Objektif Pembelajaran[1]-sharifah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Objektif Pembelajaran[1]-sharifah as PDF for free.

More details

  • Words: 727
  • Pages: 6
Tajuk

: Turutan Dan Siri

Objektif

: Murid memahami tentang konsep turutan nombor

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid boleh a) menyebut dan menamakan nombor-nombor yang diberi dengan tepat. b) menambah nombor-nombor yang diberi dengan tepat

Objektif Pembelajaran

: Diakhir pembelajaran pelajar dapat menulis turutan nombor seterusnya dengan tepat.

Bahan Bantu Mengajar a- Set Bentuk

b-

Set Kad-kad Nombor

1

3

5

9

81

105

33

45

51

16

123

138

23

37

113

143

c- Set Kad Kosong

d-

Lembaran Kerja ( Lampiran 2 )

e-

Slide Power Point

PROSEDUR SET INDUKSI – 5 minit PENGENALAN SUSUNAN BERULANG 1. Guru menayangkan slide power point kepada pelajar dan mengarahkan pelajar melihatnya dengan teliti. ( LAMPIRAN 1 )

______, ______, ______ Guru : “Murid-murid, sila lihat tayangan slide ini dengan teliti. Cuba kamu teka bentuk apakah seterusnya? Pelajar melihat dan meneliti dengan teliti bentuk-bentuk yang ditayangkan guru. 2. Guru meminta murid melekatkan pula bentuk yang seterusnya. Guru : “ Jazmina, Hanim dan Nazmi, tolong cikgu lekatkan bentuk yang seterusnya dengan betul.” Pelajar yang namanya dipanggil oleh guru keluar ke hadapan kelas dan menampal bentuk yang seterusnya 3. Guru dan pelajar menyemak bersama-sama bentuk yang dilekatkan oleh kawan-kawan mereka. 4. Guru memberi penerangan kepada pelajar. Guru : “Murid-murid, bentuk-bentuk ini disusun berulang-ulang mengikut susunan bentuk yang betul. Jika kita salah meletakkan susunan bentuk tersebut maka salahlah turutannya.

LANGKAH 1- 20 MINIT SUSUNAN TURUTAN NOMBOR BERULANG 1. Guru melekatkan kad-kad nombor di hadapan kelas.

1

3

5

9

2. Guru kosongkan beberapa bahagian dan membimbing pelajar untuk mencari jawapannya. Guru: “Murid-murid, untuk mendapatkan jawapannya, kamu perlu lihat susunan nombor-nombor ini dengan teliti. Lihat pada dua nombor yang disusun secara berturutan seperti 1 dan 3 atau 3 dan 5. Untuk mendapatkan jawapan dari 1 kepada 3 kita perlu tambah iaitu 1+2=3. Begitu juga untuk mendapatkan 5 = ( 3+ 2 = 5 ). Oleh itu, bagi mendapatkan jawapan di petak kosong yang seterusnya, kamu perlu tambah 2 kepada setiap nombor sebelumnya. Maka di sini, bolehlah cikgu jelaskan bahawa turutan nombor bagi susunan ini ialah tambah 2 seperti ini.” +2

1

+2

3

+2

+2

5

+2

+2

9

3. Guru dan pelajar bersama-sama mencari jawapan pada petak kosong. Guru ulang langkah diatas dengan contoh yang lain pula.

LANGKAH 2 – 20 MINIT PERMAINAN MENCARI JAWAPAN ( KUMPULAN ) 1. Guru bahagikan kelas kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu set kad nombor dan satu set kad kosong. 2. Guru memberikan arahan dan minta murid mendengarnya dengan berhati-hati. Guru: “Murid-murid, cikgu mahu kamu susun nombor ini mengikut nombor yang akan cikgu sebut. Susun nombor-nombor ini atas meja kamu. Cari jawapan bagi tempat yang dikosongkan. Tulis jawapan kamu di atas kad kosong ini. Kumpulan yang telah siap sebut “BINGO” kuat- kuat. ”

Murd mendengar dengan berhati-hati nombor yang disebut oleh guru. Mereka menyusun nombor –nombor itu diatas meja dengan tertib. Contoh : Guru sebut Murid letak kad

tiga puluh tiga

33

atas meja kumpulan mereka.

Kemudian, pelajar bekerjasama sesama mereka mencari jawapan bagi tempat yang dikosongkan. Pelajar tulis jawapan mereka atas kad kosong yang diberi guru.

33

45

81

105

Murid tulis jawapan atas kad ini Kumpulan yang telah siap menyebut “BINGO” kuat-kuat. 3. Guru memantau aktiviti ini sambil memeriksa jawapan yang dibuat murid. 4. Guru dan murid menyemak bersama-sama jawapan yang telah dibuat, Kumpulan yang betul semua diistiharkan sebagai pemenang.

LANGKAH 3 – 10 minit PENILAIAN ( INDIVIDU ) 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. ( Lampiran 2 ). 2. Guru mengarahkan murid menjawab semua soalan yang diberi dengan tepat mengikut masa yang ditetapkan. 3. Pelajar menjawab lembaran kerja yang diberi mengikut masa yang telah ditetapkan. 4. Guru memantau pelajar menjawab lembaran kerja.

3. Guru mengumpulkan lembaran kerja yang telah siap dibuat oleh murid

PENUTUP – 5 minit RUMUSAN 1. Guru mengakhiri pelajaran dengan membuat rumusan pelajaran yang dipelajari. Guru :”Murid-murid, untuk mencari jawapan bagi nombor-nombor yang di beri, kamu mestilah melihat pada turutan nombor tersebut. Jika kamu perlu menambah untuk mencari jawapan seterusnya, tentukan kamu perlu tambah berapa samada +2, +3, +4 dan sebagainya. Bagi mengelakkan kesilapan pada jawapan kamu, semak jawapan yang diperolehi dengan cara menolaknya”.

LAMPIRAN 2 Nama : …………………………………………………. Tingkatan : …………………………

Tarikh ;…………………

Isi tempat kosong dengan urutan nombor yang sesuai. a.

23

b.

44

c.

3

d.

105

e.

31

35

47

58

11

111

132

64

19

23

123

138

78

27

135

150

162

Related Documents

Objektif
May 2020 18
Objektif Kajian2
May 2020 8
Objektif Lajnah
June 2020 7
Objektif Kajian
May 2020 10
Objektif Kajian
May 2020 11
Objektif Kajian
May 2020 10