Otak Mana Yang Anda Mahu

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Otak Mana Yang Anda Mahu as PDF for free.

More details

  • Words: 429
  • Pages: 3
OTAK MANA YANG ANDA MAHU Melentur buluh biar dari rebungnya, jika kesedaran boleh dimula kan dari kecil lagi mengenai bahaya bahan2 seperti alkohol, dadah, nikotin dan sebagai nya, Insyaallah itu boleh menjadi pendinding buat mereka apabila meningkat remaja dan menjadi dewasa nanti. Saya berjaya mendapatkan poster gambar imbasan otak ini dan saya tampal didinding untuk tatapan anak2 saya. Poster ini mengandungi imbasan pada otak menggunakan SPECT (Single Photon Emission Computed Tomography). Imbasan otak begini di lakukan dgn menyuntik kedalam aliran darah bahan radioaktif yg lemah dan kemudainnya kepala dimasukkan kedalam alat pengimbas. Bahagian otak yang mempunyai aliran darah akan kelihatan didalam imbasan tersebut, bahagian yg "kosong" pula bukan bermakna isi otak tiada tetapi darah tidak pergi kearah itu. Semua bahan beracun yg manusia ambil untuk memberi kegembiraan ini sebenarnya membunuh sel2 otak dan mengurangkan kapasiti otak untuk berfungsi dgn sepenuhnya. Apa yg menakutkan adalah kesemua bahan2 beracun ini merosakkan frontal lobe yang mana ia adalah bahagian otak yg membezakan kita dgn haiwan. Jadi tidak hairanlah jika meraka yg mabuk selalunya menjurus ke sifat2 yg begitu.

Lebih memeranjatkan lagi merokok yang mana sebelum ini kita hanya tahu yg ianya merosak kan paru2, sebenarnya kesannya lebih buruk dari itu. Bahagian otak terutamanya frontal lobe juga rosak disebabkan oleh nikotin itu tadi. Gambar ini adalah imbasan otak individu yg merokok 3 kotak rokok sehari. Jadi jika anda seorang ayah atau pepimpin, adakah anda pasti keputusan2 yg anda buat adalah yg terbaik jika anda merokok atau lebih "hebat" lagi jika mengambil dadah atau arak? Islam mengharamkan semua bahan yang merosakkan badan, tubuh badan kita adalah amanah Allah kepada kita jadi kita harus menjaganya baik dari segi fizikal mahupun rohani. Badan manusia mempunyai banyak dadah2 semulajadi yg dirembeskan oleh otak ketika kita mempunyai perasaan2 positif tertentu. Antaranya adalah endorphine (endogenous morphine) atau enkephelin dan juga dopamine. Masaalahnya manusia dizaman ini di pukau oleh teknik2 pengiklanan yang mana produk2 materialistik meningkatkan taraf hidup dan membuat kita lebih gembira, baik dari benda yg kecil seperti handphone hinggalah ke kereta dan rumah. Ini menyebabkan kita lebih fokus kepada apa yg kita tidak punyai/miliki. Bila fokus pada apa yg kita tidak miliki maka kita akan selalu

berada dgn emosi yang negatif dan keupayaan otak untuk selalu merembes dadah2 semulajadi ini makin hari makin terhapus. Jadi manusia beralih kepada dadah luaran untuk mendapatkan kegembiraan. Kegembiraan dari dalaman, dari sifat bersyukur kepada Allah dan hati yang ikhlas menjalani kehidupan. Bersolatlah dgn ikhlas dan khusyuk, ini membaiki frontal lobe yg membuat kita boleh menjalani hidup ini dgn membuat keputusan2 yg lebih baik untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan dunia secara amnya.

Related Documents