PEKELILING PERUMAHAN KEDUA PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH 2008/2009 1) Borang permohonan pemilikan rumah. •
•
•
Borang tersebut hendaklah diisi dengan lengkap sekiranya anda ingin mendapatkan rumah sewa dengan bantuan unit perumahan. Borang tersebut kemudiannya hendaklah diserahkan kepada ajk perumahan. Borang yang diisi secara soft copy seperti yang dilampirkan bersama pekeliling ini boleh dihantar ke e-mel
[email protected] (ikhwah) atau
[email protected] (akhawat) Unit perumahan akan memaklumkan kembali kepada pemohon sekiranya terdapat rumah sewa kosong dan bertepatan dengan ciri-ciri seperti yang diminta oleh pemohon.
2) Sekiranya terdapat pelajar yang pulang awal sebelum mendapat rumah baru ; • • •
•
Tetapkan dahulu ahli rumah yang baru. Tentukan harga rumah yang dipersetujui dan kawasan rumah yang bakal diduduki. Sekiranya anda pulang lewat (Julai, Ogos), anda dicadangkan supaya mencari rumah sewa pada bulan tersebut. Lebih banyak rumah kosong pada waktu itu dan seterusnya memudahkan anda untuk membuat pilihan tanpa dalam keadaan tergesagesa. Jika anda terpaksa keluar dari rumah tetapi masih tidak menjumpai rumah sewa yang baru, anda dicadangkan untuk menumpangkan barang-barang anda di rumah rakan buat sementara waktu. Namun, hendaklah mendapat persetujuan ahli rumah yang anda tumpangkan barang-barang anda itu.
3) Bagaimana untuk mencari rumah? •
• •
Berjalan ke setiap lorong dan rajinkan bertanya kepada pemilik kedai , bawwab (penjaga bangunan) tentang rumah kosong untuk disewakan kepada pelajar. Gunakan istilah-istilah bahasa arab seperti yang diedarkan dalam fail unit perumahan yang telah diedarkan sebelum ini. Sekiranya terdapat kenalan di kalangan arab mesir, anda digalakkan untuk meminta maklumat daripada mereka tentang kekosongan rumah untuk pelajar. Simsar (‘aqarat)(broker rumah) ;
•
• •
•
• •
•
Minta pertolongan dari senior atau rakan-rakan yang fasih berbahasa arab untuk mengelakkan salah faham. (kerana terdapat syarat-syarat yang boleh membebankan pelajar). Bayaran upah hanya dilunaskan kepada simsar setelah akad selesai dibuat dan ditandatangani. Sekiranya simsar meminta wang sebelum melihat rumah, elakkan dari membayar dengan jumlah yang terlalu besar. (dicadangkan LE 5-10). Ini adalah untuk mengelakkan rumah yang ditawarkan tidak memuaskan dan wang tersebut tidak akan dikembalikan.Terdapat juga simsar yang tidak mengambil sebarang upah sebelum melihat rumah dan ini adalah lebih baik. Bayaran kepada simsar minimum LE 150-200 dan maksimum LE 100 setiap orang atau mengikut budi bicara mereka. Seeloknya kita mengadakan tawar-menawar untuk menjimatkan kos. Hubungi unit perumahan untuk mendapatkan senarai simsar yang boleh dipercayai. Elakkan daripada berurusan terus dengan tuan rumah (dengan niat tidak mahu membayar upah simsar) kerana ini akan mencalarkan hubungan pelajar Malaysia dengan golongan simsar.
Jelaskan kepada simsar tentang ciri-ciri rumah yang ingin dimiliki. Cth ; Sewa LE700-800 3 bilik, diduduki 4 orang mafrusyah (berperabot) dan kawasan yang diigini • •
Simsar akan berurusan dengan tuan rumah untuk membantu anda untuk mendapatkan rumah seperti yang diinginkan. Pemilihan simsar adalah bergantung kepada kawasan rumah yang ingin dicari. Namun terdapat juga simsar yang mempunyai maklumat tentang kekosongan rumah di kawasan lain.
4) Apabila telah sepakat untuk menduduki sesebuah rumah ; • • •
Membuat akad (disertakan bersama salinan passport) Meminta penjelasan dari tuan rumah tentang bayaran tambahan seperti bil elektrik, air dan dsb sama ada termasuk dalam sewa bulanan atau tidak. Cagaran (takmin) kebiasaannya bersamaan sewa sebulan rumah tersebut.
•
Anda juga boleh menawarkan cagaran (arbun)(duit cop rumah) sekiranya anda mahukan rumah tersebut namun tidak dapat pindah masuk pada masa yang terdekat. (sekitar LE100-300)
5) Rumah yang telah disenarai hitam. •
Minta maklumat daripada unit perumahan atau senior tentang rumah yang telah disenarai hitam untuk mengelakkan masalah berlarutan. Sebelum anda berpindah masuk ke sesebuah rumah, minta maklumat kepada penghuni terdahulu jika terdapat masalah pada rumah terbabit.
•
6) Hubungan antara pelajar dengan pelajar lain serta tuan rumah •
• •
•
Pelajar-pelajar Malaysia perlu menjaga kepentingan antara satu sama lain, iaitu dengan memastikan harga rumah berpatutan dan tidak terlalu mahal walaupun mampu. Pelajar tidak dibenarkan mengambil rumah yang sedang diduduki oleh pelajar lain walau dengan apa cara. Jika tuan rumah menyatakan yang telah ada pelajar Malaysia yang berminat dengan rumah yang anda lihat dan belum lagi membuat keputusan, elakkan dari menawarkan harga yang lebih tinggi dari mereka ataupun terus memberi bayaran pendahuluan kepada tuan rumah dengan harapan mendapat rumah tersebut. Bayaran sewa utk bulan2 yg anda berada di Malaysia perlu diselesaikan sebelum pulang ke Malaysia, kecuali atas budi bicara tuan rumah, anda boleh membayar setelah pulang dari Malaysia (kerana dikhuatiri anda melanggar perjanjian dalam akad iaitu 'Bayaran perlu dibayar pada setiap awal bulan').
7) Hal-hal berkaitan •
•
•
Harga rumah secara purata ketika ini adalah dalam lingkungan LE 800 - LE 1000 untuk 3 bilik berperabot dan LE 1000 - LE 1200 untuk rumah 4 bilik dengan perabot. Purata harga rumah akan berkurang pada bulan Julai, Ogos dan September kerana semakin banyak pilihan rumah kosong untuk disewa Elakkan dari menawarkan harga yang tinggi apabila tuan rumah bertanya kepada pelajar tentang harga yang sanggup dibayar walaupun anda mampu. Dikhuatiri harga yang anda tawarkan akan menyusahkan pelajarpelajar lain yang kurang berkemampuan untuk mencari rumah. Bagi rumah yang kosong tanpa perabot (dalam lingkungan LE 500-LE 850), anda dinasihatkan untuk membuat belanjawan terlebih dahulu supaya semua ahli rumah setuju dan mampu untuk membeli perabot serta peralatan.
•
1
Sebarang permasalahan atau persoalan, anda boleh merujuk terus kepada AJK Perumahan di nombor berikut ○ Ibrahim B. Zuleffendi 011-258 3738 atau ○ Mufidah Bt. Bunyamin 011-180 4553
1Disediakan oleh Unit Perumahan 2008/2009 Perubatan Cawangan Mansurah