Pengenalan Komputer Peranti input dan output Pc meja atau lebih dikenali sebagai Pc desktop merupakan komputer yang sering kiter gunakan di sekolah,pejabat ataupun di rumah, Pc jenis ni banyak digunakan kerana harganya murah, alat ganti senang dicari, kelemahan nyer ia tak boleh dibawa ke tempat lain, Gambar-gambar kat bawah ni adalah contoh2 pc jenis desktop.
Nama komputer diambil dari perkataan 'compute' yang membawa makna melakukan pengiraan. Peralatan yang melakukan tiga perkara iaitu menerima arahan input, memproses maklumat (mengira) dan mengeluarkan data output akan dipanggil 'computer'. Komputer mempunyai 4 bahagian untuk ia beroperasi dengan sempurna. 1. Input 2. Output 3. Storan 4. Unit Sistem Asas
Peranti (device) input terdiri daripada papan kekunci dan tetikus di mana arahan dan maklumat dimasukkan. Pergerakan kursor (cursor) di skrin oleh tetikus dan menaip sesuatu di papan kekunci dianggap sebagai arahan pada komputer. Pengimbas dan cam video termasuk dalam gulungan peranti input. Unit Sistem paling asas terdiri dari prosesor, RAM, papan induk dan kad VGA akan memproses data dan menyimpan di piring storan serta keluar output di monitor. Apaapa sahaja yang dipaparkan di skrin monitor walaupun cuma berbentuk prom C akan di sebut sebagai output. Sekiranya ingin salinan cetak, maklumat boleh pula dikeluarkan di mesin pencetak.
Perkakasan dan Perisian
Bila bercakap mengenai komputer, topiknya tidak akan kunjung padam, ada saja yang boleh diperkatakan. Walau bagaimanapun ia terhad kepada dua kumpulan terbesar yang bersaing hebat sejak akhir-akhir ini. Dua kumpulan itu terdiri dari Komputer Peribadi (Personal Computer) dan Komputer Apple (Apple Computer). Kedua-dua jenis komputer ini menggunakan perkakasan dan perisian yang berbeza.
Sebuah komputer itu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkakasan (Hardware) dan perisian (Software). Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus, monitor, papan induk, RAM, kad video, kad bunyi dan sebagainya. Perisian pula adalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk digunakan bagi melaksanakan berbagaibagai tugas. Contoh perisian untuk komputer peribadi (PC) seperti program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP, Microsoft Office dan sebagainya. Salah satu program sistem operasi percuma yang mula diiktiraf ialah program Linux.
Pemasangan program berkenaan memerlukan sedikit kemahiran dan driver menyokong perkakasan agak terhad. Namun peningkatan sokongan program tersebut dari segi perisian dan driver perkakasan bertambah dari hari ke hari. Contoh program Linux yang terkenal seperti dari syarikat Redhat, Mandrake dan banyak lagi.
Pengguna rumah boleh memilih perisian yang sesuai mengikut citarasa dan kerja-kerja yang hendak dilakukan. Windows 95 atau singkatan Win95, Win98, WinMe dan WinXP lebih dititikberatkan kepada pengguna rumah mana kala WinNT dan Win2000 lebih sesuai untuk pejabat.
Komputer Berjenama dan klon Apa itu klon? Klon (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi serupa. Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular. Berjenama dan klon Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi. Perkakasan klon bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama di Asia. Bagi komputer yang bedenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi. Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah komputernya. Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan. Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidak serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan. Untuk memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer yang membuat perkakasan klon boleh di ambil. Sekiranya ada kerosakan pada komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah. Pilihan di tangan anda Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak balas segera serta lapuran terkini. Perkakasan klon juga tidak kurang laman web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat.
Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya. Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih. Seharusnya diikuti setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat informasi 'feedback' masakini melalui media massa atau Internet. Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika. Alpa saja seketika, kita akan ketinggalan jauh.
Papan Induk (Mother Board) Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat penting dalam sesebuah komputer. Pemilihannya bergantung kepada tugasan yang hendak dibuat dan kemampuan upgrade. Di atas papan induk akan diletakkan pelbagai perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya. Ini bererti, semasa membeli papan induk, buatlah pemilihan yang bijak kerana perkakasan boleh ditambah tanpa perlu menukarkan papan induk. Ada berbagai-bagai jenis papan induk mengikut prosesor yang hendak digunakan. Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX. Papan induk AT telah berada di pasaran sejak sekian lama. Papan induk ATX memasukkan komponen seperti Port COM1, COM2, LPT1, USB dan PS/2 di atasnya tidak seperti papan induk AT. Dengan sendirinya, papan induk ATX memeriukan kotak komputer jenis ATX dan bekalan kuasa jenis ATX juga.
Komponen-komponen papan induk Papan induk mempunyai pelbagai komponen di atasnya dan berbeza dari sebuah ke sebuah mengikut jenis CPU yang hendak digunakan. Komponen-komponen yang dimaksudkan seperti di bawah, BIOS akronim bagi sistem input-output asas (basic input-output system), akan beroperasi dengan sistem mengenai maklumat perkakasan komputer semasa startup. la menyokong pemindahan data antara peranti-peranti perkakasan. Kebanyakan BIOS di papan induk kini sudah Julus pepijat Y2K yang menjadi masalah besar semasa menjelang tahun 2000 dahulu. Apa yang sebenarnya berlaku, pada masa mula-mula komputer dibina, storan terlalu kecil dan penjimatan ruangan menjadi kritikal. Untuk menyelamatkan keadaan, tahun diberi dua angka sahaja dan apabila tiba tahun 2000, sistem akan beranggapan tahun berbalik kepada 1900. Kekeliruan ini disebut sebagai pepijat Y2K dan dibetulkan dengan menukar perisian atau perkakasan Y2K serasi. Cache Aras 2 (L2 Cache) di papan induk sebenarnya sejenis RAM statik (static) bagi tujuan mempercepatkan operasi komputer. Lagi banyak cache lagi baik dan biasanya papan induk kini dibekalkan sebanyak 512 KB atau lebih. Cipset adalah litar-litar bersepadu dalam satu unit untuk melakukan beberapa tugasan biasa. Dalam papan induk, tugas cipset bagi menentukan berbagai-bagai perkara penting seperti kelajuan sistem bas, jenis PAM atau memori yang boleh digunakan, jenis CPU dan lainlain lagi. Satu papan induk dengan yang lain amat berbeza bergantung kepada kemampuan dan kecanggihan sesuatu cipset itu. Sesetengah pengeluar meningkatkan taraf kemampuan cipset dan papan induk yang sama sudah boleh melakukan perkara-perkara yang lebih baik dari sebelumnya. Jenis jumper perlu juga diambil perhatian. Ada papan induk menggunakan jumper fizikal dan sesetengahnya jenis suis. Jumper jenis ketiga pula menggunakan CMOS setup untuk setkan jumper secara perisian. Kebanyakan papan induk kini juga ada kombinasi CMOS setup dan jumper flzikal atau jumper dan suis.
Slot RAM bagi SIMM dan DIMM seharusnya mencukupi untuk tugasan. Slot SIMM mempunyai 72 pin dan DIMM pula 168 pin. Slot RAM di papan induk kini kebanyakannya jenis DIMM. Pemilihan RAM harus sesuai dengan papan induk agar kedua-duanya beroperasi dengan baik. Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP sangat penting juga diberi perhatian, terutama slot PCI yang kini banyak perkakasan jenis slot tersebut. Slot tambahan AGP pula untuk kad grafik yang lebih baik dari segi prestasi dan resolusi. Slot FDD dan HDD adalah untuk pemacu cakera liut dan cakera keras. Satu slot FDD boleh menampung dua pemacu cakera liut dan empat penyambung IDE0 dan cakera keras untuk IDE0 dan IDE1. Ada kalanya sesetengah pengeluar IDE1 dinarnakan IDE1 dan IDE2 mengikut perkakasan. Penyambung bekalan kuasa AT dan ATX kadang-kadang dibekalkan dalam satu papan induk, biasanya terdapat pada papan induk jenis lama. Kebanyakan papan induk kini dibekalkan dengan penyambung ATX saja memandangkan keperluan voltan 3V untuk litar-litar tertentu dalam papan induk ATX berkenaan. Penyambung USB seharusnya dibekalkan untuk semua papar induk kerana perkakasan jenis USB kini kian banyak. USB 1.1 memindahkan data antara perkakasan jenis USB dengan komputer pada tahap 12 mbps iaitu 12 megabit sesaat. Keluaran terbaru USB 2.0 bcleh menghantar data sepantas 480 mbps. Komponen pengkalan (port) COM1, COM2 dan penyambung papan kekunci bersiri digunakan untuk disambungkan ke tetikus bersiri, modem luar dan papan kekunci bersiri mengikut susuran. Port LPT1 (Line printer terminal) pula untuk perkakasan seperti pencetak, pengimbas, kamera video dan sebagainya. PS/2 bererti 'personal system', penyambung yang digunakan kebanyakan komputer berjenama. Perkakasan seperti tetikus dan papan kekunci kerap menggunakan kemudahan ini. CMOS bermaksud complementary metal-oxide semiconductor untuk menyimpan maklumat perkakasan seperti jenis storan, jumlah RAM serta waktu dan tarikh. Untuk mengubah senarai perkakasan dalam menu CMOS, tekan kekunci Del berulang kali semasa komputer sedang dimulakan.
Bateri Komputer Tugas bateri CMOS untuk memberi kuasa kepada cip CMOS menyimpan maklumat perkakasan semasa komputer tidak beroperasi. Ada 3 jenis bateri yang biasanya terdapat di atas papan induk seperti di bawah, Bateri Lithium Ion kelihatan seperti sekeping wang siling 10 sen, paling banyak sekali di papan induk kini. Untuk menukarkannya amat mudah sekali. NVRAM (cip kombinasi bateri) berukuran panjang 2cm, lebar 1.5cm dan tinggi 0.5cm, dipateri ke papan induk dan sesetengahnya bersoket. Yang bersoket, cip bateri boleh dicungkil keluar dan diganti. Jarang sekali dilihat bateri jenis ini sekarang, mungkin sudah pupus. Bateri Ni-Cad sangat popular satu ketika dulu. la dilekatkan pada papan induk 286, 386 atau 486 dan sudah tidak dikeluarkan lagi. Bateri jenis ini juga dipateri dan sangat sukar untuk dikeluarkan. Setelah semua perkakasan dibuka termasuk papan induk dari kotak komputer, baru bateri dapat dikeluarkan dengan bantuan peralatan pateri, Bateri yang terdapat di atas papan induk kini dari jenis LITHIUM 3V, menyerupai siling 20 sen seperti dalam rajah sebelah. Tujuan bateri tersebut untuk memberi kuasa kepada cip CMOS bagi menyimpan maklumat komputer
semasa tidak beroperasi. Jangka hayat bateri dari tiga hingga lima tahun dan sekiranya rosak atau lemah, komputer akan memberi isyarat semasa setiap kali komputer hendak dihidupkan.
Cara-cara menukar bateri jenis Lithium Ada kalanya bateri terpaksa ditukar dan untuk mengeluarkannya tidaklah susah sangat. Dengan hujung pensil tekan ikut anak panah A untuk melepaskan bateri dari cangkuk. Tekan dengan jari ikut anak panah B dan bateri sudah boleh dikeluarkan ikut arah C. Tukar bateri dengan jenis yang sama dan pastikan kedudukan tanda positif (+) seperti sebelum dikeluarkan tadi.