Pengurusan Kewangan Komprehensif

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengurusan Kewangan Komprehensif as PDF for free.

More details

  • Words: 1,095
  • Pages: 2
Pengenalan SMART PLANNER BIZ SERVICES (001787304-P) Lesen Pasaran Modal SC : CMSL-I/A0016/2008

Nor Azmi bin Omar B.Acc (UKM), CFP Certified Financial Planner (No Keahlian FPAM : C004146) Alamat Pejabat: 3-1-1, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi 43650, Selangor

Smart Planner Biz Services adalah syarikat yang didaftarkan dan beroperasi di Malaysia dan dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk memberi khidmat Perundingan Kewangan dan Perancangan Kewangan secara menyeluruh kepada pelanggan korporat dan individu di seluruh Malaysia. Syarikat menyediakan perundingan kewangan berikut: • Takaful/Perancangan Perlindungan • Perancangan Pelaburan • Perancangan Wasiat & Hibah • Pengurusan Tunai & Hutang • Perancangan Cukai/Zakat • Perancangan Persaraan • Perancangan Pendidikan Anak • Perancangan Kewangan Komprehensif Syarikat juga menyediakan perkhidmatan tambahan: • Seminar, Bengkel & Kursus Pengurusan Kewangan Menyeluruh untuk Syarikat, Perbadanan Kerajaan & program terbuka untuk orang awam • Program Mentor & Pemantauan Komprehensif

Perancangan Kewangan Kita meneruskan kehidupan dengan situasi kewangan yang mewajibkan kita untuk menjaga harta dan aset milik kita. Apa yang menyedihkan ialah dengan begitu banyak faktor yang boleh menyebabkan nilai harta dan aset kita berkurangan atau berkembang, hanya segelintir yang bersedia menghadapi situasi sebegini & menggunakan instrumen kewangan yang agak terhad dalam pasaran. Syarikat ini berusaha untuk memberi panduan & kesedaran kepada masyarakat menggunakan kepakaran yang kami miliki dalam Pengurusan & Perancangan Kewangan. Kami memastikan setiap pelanggan memahami & menyediakan Pelan Perancangan Kewangan yang komprehensif dengan menggunakan kaedah yang mudah & berkesan untuk mencapai matlamat kewangan masing-masing sebagai individu/keluarga atau syarikat/organisasi bagi jangka pendek, sederhana & jangka panjang.

Apa Sebenarnya Perancangan Kewangan?

Associate Planner:

Istilah "perancangan kewangan" lazimnya agak "menggerunkan" sesetengah orang, terutama mereka yang berfikir bahawa perancangan kewangan adalah untuk mereka yang berpendapatan tinggi & kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu? Jika tidak, apa sebenarnya? Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan & harta, kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan yang diidamkan.

Kapt (R) Zulkiflee Mohammad

Skop Perancangan Kewangan?

HP: 012-655 6250 Tel: 03-8926 8441 Faks: 03-8926 8442 E-mel: [email protected] Website: http://smartplanner.biz Blog: smartplannerbiz.blogspot.com

B. Eng (Hartford, USA) HP : 019-377 6239 E-mel: [email protected]

PERUNDINGAN KEWANGAN & PERANCANGAN KEWANGAN MENYELURUH UNTUK PELANGGAN KORPORAT & INDIVIDU

Matlamat & Misi:  Untuk bersama-sama berusaha dengan setiap pelanggan mencapai matlamat perancangan kewangan.  Memastikan pelan perancangan kewangan yang disediakan bersesuaian dengan kehendak pelanggan  Sentiasa menjaga hubungan baik di antara pelanggan, pekerja dan institusi yang berkenaan.

Pengurusan Aliran Tunai • menilai nilai bersih kewangan yang ada sekarang (apa yang dimiliki ditolak hutang yang ada). Ini secara amnya akan menunjukkan kepada anda sama ada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan. • penyusunan semula aliran tunai • belanjawan • menghapuskan hutang • membuat tabungan

Untuk keterangan lanjut,sila hubungi, faks atau emel borang jawapan ini.

Perancangan Pelaburan Setelah anda menentukan jumlah wang yang ingin ditabung, anda patut menimbangkan pula di mana hendak melaburkan wang itu dengan matlamat untuk mendapat pulangan lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. Satu strategi pelaburan perlu dibentuk supaya anda mendapat kejayaan besar dalam mencapai matlamat kewangan anda. Contoh pelaburan ialah seperti Unit Amanah, REIT, Hartanah, ASB & lain-lain.

Tujuh Kaedah Untuk Meningkatkan Kakayaan • Simpan sekurang-kurangnya 1/10 dari pendapatan anda • Kawal perbelanjaan & elakkan hutang tidak diperlukan • Melabur secara berterusan & berkala, tidak kira pasaran & ekonomi naik atau turun (guna kaedah pemurataan kos) • Bermula awal & dapat untung berganda (compaunding) • Melindungi pelaburan anda dengan mempelbagaikannya • Dapatkan nasihat dari pakar & perunding profesional • Buat pelan perancangan & tindakan - Laksanakannya

Perancangan Takaful Pastikan supaya semua aset dan keluarga anda dilindungi oleh perlindungan takaful secukupnya. Risiko yang patut dilindungi ialah Kematian, Kemalangan, Keilatan Kekal Menyeluruh, Penyakit Kritikal & Pelan Rawatan Hospital. Ia boleh digunakan untuk Pelan Persaraan, Pelan Pendidikan Anak & Pelan Perlindungan Keluarga serta Ibu-Bapa.

Mengapa ramai orang gagal merancang? Perancangan Kewangan yang baik memberi banyak faedah dalam kehidupan setiap individu, namun masih ramai tidak membuat perancangan. Mengapa ini berlaku? Kita lihat apakah alasan biasa atau faktor-faktor yang menyebabkan seseorang tidak mempunyai Pelan Perancangan Kewangan:

Jawatan: …..………………………………………….

• Alasan Biasa – Saya tidak mempunyai pendapatan yang cukup atau aset kewangan yang banyak untuk dirancang. • Saya masih muda/tua untuk buat Pelan Kewangan. • Saya tidak suka aspek yang menyusahkan dalam perancangan kewangan seperti memikirkan umur yang semakin tua, penyakit, lumpuh, atau kematian. • Perancangan Kewangan memerlukan penggunaan masa yang lama untuk dibuat sendiri & untuk mendapat nasihat pakar kewangan perlu dibayar mahal & saya tidak mampu.

Sila hubungi kami untuk Pelan Kewangan Anda

Pelan Perancangan Kewangan – Penjelasan Cuba anda bayangkan diri anda meneroka atau menjelajah ke satu tempat yang tidak diketahui tanpa ada peta untuk panduan anda. Apa agaknya yang berlaku kepada anda? Pelbagai perkara boleh berlaku & mungkin membahayakan anda, contohnya anda tidak tahu kemana hendak dituju, atau sekiranya anda ada terfikir tentang sesuatu tempat, anda tidak tahu bagaimana caranya atau mungkin pula akan tersesat. Anda mungkin akan kecewa, atau takut seseorang akan mengambil kesempatan ke atas diri anda atau anda terfikir; Mengapa aku pergi ke tempat ini?

Website: http://smartplanner.biz

Nama : ……………………………………………..... Syarikat : ..…………………………………………… …………………………………………………………. ………………………………………………………….

Perancangan Cukai Perancangan cukai membabitkan semua orang yang mempunyai pendapatan, & ia selalu tidak diambil berat atau dilupakan oleh kebanyakan orang. Oleh itu, perancangan cukai membabitkan strategi untuk menikmati yang terbaik daripada pendapatan, saham, harta tanah & harta lain yang anda miliki, dibawah sistem cukai tempatan. Perancangan Persaraan Anda tidak akan bekerja sepanjang hayat. Apabila tandatanda usia meningkat sudah bermula atau anda telah mencapai usia mesti bersara, anda terpaksalah bersara. Oleh itu, amat mustahak mempunyai pelan kewangan. Perancangan Wasiat Mempunyai perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan keluarga akan dilaksanakan. Selain itu, perancangan harta atau wasiat dapat menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga anda, memastikan harta anda terpelihara & diberikan kepada waris-waris anda, serta mengelakkan perselisihan. Akhir sekali, pelan kewangan yang kukuh sepatutnya bukan sekadar membeli satu pelan insurans atau unit amanah sahaja, tetapi perlu merangkumi keempat-empat kunci utama membina kekayaan iaitu, pengumpulan harta, pengurusan harta, perlindungan harta & pengagihan harta.

Prinsip yang sama digunakan dalam Perancangan Kewangan anda. Anda perlu jelas ke mana & apa matlamat serta bagaimanakah cara untuk merancang pelan kewangan. Untuk meneroka & menjelajah biarlah kita mempunyai peta untuk dijadikan panduan dan rujukan apabila diperlukan supaya kita tidak tersesat atau melakukan kesilapan. Peta ini dipanggil ‘Pelan Perancangan Kewangan’.

No HP/Tel: …………………………………………… No Faks: ..…………………………………………..... Emel: …………………………………………………..

SMART PLANNER BIZ SERVICES Nor Azmi Omar HP

: 012-655 6250

Tel/Faks : 03-8926 8441/8442 Emel

: [email protected]

Blog

: www.smartplannerbiz.blogspot.com

Kapt (R) Zulkiflee Mohammad HP

: 019-377 6239

Emel:

: [email protected]

Related Documents