mukjizat nabi musa hadapi firaun oleh idris musa
[email protected] pada suatu hari, musa mengambil kesempatan meninjau di sekitar kota dan hendak dijadikan cerita beliau terserempak dua lelaki sedang berkelahi, masing-masing di kalangan bani israel bernama samiri dan bangsa firaun, fatun. melihatkan pergaduhan itu musa mahu mententeramkan mereka, tetapi ditepis fatun. tanpa berlengah musa terus menghayunkan satu penumbuk ke atas fatun, lalu tersungkur dan meninggal dunia. apabila mendapati lelaki itu meninggal dunia kerana tindakannya, musa memohon ampun kepada allah seperti dinyatakan dalam al-quran: �musa berdoa: wahai tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiayai diriku sendiri kerana itu ampunilah aku. maka allah mengampuninya, sesungguhnya dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang.� tetapi, tidak lama kemudian orang ramai mengetahui kematian fatun disebabkan musa dan berita itu turut disampaikan kepada pemimpin kanan firaun. akhirnya mereka mahu menangkap musa. disebabkan terdesak, musa mengambil keputusan keluar dari mesir. beliau berjalan tanpa arah dan tujuan, tetapi selepas lapan hari, beliau sampai di kota madyan, iaitu kota nabi syu�aib di timur semenanjung sinai dan teluk aqabah di selatan palestin. musa tinggal di rumah nabi syu�aib beberapa lama sehingga berkahwin dengan anak gadisnya bernama shafura. selepas menjalani kehidupan suami isteri di madyan, musa meminta izin syu�aib untuk pulang ke mesir. dalam perjalanan itu, akhirnya beliau dan isterinya tiba di bukit sina. dari jauh, beliau ternampak api, lalu terfikir mahu mendapatkannya untuk dijadikan penyuluh jalan. beliau meninggalkan isterinya sebentar untuk mendapatkan api itu. apabila sampai di tempat api menyala itu, beliau mendapati api menyala pada sebatang pokok, tetapi tidak membakar pokok berkenaan. ini menghairankannya dan ketika itu beliau terdengar suara wahyu daripada tuhan. selepas itu allah berfirman kepadanya, bermaksud: �....wahai musa sesungguhnya aku allah, iaitu tuhan semesta alam.� firman-nya lagi, bermaksud: �dan lemparkan tongkatmu, apabila tongkat itu menjadi ular musa melihatnya bergerak seperti seekor ular, dia berundur tanpa menoleh. wahai musa datanglah kepada-ku, janganlah kamu takut, sungguh kamu termasuk orang yang aman.� selepas itu allah berfirman lagi kepada musa, maksudnya: �masukkan tanganmu ke leher bajumu, pasti keluar putih bersinar dan dakapkan kedua tanganmu ke dada kerana ketakutan....� tongkat menjadi ular dan tangan putih berseri-seri itu adalah dua mukjizat yang dikurniakan allah kepada musa, ketika beliau dalam perjalanan pulang dari madyan ke mesir, bagi menghadapi firaun dan pengikutnya yang fasik. firaun cukup marah mengetahui kepulangan musa yang mahu membawa ajaran lain daripada yang diamalkan selama ini sehingga memanggil semua ahli sihir untuk
mengalahkan dua mukjizat berkenaan. ahli sihir firaun masing-masing mengeluarkan keajaiban, ada antara mereka melempar tali terus menjadi ular. namun, semua ular yang dibawa ahli sihir itu ditelan ular besar yang berasal daripada tongkat musa. firman allah bermaksud: �dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, pasti ia akan menelan apa yang mereka buat. sesungguhnya apa yang mereka buat itu hanya tipu daya tukang sihir dan tidak akan menang tukang sihir itu dari mana saja ia datang.� semua keajaiban ahli sihir itu ditewaskan musa menggunakan dua mukjizat berkenaan, menyebabkan sebahagian daripada kalangan pengikut firaun, termasuk isterinya mengikuti ajaran yang dibawa musa. melihatkan ahli sihir dan sebahagian pengikutnya beriman dengan ajaran nabi musa, firaun marah, lalu menghukum golongan berkenaan. manakala isterinya sendiri diseksa hingga meninggal dunia. nabi musa bersama orang beriman terpaksa melarikan diri sehingga mereka sampai di laut merah. namun, firaun dan tenteranya yang sudah mengamuk mengejar mereka dari belakang, tetapi semua mereka mati ditenggelamkan laut. al-quran menceritakan: �dan ingatlah ketika kami belah laut untukmu, lalu kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan firaun dan pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan.�