Pengakap- Laporan Projek Perintis Pengakap 2008

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengakap- Laporan Projek Perintis Pengakap 2008 as PDF for free.

More details

  • Words: 437
  • Pages: 3
Laporan Projek Perintis Pengakap 2008 S.M.K. Dato’ Ibrahim Yaacob Baru-baru ini, Badan Uniform Pengakap telah mengadakan aktiviti projek perintis. Aktiviti tersebut telah diadakan dari 17 Ogos 2008 hingga 20 Ogos 2008.Projek ini bertempat di padang S.M.K. D.I.Y. Sebanyak 39 orang ahli pengakap menyertainya dan diawasi oleh seorang guru, En. Chan Chee Kong. Projek yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini bertujuan memdedahkan ahli kepada aktiviti projek perintis, menguji keupayaan ahli, dan membentuk semangat berpasukan antara ahli. Pada hari pertama, semua ahli telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan telah diminta membina sebuah “gadget” dengan mengguna buluh dan tali yang diberikan. Semua kunpulan telah diberikan masa untuk berbincang tentang pembahagian tugas. Kemudian, semua kumpulan pun mula kerja sendiri seperti menggali lubang, menebang buluh dan sebagainya. Pada masa petang, aktiviti terpaksa diberhentikan akibat hujan. Apabila waktu malam, semua ahli pengakap makan malam yang dimasak sendiri. Pada keesokan harinya, aktiviti membina “gadget” diteruskan. Semasa waktu tengahari dan malam, pengakap remaja membeli makanan dari luar manakala pengakap muda masak sendiri. Pada hari ketiga, kami pun meneruskan membina “gadget” yang hampir siap. Pada waktu tengahari, pengakap muda masak sendiri manakala pengakap remaja pula membeli makanan dari luar. Pada malam itu, diadakan aktiviti memanggang (BBQ). Beberapa ahli pengakap pergi ke “The Store” yang berhampiran dengan sekolah untuk membeli makanan. Selepas mereka balik ke sekolah, mereka pun mula menghidupkan api. Sementara itu, ada yang memotong buluh untuk mencucuk makanan yang disediakan untuk memanggang. Selepas aktiviti ini tamat, semua pengakap mula membersihkan kawasan aktviti memanggang. Pada hari yang terakhir, semua pengakap telah diminta memeriksa sekolah mengikut kumpulan sendiri supaya memastikan kebersihan sekolah dan tiada meninggalkan barang sendiri. Kemudian, semua pengakap mengambil gambar bersama-sama di “gadget” dengan Puan Aisya. Aktiviti ini telah berakhir pada pukul 9.30 pagi. Laporan disediakan oleh, 2008 _____________________

24 Ogos

(LIM CHI YEN) Setiausaha, Badan Uniform Pengakap, S.M.K. Dato’ Ibrahim Yaacob. SENARAI NAMA PENGAKAP YANG HADIR (Sesi Pagi) 1. Tan Zhen H’ng 2. Mellissa Yeo Hui Shian 3. Tan Kok Hong 4. Chong Jyy Fei 5. Yau Siong Fei 6. Yap Weei Pei 7. Ho Pooi Theng 8. Yap Leh Moon 9. Sam Wen Chein 10.Soo Yee Ling 11.Lim Chi Yen 12.Lim Bee Kean 13.Chan Mei Yee 14.Hafizin Afnan 15.Chia Yak Thuan 16.Lim Chi Mun 17.Tan Soon Ming 18.Rendy Ng 19.Tung Yean Sen 20.Yoong Hoi Ming 21.Yap Koon Hing 22.Ng Jin Hom 23.Nazrin

(Sesi Petang) 1. Yuvaraj 2. Muhd Rodiyallahuan 3. Kadhireshaan 4. Muhd Shazwan Alif 5. Hui Keng Fai 6. Nur Fatiqah 7. Nor Izzati 8. Nurul Qamariah 9. Nur Addelina 10.Damal Izzuderi 11.Nur Asmida 12.Poon Seng Pang 13.Mohd. Shafiq 14.Muhammad Haziem 15.V.Thivyan 16.Muhammad Hafiz hakimi 17.Anthony Choo Wei Keong

Related Documents

Pengakap
October 2019 53
Pengakap
April 2020 29
Ajk Pengakap 2008-2009
October 2019 14
Pengakap Msia
June 2020 15
Persetiaan Pengakap
April 2020 27