CONTOH SURAT PERMOHONAN KEBENARAN MENGGUNAKAN PKK PERAK
SMK PASIR BOGAK 32300PANGKOR, PERAK DARUL RIDZUAN Tarikh: Ruj. Kami: Ruj. Tuan: Penolong Pengarah, Pusat Kokurikulum Perak, 32300 Pangkor Perak Tuan, Permohonan Mengadakan Program Pendidikan Luar Badan Pengawas Sekolah Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman tuan, di bawah ini dinyatakan maklumat mengenai program yang akan diadakan : 2.1 Tarikh : 25 – 27 Ogos 2008 ( Jumaat – Ahad) 2.2 Masa : 3.00 petang (Pendaftaran) 2.3 Peserta : Lelaki 40 orang Perempuan 37 orang 2.4 Guru Pengiring: Lelaki 03 orang Perempuan 02 orang Jumlah 82 orang 3. Sehubungan dengan pihak sekolah memohon jasa baik tuan agar dapat memberikan kebenaran untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di tempat tuan dan khidmat jurulatih dari pihak Pusat Kokurikulum pada tarikh dan masa yang dinyatakan diatas. Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 4. Sekian untuk makluman dan tindakan dari pihak tuan. Terima kasih. ’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah, t.t (FAISAL BIN MOHD JAPERI) Pengetua SMK Pasir Bogak. 32300 Pangkor.