Penilaian Guru Pelatih Lepasan Ipta

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penilaian Guru Pelatih Lepasan Ipta as PDF for free.

More details

  • Words: 2,525
  • Pages: 13
BAB 1 PENGENALAN Sistem pendidikan berperanan penting dalam membentuk generasi dan pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu, sekolah adalah tempat utama dalam membentuk bagi menghasilkan pelajar yang bukan sahaja bijak, tetapi juga berwibawa, berkarisma, dan berketerampilan untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.

Adalah menjadi

tanggunjawab profesion perguruan bagi merealisasikan harapan negara ini. Guru-guru pelatih merupakan golongan pengamal KBSR dan KBSM yang bakal mencorakkan

kecemerlangan

pendidikan

negara

di

masa

hadapan.

Mereka

bertanggungjawab untuk membuat perancangan dan persediaan mengajar, menyampaikan isi pelajaran, bertindak sebagai pengurus, kaunselor, pengawal disiplin, berpersonaliti mulia serta dapat berinteraksi dengan baik dengan masyarakat sekolah khususnya dan masyarakat setempat amnya bagi menjayakan wawasan profesion keguruan dengan cemerlang sehingga mencapai tahap ketrampilan maksimum (Mohd. Sahandri Gani Hamzah, 2003). Bagi merealisasikan impian ini, secara ringkasnya bakal pendidik haruslah memenuhi empat domain utama pendidikan iaitu para pendidik haruslah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang (kognitif), memiliki prestasi kendiri yang terpuji (afektif), memiliki kemahiran amali yang mantap (psikomotor) dan memiliki kemahiran insaniah (sosial). Kesemua domain pendidikan ini dinilai pada setiap guru pelatih melalui Program Latihan Mengajar. Kualiti Program Latihan Mengajar merupakan satu perkara yang sentiasa hangat diperdebatkan sejak dahulu lagi terutamanya berkenaan penilaian prestasi guru pelatih. Latihan Mengajar merupakan satu

siri

pengalaman

praktik

yang sistematik

berasaskan sekolah dengan tujuan membantu guru pelatih menjadi guru yang profesional dan bersepadu. Semasa latihan mengajar guru pelatih ditempatkan di sekolah untuk mempraktikkan teori-teori

dan kemahiran mengajar yang diperolehi

kursus di universiti (Jamaluddin Ramli, 2002) .Latihan Mengajar

sepanjang

merupakan satu

daripada dua tempoh transisi dalam meniti profesion keguruan bermula daripada latihan

perguruan pra perkhidmatan sehinggalah mereka disahkan dalam jawatan sebagai guru siswazah terlatih. Satu lagi

transisi

ialah sewaktu guru dalam tempoh percubaan

(probationary period) yang biasanya mengambil masa selama tiga tahun. Kedua-dua tempoh transisi ini dianggap kritikal kerana di dalamnya terdapat elemen penilaian (Mohd. Zolkifli Abd. Hamid, 2007). Proses penilaian adalah satu proses sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisaan dan

penginterpretasian keterangan tentang setakat mana guru telah

mencapai objektif pengajarannya. Ia melibatkan satu proses mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan dan keupayaan guru tersebut berdasarkan objektif yang telah ditetapkan (Mohd Najib Ghafar, 1997). Poses penilaian semasa latihan mengajar menguji sejauh mana prestasi pencapaian seorang guru pelatih (Mohd. Zolkifli Abd. Hamid, 2007). Pertanyaan timbul sejauhmana penilaian yang dibuat ke atas guru pelatih semasa pogram Latihan Mengajar ini berjaya memenuhi kiteria guru berkesan. Ini berdasarkan dapatan kajian oleh Suhartini Mohd Jainury (2004), penilaian yang dibuat keatas guru pelatih adalah kurang bekesan. Setiap guru pelatih akan melalui proses penilaian sebelum disahkan menjadi seorang guru. Teknik pengajaran guru akan mempengaruhi teknik pembelajaran pelajar di dalam mendapatkan sesuatu ilmu pengetahuan tersebut. Guru pelatih merupakan golongan pelajar pendidikan yang berada di dalam peringkat percubaan sebelum mereka disahkan menjadi seorang guru. Guru pelatih dibahagikan kepada dua iaitu guru pelatih lepasan maktab ataupun kini dikenali sebagai institut perguruan dan guru pelatih lepasan institut pengajian tinggi awam (IPTA). Fokus yang diberikan dalam kajian ini adalah guru lepasan institut pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu guru pelatih yang dihasilkan daripada salah sebuah universiti awam di Malaysia. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan bagi mengkaji tahap pencapaian guru pelatih masa kini. Antara aspek yang dipertimbangkan dalam penilaian guru pelatih ini adalah pertama dari segi aspek kognitif iaitu tahap pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang guru pelatih itu. Kedua adalah aspek afektif di mana kemahiran kendiri ataupun nilai yang terdapat pada guru pelatih tersebut mempemgaruhi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ketiga adalah aspek psikomotor iaitu kemahiran-kemahiran yang dimiliki oleh guru pelatih yang boleh di aplikasi ketika beliau menjalankan latihan

pengajaran. Keempat adalah aspek sosial iaitu enem kemahiran insaniah utama yang perlu dimiliki dalam diri setiap guru pelatih. Proses penilaian ini adalah penting dalam menilai seseorang guru pelatih tersebut sebelum beliau disahkan menjadi guru yang sebenar bagi meningkatkan prestasi beliau sebelum menghadapi situasi sebenar dalam pengajaran nanti. Melalui proses ini juga ia dapat mengatasi malalah pelajar yang kian meningkat dan mengakibatkan profesion perguruan kian luntur. Masalahannya ialah sejauhmanakah proses penilaian yang sedia ada yang dilaksanakan keatas bakal- bakal guru ini berjaya menilai guru pelatih semasa Latihan Mengajar dan adakah ianya memenuhi kehendak keempat- empat domain yang perlu bagi seorang guru bekesan.

PENYATAAN MASALAH Kelemahan dalam sistem pendidikan di Malaysia kini dikenalpasti berpunca daripada kelemahan profesion perguruan. Masalah wujud apabila kebayakan guru pelatih yang lahir dari institusi pengajian dikatakan kurang berkualiti. Ini dilihat berdasarkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan utama di Malaysia termasuk UPSR, PMR, SPM, dan STPM yang menunjukkan penurunan peratusan. Melihat dari sudut pembinaan akhlak dan peribadi pelajar pula, peningkatan gelaja sosial dikalangan pelajar sekolah semakin parah. Ini menunjukkan guru sekarang gagal dalam membina sahsiah pelajar. Faktor utama kegagalan ialah apabila guru gagal mempraktikkan teori yang dipelajari semasa di institusi pengajian. Teori seperti pengajaran berkesan seharusnya dapat membantu guru dalam proses pengajaran dalam kelas. Namun apabila guru gagal memguasai teori tersebut. Mungkin guru tersebut hanya menghafal teori tersebut tanpa benar –benar memahami konsep sebenar yang dimaksudkan. Secara akademiknya guru tersebut berjaya mencapai keputusan yang ditetapkan, ini kerana proses penghafalan tidak memerlukan kefahaman yang mendalam. Namun di peringkat pelaksaan guru tersebut gagal memperaktikkan teori yang dipelajari. Timbul persoalan adakah pencapaian akademik mampu mengukur tahap sebenar keupayaan guru pelatih. Jika ianya mampu menilai keupayaan guru pelatih, seharusnya permasalahan ini tidak berlaku. Seterusanya kegagalan guru dalam membentuk sahsiah dan keperibadian pelajar juga dilihat mempunyai kaitan dengan kegagalan proses penilain yang diguna untuk dikalangan guru pelatih. Ini kerana, guru lebih cenderung untuk meghabiskan silibus semata- mata. Ini menyebabkan guru mengabaikan aspek penerapan nilai dalam pelajaran. Jadi pengajaran hanya teori semata–mata tanpa penerapan nilai. Jadi pendidikan bersepadu tidak tercapai seperti yang sepatutnya. Faktor lain yang meyumbangkan kepada masalah yang wujud ialah perlakuan dan sikap guru itu sendiri tidak mencerminkan keperibadian seorang guru. Seharusnya seorang guru yang berkaliber mempunyai ciri – ciri yang menjadi contoh dan ikutan kepada para pelajar. Namu sikap seperti sambil lewa dalam mengajar, sering hadir lewat ke sekolah, merokok di kalangan guru lelaki dan sebagainya.

OBJEKTIF Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk : 1.

Menilai keberkesanan proses penilaian ke atas guru pelatih dari sudut akademik, prestasi kendiri, kemahiran amali, dan kemahiran bina rangkaian.

2.

Mengkaji kelemahan dalam sistem pengujian dan penilaian guru pelatih.

3.

Mencari langkah pengujian yang seharusnya diambil untuk menilai dari aspek kognitif, afektif, psikomotor, dan sosial.

4.

Menjadi garis panduan dalam menilai tahap pencapaian guru pelatih lepasan IPTA dalam Program Latihan Mengajar.

PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah komponen Kukurikulum yang dinilai didalam proses penilaian guru pelatih semasa Program Latihan Mengajar? 2. Bagaimana komponen Kukurikulum ini diuji didalam Proses penilaian? 3. Adakah proses penilaian yang sedia ada berjaya menilai komponen Kukurikulum tersebut?

KERANGKA KONSEPTUAL

Berdasarkan kajian dilakukan,penyelidik telah membentuk satu kerangka konseptual yang digunakan dalam kajian. Rangka konseptual ini menerangkan bahawa Proses penilaian kurikulum guru pelatih dibuat dengan melihatkan empat domain utama seperti yang dipaparkan dalam Rajah 1.

Proses Penilaian

Pendidikan Guru Pelatih Sosial Kognitif

Afektif

Psikomoto r

Rajah 1: Kerangka konseptual Berdasarkan Rajah 1, penyelidik akan menfokuskan kajian terhadap empat domain utama yang terdapat dalam pendidikan guru pelatih serta sejauhmanakah proses penilaian yang dilakukan berjaya mengukur keempat-empat domain tersebut.

PERBINCANGAN Merujuk kepada kajian-kajian lepas, Proses Penilaian guru pelatih di institusi pengajian awam didapati kurang berkesan. Prestasi yang ditunjukkan oleh guru pelatih tidak memberangsangkan dan ini dapat dilihat daripada pencapaian murid yang tidak memuaskan. Dari segi pembinaan sahsiah dan keperibadian pelajar, guru pelatih juga gagal untuk membentuk generasi pelajar yang diharapkan. Kajian oleh Jamaludin Jamri et al. (2006) menunjukkan bahawa walaupun guru pelatih telah mendapat bimbingan daripada guru pembimbing dari segi persediaan mengajar, penyampaian serta penilaian isi pengajaran, namun mereka dikatakan kurang bimbingan untuk meningkatkan profesialisme sebagai seorang guru kelak. Masalah ini timbul kerana kebanyakkan kursus yang disediakan di Universiti dikatakan tidak mampu untuk memenuhi memenuhi kriteria seorang guru berkesan. Pembelajaran di Universiti lebih menekankan kepada pembelajaran teori dan kemahiran mengajar, dan menjadi tanggunjawab pelajar untuk mempraktikkanya semasa latihan mengajar di sekolah. Masalah ini juga menggangu proses penilaian. Ini kerana, penilaian ke atas guru pelatih dibuat berdasarkan kursus yang diambil oleh pelajar tersebut. Kriteria seorang guru berkesan seperti psikomotor, afektif, sosial, dan akademik dinilai keatas guru pelatih tersebut semasa latihan mengajar. Melihat kepada penilaian keatas domain afektif, kajian Azizi Yahaya dan Junaidah Mohamad Hassan (2007) , hasil kajian yang dilakukan terhadap usaha menerapkan nilainilai murni di dalam matapelajaran yang diajar oleh guru pelatih maktab perguruan di sekolah-sekolah menengah, menunjukkan hampir semua guru-guru pelatih, tidak menerapkan nilai-nilai murni atau positif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan guru tersebut juga gagal memenuhi criteria domain afektif yang seharusnya dimiliki oleh setiap guru. Ini disokong melalui kajian oleh Amna (1994), yang mana menunjukkan sebahagian besar guru pelatih, gagal memahami kaedah menerapkan nilai-nilai murni. Ini menunjukkan, proses penilaian yang sedia ada tidak dapat mengukur tahap afektif

seseorang guru dengan berkesan memandangkan penilaian lebih

berfokuskan kepada pedagogi dan kaedah menyampaikan pelajaran.

Domain kedua yang dinilai dalam proses penilaian seorang guru ialah kemahiran membina rangkaian sosial, pada eringkat awalnya penilaian keatas faktor ini adalah gagal dilaksanakan. Ini dibuktikan melalui kajian oleh Parker (1990) dimana menunjukkan kebanyakan guru mempunyai emosi negatif dari segi pergaulan dengan guru-guru lain dan sering bermasalah dengan rakan-rakan setugas yang lain apabila berada di tempat kerja. Mereka suka mengasingkan diri dari rakan sekerja, mengalami kemurungan, melawan secara agresif dan menghadapi masalah sosial dengan rakan sekerja. Ini menunjukkan bahawa guru gagal untuk membentuk jaringan sosial yang baik. Kemudian didapati terdapat penambahbaikan apabila kajian oleh Najeemah Mohd Yusof (2006), menunjukkan kebanyakan guru pelatih mempunyai tahap konsep kendiri yang tinggi. Ini bererti, majoriti guru pelatih dapat menerima diri, orang lain, serta persekitaran yang positif. Mereka juga, mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri baik daripada aspek fizikal, psikologikal mahupun sosial. Penilaian ke atas domain sosial ini penting untuk dinilai kerana guru pelatih akan didedahkan kepada persekitaran sekolah yang sebenar yang melibatkan guru dan masyarakat sekitar. Kennedy (2008) menyatakan bahawa pencapaian akademik seseorang guru semasa di pusat pengajian mampu memberi kesan kepada tahap pengajarannya dan aras kebolehpercayaannya adalah pada tahap yang sederhana. Ini bermaksud pengukuran yang dilakukan semasa proses penilaian mampu mengukur kebolehan guru pelatih dari segi akademik, dan tahap kesahannya adalah pada peringkat sederhana. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Darling-Hammond, Holtzman, Gatlin & Heilig, (2005) Decker, Mayer & Glazerman, (2004) Raymond & Fletcher, (2002) dan Raymond, Fletcher & Luque, (2001) yang mengkaji prestasi guru yang bergraduat dari institusi terpilih yang menunjukkan 3 hingga 21 peratus peningkatan tahunan berdasarkan pencapaian matematik murid-murid. Mereka juga berpendapat guru yang mempunyai latar belakang akademik yang baik membantu kepada 3 hingga 4 peratus kepada peningkatan tahunan keseluruhan pelajar. Aspek psikomotor yang merujuk kepada aspek kemahiran guru adalah merupakan antara domain yang harus dinilai dalam proses penilaian guru pelatih. Mengikut Mohd Sani Ibrahim (2001) salah satu ciri guru yang berkualiti dan cintakan profesion perguruan adalah guru yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalm proses pengajaran

ataupun pedagogi. Dalam kajian oleh Khalidah (2002), menunjukkan bahawa guru Sains kurang mahir dan sering gagal untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan efektif kerana kurang mahir dalam sikap terhadap sains, kemahiran proses sains dan terutamanya dalam kemahiran proses sains. Selain itu guru sains sering gagal untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

dengan

efektif

kerana

kekurangan

pengetahuan

sains.

Menurut

Harlen(1997), guru sains yang lemah dalam pengetahuan sains akan mempamerkan keyakinandiri yang rendah untuk mengajar sains terutamanya di bahagian yang mereka kurang kuasai. Mereka juga akan menghadapi pelbagai masalah seperti tidak menyedari kerangka alternatif yang wujud di kalangan pelajar yang berbeza dengan konsep yang dihayati oleh ahli sains serta tidak mampu menangkis miskonsepsi tersebut dengan hujah dan penerangan yang mantap supaya pelajar dapat membina dan membuat penstrukturan semula konsep dan pemahaman sains yang sebenar. Oleh yang demikian, bakal guru dari guru-guru pelatih haruslah diberi pendedahan dan latihan yang secukupnya bagi meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam proses pengajaran tanpa mengira batasan kursus pengajian yang diambil.

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan-dapatan kajian yang dinyatakan, didapati penilaian guru pelatih yang dilakukan menunjukkan tahap keberkesanan yang berbeza dalam mengukur 4 domain utama iaitu; afektif, akademik, kemahiran bina rangkaian sosial dan juga psikomotor. Dari segi penilaian afektif seseorang guru itu, didapati guru pelatih gagal untuk mempraktikkan amalan penerapan nilai-nilai murni sebagaimana yang mereka pelajari pada peringkat teori di Institusi Pengajian Tinggi. Ini menunjukkan proses penilaian tidak dapat mengukur dengan sebenar tahap afektif seseorang guru itu dengan baik. Berbeza pula dari segi tahap kemahiran bina rangkaian sosial, terdapat penambahbaikan dari segi perkembangan pembinaan domain ini. Pada peringkat awal, didapati guru pelatih gagal untuk menyesuaikan diri dengan suasan kerja yang baru dan ada yang mengalami masalah dengan rakan sekerja yang lain. Namun dalam kajian seterusnya, didapati guru pelatih telah dapat membina kesediaan diri untuk menerima diri sendiri dan mereka disekelilingnya dalam situasi kerja yang baru. Ini menunjukkan penilaian yang dilakukan dapat mengukur tahap sebenar guu- guru kerana perubahan pencapaian berlaku bedasakan komponen social ini. Dari segi akademik pula, proses penilaian didapati dapat mengukur prestasi sebenar akademik seseorang guru. Guru pelatih yang mempunyai latar belakang akademik yang baik berjaya menyampaikan pengajaran malah dapat membantu kepada peningkatan akademik murid-murid. Peningkatan pencapaian murid-murid menunukkan guru memiliki akademik yang baik dan ini berjaya dinilai dalam Proses Penilaian dalam Progam Latihan Mengajar. Dari segi psikomotor, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Khalijah (2002) terhadap guru yang mengajar mata pelajaran sains, didapati di kalangan guru sendiri masih lagi rendah tahap kemahiran dan penguasaan dalam bidang yang diajar. Ini jelas menunukkan penilaian yang dibuat tidak dapat menguku tahap kemahiran guru pelatih tersebut. Oleh itu, amat penting dalam penyediaan guru pelatih, ditanamkan sikap untuk sentiasa berusaha memperbaiki mutu pengajaran dengan sentiasa mningkatkan

pengetahuan bagi memahami seterusnya menguasai setiap bidang yang diajar. Ini adalah kerana, guru yang berpengetahuan tinggi sahaja yang menguasai kemahiran sebenar dalam satu-satu bidang.

RUJUKAN 1. Baharin Abu.

(2006). Tahap Kesediaan Pedagogi Guru Pelatih Fakulti

Pendidikan, UTM Dalam Latihan Mengajar.

Kertas kerja dibentang dalam

Kolokium Fakulti Pendidikan, UTM, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. 2. Raths,

J.

(2001). Teachers' Beliefs

and Teaching Beliefs. Early Childhood

Research And Practice, 3(1), 1-10. 3. Jamaluddin Bin Ramli, Ahmad Johari Bin Hj Sihes, Abdul Rahin Bin Ham dan Muainah Binti Ismail. (2002). Bimbingan Guru Pembimbing Terhadap Guru Pelatih Dalam Latihan Mengajar. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. 4. Mohd. Sahandri Gani B. Hamzah. (2003). Komitmen Kerja Guru Pelatih: Satu Meta Penilaian. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Universiti Putra Malaysia. 5. Suhartini binti Mohd Jainury. (2004). Pemantapan Penilaian Prestasi Guru Pelatih Dalam Program Latihan Mengajar Di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). 6. Kamalularifin bin Subari, Muhammad Sukri b Saud, Adnan b Ahmad, Mohd Ali b Jemali. (2007).

Tahap Keterampilan Emosi Guru-Guru Pelatih Opsyen

Kemahiran Hidup Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia di Dua Buah Maktab Negeri Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. 7. Najeemah Mohd Yusof. (2006). Hubungan Konsep Kendiri Dan Pencapaian Akademik Di Kalangan Guru Pelatih. Retrieved on August 24, 2009, from http://ipdares.tripod.com/hubung.htm

8. Mohd Sani Ibrahim, Perkembangan Profesialisme Guru: Satu Tuntutan dan Satu Kemestian, Pembentangan Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-10, Institut Aminudin Bald, Genting Highland, Pahang. 9. Nor Hasniza bt. Ibrahim. (2006). Kajian Pemikiran Dan Amalan Refleksi Di Kalangan Guru Pelatih Sains Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. 10. Khalidah Ahmad (2002). Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan penerapan kemahiran proses sains : Amalannya di kalangan guru sains Daerah Pontian. Tesis, Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia. 11. Harlen, W. (1997) Ten years on: the past and the future of research in primary science. Primary Science Review. 47, 6–8. 12. http://www.qualityteaching.org/Documents/2_teacher_qualifications_characteristi cs.pdf

Related Documents