PENGERTIAN JIHAD 1.1 Jihad dari segi bahasa Menurut kamus-kamus bahasa Arab, perkataan jihad berasal daripada perkataan al-jahd yang bermakna kesukaran, dan al-juhd yang bermakna kekuatan dan usaha. Manakala perkataan aljihad bermaksud “mengerahkan kekuatan dan kemampuan baik dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan&rdquo. Justeru, perkataan jihad dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai “mengerahkan dan mengeluarkan segala kekuatan dan kemampuan untuk membuat perlawanan di antara dua pihak, walaupun dalam bentuk ma’nawi (bukan fizikal)”. Menerusi definisi ini, dapat disimpulkan bahawa jihad merupakan satu istilah yang meliputi pelbagai aspek. Ia bukan hanya melibatkan perlawanan atau peperangan secara fizikal yang melibatkan senjata, bahkan ia juga merangkumi perlawanan bukan fizikal termasuklah secara mental serta spiritual. Perlawanan dalam bentuk ma’nawi dapat dijelaskan lagi sebagai perlawanan di antara manusia dengan dirinya sendiri. Sebagai contoh,konflik yang seringkali dihadapi oleh seseorang individu di antara dua keinginan yang bertentangan, seperti keinginan hati murni untuk melakukan perkara yang bersesuaian dengan ajaran agama atau keinginan untuk melakukan perkara menurut hawa nafsu.Manakala frasa “pengerahan kekuatan dan kemampuan” yang dimaksudkan dalam definisi jihad dari segi bahasa boleh diaplikasikan dalam pelbagai bentuk, antaranya: a) Pengerahan kekuatan dan kemampuan menerusi kata-kata. b) Pengerahan kekuatan dan kemampuan melalui perbuatan nyata, seperti berlawan (samada dengan atau tanpa senjata), menyumbang wang atau harta benda. c) Pengerahan kekuatan dan kemampuan dengan keengganan untuk membuat sesuatu perkara atau kengganan untuk berkata-kata, seperti enggan mentaati ibubapa dalam perkara maksiat. (Muhammad Khayr Haikal, 1996 ji.1: 39) Pengertian jihad dari segi bahasa tidak menghadkan aliran, ideologi maupun agama si pengguna istilah jihad tersebut. Oleh yang demikian bagi orang Islam, jihad yang dilakukan adalah fi sabiliLlah pada jalan Allah (Muhammad Khayr Haikal, 1996 jil.1: 40) 1.2 Jihad Menurut al-Qur’an dan Sunnah Definisi jihad dalam Syariah Islam sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Qur’an dan Sunnah adalah lebih khusus berbanding dengan maknanya dari segi bahasa. Jihad bermaksud “mengerahkan tenaga dan usaha untuk
berperang pada jalan Allah, samada secara langsung (bertempur di medan perang), ataupun dengan harta, akal fikiran, membekalkan tentera tambahan, logistik, bantuan perubatan bagi tentera dan sebagainya”. (Muhammad Khayr Haikal, 1996 jil.1: 40) Sehubungan itu, Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Nisa’ ayat 95 yang bermaksud: [i] “Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman- selain daripada orang-orang yang ada keuzuran- dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan nyawanya. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak berperang disebabkan uzur) dengn kelebihan satu darjat.” Allah juga berfirman di dalam surah al-Taubah ayat 41 yang bermaksud: “Pergilah kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggunggjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”. Menerusi ayat ini, Allah memerintahkan orang-orang Islam keluar beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah walau Khairaummah.com http://khairaummah.com Menggunakan Joomla! Generated: 26 November, 2009, 23:32 dalam apa situasi dan keadaan sekalipun, samada dengan nyawa dan juga harta benda. Jika diteliti, kita akan dapati dalam kebanyakan ayat-ayat dan wahyu yang diturunkan oleh Allah Taala berkenaan jihad, istilah jihad sering digandingkan atau dikaitkan dengan frasa “berjihad dengan harta dan nyawa ataupun jiwa”. Ini tidak membuktikan bahawa jihad dengan harta adalah lebih baik atau lebih diutamakan daripada berjihad dengan nyawa. Akan tetapi, ia menjelaskan hakikat berjihad pada jalan Allah yang pada kebiasaannya meliputi dua komponen utama, iaitu harta dan nyawa. Harta adalah perlu untuk mempersiapkan peralatan dan kelengkapan peperangan, manakala nyawa atau jiwa raga adalah penting sebagai bala tentera.