PERATURAN PERMOHONAN BERTUKAR PROGRAM (REGULATIONS FOR CHANGE OF PROGRAMME) Semester Kedua 2012/2013 Tempoh Tarikh Permohonan : 15 Februari 2013 hingga 18 Februari 2013
Syarat Pertukaran Program Pengajian (Requirements For Change Of Programme)
1. Setiap permohonan untuk pertukaran program pengajian hendaklah melalui SMP (Sistem maklumat Pelajar). Keputusan muktamad akan diumumkan oleh Bahagian Akademik dalam minggu pertama semester berikut. (Every application of changing of programme shall use system SMP. The final decision will be announced by the Academic Division within the first week of the of the following semester.)
2. Permohonan pertukaran program pengajian hanya dibenarkan kepada pelajar yang telah tamat sekurang-kurangnya dua semester pengajian dan tertakluk kepada syarat berikut :(Application for change of programme is only available for students who have completed at least two (2) semesters of study and subjected to the following conditions)
a) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian, mestilah berstatus “Baik” dan sekurang-kurangnya memiliki Purata Nilaian Gred Keseluruhan 2.000. (Students must have a "Good" status with CGPA of at least 2.000.)
b) Pelajar yang berstatus amaran atau percubaan dibenarkan untuk membuat permohonan pertukaran program dengan tidak memberi sebarang pengecualian kursus dan dianggap sebagai pelajar baharu (Students with a "Warning" or "Probationary" status will be allowed to apply for a change of programme without any exemption of couses and will be consided as a new student.)
3. Klasifikasi pelajar yang bertukar program ditentukan berdasarkan jumlah kredit yang akan dikecualikan. oleh fakulti dalam program baharu. (Classification of students who change their programme will be based on the total number of credits exempted by the faculty of the programme being applied for.)
4. Keputusan dan purata timbunan dalam program asal tidak dibawa atau dikira pada program baharu. (The results and the cumulative grade point accumulated in the previous programme will not be considered or transferred to the new programme.)
5. Pelajar adalah bertanggung jawab atas segala urusan yang timbul dengan penaja/penganjur biasiswa berikutan pertukaran program tersebut. (The student is responsible for all matters involving his/her sponsorship following the change of programme.)
Unit Pendaftaran dan Penjadualan Bahagian Akademik