Najah Folio.

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Najah Folio. as PDF for free.

More details

  • Words: 2,010
  • Pages: 15
DAPATAN KAJIAN

PENGENALAN NEGARA THAILAND Negara yang telah saya pilih untuk dijadikan perbandingan dengan kampung saya ialah Negara Thailand. Negara ini sememangnya terkenal dengan geleran “Mangkuk Nasi Asia”. Keluasannya kira-kira 514000 km persegi merupakan negara kedua terbesar Asia Tenggara. Di negara ini kebanyakkan penduduknya tinggal di luar bandar dan muka buminya yang bertanah pamah dan jenis tanihnya yang bertanih aluvium sesuai untuk pertanian. Kebanyakkan penduduknya terlibat dalam bidang pertanian dan merupakan pengeluar utama beras dunia.

BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA

TANAH PAMAH Tiga perempat daripada bentuk muka bumi di Kampung Kiat adalah tanah pamah. Tanah pamah adalah tanah rata yang luas dan rendah. Tanah pamah sesuai untuk pertanaian. Tanah pamah sangat subur dan mempunyai kandungan aluvium yang banyak. Sudah tentu ianya sangat sesuai untuk penanaman padi. Tanah pamah juga sesuai untuk aktiviti penanaman sayur-sayuran yang segar dan boleh juga dijadikan kebun buahbuahan. Negara Thailand juga mempunyai tanah pamah yang luas dan menjalankan aktiviti pertanian sebagai pekerjaan utama. Padi ditanam dengan banyak melalui bantuan teknologi dan penyelidikan. Saya yang tinggal di Kampung Kiat berasa bersyukur kerana tanah pamah yang luas ini ditanam dengan padi yang mempunyai panorama menghijau yang sangat indah.

TANAH TINGGI Kampung Kiat tidak mempunyai tanah tinggi tetapi di negara Thailand tanah tinggi sangat penting. Hutan gunung yang menyebabkan kegiatan pembalakan tidak terdapat di Kampung Kiat. Walaubagaimanapun di Thailand, tanah tinggi yang mempunyai hutan hujan tropika dan hutan gunung, aktiviti pembalakan menjadi kegiatan utama. Kayu-kayu berkualiti seperti kayu jati, merbau, cengal banyak terdapat di sana. Saya tetep menghargai bentuk muka bumi yang terdapat di Kampung Kiat.

SALIRAN Sistem saliran di Kampung Kiat ialah sistem perparitan dan tali air. Kampung Kiat tidak mempunyai sungai. Walaubagaimanapun, sungai utama terdapat di Bunut Susu. Sistem perparitan di Kampung Kiat juga agak baik dan terancang. Di Kampung Kiat juga mempunyai tali air yang menyalurkan air ke sawah padi. Walaubagaimanapun, di negara Thailand terdapat Sungai Mae Nam Chao Phraya yang menjadi jalan air utama di Thailand dan aktiviti pertanian. Malah, sungai di negara Thailand juga menjadi jalan pengangkutan yang terpenting kepada penduduk. Saya berasa bangga di lahirkan di Kampung Kiat yang mempunyai sistem saliran yang agak baik dan memudahkan penduduk kampung.

POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEPADA KEGIATAN MANUSIA DAN PEMBANGUNAN KAWASAN KAJIAN

TANAH PAMAH Bentuk muka bumi di Kampung Kiat mempunyai potensi yang tersendiri kerana terdapat tanah pamah yang luas, tanah beralun dan sistem saliran yang baik. Tanah pamah sesuai untuk penempatan, perindustrian, pengangkutan dan pertanian. Petempatan di Kampung Kiat adalah sangat berselerak kerana Kampung Kiat adalah kawasan pertanian. Pola petempatan di kawasan kajian memang berselerak. Kebanyakkan rumah berhubung dengan menggunakan jalan-jalan kecil, malah terdapat lorong-lorong kecil yang turut digunakan. Walaubagaimanapun di simpang-simpang petempatannya adalah berjajar dan berderet kerana kedai-kedai runcit terdapat di simpang-simpang jalan. Namun begitu rancangan perumahan petempatan di Kampung Kiat adalah terancang.

Petempatan di Thailand juga berselerak kerana kawasan pertanian, namun di sepanjang sungai Mae Nam Choa Phraya, pola petempatannya adalah berjajar. Perindustrian yang terdapat di Kampung Kiat di jalankan secara kecil-kecilan seperti perindustrian kerepek, makanan-makanan tradisional disediakan oleh suri rumah.

TANAH TINGGI Kawasan tanah tinggi mempunyai pelbagai potensi seperti menjana kuasa hidroelektrik, kawasan pelancongan dan kawasan pertanian hawa sederhana. Namun begitu, di Kampung Kiat tidak mempunyai tanah tinggi. Kampung Kiat mempunyai tanah beralun yang sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian seperti getah, sawah padi dan kebun buah-buahan. Thailand mempunyai tanah tinggi yang sesuai dijadikan kawasan pelancongan, pertanian, perlombongan dan pembalakan. Negara Thailand juga merupakan pengeksport utama kayu balak untuk negara-negara di Asia

SALIRAN Saliran berpotensi untuk kegunaan domestik, pengaliran, eko pelancongan dan hidroelektrik. Kira-kira 4.8 bilion m air digunakan untuk kegunaan domestik dan perindustrian. Tetapi di Kampung Kiat tidak mempunyai kawasan penjanaan kuasa hidroelektrik. Banyak rancangan pengairan dibina untuk mengairi sawah padi dan membolehkan padi ditanam dua kali setahun di Kampung Kiat. Begitu juga di negara Thailand, Sungai Mea Nam Choa Phraya juga digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrik dengan pembinaan Empangan Chainat, Bhumipol dan Sirikat.

HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TARHADAP KEGIATAN MANUSIA TANAH PAMAH Bentuk muka bumi di Kampung Kiat ialah tanah pamah. Jenis-jenis tanah pamah seperti tanah berpaya, tanih gambut dan tanah laterit. Tanah yang berpaya mempunyai kandungan air yang tinggi dan bertakung. Ini menyebabkan satu halangan yang besar terhadap kegiatan penduduk kampung. Diantara spesies-spesies yang hidup di kawasan berpaya ada yang berbahaya seperti ular, biawak dan buaya. Ada juga yang tidak berbahaya seperti ikan. Ini menjadi halangan utama kerana mendatangkan masalah kepada penduduk kampung malah boleh meragut nyawa.

Tambahan pula, apabila hujan yang tidak henti-henti terutama pada musim tengkujuh kawasan berpaya mudah dinaiki air. Halangan yang timbul pula ialah banjir berlaku, banjir yang berlaku boleh mengakibatkan rumah-rumah penduduk kampung ditenggelami air. Halangan di Thailand juga mengalami situasi yang sama. Jenis tanahnya ialah berpaya, tanih gambut dan tanih aluvium. Akibatnya bukan hanya hujan pada musim monsun mengakibatkan banjir tetapi limpahan sungai menyebabkan banjir berlaku. Saya mendapati pemerhatian penduduk Kampung Kiat sentiasa tegar dengan halangan tersebut malah mereka sangat rajin.

TANAH TINGGI Tanah tinggi tidak terdapat di Kampung Kiat. Hanya tanah beralun sahaja yang terdapat di Kampung Kiat. Namun, tanah tinggi sangat penting di Negara Thailand. Contohnya Dataran Tinggi Korat terletak di sebelah utara dan timur Thailand, kawasan ini adalah kawasan pergunungan. Hutan hujan tropika dan hutan gunung sangat luas di kawasan ini. Halangan utama tanah tinggi ini apabila diterokai menyebabkan cerun semakin curam, terhakisnya batu-batuan lembut, tertanggalnya batu-batuan keras,menjadi halangan kepada kegiatan manusia. Begitu juga gelongsoran tanah berlaku dengan aktif. Saya sebagai masyarakat di Kampung Kiat berasa bertanggungjawab untuk menjaga dan mengekalkan bentuk muka bumi.

SALIRAN Sungai Bunut Susu yang berdekatan mempunyai aliran air yang sangat deras mengalir hingga ke Pasir Mas. Walaupun di Kampung Kiat tiada sungai tetapi kebanyakkan sistem perparitannya juga mengalir dengan lancar. Sistem perparitan ini disalurkan ke kawasan pertempatan, perindustrian dan kawasan sawah padi. Namun begitu, aliran air sering tersekat disebabkan masalah pencemaran air akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab penduduk kampung yang membuang sampah ke dalam parit. Tanpa disedari timbunan sampah dan pasir menyebabkan parit menjadi cetek. Ini menjadi halangan utama kepada penduduk kampung.

Di Thailand, sungai utamanya iaitu Mae Nam Chao Phraya mempunyai cabangcabang sungai seperti Sungai Mae Nam Yam, Mae Nam Man, Mae Nam Ping yang mempunyai aliran sungai yang laju dan deras. Keadaan sungainya yang dalam dan luas boleh dimudiki oleh perahu dan bot-bot. Halangan pencemaran air tetap berlaku tetapi usaha-usaha melebarkan sungai sentiasa di jalankan.

Saya berasa kagum dengan sistem perparitan yang baik terdapat di Kampung Kiat.

KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR Bentuk muka bumi di Kampung Kiat iaitu tanah pamah, tanah beralun dan salirannya meninggalkan kesan terhadap kegiatan penduduk kepada alam sekitar. Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar ada yang positif dan ada juga yang negetif. Di antara kesan negetif ialah hakisan tanah, tanah runtuh, pencemaran air dan udara, kepupusan flora dan fauna. Kawasan tadahan terjejas dan perubahan landskap berlaku. Keadaan yang sama juga berlaku di Negara Thailand.

HAKISAN TANAH Kesan penggunaan tanah pamah di Kampung Kiat menyebabkan hakisan tanah berlaku. Pengurusan tanah pamah untuk pertanian yang tidak terancang mengakibatkan tanah pamah terdedah kepada hakisan. Tanah beralun menyebabkan tanah runtuh berlaku akibat tiada tumbuhan tutup bumi di tanam di kawasan tersebut. Pasir-pasir yang dihanyutkan semasa musim hujan memenuhi sistem perparitan. Parit-parit tidak terurus malah berlaku pemendapan yang bertimbun di dalamnya.

Hakisan tanah juga berlaku di Negara Thailand. Pembalakan menyebabkan tanah runtuh kerana bentuk muka buminya ialah tanah tinggi. Sungai-sungai utama seperti Sungai Mae Nam Choa Phraya dan cabangnya Mae Nam Ping. Sungai Mae Nam Yam dan Mae Nam Nan mengalami pemendapan sungai dan sungai menjadi cetek. Manakala di kawasan Dataran Tinggi Korat terdapat juga sungai-sungai seperti Sungai Mae Nam Chi dan Mae Num Mun juga mengalami masalah yang sama. Saya berasa sangat prihatin terhadap kesan hakisan tanah kerana ia merugikan manusia.

PENCEMARAN Kampung Kiat mengalami pencemaran yang tidak begitu ketara seperti pencemaran air dan pencemaran udara. Pencemaran air berpunca daripada sikap segelintir penduduk kampung tidak bertanggungjawab yang suka membuang sampah ke dalam tali air. Pencemaran udara pula berlaku akibat sikap penduduk kampung yang suka membakar sampah secara terbuka. Pencemaran seperti pencemaran air dan udara turut berlaku di Negara Thailand akibat daripada kegiatan ekonomi yang di lakukan di negara tersebut. Saya berharap kesan pencemaran di kampung saya akan berkurangan.

PERUBAHAN PANDANG DARAT Kawasan-kawasan hutan kecil dan semak-samun dibersihkan untuk dijadikan kawasan penanaman padi. Terdapat juga kawasan penanaman padi yang ditimbus dengan pasir atau tanah untuk mendirikan rumah di kawasan berkenaan. Ini mengakibatkan perubahan pandang darat berlaku di Kampung Kiat. Pandang darat di Negara Thailand turut berubah apabila sawah padi huma ditimbus untuk mendirikan rumah di kawasan tersebut. Saya berharap penduduk di kampung saya menjaga alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk kita semua.

PENIPISAN LAPISAN OZON Para petani di Kampung Kiat yang menggunakan baja nitrogen untuk kegiatan pertanaian telah menyebabkan bahan kimia tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon, seterusnya menyumbangkan kepada berlakunya penipisan lapisan ozon. Keadaan ini mendatangkan kesan buruk seperti peningkatan penyakit kanser kulit dan kanser mata. Penipisan lapisan ozon turut berlaku di Thailand. Saya berharap agar masyarakat kampung saya lebih menghargai alam sekitar.

KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA Peningkatan suhu semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Hal ini terjadi apabila penduduk kampung tidak prihatin dengan situasi ini dan sering menebang pokok secara tidak terkawal. Selain itu, penduduk kampung juga sering melakukan pembakaran secara terbuka dan tidak terkawal. Ini memberi risiko yang tinggi kepada kepupusan flora dan fauna. Ekosistem hidupan akan terganggu disebabkan pembakaran dan pencemaran yang terjadi tanpa dikawal oleh pihak yang bertanggungjawab. Situasi yang sama juga berlaku di Negara Thailand. Pertambahan penduduk merupakan salah satu faktor kepupusan flora dan fauna apabila pokok-pokok ditebang dan dijadikan petempatan bagi menampung bilangan penduduk. Saya berharap masyarakat dunia lebih bertanggungjawab dan perihatin terhadap flora dan fauna bagi menjamin kehidupan dan ketulinan alam semula jadi serta tidak mencemarkannya bagi menghalang kepupusan flora dan fauna.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN MANUSIA PENANAMAN SEMULA Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Tumpuan kajian saya adalah di Kampung Kiat. Oleh kerana bentuk muka bumi sebahagian besarnya adalah tanah pamah, kesan hakisan tanah sering berlaku. Untuk mengatasinya, penanaman semula mesti dijalankan. Pokok-pokok pilihan yang terbaik dan cepat matang boleh menyelesaikan masalah ini. Sistem tanaman giliran seperti jagung, kacang tanah, tembikai dan sebagainya.

Di Thailand, aktiviti pembalakkan giat dijalankan anak-anak pokok ditanam semula selepas kerja pembalakkan dilakukan bagi menjamin bekalan kayu pada masa hadapan. Penanaman semula boleh mengurangkan kejadian hakisan tanah. Antara spesies-spesies pokok yang dipilih untuk ditanam semula ialah akasia, setang, pain, batai dan sesenduk kerana spesies pokok ini cepat matang. Saya berharap langkah-langkah penanaman semula dapat dipraktikkan di kampung saya.

TANAMAN TUTUP BUMI Tanaman tutup bumi boleh mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Pokok yang menjalar sangat sesuai seperti pokok kacang dan ubi keledek terutama dalam kebun getah dan kelapa sawit. Tujuannya untuk menghalang hakisan tanih. Kaedah dan usaha yang sama juga dijalankan di Thailand. Malah tanaman tutup bumi ini diusahakan besar-besaran sehingga boleh dieksport. Saya berasa sangat kagum walaupun pada asalnya ia adalah tanaman terbiar sahaja tetapi tetap berguna dan berfaedah.

BINA PERPARITAN Perparitan sangat sesuai dibuat di kawasan tanah pamah. Tanah pamah yang rata dan luas sesuai untuk petempatan. Jadi perparitan yang teratur menjamin keselamatan dan keselesaan hidup. Air yang mengalir tidak tersumbat. Mengelakkan banjir dari berlaku. Sampah sarap dibuang ke dalam parit menyebabkan aliran air tersekat. Thailand juga mengalami keadaan yang serupa. Saya berharap, semoga timbul kesedaran yang positif dalam kalangan penduduk demi menjaga alam sekitar.

PETROL TANPA PLUMBUM Pekan yang kecil di Kampung Kiat tidak ketinggalan menjual petrol secara kecilkecilan. Malah penggunaan petrol tanpa plumbum turut dijual dan menjadi pilihan pengguna. Udara menjadi bersih dan kenderaan tidak mudah rosak. Thailand juga menggunakan petrol tanpa plumbum. Saya berasa sangat bertuah dapat tinggal di Kampung Kiat.

MEMBINA TEMBOK SIMEN ATAU KONKRIT Kampung Kiat terletak bersebelahan dengan Kampung Bunut Susu. Sungai yang sama iaitu Sungai Bunut Susu terdapat di situ. Untuk mengatasi masalah banjir, tembok simen atau konkrit dibina dengan kukuh. Sistem perparitan yang teratur dan bersimen dibina di kampung tersebut. Langkah ini dapat menghalang hakisan yang berlaku di kawasan tanah beralun. Negara Thailand memberikan perhatian terhadap usaha ini. Tembok simen atau konkrit di bina untuk mengelakkan hakisan berlaku. Saya berasa usaha ini dapat mengatasi dan tidak mengundang bahaya kepada orang ramai.

Related Documents

Najah Folio.
April 2020 2
Folio
June 2020 24
Folio
November 2019 47
Folio
May 2020 37
Folio
May 2020 35