Penternakan Cacing Vermikompos

  • Uploaded by: Dagangputra
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penternakan Cacing Vermikompos as PDF for free.

More details

  • Words: 2,263
  • Pages: 21
PENTERNAKAN CACING VERMIKOMPOS

1

PAKEJ PENGELUARAN VERMIKOMPOS

Pendahuluan Vermes adalah perkataan Latin untuk cacing. Vermikultur adalah proses membiak cacing untuk penghasilan vermikompos Vermikompos adalah bahan organik hasil daripada proses atau aktiviti mikrobial dan cacing tanah ke atas bahan organic mentah seperti sisa pertanian. Aktiviti mikrobial ke atas jerami padi yang baru dituai, contohnya menyebabkan berlakunya proses reputan. Sebelum proses pereputan ini tamat sebahagiannya dimakan oleh cacing tanah dan dikeluarkan sebagai vermicast atau tahi cacing dan yang sebahagian lagi terus reput sehingga menjadi kompos. Vermikompos ini adalah lebih baik daripada kompos kerana, selain daripada faedah yang terdapat pada kompos dalam pertumbuhan pokok, komponen vermicast yang terdiri daripada aggregat-aggregat kecil dapat membaiki struktur tanah. Vermicast ini mengandungi pelbagai jenis hormon dan enzim yang dikeluarkan oleh bakteria yang terdapat dalam perut cacing yang boleh membantu tumbesaran pokok. Vermicast juga mengandungi lebih banyak jenis dan populasi bakteria yang berfaedah kepada pertumbuhan pokok.

2

Cacing Kompos Cacing yang digunakan dalam proses pengkomposan dinamakan cacing kompos. Cacing ini suka tinggal di dalam bahan organan yang separuh reput. Jenis-jenis cacing tanah yang digunakan sebagai cacing kompos mempunyai ciri-ciri seperti berikut:Suka memakan lapisan atas Sifat ini sememangnya telah dikenalpasti semasa menjalankan aktiviti di plot penghasilan vermikompos di mana cacing akan berkumpul di dalam lapisan atas binca setiap kali bahan makanan ditambah. Sifat ini juga memudahkan kerja-kerja mengasingkan cacing dan vermikompos semasa menjalankan kerja-kerja mengutip hasil. Selera makan yang tajam Cacing kompos makan mengikut berat badannya. Contohnya, purata berat cacing ialah 4 gm seekor, jadi, jumlah makanan yang diperlukan ialah lebih kurang 4 gm seekor sehari. Proses pertambahan makanan akan lebih kerap selepas sebulan cacing dilepaskan di dalam plot penghasilan vermikompos. Ini bermakna,proses pembiakan telah berlaku dan akan meningkat dari semasa kesemasa. Dengan ini, kita perlu pastikan makanan asas yang digunakan perlulah sentiasa ada dan telah sedia untuk digunakan. Membiak dengan cepat Salah satu sifat cacing kompos ialah membiak dengan cepat. Sepasang cacing kompos boleh bertelur 50 biji

3

kapsul setahun di mana, satu biji kapsul mengandungi 2-3 ekor anak cacing. Jenis-jenis cacing kompos yang digunakan terdiri daripada beberapa spesis seperti berikut:. Lumbricus rubellus (Cacing merah) . Eisenia fetida (Cacing harimau) . Perionyx excavatus (Cacing biru)

Cacing kompos jenis Harimau, Eisenia fetida

4

Penyediaan Tapak Pembiakan Penyediaan Bekas Cacing Cacing kompos boleh dibiak dalam bekas. Bekas yang digunakan hendaklah cetek dan dilengkapi dengan lubang untuk peredaran udara dan penyaliran air siraman. Ia boleh diperbuat daripada kayu, plastik atau bahan-bahan lain yang bersesuaian. Bekas yang telah siap dimasukkan cacing perlulah diletakkan di tempat yang teduh.

Kotak cacing diperbuat daripada kayu

Kotak cacing diperbuat daripada polistirena

Penyediaan Bangsal Cacing Untuk pengeluaran vermikompos secara komersial bangsal atau rumah cacing dengan palung-palungnya perlu disedakan. Tujuan pembinaan bangsal dan palungpalungnya adalah untuk melindungi cacing daripada cahaya matahari dan hujan serta menyelamatkan dari serangan musuh .

5

Bangsal cacing

Palung cacing Palung cacing berukuran 8’ x 3’ boleh diperbuat daripada kayu atau bata dengan dasar konkrit yang mencondong 80 darjah bertujuan untuk saliran air supaya tidak bertakung dalam palung semasa kerja-kerja penyiraman dijalankan. Biasanya air lebihan ini yang dikenali sebagai asid humik boleh ditakungkan dalam tong dan digunakan sebagai baja pada tanaman sayur-sayuran. Sistem ini adalah merupakan sistem kekal di mana proses pengeluaran vermikompos boleh dilakukan semula setiap kali kompos dikutip.

6

Kerja-kerja membuat palung cacing dengan bata dan konkrit

Binca cacing Binca cacing adalah jerami tempat tinggal cacing. Binca ini juga sebagai makanan cacing. Binca yang sesuai adalah bahan organik yang gembur yang boleh menyimpan air dan udara. Ia juga hendaklah membolehkan air siraman mengalir dengan baik. Bincabinca ini hendaklah diproses terlebih dehulu supaya ia telah melepasi peringkat kepanasan dan permentasi.

7

Penyediaan Bahan Binca Bahan binca yang sesuai untuk cacing kompos dalam proses penghasilan vermikompos termasuk :-

Jerami padi Batang jagung Baja kandang Carikan Kertas dan Peat Moss

Jerami padi Kerja-kerja pengumpulan dijalankan selepas padi dituai dengan menggunakan baler supaya jerami dapat disimpan dengan banyak serta dapat menampung sehingga musim menuai akan datang. Penyediaan tempat merendam jerami seperti polytank diperlukan untuk proses mereputkan jerami . Pastikan tempat merendam jerami tidak terdiri daripada bekas-bekas yang boleh berkarat. Air perlu diisi ke dalam tangki dan selepas itu jerami dimasukkan ke dalam tangki tersebut. Jangkamasa merendam jerami bergantung kepada kereputan jerami tersebut. Jika jerami yang direndam terdiri daripada jerami yang baru diambil dari ladang, jangkamasa merendam untuk proses asas sebelum melepaskan cacing adalah lebih panjang iaitu sehingga 10-14 hari tetapi jika jerami yang direndam itu adalah jerami dari stok lama di mana keadaan jerami telah sedikit reput jangkama merendam ialah 7-10 minggu.

8

Jerami perlu kerap ditekan-tekan dan dipusingkan supaya kereputannya sekata. Jerami yang hendak dimasukkan ke dalam plot penghasilan vermikompos perlu disejatkan terlebih dahulu ke dalam raga. Untuk bekas cacing jerami padi yang telah diredam hendaklah disejatkan dan diperam terlebih dahulu supaya ia melepasi peringkat kepanasan dan permentasi.

Jerami padi

Merendam jerami padi dalam tangki air

Memeram

menyejatkan air sebelum diperam

Jerami padi selepas diperam

Batang Jagung Batang jagung dikumpulkan dari ladang dan pastikan bahan binca ini mencukupi untuk proses seterusnya.

9

Seterusnya, batang jagung ini akan dimasukkan ke dalam mesin bagi menghancurkan supaya mudah lembut apabila proses memeram dijalankan dalam tong dram.

Batang jagung

Batang jagung dipotong dengan mesin penyiat

Batang jagung selepas diperam dalam tong dram

Baja Kandang Baja kandang yang paling sesuai adalah baja tahi lembu yang separuh reput. Ia merupakan bahan binca dan makanan yang amat digemari oleh cacing kompos.

10

Baja kandang, tahi lembu

Mengambil tahi lembu

Carikan Kertas dan Peat Moss (Tanah Semaian) Carikan Kertas dan Peat Moss adalah sesuai untuk bekas cacing. Kertas perlu dicarik-carikan dan dibasahkan supaya lembap sebelum digunakan.

Bahan Makanan Sisa-sisa organik dari ladang-ladang pertanian, halaman rumah dan sisa-sisa dapur boleh dijadikan makanan cacing. Sisa Ladang Kebanyakan sisa organik dari pelbagai jenis tanaman boleh digunakan sebagai makanan cacing untuk pengeluaran vermikompos. Sisa-sisa organik tersebut adalah seperti jerami padi, batang jagung, tandan kelapa sawit, rumput kering dan baja kandang yang separuh reput atau telah diperam. Batang-batang pokok yang keras adalah kurang sesuai digunakan.

11

Jadual 1: Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkan untuk cacing ialah :Yang disyorkan Tidak disyorkan/ Elakkan Sisa-Sisa Dapur - Daging - Reja-reja sayur - Makanan tenusu - Kulit buah- Telur buahan - Makanan berminyak - Surat khabar - Garam dan cuka - Kulit telur - Bawang dan bawang putih Sisa Halaman - Buah-buahan jenis - Rumpai limau - Keratan rumput halaman - Daun-daun Sisa Ladang - Jerami padi - Batang jagung Baja Kandang - Tahi lembu - Tahi kuda - Tahi kambing dan tahi haiwan yang makan rumput

12

Sisa dapur Sisa dapur adalah sesuai untuk bekas cacing dan boleh dijalankan di rumah oleh suri rumah. Jika menggunakan sisa-sisa dapur untuk penghasilan vermikompos, adalah perlu menggunakan binca-binca seperti di atas sebagai bahan asas bagi menyesuaikan keadaan persekitaran cacing. Sisa-sisa dapur perlulah ditanam di dalam binca tersebut mengikut keperluan makanan untuk cacing. Sifat cacing adalah memakan makanan mengikut berat badannya. Jadi, sisa dapur yang ditanam di dalam binca perlulah bersesuaian dengan jumlah cacing yang ada. Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkan untuk cacing adalah seperti dalam Jadual 1. Sebelum menggunakan salah satu bahan yang disyorkan di atas, kita perlulah mengetahui cara penyediaannya kerana ada di antara bahan di atas mempunyai cara penyediaan yang berbeza. Ini adalah penting supaya cacing tidak akan mati atau lari dari tempat yang disediakan.

Pengeluaran Vermikompos Penyediaan bahan makanan Sisa bahan pertanian perlulah dipotong kecil-kecil dan direndam sekurang-kurangnya 24 jam dan reputkan terlebih dahulu bergantung kepada jenis bahan tersebut. Baja kandang seperti tahi lembu atau tahi kambing boleh dicampur dengan sisa bahan pertanian bagi

13

mempercepatkan proses penghasilan vermikompos. Ia juga dapat menambah kuantiti dan kualiti vermikompos. Sekiranya baja kandang digunakan ianya juga perlu diperam 2 – 3 hari sebelum digunakan. Pelepasan Cacing Pelepasan cacing dalam palung Bahan binca seperti jerami padi yang telah direndam perlulah diletakkan di atas lantai konkrit dalam palung selama 1-2 minggu supaya keadaan jerami mendap daripada ketebalan asal 6 inch kepada 3 inch. Dalam masa 1-2 minggu, pastikan jerami yang diletakkan di atas konkrit tadi ditutup dengan jaring plastik seperti tolinet supaya tidak cepat kering. Jika jerami kelihatan kering, penyiraman perlu dilakukan. Sekiranya baja kandang yang separuh reput digunakan sebagai bahan binca ia perlu disiram dengan air secukupcukupnya dan dibiarkan 24 jam untuk air sejat sebelum cacing dilepaskan ke dalamnya. Sebelum cacing dilepaskan, buatkan parit kecil di sepanjang tengah palung yang telah tersedia bahan binca tadi. Masukkan sebanyak 1,500-2,000 ekor cacing dengan sedikit vermikompos di sepanjang parit kecil yang dibuat supaya cacing yang dimasukkan akan bergerak serata kawasan palung. Setelah cacing dimasukkan, tutup semula parit kecil tadi dengan menarik semula binca yang dikais untuk dijadikan parit kecil tadi.

14

Tahi lembu dimasukan ke dalam palung

Membuat parit kecil di sepanjang tengah palung

Cacing dilepaskan ke dalam parit kecil

Menutup semula parit kecil dengan binca seperti jerami padi atau potongan batang jagung

Penutup Batas Binca yang telah siap sedia dengan cacing perlulah ditutup dengan tolinet dan di atasnya diletakkan daun-daun kelapa untuk memelihara kelembapan dan mengekalkan suasana gelap yang disukai oleh cacing. Selain daripada itu penutup-penutup ini juga dapat menghalang musuh-musuh seperti tikus kasturi dan burung memasuk ke dalam palung memakan cacing.

15

Penutup ini juga dapat menghalang kumbang tanduk bertelur dan membiak dalam palung.

Penutup batas. Binca yang telah siap sedia dengan cacing ditutup dengan tolinet dan di atasnya diletakkan daun-daun kelapa.

Penjagaan Menyiram Bahan-bahan makanan dan binca yang disediakan untuk pengeluaran vermikompos perlu disiram 1-3 kali seminggu bergantung kepada keadaan cuaca dan jenis makanan dan binca yang digunakan.

16

Menyiram dengan paip air

Menyiram ringan dan secara konsisten adalah kunci kepada pengomposan menggunakan cacing. Jadi jadual penyiraman perlulah ditetapkan supaya waktu dan hari menyiram tidak berubah-ubah. Kelembapan batas cacing yang menggunakan bahan binca daripada baja kandang haruslah dikekalkan pada 30 hingga 40 % manakala bahan binca yang lain iaitu sisa ladang,kelembapan yang diperlukan adalah melebihi 40 %. Cacing suka tinggal di binca yang lembap tetapi tidak basah. Cara mengenalpasti kelembapan yang sesuai untuk cacing adalah dengan memerah bahan binca tersebut. Sekiranya air perahan keluar setitik bermakna itulah kelembapan yang diperlukan tetapi sekiranya air perahan tersebut mengalir berterusan bermakna bahan binca tersebut

17

terlalu lembap dan ia perlu disejatkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam plot untuk makanan cacing. Jadi, kerja-kerja penyiraman perlu dilakukan secara berhatihati supaya kelembapan yang dibekalkan tidaklah berlebihan dari yang diperlukan oleh cacing. Memberi cacing makan Pemberian makanan pada cacing haruslah dijalankan secara perlahan. Haruslah dipastikan bahawa jumlah makanan yang diberi adalah bersesuaian dengan jumlah cacing yang ada. Ini adalah penting kerana jika makanan yang diberi terlalu berlebihan ia akan memberi mudarat kepada cacing di mana makanan yang tidak dimakan oleh cacing ini akan menjadi masam dan busuk. Dalam keadaan yang terlalu berlebihan juga proses permentasi akan berlaku yang akan menaikkan suhu dalam bahan binca. Proses pemberian makanan di atas perlu diambil berat untuk keselamatan cacing dan tidak perlu risau tentang cacing yang kelaparan. Bahan makanan juga perlulah ditabur dipermukaan binca dengan kadar yang nipis supaya tidak berlaku proses permentasi. Jika hanya jerami padi digunakan sebagai bahan makanan, baja kandang atau najis haiwan seperti najis kuda, kambing, arnab, lembu dan lain-lain boleh ditabur di lapisan atas yang melitupi keseluruhan jerami di dalam palung berkenaan. Ia bertujuan memberi makanan tambahan kepada cacing di samping dapat menambah kandungan zat makanan dalam vermikompos berkenaan.

18

Perlu sensitif pada kadar keperluan penambahan makanan supaya seimbang dengan jumlah yang perlu untuk cacing. Pada prinsipnya populasi cacing yang padat memerlukan pemberian makanan yang berat dan kerap Biasanya setiap kali apabila sisa pertanian yang digunakan tadi telah nampak banyak dimakan dan bertukar kepada vermikompos sisa pertanian yang disediakan terdahulu sebagai makanan ditambah setebal tidak melebihi 100 sm. Apabila populasi cacing bertambah penambahan makanan dilakukan lebih kerap sehingga masa untuk mengutip hasil. Sukatan suhu & pH Tentukan suhu bahan binca dan makanan dalam palung atau kotak tidak melebihi 30C. Sekiranya melebihi 30C siramkan air untuk menurunkan suhunya. pHnya juga perlu disukat dan dijaga pada paras pH 6–7. Taburkan sedikit kapur sekiranya pH di bawah 6.0. Penjagaan Dari Musoh / Perosak Tempat pengeluaran dan pemeliharaan cacing perlulah dijaga dari dimasuki burung, ayam, tikus kasturi dan juga semut. Binatang-binatang ini gemar memakan cacing.

Memungut hasil Ciri-ciri kompos yang sesuai dikutip hasilnya Hasil boleh dipungut 3–4 bulan sekali apabila bahan makanan yang diberikan kepada cacing tadi telah berubah

19

menjadi campuran tahi cacing dan kompos. Keadaan ini juga bergantung pada banyaknya jumlah cacing yang ada dalam palung. Vermikompos juga sesuai untuk dikutip apabila kandungan dalam palung/bekas telah menyusut agak banyaknya. Binca dalam palung/bekas juga tidak berada dalam bentuk asal lagi dan telah berubah menjadi warna coklat gelap. Selain daripada itu keseluruhan bahan makanan yang digunakan juga telah bertukar warna kepada coklat gelap dan kelihatan serupa tanah. Kaedah memungut kompos Sebelum vermikompos dipungut cacing-cacing perlulah dipisahkan terlebih dahulu. Terdapat beberapa kaedah untuk memisahkan cacing sebelum memungut kompos. Langkah pertama sebelum kerja memungut hasil ialah dengan berhenti memberi makanan dan melaparkan cacing selama 1-2 minggu. Semua aktiviti menyiram juga diberhentikan untuk memudahkan kerja-kerja membungkus dan menimbang kompos tersebut dengan mudah dan tidak melekat serta berada dalam keadaan tekstur yang halus dan menarik. Kaedah memungut kompos yang disyorkan ialah :1. Kompos yang telah menjadi itu hendaklah dihimpunkan di sebelah bahagian palung sahaja. 2. Sebelah bahagian plot tersebut akan kosong. Jadi, bahagian yang kosong akan dimasukkan binca baru.

20

3. Cacing akan berpindah ke dalam binca baru secara perlahan-lahan. 4. Biarkan proses ini berjalan sehingga 1-2 minggu dan selepas itu kompos tersebut bolehlah dipungut .

Kompos yang telah menjadi dihimpunkan di sebelah bahagian palung

Binca baru dimasukan ke bahagian palung yang kosong

Pembungkusan Vermikompos yang telah dipungut kemudiannya dimasukkan ke dalam beg-beg muatan 2 kilo sekiranya untuk dijual atau boleh dikumpul setempat untuk digunakan di ladang kemudiannya.

21

Related Documents


More Documents from "chaicky"

Infotani - Sawi
December 2019 41
Infotani - Karah Padi
December 2019 36
Pakej Teknologi - Pitaya
December 2019 29
Infotani - Betik
December 2019 38