Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?
Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved. Muka surat 1
Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?
Tahniah dan Terima Kasih kerana memuat-turun laporan padat ini! Laporan ini bernilai RM17 dan anda boleh menjualnya pada harga tersebut atau lebih daripadanya. Secara langsung anda juga mendapat kebenaran penulis untuk menjual, memberi percuma atau memasukkan laporan ini ke dalam pakej jualan barangan anda sama ada di Internet atau pun di dalam bentuk penyiaran yang lain, seperti di dalam cakera padat ataupun di dalam majalah. Satu-satunya syarat yang anda perlu patuhi ialah segala isi kandungan laporan ini (termasuk rujukan ke laman web yang disiarkan) tidak diubah sama sekali. Anda juga berpeluang untuk manjana pendapatan sampingan daripada laporan ini. Untuk keterangan lanjut, sila klik pautan (link) di bawah.
Klik Di Sini Untuk Keterangan Lanjut!
Buku elektronik ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi tujuan panduan dan pendidikan para pembaca. Panduan dan nasihat yang terkandung dalam buku ini bartujuan baik dan bersifat umum. Anda berkemungkinan perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda. Pihak pengarang dan penyebar maklumat ini tidak memberi apa-apa jaminan terhadap isi kandungan laporan ini dan tidak boleh dipertanggungjawapkan dengan apa-apa liabiliti ataupun kerugian kepada mana-mana pihak yang terhasil daripada keputusan yang anda buat. Penulis juga ingin menegaskan bahawa hak-milik program yang dirujuk di dalam laporan ini seperti ClickBank, PayPal, PayDotCom, 2Checkout, WorldPay, 1ShoppingCart dan lain-lain adalah dipunyai oleh pengendali program tersebut. Pihak yang dirujuk tidak pernah menaja atau mengesahkan maklumat yang terkandung di dalam laporan ini. Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved. Muka surat 2
Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?
Kandungan Perniagaan Internet, ClickBank™ dan PayPal™ .............................................................. 4 Model Perniagaan Di Internet............................................................................................. 4 Model #1 – Menjual produk digital seperti buku elektronik, perisian (software), muatturun audio dan sebagainya............................................................................................. 5 Model #2 – Menjual produk orang lain dan mendapat komisen daripada setiap jualan. 5 Model #3 – Mendapat bayaran dari iklan yang dipaparkan di laman web. .................... 6 Model #4 – Menjalankan perniagaan Internet MLM...................................................... 6 Model #5 – Pendapatan dari servis yang anda sediakan................................................. 7 Mengapa ClickBank™ dan PayPal™? .............................................................................. 9 ClickBank™ ................................................................................................................... 9 PayPal™ ......................................................................................................................... 9 Program Rakan Pemasaran (Affiliate Program) ........................................................... 10 Masalah dan Penyelesaian ................................................................................................ 12 Pilihan Alternatif Kepada ClickBank™ atau PayPal™................................................... 12 Kesimpulan ....................................................................................................................... 13 Rujukan ............................................................................................................................. 14
Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved. Muka surat 3
Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?
Perniagaan Internet, ClickBank™ dan PayPal™. Sudahkah Anda Menceburinya? Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, anda pasti tidak akan terlepas dengan perkataan ClickBank™ (www.ClickBank.com) dan PayPal™ (www.PayPal.com). Di sini, saya akan menerangkan mengapa ClickBank dan PayPal begitu banyak diberi perhatian di dalam laporan ini nanti. Sebelum itu, mari kita analisa bentuk-bentuk perniagaan di Internet yang diusahakan oleh kebanyakan individu di seluruh dunia, termasuklah daripada kalangan usahawanusahawan Malaysia sendiri.
Model Perniagaan Di Internet Jangan terkejut sekiranya saya katakan ada di kalangan rakyat Malaysia yang sudah menjadi jutawan hasil daripada perniagaan di Internet ini. Sebagai contohnya, Sen Ze dari Kuala Lumpur, Patric Chan dari Pulau Pinang dan Irfan Khairi dari Selangor. Sen Ze – www.LowCost-HighProfit.com Patric Chan – www.YouChanDoIt.com Irfan Khairi – www.RahsiaInternet.com Terdapat pelbagai jenis perniagaan di Internet yang mampu anda ceburi. Ada yang mudah dan ada yang memerlukan kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat (IT) atau komputer. Ada juga yang memerlukan banyak masa dan usaha untuk menghasilkan hanya satu jualan dan ada juga yang apabila diaplikasikan beberapa strategi pemasaran yang berkesan, terus menghasilkan jualan hari demi hari tanpa perlu menguruskan perniagaan tersebut dengan lebih terperinci lagi. Tanpa membuang masa, mari kita lihat model perniagaan Internet yang saya maksudkan. Berikut adalah 5 jenis perniagaan yang banyak dipraktiskan oleh usahawan-usahawan Internet di serata dunia.
Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved. Muka surat 4
Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?
1. Menjual produk digital seperti buku elektronik, perisian (software), muat-turun audio dan sebagainya. Empat perkara asas yang diperlukan ialah: 1. sebuah laman web utama yang menjual produk digital tersebut. 2. kemudahan pembayaran kad kredit atau cek. 3. sebuah lagi laman web yang menunjukkan atau memberi arahan bagaimana memuat-turun (download) produk digital tersebut. 4. dan produk digital yang diletak di pelayan web (webserver). Kelebihan model perniagaan Internet seperti ini ialah ianya ringkas dan proses jualbelinya boleh berlaku secara kendali-sendiri (autopilot). Contoh laman web yang beroperasi sebegini ialah: www.EasyClickMate.com www.AdsenseSEOQuickGuide.com Jika anda melalui proses pembelian produk di atas, anda cuma perlu klik dan memesan barangan tersebut di laman web utama sebelum anda dibawa ke laman web pengendali bayaran kad kredit. Selepas membuat bayaran, anda akan dibawa ke satu lagi laman web di mana anda akan diberikan arahan dan cara-cara memuat-turun produk yang anda beli. Perhatikan dengan teliti. Urusan jual-beli ini tidak perlu melibatkan penjualnya berada di hadapan komputernya secara langsung. Begitulah hebatnya model perniagaan Internet ini. 2. Menjual produk orang lain dan mendapat komisen daripada setiap jualan. Model perniagaan ini berkonsepkan komisen dari setiap jualan yang anda hasilkan. Anda cuma perlu menyertai program rakan pemasaran (affiliate program), dan mempromosikan produk tersebut kepada bakal-bakal pembeli. Saya akan bincangkan model ini dengan lebih lanjut di akhir laporan ini.
Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved. Muka surat 5
Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?
3. Mendapat bayaran dari iklan yang dipaparkan di laman web. Tahukah anda sekiranya anda mempunyai laman web yang ramai pengunjung, anda berpeluang menjual ruangan di laman web anda atau memaparkan iklan dari Google Adsense, Yahoo! Ads dan pengiklan lain. Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai laman forum mengenai masalah menguruskan badan, dan ianya selalu dilawati oleh pengunjung-pengunjung setia anda. Sekiranya ada usahawan-usahawan yang menjual produk untuk melansingkan badan, mereka mungkin akan tertarik untuk mengiklankan produk anda di laman web anda. Ini disebabkan pengunjung-pengunjung setia laman web anda merupakan pasaran yang bagus untuk mengiklankan produk melansingkan badan. Sekiranya berminat, anda juga boleh mendaftar sebagai pemapar iklan Google Adsense di laman web anda. Bagi setiap klik di iklan Google Adsense, anda akan mendapat kredit bayaran yang akan dikumpulkan sehingga paling kurang USD $100 sebelum cek komisen dihantar kepada anda. Pendaftaran Google Adsense boleh dibuat di www.google.com/adsense.
4. Menjalankan perniagaan Internet MLM. Konsep perniagaan Internet MLM adalah sama dengan perniagaan MLM secara konvensional. Perbezaannya adalah anda akan menggunakan Internet untuk memperkembangkan jaring pemasaran anda. Ianya bersifat global dan boleh melibatkan pengedar-pengedar dari seluruh dunia. Internet MLM juga mampu diusahakan oleh pelbagai pihak disebabkan yuran bulanannya yang rendah dan anda mungkin akan mendapat pulangan pelaburan anda semula walaupun hanya berjaya membina kumpulan pengedar yang terdiri daripada beberapa orang sahaja. Walau bagaimana pun, untuk berjaya, anda mesti terus membina kumpulan pengedar anda sendiri. Bercanggah dengan tanggapan yang anda akan mendapat beribu-ribu dollar dengan hanya goyang kaki, Internet MLM juga memerlukan usaha, masa dan kreativiti anda. Perlu diingatkan bahawa Internet MLM bukanlah skim cepat kaya. Ianya mungkin mengambil masa 2 hingga 5 tahun untuk mencapai matlamat yang anda impikan.
Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved. Muka surat 6
Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?
Sebagai panduan, pilihlah program Internet MLM yang mempunyai produk yang memberi manfaat kepada anda, yang mempunyai reputasi baik dan yang mempunyai sistem yang senang diikuti. Tanya pada diri anda samaada anda akan masih menggunakan produk yang ditawarkan sekiranya tiada komisen diberikan. Dalam erti kata lain, jangan pentingkan wang sematamata. Kemudian, kalau jawapannya ‘ya’, barulah anda menyertainya. Pastikan yang anda memahami model perniagaan MLM ini sebelum anda menceburinya. Buku “Mailbox Money” karangan Richard Brooke mampu menerangkan konsep MLM dengan mudah. Bagi yang masih lagi keliru dengan model perniagaan MLM, anda boleh mendapatkan buku percuma ini di www.richardbrooke.com/pdfs/mailboxmoney.pdf atau versi Bahasa Malaysia di www.richardbrooke.com/pdfs/mailboxmoney-malay.pdf. Untuk panduan anda, laman web di bawah adalah contoh program Internet MLM yang saya ceburi. Success University – www.awesome.successuniversity.com/specialoffer Kiosk (melalui SetAndForget) – www.setandforget.ws/r/specialoffer 5. Pendapatan dari servis yang anda sediakan. Sebahagian besar daripada anda mungkin tidak berminat untuk menjual produk tetapi mempunyai kemahiran mereka cipta atau menyediakan perkhidmatan sendiri. Jika begitu, kemahiran anda boleh juga digunakan untuk menjana pendapatan melalui Internet. Sila lawati laman web di bawah. www.CheapestCovers.com www.SoloBis.com/zamri Ini merupakan dua contoh bagaimana usahawan Internet Malaysia memperolehi pendapatan daripada servis atau perkhidmatan yang mereka tawarkan. Setiap pesanan daripada pelanggan akan dipenuhi dengan mereka-cipta kulit buku elektronik pelanggan (CheapestCovers) atau membantu mereka memulakan perniagaan Internet tanpa melalui proses yang menyukarkan (SoloBis). Untuk pengetahuan anda, grafik kulit buku untuk laporan ini adalah contoh hasil kerja dari perekacipta di CheapestCovers.com. Lihatlah betapa bagusnya hasil rekaan mereka.
Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved. Muka surat 7
Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?
Oleh itu, fikir sejenak. Sekiranya kemahiran yang anda ada dapat dimanfaatkan untuk dijadikan sumber pendapatan tambahan anda, mungkin model perniagaan Internet ini bakal menjadi salah satu model perniagaan yang anda idamkan.
Terdapat banyak lagi jenis perniagaan di Internet yang saya tidak dapat huraikan di sini kerana ianya mungkin akan mengambil sebuah buku untuk menerangkan walaupun satu model perniagaan Internet tersebut. Cukuplah sekadar penerangan ringkas mengenai 5 model perniagaan Internet seperti di atas sebagai permulaan. Sekiranya berminat, Sen Ze, di dalam buku elektroniknya "Mini Encyclopedia of LowCost, High-Profit Internet Business Models" ada menerangkan 19 model perniagaan Internet dengan lebih mendalam. Buku elektonik tersebut boleh diperolehi di www.LowCost-HighProfit.com.
Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved. Muka surat 8
Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?
Mengapa ClickBank™ dan PayPal™? Sekarang, mari kita lihat pula bagaimana ClickBank dan PayPal memainkan peranan yang penting di dalam urusan di Internet. ClickBank dan PayPal merupakan perantara bagi para usahawan Internet mendapatkan bayaran daripada pembeli. Contohnya, sekiranya seseorang ingin membeli produk dari sesebuah laman web, beliau dikehendaki membayar melalui kad kredit, cek atau wang kiriman pos.
ClickBank memudahkan pemindahan wang dengan menyediakan kemudahan menerima bayaran melalui kad kredit. Tambahan lagi, ClickBank juga menerima bayaran melalui akaun PayPal pembeli. Dengan membayar yuran pendaftaran akaun ClickBank sebanyak USD49.95, anda akan mendapat kemudahan menerima bayaran kad kredit di laman web anda. Hasil jualan produk anda akan dikumpulkan di ClickBank dan cek akan dihantar kepada anda setelah jumlah hasil jualan anda mencecah tahap pengeluaran minima yang anda tetapkan di ClickBank. Perlu diingat bahawa ClickBank hanya menyediakan perkhidamatan untuk jualan produk digital seperti buku elektronik atau perisian (software/scripts) sahaja.
PayPal mempunyai kemudahan menerima bayaran daripada kad kredit dan juga wang yang ada di dalam akaun PayPal pembeli. Kelebihan menggunakan PayPal ialah anda tidak memerlukan had minima untuk mengeluarkan hasil jualan anda. Semua hasil jualan anda akan dimasukkan ke dalam akaun PayPal dan anda boleh mengeluarkan wang anda bila-bila masa. Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved. Muka surat 9
Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?
Satu lagi kelebihan PayPal ialah ianya boleh digunakan oleh pengguna di Internet untuk urusan jual-beli di lawan web lelong seperti eBay.com dan untuk jualan produk fizikal. PayPal juga tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran.
Program Rakan Pemasaran (Affiliate Program) Secara praktikalnya, kedua-dua perkhidmatan menerima bayaran kad kredit ini boleh digunakan untuk tujuan menjual produk sendiri. Walaubagaimanapun ClickBank dan PayPal juga digunakan untuk menerima komisen dari hasil jualan produk orang lain. Contohnya, ClickBank mempunyai program rakan pemasaran yang memberikan pulangan puratanya dari 25%-75% untuk setiap jualan produk di dalam jaringan produk ClickBank. Apa yang anda perlu lakukan ialah menyertai program rakan pemasaran sesuatu produk dan menjual barangan tersebut kepada orang lain. Untuk memahaminya dengan lebih terperinci, mari kita lihat contoh program rakan pemasaran yang disediakan oleh ClickBank. Laman web www.LowCost-HighProfit.com yang menjual “Mini Encyclopedia of Low-Cost, High-Profit Internet Business Models” menggunakan ClickBank sebagai perantara untuk memproses bayaran melalui kad kredit. Pada masa yang sama, ianya juga mempunyai program rakan pemasaran yang akan membayar 50% komisen bagi setiap jualan yang anda hasilkan (tolak yuran transaksi yang dikenakan oleh ClickBank). Oleh itu sekiranya anda menyertai program rakan pemasaran produk ini dan dapat menghasilkan satu jualan, anda akan dibayar 50% daripada USD $97 (harga buku elektronik ini). Cek komisen akan di hantar kepada anda 2 kali sebulan sekiranya wang yang dikumpulkan mencecah had minima pengeluaran yang anda tetapkan. Jelaslah yang anda tidak perlu produk sendiri untuk menjana pendapatan dari Internet. Anda boleh menjadi rakan pemasaran produk orang lain dan mendapat komisen dari setiap jualan. Lebih menarik lagi, anda tidak perlu membayar ClickBank sebanyak USD $49.95 untuk menjadi rakan pemasaran produk ClickBank. Ianya percuma. Cuma apabila anda hendak menjual produk anda sendiri sahaja, anda akan dikenakan yuran di atas.
Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved. Muka surat 10
Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?
Sama seperti ClickBank, PayPal juga digunakan untuk bayaran komisen. Terdapat program rakan pemasaran yang menggunakan perkhidmatan selain daripada ClickBank dan membayar komisen hanya melalui PayPal. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun PayPal, anda mungkin tidak dapat menyertai program rakan pemasaran mereka. Satu lagi contoh bagaimana PayPal digunakan untuk tujuan jual-beli dan program rakan pemasaran ialah perkhidmatan yang disediakan oleh www.PayDotCom.com. Perkhidmatannya hampir sama dengan ClickBank. Cuma ianya percuma untuk produk pertama anda jual melalui PayDotCom.
QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASDFG HJKLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890=\[];’,./{}:”<>? QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASD FGHJKLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890 -=\[];’,./{}:”<>? QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASDFGHJ KLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890=\[];’,./{}:”<>? QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASDFG HJKLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890=\[];’,./{}:”<>? QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASDFG HJKLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890=\[];’,./{}:”<>? QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASD FGHJKLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890 -=\[];’,./{}:”<>? QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASDFGHJ KLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890=\[];’,./{}:”<>? QqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmWERTYUIOPASDFG HJKLZXCVBNM~!@#$%^&*()_+|`1234567890=\[];’,./{}:”<>?
Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved. Muka surat 11
Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?
Masalah dan Penyelesaian Walaupun ClickBank dan PayPal mempunyai banyak kelebihan dan digunakan secara meluas, timbul dua masalah besar kepada usahawan-usahawan di Malaysia. 1. Anda tidak dibenarkan membuka akaun ClickBank sekiranya anda menggunakan
alamat di Malaysia. 2. Anda boleh membuka akaun PayPal tetapi anda tidak dapat menyalurkan wang
yang anda kumpul di PayPal ke dalam akaun bank anda di Malaysia. Kedua-dua masalah ini mempunyai rahsia penyelesaiannya sendiri tetapi hanya diketahui oleh segelintir usahawan-usahawan perniagaan Internet di Malaysia, sehinggalah salah seorang daripada mereka menghasilkan sebuah buku elektronik untuk menerangkan bagaimana untuk menyelesaikannya. Saya tidak akan menghuraikan dengan panjang lebar mengenai penyelesaian tersebut tetapi sekiranya anda berminat, anda bolehlah berkunjung ke www.MissingChapter.com.
Pilihan Alternatif Kepada ClickBank™ atau PayPal™ Anda tidak terhad kepada ClickBank atau PayPal sahaja untuk perkhidmatan menerima pembayaran kad kredit di Internet. Berikut saya senaraikan tiga perkhidmatan yang lazimnya menjadi pilihan alternatif kepada kebanyakan usahawan Internet. www.2CheckOut.com www.WorldPay.com www.1ShoppingCart.com Setiap perkhidmatan mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri. Ada yang memerlukan bayaran sekali sahaja untuk pendaftaran dan ada yang mengenakan bayaran bulanan untuk setiap perkhidmatan. Ada yang mempunyai program rakan pemasaran masing-masing dan ada yang tidak menyediakan perkhidmatan ini.
Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved. Muka surat 12
Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?
Walaupun ClickBank dan PayPal mempunyai banyak kelebihannya, tidak semestinya anda perlu atau wajib menggunakan perkhidmatan mereka. Sebagai contoh, sekiranya anda menjual barangan kepada rakyat Malaysia sahaja, anda boleh menggunakan perkhidmatan MayBank2U.com. MayBank2U.com mempunyai kemudahan perbankan Internet yang memudahkan pemindahan wang dari satu bank ke bank yang lain.
Kesimpulan Saya harap laporan ini dapat membuka mata sesetengah rakyat Malaysia yang ingin menceburi atau memahami perniagaan di Internet. Lihatlah contoh-contoh laman web yang saya berikan di dalam laporan ini. Majoritinya adalah hasil usaha anak-anak Malaysia yang berjaya menjana pendapatan yang membanggakan di bidang e-dagang, teknologi maklumat atau perniagaan Internet. Hari demi hari, semakin ramai rakyat Malaysia menceburi perniagaan maya ini. Anda juga mungkin akan menceburinya suatu hari nanti. Orak langkah anda. Anda pasti akan berjaya. “Malaysia Boleh – Anda Pun Boleh!” Terima kasih kerana membaca laporan ini dan saya doakan yang ianya akan memberi manfaat kepada anda.
Yang Benar,
www.ZamriNanyan.com www.MLMLessons.com Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved. Muka surat 13
Perniagaan Internet, ClickBank & PayPal – Sudahkah Anda Menceburinya?
Rujukan Usahawan-usahawan Internet dari Malaysia. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Sen Ze – www.LowCost-HighProfit.com Patric Chan – www.YouChanDoIt.com Irfan Khairi – www.RahsiaInternet.com Adrian Ling – www.EasyClickMate.com Khairil Iszuddin Ismail (a.k.a Kidino) – www.AdsenseSEOQuickGuide.com Najmi dan Hafiz – www.CheapestCovers.com Solobis Team – www.SoloBis.com/zamri Gobala Krishnan – www.MissingChapter.com Zamri Nanyan – www.ZamriNanyan.com
Lain-lain. 1. ClickBank – www.ClickBank.com 2. PayPal – www.PayPal.com 3. PayDotCom – www.PayDotCom.com 4. 2Checkout – www.2Checkout.com 5. WorldPay – www.WorldPay.com 6. 1ShoppingCart – www.1ShoppingCart.com 7. Google Adsense – www.google.com/adsense 8. Mailbox Money (English) – www.richardbrooke.com/pdfs/mailboxmoney.pdf 9. Mailbox Money (Bahasa) – www.richardbrooke.com/pdfs/mailboxmoney-malay.pdf 10. Success University – www.awesome.successuniversity.com/specialoffer 11. Kiosk (melalui SetAndForget) – www.setandforget.ws/r/specialoffer
Copyright © 2006 ZamriNanyan.com. All Rights Reserved. Muka surat 14