Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan ,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sana ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia
Menerima,menghormati,men gamalkan adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga Bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai tanda berbakti untuk negara.
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanakkanak bagi menjamin kehidupan meraka yang sempurna
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan negara
Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara
Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undangundang dan perlembagaan Malaysia.
Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.
Pelajar digalakkan untuk menghafal kata-kata kunci untuk setiap nilai. Pelajar mesti menghafal sekurang-kurangnya dua kata kunci. Apabila pelajar diminta untuk menerangkan/menghuraikan/menjelaskan nilai, pelajar cuma perlu menjelaskan kata-kata kunci sahaja. Jangan tulis kesemua definisi nilai berkenaan. Semoga kata-kata kunci di atas yang berwarna KUNING membantu anda untuk mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.
Prepared by Zestination 09