Mindsetting sebagai seorang Muslim. Tujuan penciptaan
1. Sembah Allah - Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. (az-Zaariyaat(51):56) - Menurut Mu'az bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Maka sesungguhnya hak ALLAH ke atas hamba-hamba bahawa mereka menyembah-NYA dan tidak mensyirikkan-NYA dengan sesuatu apa pun.." (Hadis riwayat al-Bukhari) 2. Khalifah
- “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. 3. ‘Amanah’ menjaga alam - "Sesungguhnya kami telah membentangkan amanah dan tanggungjawab kepada bumi, langit, bukit bukau dan gunung ganang. Semua makhluk itu gerun dan takut, tidak bersedia untuk memikul, tetapi manusia sanggup memikul. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan lagi jahil (surah Al-Ahzab ayat 72). Komponen (lain) mindsetting muslim 1. Niat yg ikhlas
- Daripada AmirulMukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat... (Bukhari Muslim) 2. Amar maaruf nahi munkar
- Barangsiapa yang melihat kemungkaran,maka cegahlah ia dengan tanganmu;jika tidak berdaya,maka cegahlah dengan lidahmu;jika tidak berdaya,maka cegahlah dengan hatimu,yang sedemikian itu adalah selemahlemah iman." (H.R. Muslim) 3. Mencintai ilmu (cemerlang dunia & akhirat) - " Diangkat oleh Allah orang-orang yang berilmu daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat (darjat)". (al-Mujaadalah:11) - Golden Age of Islam, cemerlang sbb cinta ilmu. - Sekarang barat lebih cemerlang kerana ilmu. - “Bila kamu menghendaki hidup berjaya di dunia hendaklah kamu berilmu dan bila kamu menghendaki
hidup berjaya di akhirat hendaklah berilmu dan bila kamu menghendaki kedua-duanya hendaklah juga kamu berilmu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 4. Sihat & kuat & semua aspek lebih dicintai Allah. - “ Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari pada mukmin yanglemah dalam setiap amal kebaikan. Bersemangatlah untuk meraih apa yang bermanfaat bagimu, mintalah pertolongan kepada Allah, dan jangan bersikap lemah. “ (Diriwayatkan oleh Muslim) 5. Meninggalkan yg sia-sia (yang tiada kaitan dengan dirinya) - "Antara keelokkan Islam seseorang itu, dia meninggalkan perkara yang tiada kena mengena dengannya" (Dikeluarkan oleh Imam AhmaD)