Need For Speed

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Need For Speed as PDF for free.

More details

  • Words: 1,369
  • Pages: 6
Need for Speed: Carbon Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (Dilencongkan dari Need for Speed Carbon)

Need for Speed: Carbon

Pembangun EA Black Box EA UK (PS3, Windows dan Mac OS X) Penerbit

Electronic Arts

Siri

Need for Speed

Versi

1.4 (2007-06-08)[1]

Pelantar

Windows, Mac OS X, PlayStation 3,Xbox 360, Wii, PS2, XB, GCN, PSP,GBA, NDS, Telefon bimbit

Tarikh keluaran

PS2, Xbox, GameCube & GBA 31 Oktober 2006 3 November 2007 Xbox 360, Wii, NDS 16 November 2006 Playstation 3, Playstation Portabledan Windows

19 November 2006 8 Disember 2006 Mac OS X 17 Ogos 2007[2] Genre

Perlumbaan

Mod

Pemain tunggal, berbilang pemain

Penilaian

BBFC: PG CERO: B ESRB: E10+ ESRB: E (NDS, GBA) OFLC: G PEGI: 12+ PEGI: 11+ USK: 12+

Bahantara

CD, DVD, Cakera Blu-ray, Cakera Optikal Wii, UMD, GCN Game Disc, katrij GBA, Kad Permainan NDS

Keperluan sistem

Windows



Windows 2000/XP



1.7 GHz CPU



512 MB RAM



5.3 GB ruang cakera keras



Kad grafik serasi DirectX 64 MB dengan

salah satu cipset berikut -Radeon 8500; GeForce 4 Ti



Kad bunyi serasi DirectX 9.0c

Macintosh



Mac OS X 10.4.9



1.83 GHz CPU Intel Core Duo



512 MB RAM



6 GB ruang cakera keras



Radeon X1600; GeForce 7300 GT

 Kaedah input

Pemacu DVD-ROM

PC: Papan kekunci, tetikus atau stereng/pad permainan USB

Need for Speed: Carbon, juga dikenali sebagai NFS Carbon atau NFSC adalah sebuah judul permainan videokeluaran Electronic Arts dalam siri Need for Speed. Judul ini merupakan versi keempat belas, didahului oleh Need for Speed: Most Wanted dan diikuti oleh Need for Speed: ProStreet. Isi kandungan [sorok]



1 Latar belakang



2 Jalan cerita



3 Gaya permainan

o •

3.1 Kawalan 4 Ciri-ciri

o

4.1 Pengubahsuaian kereta

o

4.2 Watak

o

4.3 Jenis permainan

o

4.4 Sistem buruan polis

o

4.5 Kereta



5 Lokasi



6 Runut bunyi



7 Penerimaan

o

7.1 Isu Windows Vista



8 Rujukan



9 Pautan luar

[sunting]Latar

belakang

Need for Speed: Carbon mula dipamerkan pada montaj EA di gerai pameran serta sidang E³ Nintendo 2006 serta menjadi kisah muka hadapan di majalah Game Informer isu Julai 2006. Carbon adalah permainan video pertama di dalam siri Need for Speed yang dikeluarkan bagi kesemua konsol generasi ketujuh. Carbon menampilkan beberapa kereta daripada siri terdahulu; iaitu Need for Speed: Underground 2 dan Need for Speed: Most Wanted, tetapi turut

menampilkan beberapa kereta baru termasuklah Audi R8 (dipanggil Le Mans Quattro di dalam permainan), Chrysler300C SRT 8, Chevrolet Chevelle SS dan Toyota MR2 Spyder. Carbon menampilkan pelakon serta model Kanada,Emmanuelle Vaugier sebagai Nikki, sumber pertolongan utama pemain serta sekutu di dalam jalan cerita Karier. Versi PSP, Nintendo DS, dan Game Boy Advance dikenali sebagai Need For Speed Carbon: Own the City, masih berpusat di Bandaraya Palmont tetapi dengan jalan cerita yang jauh berbeza. Permainan tersebut juga boleh didapati dalam versi Mac OS X. [3] Need for Speed: Carbon menjuarai kedudukan teratas Carta Permainan Semua Format UK pada minggu pertama pelancarannya, menewaskan Konami Pro Evolution Soccer.[4] Carbon menggunakan enjin permainan Most Wanted yang banyak diubah suai. [sunting]Jalan

cerita

PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul. Jalan cerita Need for Speed: Carbon bermula sebaik sahaja pemain keluar dari Rockport dengan kereta BMW M3 GTR selepas penamat Most Wanted. Semasa memandu sepanjang Carbon Canyon ke Bandaraya Palmont City, dia mengimbau semula perlumbaan haram dengan Kenji, Angie, dan Wolf. Insiden dengan polis semasa tamat perlumbaan memaksa pemain meninggalkan Palmont dengan tergesa-gesa. Di Carbon Canyon waktu sekarang, Cross, bekas Sarjan Polis yang kemudian menjadi pemburu wang ganjaran, menghambat pemain dengan menaiki kereta Chevrolet Corvette[5], menyebabkan kereta BMW M3 GTR remuk akibat berlanggar dengan lori balak. Darius kemudian menyuraikan Cross, dan pemain bertemu dengan Nikki dalam keadaan yang kurang baik.[6] Darius memberitahu pemain dengan pertolongan Nikki untuk membersihkan imejnya dengan menewaskan geng lumba haram lawan untuk memperoleh kawasan serta mengembalikan semula maruahnya sebagai pelumba haram terhormat di Palmont. Dengan memenangi satu demi satu perlumbaan, pemain merampas kawasan milik Kenji, Angie, dan Wolf. Sebaik sahaja pemain bertemu dengan pelumba yang ingin menyertai kumpulan pemain, beberapa ahli kumpulan secara beransur-ansur mula mendedahkan kisah sebenar dari pandangan mereka, mengenai malam sewaktu pemain meninggalkan Palmont. Setelah menguasai ketiga-tiga daerah, Darius meminta pemain menemuinya, di mana dia membuat pendedahan bahawa dia sebenarnya mempergunakan pemain. Semasa hampir ditangkap oleh Cross, Nikki menyelamatkan pemain, dan memberitahu pemain bahawa ahli-ahli kumpulannya bercakap benar mengenai insiden polis itu, dan akhirnya menyertai kumpulan

pemain. Setelah menyedari bahawa Darius bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejatuhan pemain, pemain seterusnya cuba menguasai daerah Silverton, dan seterusnya menewaskan Darius dan geng "Stacked Deck" pimpinannya, untuk membersihkan sepenuhnya maruah pemain. Beberapa siri perlumbaan akhir antara pemain dengan geng "Stacked Deck" menyaksikan pemain memenanginya di sebalik usaha Darius untuk menyekatnya. Setelah Darius akhirnya tewas di tangan pemain, Darius terpaksa menyerahkan kunci kereta Audi Le Mans Quattro miliknya kepada pemain serta memencilkan dirinya daripada Palmont dengan memberi amaran kepada pemain, "Nikmatinya sementara masih sempat, suatu hari nanti pasti ada seseorang yang lebih laju daripada engkau, dan lama-kelamaan mereka akan bersaing..." [sunting]Gaya

permainan

Gaya permainan adalah berasaskan kepada kumpulan atau geng lumba haram. Pemain mengendalikan sebuah kumpulan pelumba haram serta boleh mengupah beberapa pelumba haram tertemtu sebagai ahli kumpulan. Setiap pelumba haram upahan mempunyai dua kemahiran, yang pertama ialah kemahiran perlumbaan (Scout, Blocker dan Drafter) dan yang kedua ialah kemahiran bukan perlumbaan (Fixer, Mechanic danFabricator). Setiap kemahiran mempinyai sifat berbeza daripada mencari jalan pintas di lorong belakang sehinggalah kepada mengurangkan tumpuan polis. Dalam mod Karier, pemain perlu berlumba untuk menjajah wilayah dan seterusnya berdepan dengan bos untuk menawan daerah. Permainan ini juga mengembalikan perlumbaan drift, mod yang ditampilkan di dalam Need For Speed: Underground dan Need For Speed: Underground 2, tetapi dibuang daripada pendahulu Carbon, Most Wanted; serta perlumbaan gaya baru, Perlumbaan Kanyon, berasaskan perlumbaan Touge Jepun. Terdapat 4 jenis perlumbaan kanyon: Canyon Duel, Canyon Race (perlumbaan pecutan ataupun "perlumbaan kanyon"), Canyon Checkpoint dan Canyon Drift. Canyon Duel terdiri daripada 2 peringkat. Di dalam peringkat pertama, pemain mengekori musuh dan memperoleh mata mengikut serapat mana pemain mengekori musuh. Di dalam peringkat kedua pula, musuh pula mengekori pemain dan pemain kehilangan mata mengikut serapat mana musuh mengekori pemain. Pemain menang jika masih mempunyai baki mata pada peringkat kedua ataupun berjaya memintas musuh dan seterusnya mengekalkan keadaan tersebut selama lebih 10 saat. Namun demikian, pemain akan kalah jika dipintas musuh selama lebih 10 saat, ditinggalkan jauh melebihi 10 saat pada peringkat kedua, jatuh ke dalam gaung ataupun kehilangan kesemua mata di dalam peringkat kedua. Perlumbaan Checkpoint berjalan

sama seperti Perlumbaan Plaza Tol di dalam Most Wanted—pemain mesti sampai di titik berikutnya dalam jangka masa ditetapkan. Perlumbaan Drag dibuang daripada Carbon tetapi sebelum ini ditampilkan di dalam Underground, Underground 2, dan Most Wanted. Need for Speed: Carbon Collector's Edition pula menampilkan 4 kereta eksklusif, 10 kereta yang sudah ditala (keluar daripada kotak), 6 perlumbaan baru, 3 acara cabaran unik, 10 hiasan vinil unik serta sekeping DVD bonus menunjukkan proses pembikinan Carbon serta pertunjukan kesemua kereta yang digunakan. Collector's Edition turut menampilkan gambar kulit alternatif serta pembungkusan metalik. Walaupun versi Mac tiada versi Collector's Edition, ia tetap mengandungi kesemua ciri-ciri dalam Collector's Edition. Edisi mudah alih bagi Carbon (Own the City) menampilkan Audi TT dan Chevrolet Cobalt SS, manakala versi muat turun menampilkan Kit Prestasi Unggul, 2006Pagani Zonda F dan model 1971 Dodge Challenger. Kini sudah terdapat keupayaan untuk memuat naik tampilan permainan ke laman web Need for Speed, lengkap dengan statistik dan pengubahsuaian. Juga, versiPC, Xbox 360, dan PS3 menampilkan mod perlumbaan "Be The Cop" yang hanya boleh dicapai secara atas talian sahaja, di mana pelumba terpantas terpaksa melarikan diri daripada kereta lain yang kesemuanya polis; sebaik sahaja ada pemain lain yang memotong pemain terpantas tersebut, pemain itu pula yang bertukar menjadi kereta buruan. Di dalam edisi PS2, beberapa rim sport tidak boleh diperolehi, tetapi dapat dilihat pada pelumba lain. [sunting]Kawalan Kawalan sebenar permainan bergantung kepada jenis konsol. Kawalan stereng PlayStation 3 dan Xbox 360 boleh dikendalikan melalui kayu ria, sementara pecutan serta brek di samping kawalan lain boleh ditetapkan konfigurasinya dan dipetakan kepada butang-butang kawalan yang berbeza. Pada versi Windows, kayu ria serta kawalan stereng adalah disokong, si samping peranti yang dilengkapi maklum balas daya. Versi Nintendo Wii tiada pilihan permainan atas talian, tetapi menyokong sepenuhnya penggunaan Wii Remote.

Related Documents

Need For Speed
October 2019 24
Need For Speed
October 2019 21
Need For Speed
October 2019 18
Need For Speed Cheats
November 2019 22
Need For Speed
June 2020 3
Need For Speed
May 2020 4