Panduan Memasang Ubuntu 8.10 ZUL.MALC © HTTP://MELAYUBUNTU.BLOGSPOT.COM
© http://melayubuntu.blogspot.com
Ubuntu merupakan sebuah sistem operasi komputer berasaskan linux yang dibangunkan berdasarkan prinsip sumber terbuka. Ianya bebas untuk digunakan tanpa sekatan, bebas untuk disebarkan tanpa halangan akta hakcipta, bebas untuk diubah dan diterbitkan dengan nama lain mematuhi prinsip sumber terbuka. Dokumen ini akan menjelaskan dan memandu anda kepada cara-cara memasang ubuntu kedalam komputer yang sedang anda gunakan menggunakan kaedah berikut; ✗ ✗ ✗
Clean Install : Memasang ubuntu dan menjadikan ubuntu satu-satunya sistem operasi dalam komputer anda. Dual Boot : Menjadikan komputer anda dualboot sistem operasi ubuntu dan sistem operasi lain samada windows, mac osx dan sebagainya. Wubi : Memasang ubuntu didalam windows tanpa perlu menyediakan partition terlebih dahulu kepada ubuntu dan anda boleh membuang ubuntu dari windows seperti anda membuang perisian lain dalam windows.
Apa yang anda perlukan? Ubuntu adalah sebuah sistem operasi yang boleh dipasang kedalam komputer desktop, laptop, notebook, netbook dan segala benda yang mempunyai processor, memori, dan simpanan data. Dengan kata lain perkara pertama yang anda perlukan ialah komputer! Bahan-bahan lain yang diperlukan; ✗ ✗ ✗
Live CD/DVD/USB Ubuntu : Normalnya Live CD Ubuntu Masa : Tidak lebih dari 1 jam @ wubi.exe dan jaringan internet (bagi yang ingin pasang ubuntu menggunakan wubi sahaja.)
Ubuntu boleh didapati secara percuma. Ada beberapa cara mendapatkan ubuntu iaitu; ✗ ✗ ✗
Download fail ISO dari laman web rasmi ubuntu (http://www.ubuntu.com/getubuntu/download) Tempah CD rasmi ubuntu dari laman Shipit (https://shipit.ubuntu.com/) secara percuma Dapat CD atau fail ISO dari kawan, kenalan dan sebagainya.
Fail ISO ialah fail image yang memerlukan anda burn fail berkenaan kedalam CD/DVD dalam bentuk CD/DVD Image. Proses burning boleh dilakukan dalam sistem operasi windows menggunakan perisian burner seperti NERO dan sebagainya dan saya nasihatkan anda burn cd image ubuntu dengan kadar yang perlahan (2x atau 4x) untuk menjamin kualiti Live CD yang terhasil.
Boot kedalam Live CD/DVD/USB Pertamanya, jika anda gunakan Live CD anda perlukan CD Drive. Begitu juga jika anda ingin gunakan Live DVD dan USB. Jangan mengeluh jika anda tidak boleh memasang ubuntu menggunakan CD jika anda tiada CD Drive.
© http://melayubuntu.blogspot.com
Kedua, anda perlu pastikan yang BIOS komputer anda memilih CD/DVD drive atau USB dahulu semasa proses booting. Bagi sesetengah komputer, ianya tidak perlu diset terlebih dahulu tetapi panduan ini penting untuk sesetengah komputer yang lain. Untuk setting BIOS; Tekan F2 sebaik sahaja komputer di ON (dipanggil masuk kedalam BIOS) Tekan kekunci anak panah ke kanan dan pilih menu Boot Anda akan mendapati sesuatu yang bermaksud Boot priority order. Pilih mana-mana device (CD/DVD drive atau USB) dan tekan “+” atau “-” pada keyboard untuk menetapkan supaya CD/DVD/USB itu berada diatas daripada device harddisk. NOTE : Anda boleh menekan kekunci Shift kemudian diikuti dengan “+” dan “-” seperti biasa. ✗ Apabila proses itu sudah selesai, pilih menu Exit dan pilih Exit Saving Changes. ✗ Anda selesai setting BIOS. ✗ ✗ ✗ ✗
Masukkan CD/DVD kedalam drive atau cucukkan live usb ke usb port dan pasang komputer (anda boleh lakukan ini sebelum setting BIOS) dan skrin berikut akan muncul.
Klik ENTER. Kekunci anak panah dan ENTER boleh digunakan memilih bahasa yang diingini. Panduan ini menggunakan bahasa English.
© http://melayubuntu.blogspot.com
Pada ketika ini, anda perlu memilih “sesi” mana yang ingin digunakan. Penerangan adalah seperti berikut; (1) Masuk ke sesi Live CD : Anda boleh menggunakan ubuntu dan perisian seperti firefox, gimp dan sebagainya dalam sesi ini tanpa perlu memasang ubuntu terlebih dahulu kedalam komputer. Pun begitu, sesi ini juga adalah dicadangkan kepada anda untuk proses pemasangan ubuntu. Saya cadangkan anda memilih sesi ini. (2) Install Ubuntu : Sesi ini adalah bagi anda yang tidak mahu load kedalam live cd tetapi ingin terus ke proses pemasangan ubuntu. (3) Memilih sesi ini adalah bertujuan untuk memeriksa tahap kenormalan CD/DVD/USB yang anda miliki. (4) (5) Tidak penting bagi panduan pemasangan ini dan saya skip.
Proses Loading..(2-5 minit) © http://melayubuntu.blogspot.com
Sebaik sahaja selepas proses loading, anda akan dibawa ke sesi live cd. Tanpa lengah sila klik ikon “Install” yang terdapat pada desktop. 1.Pilih Bahasa untuk proses pemasangan - Pilih English dan klik Forward.
2.Pilih Lokasi – Jika anda berada di Malaysia sila pilih Kuala Lumpur.
GMT+8:00 untuk Malaysia
© http://melayubuntu.blogspot.com
3.Pilih keyboard Layout – Bergantung kepada keyboard yang sedang anda gunakan.
4.Proses Partitioning – Proses antara yang paling penting dalam pemasangan ubuntu.
Paparan grafik menunjukkan Keadaan partition sebelum dan selepas pemasangan.
© http://melayubuntu.blogspot.com
Guided – resize /dev/sda* anda use freed space : Jika anda ingin dual boot sila pilih pilihan ini. Namun harus diingat jika anda mempunyai lebih dari satu harddisk dalam komputer atau terdapat external harddisk yang disambung ke komputer, tidak semestinya installer ubuntu akan memilih harddisk yang anda ingini. Bagi kes ini, saya nasihatkan anda memilih pemasangan secara manual. Jika komputer anda hanya mempunyai satu harddisk, sila perhatikan pada . sda1 = partition pertama sda2 = partition kedua . . . Secara normal, komputer yang terpasang windows didalamnya mempunyai 1 atau 2 partition. Dengan melihat kepada /dev/sda* anda boleh mengetahui ke partition mana ubuntu akan ditempatkan. Pilihan ini akan menggunakan ruang kosong dalam partition yang dipilihnya (bermakna tidak ada data yang dibuang). Namun untuk keselamatan, sila backup mana-mana data kritikal yang anda miliki didalam windows. Guided – use entire disk : Pilihan ini jika anda ingin memasang ubuntu sahaja dalam satu-satu komputer. Ianya akan membuang kesemua data dalam harddisk yang terpilih dan format harddisk berkenaan untuk ubuntu sahaja (dan membina satu swap partition). Sama juga seperti pilihan yang pertama, jika komputer anda mempunyai lebih dari satu harddisk atau komputer anda disambungkan ke enternal harddisk, anda perlu pastikan harddisk mana yang sedang terpilih. Jangan terburu-buru dan buat secara hati-hati atau semua data penting anda hilang dalam sekelip mata. Manual.
© http://melayubuntu.blogspot.com
Screenshot diatas ialah contoh apabila saya memilih manual. Untuk memasang ubuntu (atau mana-mana sistem operasi linux) anda perlukan 2 partition. Satu untuk memasang sistem operasi dan satu lagi untuk partition swap.Oleh kerana 2 pilihan sebelum ini iaitu guided use freed space dan guided use entire disk akan secara automatik membina swap partition untuk anda, maka saya tidak terangkannya secara lanjut. Namun begitu apabila anda ingin memasang ubuntu menggunakan cara partition yang manual, kesemua itu harus dimasukkan dalam pertimbangan. Dalam screenshot diatas, anda dapat perhatikan /dev/sda dan dev/sdb menandakan terdapat 2 harddisk yang sedang dikesan. Manakala sda1, sda2, sda5, sda6, sdb5 pula ialah partition yang dikesan. Apa yang diperlukan oleh anda ialah; ✗ ✗
satu ruang partition untuk ubuntu – saya cadangkan lebih dari 5GB dan diformat kepada ext3. satu ruang partition untuk swap – saya cadangkan sekitar 500MB-1GB dan diformat kepada swap.
Membina partition. Bagi pengguna windows vista, terdapat satu fungsi yang membolehkan anda mengecilkan saiz partition dan mewujudkan free space partition. Namun jika anda tidak pasti, saya nasihatkan anda JANGAN gunakan perisian berbayar yang lain dalam windows kerana proses partitioning boleh dilakukan dalam live cd ubuntu dengan mudah dan percuma. Sebaik sahaja anda masuk kedalam live cd ubuntu, pergi ke pilihan menu System > Administration > Partition Editor dan anda akan melihat sesuatu seperti screenshot berikut;
Tetapkan partition mana yang ingin ada kecilkan saiznya dan right click padanya; © http://melayubuntu.blogspot.com
Masukkan nilai saiz yang diingini kedalam Free Space Following (MiB). 10000MB = 10GB. Klik pada Resize/Move dan anda akan mendapati tercipta satu partition bernama unallocated pada senarai partition. Right Clik padanya dan pilih “NEW” dan anda akan mendapati sesuatu seperti screenshot berikut;
Untuk swap Disini saya masih lagi masukkan nilai 1000 (MiB) kedalam Free Space Following untuk tujuan membina swap. Saya juga setkan filesystem kepada ext3 dan Primary Partition. Apabila anda klik butang Add, anda akan dapati terdapat partition yang sudah diformat kepada ext3 dan satu lagi (1GB) unallocated. Ulang langkah sama untuk unallocated dan format filesystem kepada linux-swap. Semua langkah yang anda lakukan ini tidak memberi apa-apa kesan jika anda tidak klik butang terakhir iaitu butang Apply. Klik Apply dan tunggu sehingga kesemua proses selesai. NOTE : Jika terdapat error, sila lakukan proses satu persatu dan Apply.
© http://melayubuntu.blogspot.com
Pada proses partitioning secara manual, anda sepatutnya boleh melihat 2 partition yang telah anda buat. Klik pada partition untuk ubuntu (telah anda format kepada ext3) dan klik butang edit partition dan anda akan dapat melihat seseuatu seperti screenshot berikut;
Paling pentingkan, setkan mount point kepada “/”.Klik OK.
Disini Penting! Pastikan terdapat satu partition ext3 dimount kepada “/” dan pastikan terdapat partition swap. Barulah klik butang Forward. NOTE : Selain format ext3 anda juga boleh memilih format filesystem yang lain. Tetapi memilih sesuatu yang berbeza dari kebiasaan akan menimbulkan masalah jika berlaku apa-apa kerosakan kelak.
© http://melayubuntu.blogspot.com
5.Masukkan maklumat anda - nama, username (untuk login), password (jangan terlalu complicated) dan nama komputer. Anda juga boleh setkan samada anda ingin login ke desktop ubuntu secara automatik atau tidak.
6.Pindahkan maklumat dari akaun lama – Jika anda mempunyai ubuntu dalam partition yang lain anda boleh pindahkan akaun setting dan dokumen dari ubuntu yang telah terpasang tersebut kedalam ubuntu yang baru ingin dipasang ini.
© http://melayubuntu.blogspot.com
7.Bersedia untuk proses pemasangan! Buat semakan terakhir tentang perkara-perkara yang telah anda tetapkan. Jika berlaku kesilapan, sila klik butang Back. Jika tiada apa-apa masalah sila klik Install.
8.Proses pemasangan - akan berjalan dan bakal mengambil masa 15-30minit bergantung kepada kepantasan dan keupayaan komputer anda. Selesai proses pemasangan, anda akan melihat sesuatu seperti screenshot berikut;
Klik butang Restart now dan anda bersedia untuk menggunakan ubuntu dalam komputer.
Memasang ubuntu menggunakan wubi didalam windows? Sila rujuk laman ini : http://wubi-installer.org/faq.php
© http://melayubuntu.blogspot.com