Minit-mesyuarat-kwapm-2018.docx

  • Uploaded by: Heddy Bugal
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit-mesyuarat-kwapm-2018.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 514
  • Pages: 3
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BATU, D/A Tingkat 1, Wisma Persekutuan, Jalan Muhibbah Pejabat Pendidikan Daerah Limbang 98700 LIMBANG.

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN PENERIMA BANTUAN KWAMP BIL. 1/2019

Tarikh

:

5 Mac 2019 (Selasa)

Masa

:

2.15 – 3.15 petang

Tempat

:

Makmal Komputer SK Bukit Batu

Kehadiran

:

1. En. Narawi Anak Aba (Guru Besar) 2. En. Willie Gabriel Enak (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) 3. En. Rozaidi Bin Salim ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) 4. En. Jambery Subok ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum) 5. En. Chadak Anak Majak ( YDP PIBG SKBB) 6. Pn. Helen Bungan (NYDP PIBG SKBB) 7. Pn. Theresa Bunyau 8. En. Micheal Janda 9. En. Mohd Aziman Majid 10. Pn. Christine Yong Su Fong 11. Pn. Cynthia Alexius Serit 12. Pn. Basi Robert

1. Ucapan Pengerusi (GK HEM) 1.1

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi diatas kesanggupan semua AJK hadir ke Mesyuarat Unit KWAPM Kali Pertama 2019.

1.2

Beliau memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk mengemaskinikan sistem fail Unit KWAPM agar mengikut garis paduan yang telah disediakan.

1.3

Di samping itu juga, tujuan utama mesyuarat KWAPM pada kali ini ialah untuk membuat pemilihan murid-murid Darjah 1 hingga 6 yang layak memohon bantuan KWAPM bagi tahun 2019.

1.4

Pendapatan penjaga yang layak ialah RM990 ke bawah atau pendapatan perkapita RM240 ke bawah.(Sarawak sahaja)

1.5

Sehubungan dengan itu, AJK mesyuarat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru yang terlibat melengkapkan data murid.

1.6

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada YDP PIBG dan NYDP PIBG kerana sudi meluangkan masa dan mewakili pihak ibubapa bagi mendengar penjelasan dan maklumat tentang perjalan KWAPM 2019.

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas 2.1 Minit disahkan oleh

:

Pn. Christine Yong Su Fong

Minit disokong oleh

:

En. Micheal Janda

3. Kelulusan Permohonan Bantuan Kwapm bagi tahun 2019 3.1

Senarai nama murid yang layak telah pun diterima oleh pihak sekolah. Bilangannya ialah seramai 118 orang murid. Manakala selebihnya seramai 9 orang murid ditolak permohonannya kerana tidak menepati syarat minima PGK Nasional.

4. Mesyuarat memutuskan bahawa: 4.1

Seramai 118 orang murid diperakukan layak bagi memohon bantuan KWAPM

4.2

Seramai 9 orang murid didapati tidak layak memohon kerana pendapatan dan perkapita murid tersebut sudah melebihi RM990 bagi pendapatan dan RM240 bagi perkapita.

4.3

Pn. Christine Yong Su Fong dengan bantuan Cik Ling Siew Li telah diminta untuk mengumpulkan boring-borang permohonan yang telah lengkap dan menyimpannya dalam satu fail.

5. Agihan bantuan KWAPM akan dibuat sebaik sahaja mendapat arahan daripada PPD.

6. Hal-hal lain 6.1

Mesyuarat dimaklumkan bahawa pemilihan ini adalah dibuat berdasarkan maklumat data murid di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan sebarang kemusykilan yang ditimbulkan oleh penjaga bolehlah segera merujuk kepada GPK HEM.

7. Penutup Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana semua AJK telah dapat membeeri kerjasama dan idea yang bernas sepanjang mesyuarat kali ini berlangsung.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.18 petang.

Disediakan oleh,

...............................................

Disemak oleh,

...................................................

(PUAN CHRISTINE YONG SU FONG

(ENCIK ROZAIDI BIN SALIM

Setiausaha,

Guru Kanan Hal Ehwal Murid.

Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah

SK Bukit Batu

SK Bukit Batu .

Disahkan oleh,

................................................................ (ENCIK NARAWI ANAK ABA) Guru Besar, SK Bukit Batu

More Documents from "Heddy Bugal"