Nilai-nilai Murni (bm Bahagian C)

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nilai-nilai Murni (bm Bahagian C) as PDF for free.

More details

  • Words: 681
  • Pages: 14
NILAI-NILAI MURNI • 1

BAIK HATI 1.1. Belas kasihan - bersimpati terhadap kesusahan orang lain 1.2. Bertimbang rasa – mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain. 1.3. Murah hati – memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan. 1.4. Saling memahami – sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain. 1.5. Saling bermaafan – sanggup meminta maaf dan memaafkan.

2.

BERDIKARI 2.1. Berupaya bertindak sendiri – sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain. 2.2. Yakin kepada diri sendiri – percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba.

4.

BERHEMAH TINGGI 3.1. Kesopanan – berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan. 3.2. Mengakui kesilapan sendiri – sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat. 3.3. Ramah mesra – sedia bergaul mesra dengan semua orang.

4. HORMAT 4.1. Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga – memulia dan patuh kepada mereka. 4.2. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan jiran dan pemimpin – menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka. 4.3. Hormat kepada kerajaan dan negara – menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara. 4.4. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum – menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum. 4.5. Patuh kepada undang-undang – mematuhi undang-undang setiap masa.

5. KASIH SAYANG 5.1. Sayang diri sendiri dan orang lain – menyayangi diri sendiri dan orang lain. 5.2. Sayangkan alam sekitar – Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup. 6. KEADILAN 6.1. Adil – Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian. 6.2. Saksama – tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan.

7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG • Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyuarakat negara dan agama.

8. KEBERANIAN • 8.1. Berani mencuba – Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi. • 8.2. Berani kerana benar – Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.

9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL • 9.1. Kebersihan diri – Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat. • 9.2. Kebersihan persekitaran – Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran. • 9.3. Kebersihan mental – Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.

10. KEJUJURAN • 10.1. Amanah – Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. • 10.2. Bercakap benar – Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung. • 10.3. Ikhlas – Melakukan sesuatu suci hati tanpa mengharapkan balasan.

11. KERAJINAN • 11.1. Daya usaha – Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. • 11.2. Dedikasi – Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.

12. KERJASAMA • 12.1. Gotong-royong – Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela. • 12.2. Toleransi – Bertolak ansur serta dapat mengawal mengelakkan berlakunya perselisihan. • 12.3. Perpaduan – Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa

13. KESEDERHANAAN • 13.1. Pertuturan dan pelakuan yang sederhana – Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain. • 13.2. Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain – Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.

14. KESYUKURAN • 14.1. Berterima kasih – Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian. 15. RASIONAL 15.1. Membuat pertimbangan – Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

16. SEMANGAT BERMASYARAKAT • 16.1. Bermaufakat – Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama. • 16.2. Kerajinan – Berbaik-baik, bertolak ansur, tolongmenolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat. • 16.3. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat – Memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.

17. PATRIOTIK • 17.1. Cintakan negara – Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara. • 17.2. Berkorban untuk negara – Sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan negara daripada diceroboh.

Related Documents