubahan dan kemas kini pengetahuan supaya pelajar menerima pengetahuan terkini.

2. Belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do) – Menyediakan pelung untuk pelajar menguasai nilai-nilai peribadi dan kemahiran-kemahiran. – Meningkatkan inisiatif individu dalam penyertaan pembangunan masa depan yang berasaskan pengetahuan teoritikal dan praktikal. – Memastikan pelajar dapat menguasai dengan baik kompetensi personal dan melakukan yang terbaik.

3. Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be) – Menyediakan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan, perkembangan dan kemajuan sejagat. – Memastikan pelajar sentiasa dilengkapi dengan sumber-sumber personal dan alat intelektual yang diperlukan untuk memahami dunia dan bertindak sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab dan adil. – Menyediakan aktiviti kerja berkumpulan, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek.

4. Belajar untuk harmoni dan bekerjasama (learning to live together) – Mengajar dan menggalakkan pelajar untuk mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang aman. – Menekankan kepentingan toleransi dan bekerjasama dengan orang lain demi mencapai keamanan dan keharmonian hidup. – Mendedahkan pelajar dengan kepelbagaian budaya, agama dan tingkah laku etnik di Malaysia.

– Bersifat terbuka dan tidak mengongkong sekiranya pelajar ingin tahu tentang budaya orang lain.

Related Documents


More Documents from ""