Nota Sejarah Ting 2 Bab 7

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nota Sejarah Ting 2 Bab 7 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,660
  • Pages: 29
PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA PETA KONSEP

Pengenalan 1. Campur tangan British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah menggugat keadaan politik, ekonomi dan sosial penduduk tempatan. 2. Perubahan dalam sistem pentadbiran telah menyebabkan sultan dan pembesar Melayu kehilangan kuasa. 3. Tindakan British memperkenalkan pelbagai cukai yang membebankan rakyat telah mencetuskan kebangkitan untuk menentang penjajahan British. 4. Pemimpin tempatan berjuang untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air.

Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah 1. Pendudukan Siam di Kedah pada tahun 1821 telah ditentang hebat oleh rakyat Kedah yang dipimpin oleh Sultan Ahmad Tajuddin. 2. Antara tokoh lain yang terlibat dalam perang pembebasan Kedah ialah : (a) Tunku Abdullah (b) Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin) (c) Tunku Long (d) Tunku Muhammad Saad 3. Perjuangan mereka ini turut disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir. 4. Namun, perjuangan ini telah dikhianati oleh British kerana British telah bersubahat dengan Siam untuk menentang perjuangan rakyat Kedah. 5. Semangat juang yang ditunjukkan oleh rakyat Kedah menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah. 6. Tunku Daei dihantar oleh sultan Kedah ke Bangkok untuk berunding. 7. Pada tahun 1842, Siam mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin. 8. Namun, wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah.

Dol Said Pahlawan Naning 1. Nama sebenar beliau ialah Dato' Naning Abdul Said. Beliau ialah Penghulu Naning yang terletak antara Rembau dengan Melaka. 2. Faktor-faktor penentangan Dol Said di Naning. (a) Mempertahankan kemerdekaan Naning (i) British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada Melaka kerana menurut perjanjian Inggeris-Belanda Melaka diserahkan kepada pihak British. (ii) Segala arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh British di Naning tidak diterima pakai oleh Penghulu Dol Said serta rakyatnya. (b) Menentang perlaksanaan Undang-undang British (i) Peraturan yang melarang penghulu membicarakan kes jenayah telah menggugat kedudukan serta kuasa Dol Said. (ii) Dol Said pernah diberi amaran oleh pihak British kerana menyelesaikan sendiri kes jenayah. (iii) British telah mengugut beliau bahawa jikalau masih tidak mematuhi arahan British, jawatan beliau sebagai penghulu akan dilucutkan. (c) Menentang bayaran cukai (i) Rakyat Naning telah dipaksa membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran pertanian melalui Undang-undang 1830. (ii) Pihak British mengambil keputusan ini kerana mereka mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4 500 dolar sebulan. 3. Dol Said telah diisytiharkan sebagai penderhaka oleh pihak British. Maka, British telah mengarahkan Kapten Wyllie memimpin seramai 150 orang sepoi untuk menyerangnya. 4. British telah berjaya ditewaskan oleh Dol Said kerana beliau telah mendapat bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar serta menggunakan taktik

gerila. juga telah

Syed Sha'aban iaitu menantu kepada Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dihantar untuk memberi bantuan.

5. Walau bagaimanapun, British telah berunding dengan Yamtuan Muda Raja Ali dan akhirnya beliau telah bersetuju untuk menghantar 600 orang hulubalang untuk membantu British mengalahkan pasukan Dol Said di Naning. 6. Pakatan British ini telah membuahkan hasil kerana pasukan tentera pimpinan Kolonel Herbert berjaya mengalahkan Dol Said pada bulan Mac 1832. 7. British telah menawan pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh dan membakar rumah penduduk Naning. 8. Dol Said telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada pihak British. Beliau diberikan sebuah rumah di Melaka dan pencen oleh British. 9. Di dalam pertempuran di Naning ini, British telah mengalami kerugian sebanyak 100 000 paun sterling walaupun mereka berjaya mengalahkan pasukan Dol Said.

Daerah Naning pada tahun 1830-an. Rentap Wira Sarawak: Agi Idup, Agi Ngelaban 1. Latar belakang Rentap: (a) Nama sebenarnya ialah Libau yang bermaksud "penggoncang dunia".

(b) Dilahirkan pada tahun 1800. (c) Pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. (d) Beliau turut digelar sebagai Raja Darat. 2. Rentap bangun menentang keluarga Brooke kerana: (a) Orang Iban di Sungai Skrang dianggap sebagai lanun. (b) Tindakan James Brooke membina kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban. (c) James Brooke telah menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang. 3. Pada tahun 1853, Rentap melancarkan serangan ke atas kubu James Brooke di Nanga Skrang. 4. Pasukan Rentap berjaya menewaskan angkatan tentera Brooke dan seorang pegawai Brooke iaitu Allan Lee terbunuh dalam pertempuran tersebut. 5. James Brooke pula bertindak menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap pada tahun 1854. 6. Keadaan ini menyebabkan pengikut Rentap berundur dan membina kubu di Bukit Sadok. 7. Penduduk Iban menyokong perjuangan Rentap dan menggelarnya sebagai "Raja Ulu". 8. Pada tahun 1857, Charles Brooke bersama 3 000 orang Iban dan 500 orang Melayu telah menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok tetapi gagal. 9. Serangan kedua yang dilakukan oleh Charles Brooke untuk menyerang Bukit Sadok pada tahun 1858 turut menemui kegagalan. 10. Rentap telah mencabar kewibawaan keluarga Brooke dengan berkata, "Bawalah semua meriam kami dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah". 11. Pada tahun 1863, James Brooke mengetuai pasukannya untuk menyerang Rentap di Bukit Sadok. 12. Akhirnya perjuangan Rentap dapat ditewakan setelah berlaku pertempuran yang sengit selama sebulan. 13. James Brooke bertindak membakar kubu serta rumah pengikut Rentap.

14. Rentap kemudiannya berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru. 15. Namun, perjuangan Rentap tidak sempat diteruskan kerana beliau meninggal dunia.

Kedudukan kubu Brooke di Nanga Skrang dan kubu Rentap di Bukit Sadok

Sharif Masahor Wira Sarawak 1. Sharif Masahor dilantik oleh Sultan Abdul Mu'mein Brunei sebagai pembesar Sarikei di

kawasan Sungai Rajang. 2. Beliau mendapat sokongan yang kuat daripada orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang. 3. Kewibawaan beliau sebagai pembesar tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke, setelah James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada sultan Brunei. 4. Antara tindakan Brooke yang dianggap telah mengambil alih kuasa Sharif Masahor ialah : (a) Brooke membina kubu di Kanowit. (b) Pelantikan Henry Steele sebagai wakil British. (c) James Brooke meluaskan kuasa ke wilayahnya. 5. Pada tahun 1855, Sharif Masahor telah mengetuai 150 buah perahu untuk menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin kerana menyokong James Brooke. 6. Tindakan tersebut telah menimbulkan kemarahan Brooke lalu melucutkan jawatan Sharif Masahor di Sarikei. 7. Sharif Masahor telah membuat pakatan dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk mengusir James Brooke dari Sarawak. 8. Angkatan Sharif Masahor telah melancarkan serangan ke atas Kanowit pada tahun 1859. Serangan ini membimbangkan orang Eropah di Sarawak. 9. Pada tahun 1860, satu pakatan sulit diadakan antara Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong bertujuan untuk menyerang Kuching dan menggulingkan pemerintahan Brooke. 10. Namun pakatan tersebut terlebih dahulu diketahui oleh Charles Brooke. Dengan bantuan Belanda, beliau berjaya menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan dipenjarakan di Betawi. 11. Pertempuran yang hebat berlaku antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke di Sungai Sadong. 12. Seramai 64 orang pengikut Sharif Masahor terbunuh setelah kapal dan perahu

pasukannya Mukah.

ditenggelamkan oleh Charles Brooke. Sharif Masahor pula berundur ke

13. Pada tahun 1861, James Brooke telah memaksa sultan Brunei menyerahkan Mukah supaya pihak British dapat menangkap Sharif Masahor. 14. Akhirnya Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura. 15. Walau bagaimanapun, gerakan penentangan terhadap Brooke tidak berakhir kerana munculnya penentangan daripada pemimpin Banting pada tahun 1894 dan Penghulu Asun pada tahun 1931.

Kawasan kebangkitan Sharif Masahor semasa menentang keluarga Booke

Dato' Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak 1. Dato' Maharaja Lela bertugas sebagai penghulu di Pasir Salak dan juga sebagai Orang Besar Berlapan Perak. 2. Perlantikan J.W.W. Birch sebagai residen British di Perak telah menimbulkan konflik di antara sultan, J.W.W. Birch dan pembesar Perak yang lain. 3. Antara faktor kebangkitan menentang British: (a) Mengambil hak mengutip cukai (i) Sultan Abdullah telah dipaksa oleh J.W.W. Birch supaya menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengutip cukai. (ii) Jika baginda enggan berbuat demikian, maka takhta baginda akan diturunkan. (iii) Rumah Raja Ngah Orang Besar Perak telah dibakar oleh Birch kerana masih mengutip cukai timah di Bidor. (b) Mencabar ketuanan Melayu (i) Kemarahan sultan dan pembesar memuncak apabila Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. (ii) Kesan daripada pengisytiharan tersebut ialah kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. (iii) Residen bertugas sebagai melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.

(c) Memperkenalkan cukai baru (i) Beberapa cukai baru telah diperkenalkan iaitu cukai padi, perahu, atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. (ii) Bayaran sebanyak dua dolar juga dikenakan kepada setiap isi rumah sebagai cukai kelamin. (d) Mencabuli adat resam (i) Birch mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam orang Melayu. (ii) Permusuhan timbul apabila Birch sengaja menyimpan hamba-hamba perempuan di rumahnya. 4. Satu mesyuarat telah diadakan di Durian Sebatang oleh Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato' Maharaja Lela. Dalam mesyuarat itu, mereka telah sebulat suara untuk membunuh Birch. 5. Dato' Maharaja Lela, Dato; Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum secara sukarela telah menawarkan diri untuk membunuh Birch. 6. Ketika Birch dan rombongannya sedang sibuk menyebarkan surat pengisytiharan di Pasir Salak, Dato' Maharaja Lela dan pengikutnya telah mengambil kesempatan untuk membunuh Birch.

J.W.W. Birch

7. Hal ini telah menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Serangan ini bagaimanapun telah dapat dipatahkan dan Kapten Ines telah terkorban. 8. Perang Perak yang berlaku hampir setengah tahun ini telah berpihak kepada pihak British yang mendapat bantuan tentera dari India dan Hong Kong. 9. Hukuman gantung sampai mati telah dijatuhkan kepada Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum pada tahun 1877. 10. Raja Ismail telah dibuang negeri ke Johor dan Sultan Abdullah serta Ngah Ibrahim dihantar ke Pulau Seychelles.

Kedudukan Pasir Salak pada tahun 1874 Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti 1. Pada tahun 1875, Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti. 2. Wilayah jajahan Seri Menanti meliputi kawasan Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol. 3. Yamtuan Antah membantah tindakan Dato' Kelana Sungai Ujong yang menandatangani perjanjian dengan British kerana akan menggugat kedaulatan bangsa. 4. Hubungan antra Dato' Kelana dengan Yamtuan Antah semakin renggang apabila : (a) Yamtuan Antah tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. (b) Dato' Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya. 5. P.J. Murray iaitu Residen British di Sungai Ujong telah menghantar tentera dan juruukur untuk menjalankan siasatan tentang pertikaian itu. 6. Yamtuan Antah pula menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya pihak British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah. 7. Pertikaian itu membawa kepada tercetusnya pertempuran antara British dengan Yamtuan Antah.

8. Dalam pertempuran itu, Yamtuan Antah mendapat sokongan daripada Dato' Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin serta penduduk Rembau, Jelebu dan Johol. 9. Pasukan Yamtuan Antah berjaya menwan Paroi dan membina kubu di situ pada bulan Disember 1875. 10. Walau bagaimanapun, British berjaya menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan tentera dari Negeri-Negeri Selat. 11. Yamtuan Antah pula berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor. 12. Di Johor, Maharaja Abu Bakar menasihati baginda supaya berdamai dengan British. 13. Pada bulan Mei 1876, satu rundingan diadakan antara Yamtuan Antah dengan William Jervois iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat. 14. Kesan daripada rundingan tersebut ialah : (a) Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti (b) British berpeluang untuk meluaskan pengaruhnya ke seluruh Negeri

Dato' Bahaman Pahlawan Pahang 1. Kebangkitan rakyat Pahang menentang British dipelopori oleh Dato' Bahaman atau nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh.

2. Dato' Bahaman dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana sikap kegagahan dan keberanian yang ditunjukkan dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor. 3. Setelah kematian Orang Kaya Indera Segara, belaiau dilantik sebagai pembesar Temerloh. 4. Dato' Bahaman juga tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang.

5. Pada 16 Disember 1891, tiga orang pengikut Dato' Bahaman ditangkap kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran British. 6. Tindakan ini mencetuskan kemarahan Dato' Bahaman dan pengikutnya lalu menyerang Balai Polis Lubuk Terua. 7. Hugh Clifford bersama 200 anggota tentera berjaya menawan semula Lubuk Terua pada 26 Disember 1891 tetapi beliau tewas dalam pertempuran di Kelubi.

8. Hugh Clifford berundur dan mendapatkan bantuan dari Singapura. 9. Pada bulan Januari 1892, British menubuhkan pasukan tentera yang dinamakan Gerakan Sultan untuk menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. 10. Gerakan ini diketuai oleh Sultan Wan Ahmad dan berjaya menawan 11 buah kubu Dato' Bahaman di Bentong. 11. Dato' Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua pada bulan Mac 1892. Perjuangannya semakin hebat kerana mendapat sokongan daripada Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau. 12. Pada 8 Mei 1892, British melancarkan serangan ke atas Lubuk Terua. Ramai pejuang Pahang berundur ke Terengganu dan Kelantan untuk berlindung. 13. Di Terengganu, mereka mendapat sokonan daripada Ulama Tok Ku Paloh supaya pejuang Pahang berjihad menentang British. 14. Pada 14 Jun 1894, Dato' Bahaman dan 100 orang pengikutnya berjaya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. 15. Kolonel Walker dihantar oleh British untuk menawan semula Jeram Ampai. 16. Pertempuran sengit berlaku menyebabkan Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan.

Kawasan berlakunya kebangkitan di Pahang pada tahun 1890-an. 17. Walaupun perjuangan Dato' Bahaman dan pengikutnya gagal, tetapi semangat perjuangan yang ditunjukkan itu turut menggugat kedudukan British di Pahang. 18. Kesan peperangan di Pahang : (a) British menanggung hutang yang banyak. (b) Sultan Ahmad dipaksa membayar 7 200 dolar setahun kepada British. Mat Salleh Menyanggah SBUB 1. Latar belakang Mat Salleh (a) Dilahirkan di Inanam. (b) Berketurunan Bajau dan Suluk. (c) Pemerintah di Sungai Sugut. 2. Sifat keberanian dan kepahlawanan Mat Salleh dapat dilihat semasa kebangkitannya menentang Syarikat Borneo Utara British di Sabah. 3.

Antara faktor yang membawa keapda penentangan Mat Salleh terhadap SBUB ialah: (a) Perjuangan jihad (i) Mat Salleh terpengaruh dengan semangat perjuangan jihat orang Sulu menentang Sepanyol di sekitar Filipina.

(b) Pengenalan peraturan yang membebankan. (i) Peraturan baru yang diperkenalkan oleh British termasuklah amalan buruh paksa, cukai beras dan lesen perahu. (ii) Peraturan ini membebankan rakyat Sabah. (c) Percubaan rundingan gagal (Ogos 1895) (i) Mat Salleh dan pembesar tempatan pergi ke SAndakan untuk menemui Gabenor Beaufort iaitu C.V. Creagh. (ii) Beliau ingin mengadu tentan gmasalah cukai dan kekejaman pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan. (iii) Namun Mat Salleh tidak dilayan biarpun menunggu selama sepuluh hari. (d) Perkampungan Mat Salleh dibakar. (i) Tindakan membakar dan memusnahkan perkampungan Mat Salleh diambil kerana Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh telah mengancam kepentingan SBUB. (ii) Hadiah sebanyak 500 dolar ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh. 4. Pada bulan Julai 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya. 5. Mat Salleh meneruskan perjuangannya dengan bertindak membakar Ambong pada bulan November 1897. 6. Pengarah Urusan SBUB iaitu William Cowie menawarkan perdamaian dan pengampunan kepda Mat Salleh kerana tidak berupaya untuk menewakan Mat Salleh. 7. Satu rundingan telah diadakan antara Mat Salleh dan Cowie di Menggatal pada bulan April 1898.

Kawasan kebangkitan Mat Salleh 8. SBUB tidak menepati janji kerana telah mengambil alih semua pentadbiran Tambunan pada tahun 1899. 9. Mat Salleh meneruskan semula penentangannya terhadap SBUB dengan membina kubu di Kampung Teboh, Tambunan. 10. Kubu Mat Salleh diserang secara besar-besaran oleh SBUB dan pada bulan Januari 1900, pihak SBUB berjaya mengalahkan perjuangan Mat Salleh. 11. Mat Salleh telah terkorban dalam pertempuran tersebut. Namun perjuangannya masih diteruskan oleh pengikutnya iaitu Mat Sator dan Kamunta. 12. Kebangkitan perjuangan Mat Salleh dapat ditamatkan sepenuhnya pada bulan Julai

1902. Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar 1. Latar belakang Antanom : (a) Nama sebenarnya ialah Ontoros anak lelaki Antanom. (b) Dilahirkan pada tahun 2875. (c) Merupakan ketua kaum Murut di Rundum. 2. Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang dikatakan menindas kaumnya. 3. Antara tindakan SBUB yang menyebabkan penentangan ialah: (a) Orang Murut dilarang membuka tanah baru. (i) Hak orang Murut diceroboh apabila SBUB melarang mereka membuka tanah baru. (ii) Kesannya ialah mereka kekurangan beras. (b) SBUB mengenakan cukai yang membebankan orang Murut.

(c) Orang Murut dijadikan buruh paksa. (i) Mereka dikerah oleh SBUB untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum. (d) SBUB bertindak zalim ke atas suami isteri kaum Murut. (i) Mereka dipaksa tinggal secara berasingan di sebelah-menyebelah tebing sungai. (ii) Setiap kunjungan akan dikenakan bayaran satu dolar. (iii) Sekiranya orang Murut mempunyai dua orang anak, SBUB akan mengambil

salah

seorang anak itu untuk dijadikan buruh paksa.

(e) SBUB telah menceroboh kawasan hutan. (i) Kawasan hutan diceroboh untuk pembinaan jalan. (ii) Tindakan itu ditentang oleh kaum Murut kerana percaya pencerobohan hutan akan mengganggu roh nenek moyang mereka.

Kawasan kebangkitan Antanom 4. Pada bulan Februari 1915, Antanom telah menyatukan orang Murut untuk menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan. 5. Pada bulan Mac 1915, Antanom bersama 600 orang pengikutnya telah menyerang Rundum. 6. Pejabat kerajaan SBUB di Rundum berjaya dimuanahkan dan bilangan pengikut Antanom meningkat kepada 900 orang. 7. Untuk mengukuhkan kedudukannya, Antanom telah membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi tujuh buah rumah bawah tanah. 8. Pada bulan April 1915, SBUB telah menghantar 400 orang tentera untuk menyerang kubu Antanom.

9. Pertempuran yang sengit berlangsung selama enam minggu. 10.Kesan penentangan: (a) Antanom dan 400 orang Murut terkorban. (b) Lapan orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat. (c) Orang Murut dipaksa menjadi buruh paksa untuk memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau. (d) Orang Murut dipaksa bersumpah untuk taat setia kepada SBUB. 11. Namun kaum Murut enggan tunduk kepada perintah SBUB lalu mengambil keputusan berpindah ke pedalaman Kalimantan.

Tok Janggut Pejuang Jihad 1. Haji Mat Hassan bin Munas atau Tok Janggut dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung, Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. 2. Dikenali sebagai Tok Janggut kerana menyimpan janggut hingga ke paras dada. Beliau juga pakar dalam ilmu persilatan. 3. Faktor-faktor penentangan Tok Janggut: (a) Peraturan tanah (i) Peraturan cukai yang mewajibkan petani membayar cukai ditentang oleh Tok Janggut. (b) Pengenalan cukai yang membebankan (i) Cukai pokok kelapa, pokok pisang, sirih, kerbau dan lembu perlu dibayar oleh petani. (c) Perasaan anti-British (i) Selepas kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang oleh British pada Perang Dunia Pertama, umat Islam telah diseru agar berjihad menentang Barat oleh kerajaan Turki. (ii) Seruan tersebut telah disahut oleh Tok Janggut di Pasir Puteh.

(d) Pembayaran cukai yang menyusahkan (i) Pejabat bayaran cukai yang terletak jauh ke bandar telah membebankan penduduk tempatan untuk membayar cukai. (ii) Pegawai British pula akan menangkap dan mendenda sesiapa yang gagal membayar cukai. Hal ini telah menimbulkan kemarahan rakyat tempatan. 4.

Kronologi ringkas tentang penentangan Tok Janggut di Pasir Puteh : (a) 28 April 1915 (i) Tok Janggut telah ditangkap oleh Sarjan Che Wan yang dihantar oleh Encik Abdul Latif , Pegawai Daerah Pasir PUteh kerana gagal membayar cukai. (ii) Sarjan Che Wan telah ditikam oleh Tok Janggut setelah perbalahan berlaku di antara mereka. (b) 29 April 1915 (i) Satu serangan ke atas Pasir Puteh telah dilancarkan oleh sebuah angkatan tentera yang diketuai Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol. (ii) Pasir Puteh telah diisytiharkan sebagai kawasan bebas daripada anasir British dan mereka telah menduduki kawasan tersebut selama tiga. (iii) Tok Janggut telah dilantik sebagai Perdana Menteri manakala Ungku Besar Jeram, Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh. (c) 9 Mei 1915 (i) Hadiah sebanyak 500 dolar telah ditawarkan oleh British kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya. (d) 23 Mei 1915 (i) Keengganan Tok Janggut dan pengikutnya menyerah diri telah menyebabkan rumah beliau dibakar oleh British. (ii) Kemudian, sekali lagi Pasir Puteh telah diserang oleh Tok Janggut. (e) 24 Mei 1915 (i) Dalam pertempuran di antara British dengan Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring, Tok Janggut telah terkorban. (ii) Mayat beliau telah diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu dan digantung

songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama empat jam. (iii) Mayat Tok Janggut kemudiannya dibawa ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.

Kawasan kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani 1. Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid. Digelar Haji Abdul Rahman Limbong kerana selalu melawat Limbong, Kemaman untuk mengajar agama. 2. Perjuangan beliau dikenali sebagai Kebangkitan Tani kerana membela nasib petani yang ditindas di Terengganu. 3. Antara faktor Kebangkitan Tani ialah : (a) Penguatkuasaan undang-undang binatang buas (i) Penduduk dilarang memburu binatang liar setelah Undang-Undang Kawalan Binatang Buas dibuat pada tahun 1923. (ii) Denda sebanyak 500 dolar akan dikenakan dan senapang akan dirampas jikalau peraturan tersebut diingkar. (b) Peraturan tanah baru (i) Penduduk diwajibkan untuk mendaftar tanah mereka dengan bayaran sebanyak 2.50 ringgit setiap seorang berikutan peraturan tanah yang dibuat pada tahun 1924.

(c) Pas kebenaran yang membebankan (i) Petani handaklah mendapatkan pas terlebih dahulu sebelum membuka tanah dan bercucuk tanam seperti yang telah dinyatakan di dalam peraturan tanah yang dibuat pada thun 1921. (d) Pengaruh pemimpin agama (i) Tanah merupakan hak Allah dan rakyat bebas untuk mengerjakannya tanpa perlu membayar sebarang cukai merupakan penegasan yang ditekankan banyak kali oleh Haji Abdul Rahman Limbong. 4. Kebangkitan Tani dan tindak balas British terhadap kebangkitan tersebut: (a) Tahun 1922 (i) Penentangan telah dilakukan oleh petani di Kuala Telemong dengan membersihkan tanah tanpa mendapatkan pas kebenaran. Tindak balas British (i) Seramai 43 orang petani telah ditangkap oleh British untuk didakwa di mahkamah. (ii) Hujah beliau sebagai peguam sukar dipatahkan oleh pihak British. (iii) Petani-petani tersebut telah berjaya dibebaskan. (b) Tahun 1925 (i) Setelah mengetahui tindakan British yang ingin memberi konsesi tanah kepada orang Cina, maka satu perhimpunan petani telah diadakan di Kuala Telemong. (ii) Tanah yang dimiliki oleh Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan telah dikerjakan oleh petani tersebut. Tindak balas British (i) Sultan Sulaiman telah didesak oleh British untuk bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong. (ii) Beliau telah menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British di Kuala Berang telah melampaui batas. (c) Tahun 1928 (i) Sikap British yang ingin mengambil tindakan terhadap petani yang enggan membayar cukai telah menyebabkan seramai 1000 orang petani berkumpul di

para

Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang. (ii) Balai Polis dan bangunan kerajaan Kuala Berang telah berjaya diduduki oleh petani dan mereka telah mengisytiharkan perang terhadap British.

Kawasan yang terlibat dengan kebangkitan Terengganu 1922-1928 Tindak balas British (i) British telah cuba mendapatkan bantuan daripada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. (ii) Seramai 12 orang petani telah terkorban dalam pertempuran yang berlaku di Padang Kacong dan semua pemimpin petani serta Haji Abdul Rahman Limbong telah berjaya ditangkap. (iii) Haji Abdul Rahman Limbong telah dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah.

KESIMPULAN 1. Zaman penjajahan yang berlaku di negara kita menyebabkan penduduk hidup dalam penderitaan kerana ditinda oleh penjajah. 2. Keperitan hidup ini telah membangkitkan semangat para pejuang tanah air untuk mengembalikan maruah bangsa dan negara. 3. Walaupun perjuangan penduduk tempatan dapat dipatahkan oleh British, namun semangat dan sikap keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi sumber inspirasi kepada pejuang seterusnya.

Related Documents