PANDUAN UJIAN KERIS EMAS DAN PERAK a. Ujian Nyanyian Lagu Negaraku atau lagu Perak atau lagu Patriotik atau lagu-lagu yang ditetapkan oleh penguji: 1. Peserta diuji dengan kelancaran dan sebutan yang betul mengikut lagu sebenar dan tidak mengubah lagu atau tonggang terbalikan lirik. 2. Peserta diberi percubaan beberapa kali dengan mendengar peserta lain dahulu menyanyi. 3. Markah penuh 10 mata. b. Ujian Kawad: 1. Keris Perak adalah kawad statik. Penguji menunjukkan demo dahulu. 2. Markah diberi kepada Bahasa Hukuman Kawad yang boleh difaham oleh ahli. 3. Contoh: Masuk Baris…Senang Diri… Jaga sedia… Ke Kiri Pusing..ke Kanan Pusing.. Baris Akan Pusing Ke Belakang, ke belakang pusing… Keluar Baris.. 4. Markah Penuh 10 mata. 5. Kawad Emas ditambah.. Dari Kiri Cepat jalan… Baris, Baris Henti.. c. Ujian Pertolongan Cemas: 1. Keris Perak – Melakukan Anduh dengan pasangan – Pilihan sendiri jenis anduh. Ikatan Buku Sila 2. Keris Emas – Melakukan Holger Nelson secara berpasangan. 3. Markah diberi berdasarkan Boleh atau tidak sahaja. d. Kraf Tangan – Melaksanakan kraftangan yang ditetapkan. Jika membina Tripot ia dinilai berdasarkan Ikatan yang Betul dan Kemas. e. Mamasak – Memasak dinilai dari buatan sendiri dengan kerjasama kumpulan. f. Ikatan – Perak 3 jenis dan Emas 5 jenis g. Teori – Menjawab dalam masa 40 minit dan markah lulus 15 ke atas. h. Ujian Halangan – Melaksanakan sekurang-kurangnya 2 jenis. i. Ujian Taraf Perkhemahan – dinilai dari segi kebersihan sepanjang masa termasuk khemah, alatan memasak dan kawasan hadapan khemah. Gajet yang kemas dan betul ikatan, Uniform yang lengkap serta tataatur pakaian yang kemas dan tersusun. j. Ujian sikap- dinilai sepanjang masa, dan peserta gagal jika melangar peraturan PERINTAH TETAP KEM. Nombor Peserta akan dilucutkan dan diarah pulang. Dalam sesuatu ujian, Sekiranya ada peserta gagal.. ujian ulangan akan diberikan pada masa-masa lapang. Bulu Log mestilah lengkap, jika gagal peserta diberi tempoh sebulan untuk membetulkannya semula.