SIRI POLITIK MALAYSIA(21) Analisa UMNO : Dinaikkan untuk jatuh
Lakonan 'Pejuang Bangsa dan Agama'
Dalam subjek sejarah yang diajar kepada kita di sekolah-sekolah, tujuan utama Barat datang menjajah Tanah Melayu adalah untuk menjarah kekayaan buminya. Konon rempah-ratus lazat yang tumbuh melata di negara ini telah dieksport ke seluruh Eropah, selain kayu kayan dan hasil galiannya. Seolah-olah mereka belum cukup kaya. Bukan banyak sangat pun emas di bumi Melayu ini berbanding bumi-bumi lain di Afrika mahupun di Timur. Bukan sedikitpun negara lain di Asia ini yang turut dijajah. Tidak cukup lagikah? Sudah banyak harta dan nyawa mereka terkorban untuk itu. Selain menjajah muka bumi, mereka juga telah menjajah kedaulatan Raja dan pemikiran orang Melayu. Kuasa yang menggerakkan penghijrahan dan penjajahan di mukabumi yang panas dan sukar ini adalah fundamentalis Nasrani dan Yahudi.
Mereka telah bersiap-siap sejak kurun ke 14 untuk menjajah bumi Nusantara, demi menghambat suatu kebangkitan PENYELAMAT Islam yang bakal berlaku pada masa hadapan, yang telah diberitakan sekian lama oleh para pendita mereka. Di setiap ceruk bumi Melayu ini, mereka berusaha membangunkan gereja dan sekolah-sekolah Kristian. Suatu jalan pintas menjajah bangsa dan agama orang Melayu adalah dengan menakluki para Sultannya.
Sekarang, bila mereka ( Nasrani dan Yahudi) menoleh ke bumi ini, mereka menyesal apabila melihat kebangkitan Islam yang ditakuti -1-
itu telah melanda seluruh Nusantara mulai tahun-tahun 1970an, semakin marak dan berkembang hingga kini. Semua orang mahukan kebaikan, mahukan Islam. Mahukan alternatif Islam untuk mengisi vakum akibat globalisasi. Para pemimpin dan masyarakat yang sedang menuju kehancuran terutama sejak akhir-akhir ini sangat dahagakan Islam sebagai ubatnya. Nasrani dan Yahudi menyesal kerana kalaulah mereka masih menjajah bumi ini, mungkin mereka boleh menentang kenaikan Islam secara direct. Sejak sekian lama mereka telah mengharapkan UMNO dan parti komponen lainnya memimpin dengan ideal tanpa dipengaruhi atau diganggu oleh pihak lain. UMNO telah dipersiapkan untuk memerintah sebegitu rupa mengikut acuan penjajah sejak kemerdekaan di’anugerah’kan kepada Malaya. Nampaknya UMNO telah memenuhi impian mereka sejak 50 tahun lalu dan telah membuahkan hasil.
Tidak pula mereka sangka harapan untuk UMNO mengisi ideologi penjajah bagi 50 tahun kedua dilihat hampir berkecai. Mereka terkejut negara yang mereka ciptakan telah menjadi begini wataknya. Lebih mengejutkan para pejuang ideologi demokrasi ini apabila melihat watak Malaysia telah menonjolkan kuasa raja akhir-akhir ini. Raja telah diberi kuasa untuk mencorak kepimpinan. Padahal semasa mereka meninggalkan Malaya, para raja adalah umpama boneka sahaja. Sekarang mereka melihat, orang telah didakwa di mahkamah kerana menghina raja atau menghasut awam membenci raja. Mereka melihat semangat orang Melayu sudah mula menyanjung dan menjunjung tinggi raja mereka semula. Siapakah yang mencatur sehingga
raja boleh mencorak politik Malaysia, jika bukan campurtangan Tuhan?.Rakyat yang kecewa dengan pimpinan negara sudah mulai mengharapkan agar para Raja dapat berbuat sesuatu sepertimana yang telah terjadi di Perak.
-2-
"Jika mereka Kau redhai, kami menerimanya, jika tidak, gantilah dengan yang lebih baik dan layak, jika tidak cepatpun, lambat laun'
Dunia juga melihat perhimpuan agung UMNO kali ini dengan penuh tanda tanya kerana watak UMNO sudah begitu dhaif sekali. Malaysia ini negara timur yang jauh berbeza dari Amerika mahupun Barat. Tetapi yang terjadi di persada politik negara sekarang sangatlah bertentangan dengan arus sejarah bilamana tiba-tiba yang dimaksudkan untuk ditonjolkan menjadi Perdana Menteri adalah individu yang amat diragui. Melihatkan itu, ada rakyat Malaysia yang menilai Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama secara personaliti dan pembawaan dirinya adalah individu yang jauh terlebih baik dari Perdana Menteri Malaysia. Bukankah Malaysia sebenarnya kaya dan sarat dengan orang yang masih bermoral. Orang-orang dan masyarakat di timur ini belumlah rosak sangat. Masyarakat Melayu majoritinya masih berpegang kepada agama Islam (kalau pun bukan adat), dalam tindak tanduk dan cara hidup sosial, samada yang belum berkahwin, lebih-lebih lagilah yang sudah berkeluarga. Tetapi apakah angkaranya, apalah nasib Malaysia, UMNO seolah-olah buntu, serta “bangang” kata kasarnya, yakni seolah tidak mampu berbuat apa-apa, seolah -olah tiada siapa-siapa lagi yang layak. Mengapalah Malaysia menjadi begitu miskin dari segi ini. Inilah yang dikatakan sistem demokrasi sudah menjadi begitu
nazak. Seolah-olah tiada jalan lain yang boleh dibuka/dilorongkan untuk memecahkan monopoli demokrasi yang berajakan lobi melobi dan wang sebagai kuasanya. Kejam sungguh demokrasi sekarang, dengan wang, dengan undi marhaen yang jahil, rakyat boleh ditipu hidup-hidup, terang-terang dan jelas.
Demokrasi menjadi begini kerana ia telah dilanda oleh kuasa cahaya itu iaitu kuasa Islam. Kalaulah bukan oleh kerana dilanda kuasa roh yang tidak boleh dilihat ini, UMNO pasti terus kuat. Tetapi sekarang mereka tidak mampu walau 10% pun untuk dibangunkan seperti dahulu. Mengapa UMNO mengalami nasib seperti tiba-tiba diserang stroke. Siapa yang menyerangnya kalau bukan oleh kuasa tsunami roh itu? Kuasa
Tuhanlah yang telah mencabut
kekuatan UMNO. Apa yang telah terjadi ialah pembangkang dikuatkan sedikit hanya semata-mata untuk menjatuhkan UMNO. Kenaikan Anwar di Parlimen adalah kejadian sementara luar biasa yang dizinkan Tuhan demi menjatuhkan UMNO. Pilihanraya ke 12 yang lalu sangat luar biasa. Hingga kini, semua orang sudah pandai menggunakan perkataan Tsunami politik. Semua orang tahu – tsunami itu dari Tuhan. Istilah tsunami secara universal mutakhir ini seperti bermaksud suatu yang tidak dijangka, begitu hebat , mengejutkan – dan dikaitakan dengan kuasa ghaib, kuasa yang Maha Pencatur, iaitu Allah SWT, Pemilik alam ini.
-3-
Bila kita membaca komen pengunjung bukan Islam di blog dan web seperti Malaysia Today, hati sering tersentuh. Yang menyedihkan, komen mereka sering memperkecilkan Tuhan. Seolah-olah Allah tidak peduli apa yang berlaku di Malaysia. Mana Tuhan ? Kata mereka. Mana keadilan untuk para mangsa, mangsa pembunuhan, mangsa fitnah, mangsa liwat ? Bila? Bila Tuhan hendak tunjukkan siapa benar dan siapa salah..Bila lagi? Bagaimana nasib kita sebagai rakyat Malaysia jika kami masih diperintah oleh orang-orang begini? Apa akan jadi pada masa depan kami? Anak-anak kami, gejala sosial, moral masyarakat kami, ekonomi? Percaya lah, setuju lah, wahai kaumku, takut-takut kita ni sudah pekak, bisu, buta dari pandangan mata hati. Kalau bukan kerana kuasa Tuhan yang berlaku, kalau tidak kerana Tsunami roh, tidaklah terjadi yang mana dahulu UMNO yang kekuatannya 90 % tetapi sekarang tinggal 10% sahaja. Pembangkang yang tidak pernah menang sebesar PRU 12, sekarang nadanya bagaikan sama rendah dan sama tinggi dengan UMNO. Kita tidak pernah menyangka PAS boleh berdiri sama tinggi dengan UMNO. Tetapi dengan kuasa Tuhan semua ini terjadi begini. Jatuhnya Tun Dr Mahathir dan Anwar dalam sedekad lalu juga telah menyebabkan lemahnya Umno. Tiada siapa yang terfikirkan untuk melemahkan UMNO adalah dengan menjatuhkan Anwar dan menaikkan Pak Lah. Tun Dr Mahathir tidak pernah menyesal menjatuhkan Anwar kerana dia telah berbuat perkara yang betul demi menyelamatkan negara ini, selepas Anwar, kepimpinan Dr M dikritik hebat hingga beliau bersara awal… tetapi sesalnya tak sudah–sudah kerana memilih Pak Lah sebagai penggantinya. Hakikatnya itulah takdir Tuhan. Sebijak-bijak Tun, dia tidak terfikir dengan menaikkan Pak Lah, beliau telah melemahkan UMNO selemah-lemahnya. Sekarang Anwar Ibrahim sudah hilang arah. Bala demi bala menimpa kekuasaanya. Bahkan sekarang
rata-rata rakyat Malaysia tidak setuju Anwar atau Najib menjadi PM. Pak Lah sudahpun menyerahkan kuasanya kepada Najib. Dia sudah surrender. Padahal Pak Lah muda lagi, masih boleh lama lagi menjadi Perdana Menteri. Apa lagi yang tinggal dalam UMNO? Kita lihat di perhimpunan UMNO baru-baru ini, semuanya adalah lakonan. Hakikat sebenar hanya boleh dilihat dengan mata hati, oleh pandang tembus orang mukmin. Mereka mempamerkan tawa, riang, berpelukan, mencium tangan, tapi sebenarnya wujud sakit hati, dengki mendengki dan fitnah memfitnah antara satu sama lain. Mereka sebenarnya sedang sakit hati dan sedang cemaskan diri masing-masing. Tulisan di surat khabar hanya lakonan, namun realitinya berbeza. Janganlah terpengaruh bahawa mereka adalah pejuang bangsa, mereka sebenarnya tidak tahu dan tidak mampu untuk berbuat lebih dari itu. Slogan mereka adalah demi bangsa, negara dan agama tetapi hakikatnya mereka sangat inginkan jawatan dan kepentingan peribadi. Semuanya palsu belaka. Ideologi demokrasi yang mereka pejuangkan sangat melahirkan orang yang berkepentingan diri.
-4-
Percayalah — kuasa Allah itu sedang menggagalkan kerja-kerja Yahudi untuk merosakkan Malaysia ini. Kebangkitan Malaysia bukan lagi perancangan Yahudi, bukan perancangan Anwar, semua adalah perancangan kuasa roh, kuasa Allah yang tidak boleh dilihat dengan mata tetapi wujud, dan sangat membuahkan hasil. Mari kita percaya akan kuasa ini kerana kuasa ini sangat lah hakiki.
Malaysia telah menjatuhkan Pak Lah dan menjatuhkan Anwar. Malaysia sedang berharap agar YDP Agong bersuara untuk meminda jawatan PM. Siapa kata perhimpunan UMNO baru-baru adalah kenaikkan untuk Najib. Bukankah UMNO sudah menjadi begitu bahaya kepada negara Malaysia? Tuhanlah yang akan menjawab nanti. Perhimpunan ini bukan untuk menaikkan Najib kerana dia juga akan jatuh dan akan pergi bersama UMNO. Kewujudan beliau di dalam UMNO akan menjatuhkan lagi UMNO. Ramai rakyat Malaysia sudah kembali menyerahkan percaturan politik negara ini kepada Tuhan setelah sakit hati dengan perangai orang-orang politik samada dari UMNO, PAS atau PKR. Tunggulah
kronologi di mana akan jatuhnya satu bangsa, iaitu bangsa barat dan ideologinya yang akan jatuh serentak. Seluruh orang politik sedunia mula-mula diangkat dan kemudian dijatuhkan serentak. Di negara kita, Mukhriz dan Ali Rustam telah dijatuhkan, tetapi jika mereka dinaikkan kemudian siapa tahu? yang lain pula telah dinaikkan untuk dijatuhkan. Wallahualam.
CATATAN : 1. Salam,kes Najib masih belum ditutup.Kes ini kes antarabangsa, bilamana Najib menjadi PM dunia akan menumpukan perhatian kepada kes ini. Maka pembongkaran akan berlaku, akan jatuhlah orang yang telah dinaikkan. Di mana semasa itu kuasa international tidak terlawan oleh kuasa PM negara kecil ini.
2. Ya benar tu…Agong mahu rakyat melihat sendiri, buah yang semakin busuk itu, jatuh, gugur dgn hina di hadapan mata mereka dan dunia.Yakinlah kepada kuasa Allah.
-5-
3. Sedikit tambahan - kenaikan YB Datuk Seri Najib sebagai PM adalah rahmat kepada keluarga mangsa yang teraniaya, juga rahmat kepada rakyat Malaysia. Dengan kenaikannyalah kes ini dibongkar di peringkat antarabangsa. UMNO akan jatuh, kalau tak lenyap dari muka bumi ini pun, UMNO sudah tidak akan dipercayai turun-temurun lagi.. — Wallahualam.
4. Jadi siapakah PM nombor tujuh?
5. Assalamualaikum, Kalau Pak Lah bertahan jadi PM selama 5 tahun. Maka Najib akan bertahan selama..5 bulan (?)…atau kurang.. Kita tungguuuuuu!
6. Visitor, angka nombor tujuh tu angka keramat kot… Aneh suasana negara kita ni kan.. jika difilemkan mesti hebat.. Jika bukan kes antarabangsa, susah nak dibongkar semua ni.. berapa banyak kes2 lokal yang ditutup begitu sahaja..
7. Mohd Ali, dalam Utusan hari ni, Tun Dr M cakap, dia akan tegur kepimpinan Najib - macam memantaulah tu.. Pak Lah dah kena, next is Najib..! Tun Dr M + international push = disastrous position
8. Saya yakin hati rakyat tak rela memiliki pemimpin sebegini. Sekurangnya ada rasa malu dalam hati. Tak ada lagi kah orang yg lebih baik?? Rasanya ini adalah betul2 satu aib dalam sejarah Malaysia. Bila dah begini, maka semua akur bahawa Malaysia memerlukan perubahan. Rasanya tinggal tunggu masa sedikit lagi hingga terbongkar segala rahsia dan kebusukan, hingga tak ada sesiapa yg dapat mempertikaikannya.
-6-
Begitulah senario jika hendak melihat bagaimana peribadi seseorang itu, maka dia kena dinaikkan pada posisi yg tinggi, supaya manusia boleh sama2 melihat dan menilai bukan atas sentiment politik semata melainkan menilai dengan hati. Inilah senario Tuhan melalui tokoh2 yang masih peduli dengan Agama dan Bangsanya. Sepatutnya pemimpin yg baru saja dilantik ini mula berfikir untuk takutkan Tuhan, bertaubat dan mengakui segala kesalahan sebelum Tuhan dedahkan semuanya dan terjatuh dengan begitu sakitnya, kalau perlu berundur diri mungkin itu lebih selamat. Apalah indahnya menjadi PM jika rakyat tak nak dia jadi PM, maka hakikatnya dia tak pernah menjadi PM. Bila naiknya PM ke-6 ini kita lihat sebagai suatu yang ganjil, bermasalah dan tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, maka kita jangan terkejut nanti bila jalan keluarnya adalah satu yg AJAIB, yg ianya juga tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Seolah Tuhan paksa kita untuk menelan kepahitan ini terlebih dahulu, itulah bayarannya, itulah pelajaran besar untuk bangsa yg akan menjadi besar, supaya kita boleh membezakan mana yg pahit dan mana yg manis. Moga selepas ini kita boleh sama2 merasai kemanisan yg selama ini kita tak reti bagaimana hendak merasainya bahawa sesungguhnya ia adalah manis. Saya yakin, orang2 yg ikhlas dan peduli dengan bangsa ini sedang berperanan dalam post-nya masing2 untuk menyelamatkan keadaan ini. Kebenaran itu satu, ia datang dari Tuhan, kebenaran yg satu itulah yg sebenarnya dikehendaki oleh manusia. Wallahua’lam
9. salam buat pencinta kebenaran sekelian. saya memerhati dari pandangan lemah saya. Lengkap sudah Teori RAHMAN. bersekali dengan keberadaan pemerintahan Tuanku Al-Mizan. Dengan izin Tuhan Rahman kasih sayang Tuhan akan melimpah ruah atas bumi dan memberkati Malaysia apabila Pemimpin ke tujuh diangkat. 7 bagi saya adalah angka yang istimewa, 7 petala langit 7 petala bumi, seluas itu malah Rahmat Tuhan tiada terhadnya. Dan mungkin seluas itu juga pemerintahan yang bakal dipertanggungjawabkan buat pimpinan yang ke 7 nanti.
TARIKH CREATE : Thursday, April 09, 2009 04:04:51 PM
-7-