SUKATAN PELAJARAN PEMULIHAN JAWI KBSR
SUKATAN PELAJARAN PEMULIHAN JAWI KBSR
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
SUKATAN PELAJARAN
PEMULIHAN JAWI
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia 2004
SUKATAN PELAJARAN PEMULIHAN JAWI KBSR
SUKATAN PELAJARAN PEMULIHAN JAWI KBSR
5.
Membina, membaca dan menulis: (a)
Cetakan pertama 2004 © Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
(b)
Kementerian Pelajaran Malaysia
(c)
6. Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan mengeluar atau ulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara jua sama ada secara elektronik, fotografi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Rangkai kata mudah sesuai dalam konteks kehidupan murid. Ayat-ayat pendek dalam pelbagai bentuk teks dan konteks. Pelbagai jenis teks Jawi yang mudah.
Mengecam, mengenal dan meniru: (a) (b)
Huruf tunggal khat nasakh. Huruf sambung khat nasakh.
2 11
SUKATAN PELAJARAN PEMULIHAN JAWI KBSR
SUKATAN PELAJARAN PEMULIHAN JAWI KBSR
RUKUN NEGARA KANDUNGAN 1.
Mengenal, menyebut dan menulis: (a) (b)
2.
Mengenal, menyebut dan menulis: (a) (b) (c)
3.
Suku kata terbuka. Suku kata tertutup. Rang kata.
Membina, membaca dan menulis: (a) (b)
4.
Huruf jawi tunggal اhingga ي Suku kata terbuka.
Perkataan pinjaman. Perkataan berimbuhan.
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Mengenal dan menggunakan: (a) (b)
Tanda baca yang terdapat dalam ayat-ayat pendek dan mudah. Tanda baca yang terdapat dalam pelbagai teks jawi mudah.
10
3
SUKATAN PELAJARAN PEMULIHAN JAWI KBSR
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
4
SUKATAN PELAJARAN PEMULIHAN JAWI KBSR
MATLAMAT Matlamat mata pelajaran pemulihan jawi adalah untuk membolehkan murid-murid yang ketinggalan jawi dipulihkan dan menyertai murid-murid lain di kelas jawi biasa. OBJEKTIF Setelah mengikuti kelas Pemulihan Jawi murid dapat : 1.
Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi tunggal.
2.
Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi sambung.
3.
Mengenal, membaca dan menulis suku kata terbuka.
4.
Mengenal, membaca dan menulis suku kata tertutup.
5.
Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat.
6.
Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman.
7.
Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek.
8.
Mengenal dan menggunakan tanda baca.
9.
Membaca dan menulis pelbagai jenis teks mudah daripada pelbagai bahan.
10.
Mengenal dan meniru khat nasakh dan rik’ah.
9
SUKATAN PELAJARAN PEMULIHAN JAWI KBSR
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Mata pelajaran ini hendaklah menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat murid-murid, mudah dan tidak membebankan. Pendekatan tersebut hendaklah lebih berkesan dan sesuai dengan tahap kemampuan muridmurid bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran jawi serta menarik minat mereka untuk terus belajar sehingga mampu membaca dan menulis jawi. Selain dari pendekatan P&P, aktiviti kokurikulum seperti Kelab Seni Tulisan Jawi perlu dirancang bagi menggalakkan murid-murid lebih mencintai dan menggunakan seni tulisan jawi dalam kehidupan mereka.
SUKATAN PELAJARAN PEMULIHAN JAWI KBSR
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
SKOP Mata Pelajaran Pemulihan Jawi ini memberi tumpuan kepada aspek pemulihan yang merangkumi perkara berikut: 1. 2. 3. 4.
Menguasai huruf jawi tunggal dan suku kata. Menulis tulisan jawi dengan baik. Membaca tulisan jawi dengan lancar. Mempelajari asas seni tulisan jawi.
8
5
SUKATAN PELAJARAN PEMULIHAN JAWI KBSR
KATA PENGANTAR Program j-QAF adalah antara usaha memperkasa Pendidikan Islam dalam pelaksanaan kurikulum semakan Pendidikan Islam. Program j-QAF ini dibina berasaskan idea Y.A.B Perdana Menteri Malaysia yang berhasrat melahirkan murid-murid di sekolah rendah yang khatam alQuran. Beliau juga menyarankan Bahasa Arab diwajibkan, asas-asas fardu ain dihayati dan jawi diperkukuhkan bermula di sekolah rendah. Tanggungjawab untuk melaksanakan program ini dipikul oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan usaha merealisasikannya diamanahkan kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral serta guru-guru yang dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya program j-QAF yang dicadangkan adalah sebahagian daripada pengisian kepada konsep Islam Hadhari yang disarankan oleh Y.A.B Perdana Menteri. Sesungguhnya pelajaran Pemulihan Jawi dalam Program jQAF ini diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya di sekolah-sekolah rendah mulai tahun 2005 secara berperingkat-peringkat sehingga terlaksana sepenuhnya pada tahun 2010. Kementerian Pelajaran merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat sama ada secara persendirian atau mewakili institusi tertentu atas sumbangan kepakaran, idea, masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.
SUKATAN PELAJARAN PEMULIHAN JAWI KBSR
PENDAHULUAN ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ اﻟﺤﻤﺪ ﷲ رب اﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ واﻟﺼﻼة واﻟﺴﻼم وﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ وﻋﻠﻰ ﺁﻟﻪ وﺻﺤﺒﻪ أﺟﻤﻌﻴﻦ Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya kita telah berjaya memperkenal-kan satu lagi sukatan dan mata pelajaran baru yang dikenali sebagai Pemulihan Jawi. Mata pelajaran ini diperkenalkan untuk memulihkan murid-murid yang lemah dalam jawi dan mengatasi masalah keciciran penguasaan jawi di sekolah. Kelas pemulihan jawi wajib dihadiri oleh murid-murid lemah jawi yang telah dikenal pasti dan diperakukan oleh guru Pendidikan Islam yang terlibat dengan kelas jawi sedia ada. Mata pelajaran Pemulihan Jawi ini merupakan satu daripada komponen program j-QAF yang dilaksanakan di sekolah rendah. Kelas Pemulihan Jawi ini diajar oleh guru yang terlibat dengan program j-QAF bagi mata pelajaran Pemulihan Jawi. Pelaksanaan-nya dilakukan sepanjang tahun persekolahan dan diajar dalam kelas yang berasingan serentak dengan jadual waktu pengajaran Jawi sedia ada. Usaha ini diharapkan bukan sahaja mampu melahirkan anak-anak yang boleh membaca dan menulis jawi, tetapi juga turut mencintainya sebagai satu daripada warisan budaya bangsa yang perlu dipertahankan.
Sekian, terima kasih.
(TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 6
7