1. Allah maha berkuasa. 2. Bukti kekuasaan Allah: • • •
Memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Menghilangkan kuasa pemerintahan seseorang. Memuliakan seseorang dan menjadikan seseorang itu hina.
3. Sebab kemuliaan seseorang: • • • • •
Beriman dan bertaqwa kepada Allah. Melakukan kebaikan sesama manusia. Bertawakal kepada Allah setelah berusaha dan berusaha. Berakhlak mulia dalam kehidupan. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan.
4. Sebab kehinaan seseorang: • • •
Tidak melakukan perintah Allah seperti menunaikan solat fardhu, puasa di bulan Ramadhan. Melakukan larangan Allah seperti minum arak, berzina, menderhakai ibu bapa. Malas berusaha dan tidak mahu berubah kearah kebaikan.
5. Cara menghargai nikmat Allah. • • •
Menggunakan nikmat Allah untuk beribadat kepada Allah. Menggunakan nikmat untuk membantu orang. Menggunakan nikmat dengan berhemah dan bejimat cermat.
6. Akibat tidak menghargai nikmat Allah. (INDIVIDU) • • •
Hidup susah dan sia-sia. Menjadi manusia yang tidak berguna. Mendapat kemurkaan Allah.
7. Akibat tidak menghargai nikmat Allah. (MASYARAKAT) • • •
Masyarakat hidup berpecah belah. Negara hancur dan musnah. Mudah dipengaruhi perkara negatif.
8. Akibat tidak menghargai nikmat Allah. (ALAM SEKITAR) • • •
Berlaku pencemaran alam. Alam mengalami kemusnahan. Sumber alam akan rosak dan pupus.
9. Pengajaran ayat: • • •
Allah berkuasa ke atas semua makhluk ciptaannya. Kita hendaklah bersyukur dengan nikmat Allah. Orang yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah mendapat azab yang pedih.