Muhasabah Diri - Copy

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Muhasabah Diri - Copy as PDF for free.

More details

  • Words: 292
  • Pages: 1
MUHASABAH DIRI: Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara Bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" 2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X. 5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elokelok belaka) 7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya 8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. 9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa) 10) Kekalkan wuduk 11) Bersedekah 12) Belanja orang makan. 13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat 14) Berkawan dengan ulama 15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) 16) Pesan pada orang, jadi baik 17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Related Documents

Muhasabah Diri - Copy
June 2020 30
Muhasabah Diri
November 2019 43
Muhasabah Diri
October 2019 48
Muhasabah Diri
November 2019 42
Muhasabah Diri
May 2020 23
Muhasabah Diri
June 2020 26