Penggunaan Coolababy Diapers

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penggunaan Coolababy Diapers as PDF for free.

More details

  • Words: 1,440
  • Pages: 6
Nak mahu berjimat atas perbelanjaan lampin pakai buang anak2 anda? Kini ada Cloth Diaper (CD), lampin era terkini yg boleh dipakai guna semula... Rekaan yang unik 3*3 lipatan, mudah ditukar kepada pelbagai saiz mengikut pembesaran bayi. - Sesuai untuk bayi dari 3-13 kg. - Kalis air dibahagian luar PUL (polyurtehane laminate) untuk mengelak kebocoran - Penyerap SUPER 3 lapisan 'insert' dan pelapik dalam - Pelapik dalam yang lembut selesa untuk bayi - Mudah untuk diubah saiz pinggang dan peha - 100% boleh diguna dan dibasuh semula - Mudah dan mesra alam - 'Inserti dibuat daripada tuala lembut - 100% polyester fibre - Alternalif untuk anak anda yg kulit alahan pada lampin pakai buang. -

JADUAL WAKTU PENGGUNAAN HARIANMASA PENGGUNAAN COOLABABY 7.00 – 10.00 PAGI : 1 POCKET + 1 INSERT 10.00 – 1.00 TGH HARI : 1 POCKET + 1 INSERT 1.00 – 4.00 PETANG : 1 POCKET + 1 INSERT 4.00 – 7.00 PETANG : 1 POCKET + 1 INSERT 7.00 – 12.00 MLM : 1 POCKET + 2 INSERT 12.00 – 7.00 PAGI : 1 POCKET + 2 INSERT JUMLAH PENGGUNAAN SEHARI : 6 POCKET DENGAN 8 INSERT

CARA MEMBASUH DIAPERS 1.

PREWASH 2 KALI SEBELUM DIGUNAKAN TANPA MENGGUNAKAN SABUN.

2.

BUANG SEMUA “POO” KE DALAM TOILET BOWL DAN BILAS SEBELUM DI MASUKKAN KE DALAM BALDI.

3.

BASUH MENGGUNAKAN MESIN BASUH atau MEMBASUH TANGAN. MENGGUNAKAN BERUS ADALAH TIDAK DIGALAKKAN.

4.

GUNAKAN SABUN YANG PALING MURAH DI PASARAN, TIADA PELUNTUR MAHUPUN BAHAN KIMIA YANG MELAMPAU.

5.

GUNAKAN LAUNDRY NET UNTUK MEMBASUH DIAPERS MENGGUNAKAN MESIN BASUH.

6.

SIDAI DI BAWAH CAHAYA MATAHARI ATAU PUN MASUKKAN KE DALAM DRYER.

penjagaan & penggunaan lampin kain moden [cloth diaper ~ CD] 1. basuh dahulu cloth diaper dan 'insert' sekurang-kurangnya 3 kali prewash sebelum pertama kali hendak digunakan. gunakan sedikit saja sabun. kira-kira 1/4 sukatan. lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif. 2. masukkan 'insert' ke dalam poket cloth diaper. ('insert' dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi kulit bayi). pastikan ianya ditolak kemas sampai ke bahagian depan. boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti disposal diaper). bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket cloth diaper. apabila hendak menukar 'insert' harus tukar CD sekali walau pun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin. 3. sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari poket cloth diaper. jika tiada poo-poo, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa. seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama. seperti prewash juga, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa). jika berpoo-poo pula, buang poo-poo ke dalam toilet bowl, pancut dengan air yang deras untuk tanggalkan sisa poo-poo, seterusnya seperti langkah di atas. 4. JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan cloth diaper/'insert'. anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. andaikata cloth diaper tidak

sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. simpana tidak boleh lebih dari 3 hari. 5. bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh. ataupun boleh dicampurkan sedikit soda bikabonat semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada cloth diaper kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar cloth diaper) yang boleh mengakibatkan kebocoran. jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali. matahari adalah peluntur yang terbaik juga. 6. sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. biasanya apabila cloth diaper sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'. mudah bukan????? mari kita guna lapin kain moden ini beramai-ramai....

~Macam Mana Nak Guna CD~

-Letak CD dengan Insert...Kalau untuk malam letak 2 insert...tebal sikit

-Masukan insert dalam pocket CD

-Kemaskan bahagian atas

-Dah siap pun.....adjust ikut size keselesaan anak anda

KENAPA LAMPIN KAIN

Kenapa Lampin Kain? Terdapat banyak perbincangan tentang kenapa perlu kita gunakan lampin kain dan berhenti menggunakan lampin pakai buang. Pada masa ini, terdapat banyak artikel di internet tentang isu ini, berikut dihuraikan serba sedikit kenapa kita perlu memilih menggunakan lampin kain. Tapi, fikirkanlah... adakah anda mahu memakai kertas dan plastik, atau memakai kain kapas yang lembut?

Isu Kesihatan Lampin Pakai Buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya: Dioxin - bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA. Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah0merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan. Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin. Isu Alam Sekitar Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menybabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.

Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah). Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

Lampin Kain ternyata lebih mesra alam Kos Wang adalah faktor penting yang perlu diambilkira semasa memilih sistem bagi menggunakan lampin kain. Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal apabila dicongak balik, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin. Penjimatan kos dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah Kos bagi lampin pakai buang Anak anda menggunakan 7 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.60 setiap satu RM0.60 X 7=RM4.20 sehari RM4.20 X 365 hari=RM1533 setahun RM1533 X 3 =RM4599 untuk 3 tahun Kos menggunakan lampin kain Untuk kemudahan anda, anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya 12 helai, jika anda ingin mencucinya setiap hari: Sehelai lampin : RM35.00 Insert (Lapisan Dalam): RM18 Jumlahnya: RM82. Beli 12 helai: 12 X RM 35.00 = RM420.00. Beli 24 helai: 24 X RM 35.00 = RM840.00. (lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh) Kos kekal sepnajang 3 tahun & boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah anak seterusnya. Latihan awal ke bilik air Semakin bayi membesar, ia mudah mengecam perbezaan basah dan kering. Ini menyebabkan bayi ini mudah di ajar menggunakan bilik air. Lampin kain kini juga telah banyak dimodenkan dan memudahkan ibu-ibu. Dan banyak terdapat di pasaran, dengan pelbagai jenama dan warna yang menarik. Dan jika anda mempunyai pilihan, adakah anda lebih suka duduk di atas plastik atau kertas atau atas kain yang lembut? Ingin mengetahui lebih lanjut, sila hantar emel kepada saya [email protected]

Related Documents

Swim Diapers
August 2019 21
Penggunaan Insulin.docx
November 2019 26
Penggunaan Record
May 2020 21