KISAH QARUN YANG HALOBA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…. Terima kasih peneraju acara Barisan hakim yang adil lagi saksama Kisah Qarun ditelan bumi tajuk saya Ambillah iktibar panduan bersama ayuh kita dengar cerita Qarun yang haloba di telan bumi dalam al-Quran tercatat kisahnya marilah bersama kita insafi Ya kawan kawan, Siapakah Qarun? Qarun adalah anak saudara Nabi Musa Dan berketurunan bani Israil Qarun cukup arif , dalam ilmu taurat.. Meskipun bertemankan Musa Qarun juga merupakan sahabat Firaun. Kawan-kawan, Qarun ini miskin tetapi rajin bekerja Dia tidak jemu-jemu bermunajat, Akhirnya, Doa Qarun dimakbulkan Allah. Setelah Qarun menjadi kaya Mulalah dia lupa, leka dikelilingi harta, emas dan wanita Islam melarang keras umatnya bersifat sombong dan tamak. Kematian Muammar Ghadafi menjadi pengajaran kepada mereka yang angkuh dengan kekuasaanNya.
Kawan-Kawan, Qarun menderhaka dan menghina Nabi Musa Agamanya ditinggalkan Harta pula dipertingkatkan
Qarun semakin bermaharajalela.. Ha.. Ha.. Ha.. Ha.. Ha.. Ha.. Ha.. Ha.. Sekarang.. sekarang aku telah kaya raya. Kau! Kau! Mari Ikut aku!! Qarun semakin angkuh dan alpa Fakir miskin semakin duka nestapa Nabi Musa dikhianati olehnya Perintah Allah.. sudah dilupa Nabi musa menyeru kepada qarun. Agar kembali beriman kepada Allah. Bila diminta Nabi Musa untuk memberi harta dan berzakat Qarun.. tidak memberikannya.. “hartaku, adalah milik aku. Sedekah? Amal jariah? Ahhh peduli apa..” Rakan-rakan, Zakat menyucikan harta. Pemimpin kita menggalakkan potongan zakat melalui pemotongan gaji. Marilah kita membantu mereka yang kurang berdaya. Kawan-kawan, Qarun semakin angkuh dan tenggelam dengan kemewahan emas permata. Hingga dia lupa kepada pencipta-Nya. Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 78: Qola innamaaa uutiituhu ‘ala ‘ilmin ‘indii Berkata Qarun dengan sombongnya, “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. Qarun terus berdebat dengan Nabi Musa Dengan menabur fitnah Mengatakan bahawa nabi musa mahu merampas hartanya Qarun terus mencari akal. Difitnahnya pula Nabi Musa berzina dengan pelacur yang diupah. Ish.. ish.. ishhh melampau sungguh hamba bernama Qarun. Dengan sabar… Musa berdoa… Allah membantu.. Sekelip mata…. Wanita pelacur itu digerakkan hatinya.. Akhirnya mengaku.. Fitnah semata…
Wahai kawan-kawan sekalian, Ya! Hari ini banyak fitnah tersebar di media massa. Di facebook, blog-blog, email dan sebagainya. Janganlah kita tergolong dalam mereka kerana fitnah itu besar dosanya.
Memandangkan sikap Qarun tidak dapat lagi dibendung. Maka nabi musa berdoa agar qarun diperingatkan Allah. Allah berfirman dalam Surah Al-Qasas ayat 81; Fakhosafna bihii wabidaarihil ardh “Lalu Kami timbuskan dia bersama rumahnya dalam tanah” Bergegar bumi terbelah dua Menelan Qarun bersama hartanya Baru tersedar kerana siksa Tiada Allah ampunkannya. Ya kawan-kawan, Kekayaan dan kemewahan tidak dapat menyelamatkan kita Akhirnya, tamatlah tiwayat Qarun … Mati ditelan bumi bersama hartanya. Ingatlah .. setiap perbuatan yang dilakukan..Pasti mendapat balasan Allah Rajin-rajinlah bersedekah, zakat fitrah dan zakat harta Agar terhindar dari musibah Kisah Qarun di telan bumi teladan semua Sekian. Wabillahi taufiq walhidaayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.