Mengesan Kerosakan Komponen

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mengesan Kerosakan Komponen as PDF for free.

More details

  • Words: 534
  • Pages: 4
Gejala dan Punca Kerosakan Pencetak Secara umumnya, komponen pencetak adalah amat sensitif kepada habuk, kekeringan, dan lembapan. Antara gejala atau tanda-tanda kerosakan adalah: 1. Pencetak gagal dikesan oleh komputer (PC) 2. Hasil cetakan tidak kemas atau tiada dakwat keluar 3. Kertas gagal dilalukan pada laluan kertas (tersangkut).

Kerosakan ini biasanya berpunca akibat kelalaian dan kesilapan pengguna seperti: 1. Tidak memasang kabel dengan betul. 2. Tidak memasang bekalan kuasa ataupun bekalan kuasa telah rosak. 3. Tidak memasukkan (install) driver*. 4. Menjatuhkan bendasing (seperti klip kertas, pin telekung, sarung pen dan sebagainya) di dalam laluan kertas pencetak. 5. Meletakkan pencetak ditempat yang agak berhabuk dan tidak sesuai.

Mengesan Kerosakan Komponen-komponen Utama Pencetak Bagi memudahkan diagnosis, pembahagian pencetak kepada komponen umumnya boleh digunakan.

Komponen-komponen Utama Pencetak 1.Mekanisma kepala cetak • Berfungsi menghasilkan cetakan • Masalah biasa & tanda-tandanya:i.

Dakwat habis atau kepala cetak kering (dakwat kering nozzle) 1. kertas keluar tanpa hasil cetakan 2. dakwat cetakan terputus-putus / tidak jelas 3. cetakan warna memberikan warna berlainan

ii. Kedudukan penganjak kepala cetak tidak diselaraskan 1. Cetakan herot-berot (tidak rata)

iii. ‘Fuser’ (roda pemanas pencetak laser) tidak berfungsi 1. Dakwat tidak melekat pada kertas.

• Cara atasi:i. Jika dakwat kering, gantikan dengan katrij dakwat baru atau isi semula dakwat. ii. Jika dakwat masih ada tetapi cetakan bermasalah; bersihkan kepala cetak (lubang nozzle) dengan kain lembap (suam). Jika tidak selesai, gantikan kepala cetak baru. iii. Bagi cetakan herot-berot, gunakan utiliti pencetak (perisian yang disediakan bersama-sama pencetak) untuk membetulkan kedudukan kepala cetak (alignment). iv.

Bagi masalah ‘fuser’; semak bekalan kuasanya. Gantikan dengan baru jika perlu.

2.

Mekanisma penyuap kertas (feeder). • Berfungsi membekalkan kertas dan menyediakan laluan kertas untuk cetakan

• Masalah biasa & tanda-tandanya:-i.Kertas tersangkut semasa print • Cara atasi:i. Semak sama ada motor penyuap berfungsi atau tidak. ii. Semak gear-gear penyuap dan minyakkan (guna gris).

iii.Semak laluan kertas dan buang bendasing ( pin baju, pin kertas, daun kering, kertas gulagula, atau sampah lain) yang mungkin tersangkut pada laluan kertas

3. Bekalan Kuasa • Mengubah voltan arus ulangalik rumah kepada voltan rendah arus terus bagi kegunaan litar pencetak • Masalah biasa & tanda-tandanya:i. Tiada kuasa (lampu pencetak tidak menyala) • Cara atasi:i. Semak sambungan bekalan kuasa. ii. Uji voltan masuk dan voltan keluar. Jika ada voltan masuk tetapi tiada voltan keluar,

bekalan kuasa telah rosak. iii.Ganti bekalan kuasa baru (atau baiki)

4. Litar kawalan • Menterjemah arahan pengguna dan mengawal pergerakan pencetak bagi menghasilkan cetakan yang dikehendaki • Masalah biasa & tanda-tandanya:i. Ada kuasa tetapi hasil cetakan tidak keluar. • Cara atasi:i. Ganti komponen yang mungkin terbakar.

5.

Palam antaramuka • Menyediakan sambungan antara komputer kepada pencetak • Masalah biasa & tanda-tandanya:i. Komputer gagal mengesan kehadiran pencetak. • Cara atasi:i. Semak sambungan kabel PC-pencetak. ii. Cuba semak masalah ‘driver’ pada ‘Device Manager’. Jika ada tanda ? atau !, masukkan (install) driver yang betul bagi pencetak. iii. Jika tiada masalah driver, cuba gantikan kabel sambungan PC-pencetak dengan yang lain.

iv. Jika masih tidak dikesan, mungkin palam sambungan pada PC atau pada pencetak bermasalah. (Palam pada PC boleh diuji dengan menghubungkannya kepada perkakasan lain. Jika palam PC elok, PC boleh mengesan perkakas tersebut). iv. Bagi pencetak sambungan LAN (rangkaian), semak alamat IP pencetak. Pastikan alamat

IP ada dan dalam kumpulan sama (betul).

Related Documents

Laporan Kerosakan
May 2020 10
Komponen
June 2020 28
Komponen
June 2020 30
Komponen
May 2020 25
Komponen
May 2020 28