Penanda Wacana

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penanda Wacana as PDF for free.

More details

  • Words: 502
  • Pages: 3
Penanda wacana ➢ Penanda wacana adalah kata-kata atau rangkai kata atau frasa yang

menunjukkan pertalian, hujah dan buah fikiran. ➢ Mengikut Bender (1980), penanda wacana boleh digunakan dalam perenggan

atau yang mengikuti perenggan-perenggan itu. ➢ Penanda wacana digunakan untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dan

frasa. ➢ Fungsi penanda wacana adalah menghubungkan dua ayat menjadi dua ayat

atau menghubungkan perenggan dengan perenggan. ➢ Lima jenis penanada wacana dalam bahasa melayu iaitu: ✔ Penanda penghubung ✔ Penanda rujukan ✔ Penanda penggantian ✔ Penanada leksikel atau perkataan ✔ Penanda ellipsis atau pengguguran ✔ Penanda penghubung •

Penanda penghubung adalah perkataan atau frasa yang menghubung sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain.



Empat jenis penanda penhubung iaitu: –

Penghubung tambahan 

Memberi

maklumat

kepada

sesuatu

perkara

yang

diperkatakan sebelumnya. 

Contoh : penanda wacana : dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih2 lagi, di samping itu, selanjutnya



Penghubung tentangan 

Pertentangan maklumat antara sesuatu yang baru dengan yang sebelumnya.



Contoh penanda wacana : tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walaubagaimanapun



Contoh : ali dan keluarga berpindah ke Bandar pada tahun lalu. Namun hatinya masih teringatkan kampung halaman



Penghubung musabab 

Yang merupakan sebab berlakunya sesuatu perkara.



Contoh penanda wacana : oleh sebab, oleh itu, oleh demikian, kerana, dengan itu, maka itu.



Contoh : sebenarnya semua pihak patut rasa terpanggil untuk menangani masalah ini dalam masyarakat ini. Dengan itu, kejayaan dapat dicapai dengan segera.

✔ Penghubung tempoh ✔ Menunjukkan antara masa atau siri berlakunya sesuatu. ✔ Contoh penanada wacana : pertama, seterusnya, kemudian,

selanjutnya, selepas itu, maka akhirnya. ✔ Contoh : mula-mula saya di suruh duduk, kemudian diajak

berbincang, akhirnya dibawa masuk bertemu dengan majikannya. ✔ Penanda rujukan •

Ganti nama yang digunakan bagi merujuk kepada perkataan dan frasa yang lain. Ganti nama yang digunakan ialah kata ganti nama diri nama orang pertama, kedua dan ketiga, dan kata ganti tunjuk



Contoh : ayah, ibu dan saya bertolak ke Jakarta pada pukul 9.30 pagi. Kami berlepas di lapangan terbang KLIA.

✔ Penanda penggantian •

Perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa yang lain. Penanda wacana terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, klausa



contoh : penagihan dadah merupakan satu masalah besar ini negara kita. Kerajaan sedang menyusun langkah untuk banteras gejala ini.

✔ Penanda leksikal •

Melibatkan kohesi atau pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata. Unsur

pengulangan terdiri daripada perkataan

yang sama, sinonim, hiponim (perkataan yang umum dengan yang

khusus

maknanya.,

kolokasi

(pengulangan

perkataan

yang

kehadirannya saling berkait. •

Contoh:-Guru mengucapkan tahniah kepada abang atas kejayaannya. - Kami juga turut mengucapkan tahniah - sungguh cantik pemandangan di kawasan itu. Semua orang bersetuju

bahawa tempat itu sungguh indah (sinonim).

- Pasar mini itu menjual jenis ikan :, ada tenggiri, kembung, bawal. - Abang suka menonton bola sepak. Babak yang paling digemarinya ialah tendangan percuma dan tendangan sudut. (kolokasi). ✔ Ellipsis atau pengguguran •

Melibatkan pengguran perkataan atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya.



Contoh : minggu lalu kak Esah dan keluarganya bercuti di Port Dickson. Demikian juga keluarga kami.

Related Documents

Penanda Wacana
April 2020 35
Penanda Wacana
May 2020 47
Penanda Wacana
April 2020 29
Senarai Penanda Wacana
October 2019 48
Wacana
June 2020 30