1. pengertian psikologi ialah proses perkembangan potensi dan kemahiran individu dalam bidangbidang tertentu, berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia 2. kepentingan psikologi kepada guru ialah: a) guru mempunyai pengetahuan asas tentang konsep,ciri,matlamat,fungsi,metodologi dan kandungan psikologi pendidikan b) guru dapat menentukan objektif pengajaran yang berkesan c) guru mampu menjalankan penyelidikan tindakan untuk menangani masalah pengajaran dan pembelajaran semasa latihan mengajar. d) guru dapat meramalkan tingkah laku pelajar yang betul semasa proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan strategi pengajaran yang digunakan e) guru dapat memahami kepentingan perbezaan individu dan hubungannya dengan pengajaran individu dan kumpulan, serta aktiviti pengayaan dan pemulihan 3. guru perlu mengetahui perbezaan individu agar dapat menitikberatkan atau memberi pertimbangan kepada aspek-aspek tertentu semasa merancang atau melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4. Baumrind membahagikan 4 bentuk asuhan keluarga iaitu: a) autoritarian (pertauran & hukuman) - Mengenakan peraturan dan hukuman kpd anak-anakmereka - Mahukan anak-anak patuh dan hormati merreka - Peraturan lisan antara ibu bapa dgn anak adalahterhad dan tidak digalakkan. - Anak yg dibesarkan sebegini biasanya tidak dapatbersosial dgn baik, bimbang tentang pertandingan,kurang inisiatif dan kurang mahir dlm komunikasi b) Authoritatif (kebebasan terbatas) - Menggalakkan anak-anak berdikari dan sedikit kawalan - Anak-anak bebas berkomunikasi secara lisan dgn ibubapa yg menyokong perkembangan mereka. - Anak yg dibesarkan begini menunjukkan tingkahlakubersosial yg baik, berdikari, bersosial dgn baik,bersabar dan harga diri yg tinggi c)Abaikan (tiada penglibatan) - Bertindak permisif – tidak terlibat dlm kehidupananak mereka. - Sibuk dlm hal lain – tidak sedar tingkah laku anaknya. - Anak-anak begini tidak dpt bersosial dgn baik, tidakdpt mengawal diri dan tidak bermotivasi. d) Indulgent (Penglibatan tanpa disiplin) - Ibu bapa terlibat dlm menjaga anak tetapi kurangmendisiplinkan anak. - Mereka percaya, anak mereka akan kreatif danberkeyakinan tinggi. - Anak-anak sebegini akan gagal mengawal diri dlmmasyarakat.
5. 5 Aspek Perbezaan Individu: - Fizikal - Emosi - Kesihatan/penyakit - Kecerdasan - Gaya kognitif atau gaya belajar - Fizikal Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Melalui aspek fizikal kita dapatmemerhatikan perbezaan individu dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badandan sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan jumlah neuron. - Emosi Murid-murid juga mempunyai tahap emosi yang berlainan. Hal ini demikian kerana merekaberasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yangberlainan. Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan emosi ini adalahberbeza. - Gaya kognitif atau gaya belajar Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul,menganalisis serta bakatnya. Murid-murid juga mempunyai aras kognitif yang berlainan.Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitarandengan caracara yang berlainan. 6. Menurut Khadijah Rohani Mohd. Yusof ( 2007 ), Piaget ( 1950 ) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kalat ( 1999 ) berpendapat kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran praktis. Weschler ( 1975 ) pula berpendapat kecerdasan ialah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk membantunya menghadapi cabaran hidup. Kesimpulannya, kecerdasan ialah keupayaan untuk memperoleh dan menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan menyesuaikan dengan persekitaran. 7. Teori Kecerdasan Sternberg Mengikut teori ini, kecerdasan adalah produk pengamalan strategi berfikir, pengadaptasian konteks dan penyelesaian masalah. Ia boleh dikategorikan kepada tiga hierarki utama. 1) Kecerdasan Berkomponen yang memerlukan pengetahuan, berfikir dan merancang serta melaksanakan strategi. Secara mudahnya ia bermaksud murid memerlukan ilmu tentang cara-cara mengatasi sesuatu masalah. 2) Kecerdasan Kontekstual pula ialah pengadaptasian konteks iaitu mengadaptasi dan mengaplikasikan ilmu tersebut dalam situasi sebenar. 3) Kecerdasan Berasaskan Pengalaman pula ialah menggunakan pengalaman, pandangan dan kreativiti yang telah didapati awal dahulu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang baru.
8. Teori ini diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) yang menjelaskan bahawa kecerdasan adalah kebolehan untuk menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang dihargai oleh sesuatu budaya. Sehingga kini, beliau mengenal pasti sembilan jenis kecerdasan (Gardner dalam McKenzie, 1996), iaitu: i) Linguistik (word smart) Pelajar yang memiliki kecerdasan ini akan menggunakan bahasa secara berkesan dan mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental. Suka bercakap. Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan. Kerjaya: Sasterawan (Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera) Contoh: A. Samad Said, William Shakespeare ii) Logikal (number/reasoning smart) Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait. Mereka gemar kepada pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan kepada logik dan penyelesaian puzzle. Kerjaya: Ahli Matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan. Contoh: Al-khawarizmi, Isaac Newton. iii) Muzik (Music smart) Sensitif terhadap irama dan bunyi. Mereka boleh belajar dengan menggunakan muzik. Kerjaya: Komposer, Penyanyi Contoh: P. Ramlee, Siti Nurhaliza iv) Bodily / Kinesthetic (Body smart) Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui pergerakan badan dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on'. Kadang-kadang mereka didapati sukar untuk memberikan tumpuan dan fokus. Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari. Contoh: Nicol David v) Interpersonal (people smart) Gemar untuk berinteraksi dengan individu yang lain. Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan aktivti berkumpulan. Kerjaya: Ahli Politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan Contoh: Aznil Hj. Nawawi vi) Intrapersonal (Self smart) Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kerjaya: Pengarang, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi. Contoh: Dr. Fadzilah kamsah, Jean Piaget. vii) Visual / Spatial (Picture smart) Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar
melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Kerjaya: Pelukis, Pengukir, Arkitek. Contoh: Leonardo Da Vinci viii) Naturalist (Nature smart) Mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan persekitaran. Kerjaya: Ahli Biologi, Geologist. Contoh: Charles Darwin