Menurut Definisi Yang Diterbitkan Oleh Abdul Mua.docx

  • Uploaded by: Aqib Asyraf Bin Ramli
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Menurut Definisi Yang Diterbitkan Oleh Abdul Mua.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 543
  • Pages: 3
Menurut definisi yang diterbitkan oleh Abdul Mua’ti @ Zamri Bin Ahmad (2008), pengucapan awam adalah pengucapan yang berkaedah berkomunikasi secara lisan dan dilakukan dalam suatu situasi yang dirancang iaitu masa, tempat dan isu yang ingin disampaikan telah ditetapkan dan pengucapan awam ini juga turut menggunakan anggota komunikasi verbal dan juga bukan verbal. Dalam seseorang itu ingin menyampaikan pengucapan awam, sudah tentu dia ingin memastikan bahawa pengucapan awam tersebut berjaya disampaikan dengan berkesan. Terdapat beberapa perkara yang harus dititikberatkan dalam penyampaian pengucapan awam untuk memastikan pengucapan awam tersebut dapat disampaikan dengan berkesan. Pertama sekali, kita dahulukan dengan peringkat persediaan. Menurut Kulwindr Kaur Sidhu (2006) dalam bukunya “Pengucapan awam dan kemahiran persembahan”, beliau menegaskan bahawa peringkat persediaan ini adalah penting kerana ianya bertindak sebagai rangka kepada pengucapan awam yang berkesan. Di dalam peringkat ini, seorang pengucap haruslah menetapkan tujuan pengucap tersebut ingin menyampaikan pengucapan awam kerana pengucapan awam yang disampaikan tanpa tujuan yang jelas hanya akan mengelirukan audiens yang terlibat. Pengucap juga seharusnya mengenal audiens untuk pengucapan awam kerana tajuk dan juga laras bahasa yang digunakan haruslah bersesuaian dengan audiens yang hadir ke pengucapan awam tersebut supaya audiens tidak berasa keliru dan juga bosan. Akhir sekali, pengucap haruslah menulis teks ucapan serta melakukan latihan dengan secukupnya. Penulisan teks ucapan haruslah berkaitan dengan tajuk pengucapan awam dan juga mampu menarik minat audiens untuk mendengari pengucapan awam tersebut. Pengucap cukup digalakkan untuk membuat latihan pengucapan awam supaya pengucap boleh melihat tempo dan juga kesesuaian teks tersebut di mana terdapat pelbagai latihan yang boleh digunakan oleh pengucap seperti berlatih di hadapan cermin untuk melihat gerak geri badan ataupun meminta rakan melihat pengucapan awam dan meminta mereka memberikan komen. Seterusnya, kita berpindah ke peringkat penyampaian. Di peringkat ini, pengucap akan menyampaikan pengucapan awam yang disediakan oleh pengucap kepada audiens. Di dalam peringkat ini, pengucap pertama sekali haruslah bersedia dari segi mental dan juga fizikal. Menurut Dale dan Wolf (2013), mereka menyifatkan persediaan mental dan fizikal ini sebagai satu proses di mana pengucap haruslah berasa sedia dan tidak gentar dalam memberikan pengucapan awamnya serta tidak berasa gugup apabila di hadapan audiens. Seterusnya, pengucap juga haruslah bersedia daripada segi fizikal di mana pengucap haruslah menjaga kesihatan diri dan juga kebersihan diri tatkala memberi pengucapan awam. Setelah pengucap bersedia daripada segi mental dan juga fizikal, pengucap haruslah

tunjukkan keyakinan diri semam berdiri untuk mengucap supaya isi yang ingin disampaikan jelas kepada audiens. Akhir sekali, kita sudahi dengan peringkat terakhir iaitu peringkat refleksi di mana di peringkat ini, pengucap akan mengambil masa melihat kembali persembahan pengucapan awam dan menilai tahap pengucapan awam tersebut. Antara cara seorang pengucap boleh menilai tahap persembahannya adalah melalui boring penilaian yang boleh diberikan kepada audiens di akhir persembahan pengucapan awam. Melaui cara ini, pengucap mampu melihat di mana kekuatan dan juga kelemahan di mata audiens terhadap pengucapan awam yang dilangsungkan oleh pengucap. Sebagai konklusi, cara-cara di atas merupakan antara langkah yang boleh diambil untuk memastikan pengucapan awam yang akan disampaikan menjadi pengucapan awam yang berkesan. Oleh itu, adalah diharap kepada semua para pengucap untuk sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dalam seni pengucapan awam.

Rujukan Dale, P., & Wolf, J. C. (2013). Speech Communication Made Simple. Boston, MA: Allyn & Bacon. Kulwindr Kaur Sidhu. (2006). Pengucapan awam dan kemahiran persembahan. Mua'ti, A. (2008). Panduan Pengucapan Awam. Edisi Ke-2 (9789836297419).

Related Documents


More Documents from "elva"