Panduan Upsr 2019.pdf

  • Uploaded by: محمد أشرف زين الدين
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Panduan Upsr 2019.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 533
  • Pages: 1
Pin.2019

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) SENARAI MATA PELAJARAN DITAWARKAN MATA PELAJARAN (SK) 011 Bahasa Melayu Pemahaman 012 Bahasa Melayu Penulisan 013 Bahasa Inggeris Pemahaman 014 Bahasa Inggeris Penulisan 015 Matematik 018 Sains

MATA PELAJARAN (SJKC) 021 Bahasa Melayu Pemahaman 022 Bahasa Melayu Penulisan 023 Bahasa Inggeris Pemahaman 024 Bahasa Inggeris Penulisan 026 Bahasa Cina Pemahaman 027 Bahasa Cina Penulisan 025 Matematik 028 Sains

MATA PELAJARAN (SJKT) 031 Bahasa Melayu Pemahaman 032 Bahasa Melayu Penulisan 033 Bahasa Inggeris Pemahaman 034 Bahasa Inggeris Penulisan 036 Bahasa Tamil Pemahaman 037 Bahasa Tamil Penulisan 035 Matematik 038 Sains

PANDUAN MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEPERIKSAAN Calon hendaklah membaca semua arahan dengan teliti sebelum mengisi Borang Pendaftaran Peperiksaan. Borang hendaklah diisi dengan tulisan tangan calon sendiri menggunakan pena mata bola sahaja. 1. Tahun – Tulis tahun semasa calon menduduki peperiksaan UPSR. 2. Nama Calon – Tulis nama calon dengan HURUF BESAR seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri (dokumen dilampirkan). 3. Nombor Kad Pengenalan – Tulis nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid. Jika tiada tulis nombor janaan LP. 4. Nombor-nombor Lain Pengenalan Diri – Tulis nombor pasport / nombor sijil kelahiran / nombor pendaftaran pengangkatan dan lain-lain bagi calon yang menggunakan nombor janaan LP. 5. Tarikh Lahir – Tulis tarikh lahir calon seperti yang tercatat dalam kad pengenalan / dokumen pengenalan diri. Gunakan satu petak bagi setiap satu angka tarikh lahir. Tulis angka 0 pada petak sebelah kiri nombor jika nombor bagi hari atau bulan lahir calon satu digit. 6. Jantina – Pilih dan tulis kod seperti berikut:

1 – Lelaki

2 – Perempuan

7. Keturunan – Tuliskan keturunan calon. 8. Agama – Tuliskan agama calon. 9. – Tidak perlu diisi oleh calon UPSR.

10. – Tidak perlu diisi oleh calon UPSR.

11. Jenis Kecacatan – Pilih dan tulis kod seperti berikut: (dokumen dilampirkan) A – Masalah Pembelajaran C – Kurang Upaya Pelbagai P – Kurang Upaya Pendengaran F – Kurang Upaya Fizikal 12. – Tidak perlu diisi oleh calon UPSR.

B – Kurang Upaya Penglihatan (Buta) D – Kurang Upaya Pertuturan R – Kurang Upaya Penglihatan (Rabun) 13. – Tidak perlu diisi oleh calon UPSR.

14. Warganegara – Tuliskan warganegara calon bagi calon bukan warganegara Malaysia. 15. Alamat

16. Poskod

17. Bandar

18. Negeri.

– Tulis alamat surat menyurat calon dengan lengkap iaitu nombor rumah, jalan, taman / kampung, poskod, bandar dan negeri. 19. – Tidak perlu diisi oleh calon UPSR.

20. – Tidak perlu diisi oleh calon UPSR.

21. Pendaftaran Mata Pelajaran (Rujuk SENARAI MATA PELAJARAN DITAWARKAN di atas). – Isikan kod dan nama mata pelajaran dalam ruangan yang disediakan mengikut senarai mata pelajaran SK / SJKC / SJKT sahaja. 22. Keterangan Bayaran – Tulis maklumat bayaran bagi mata pelajaran yang di daftar oleh calon sekolah swasta. Tulis juga maklumat tentang Kiriman Wang / Wang Pos / Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia untuk bayaran tersebut. 23. – Tidak perlu diisi oleh calon UPSR. 24. Pengakuan Calon – Calon / ibu bapa / penjaga hendaklah membaca pernyataan Pengakuan Calon. Calon / ibu bapa / penjaga dinasihat menyemak butiran maklumat diri, maklumat mata pelajaran dan bayaran (untuk sekolah swasta). Setelah itu turunkan tandatangan ibu bapa / penjaga dan tarikh.

Related Documents

Panduan Upsr 2019.pdf
November 2019 3
Upsr
May 2020 35
Upsr
July 2020 18
Analisis Upsr
June 2020 19
Upsr 2008
May 2020 22
Latihan Upsr
May 2020 31