Mengapa Saya Memilih Islam (bahagian 5)

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mengapa Saya Memilih Islam (bahagian 5) as PDF for free.

More details

  • Words: 3,773
  • Pages: 13
Kompilasi Kisah

Saudara Baru Islam Bahagian5

Klik Pada Kisah Pilihan Anda Mimpi 'Islamkan' Lamaan Ball

\

Dakwah bil hal pikat Jerald Al-Quran ubah keluarga Yousef al-Khattab

Feel Free to Visit : http://mengapa-saya-memilih-islam.blogspot.com Http://iqbal86.blogspot.com

Mimpi 'Islamkan' Lamaan Ball Susunan SITI AINIZA KAMSARI NIKMAT yang tidak terhingga besar yang pernah Allah kurniakan kepada seseorang itu apabila dia dilahirkan sebagai Islam. Nikmat ini wajib disyukuri kerana tidak mampu dibayangkan jika dilahirkan atas agama lain. Kepada penulis tetap satu laman web yang popular, Islam Online, Lamaan Ball yang mempunyai ruangan yang beliau kendalikan, iaitu Investigative Islam beliau memiliki catatan 'memeluk' Islam yang begitu unik walaupun dilahirkan sebagai penganut Islam. "Ibu bapa saya memeluk Islam tidak lama sebelum saya dilahirkan ke dunia yang menyaksikan secara automatik saya juga adalah Islam. "Namun oleh kerana saya tidak dibesarkan secara Islam sepenuhnya, berani saya katakan ketika itu, saya tidak dapat menerima Islam sehinggalah saya berjanji untuk mencari kebenaran mengenai Islam sendiri pada suatu hari nanti," katanya. Begitupun beliau tetap melaksanakan perintah wajib dan ibadat termasuk berpuasa di bulan Ramadan semata-mata kerana mengikut seperti apa yang dilakukan oleh orang tuanya. "Sehinggalah selepas bapa saya meninggal dunia ketika saya berusia lima tahun, ibu saya sendiri tidak kisah jika saya tidak mahu mendirikan solat. "Ini membuatkan saya menunggu sehingga cukup dewasa bagi saya menentukan sendiri apa juga termasuk, agama apa yang selayaknya untuk saya anuti," katanya. Pada usianya 16 tahun, si ibu berkahwin lagi dengan lelaki warga Mesir dan Ball sendiri tinggal bersama mereka di London selama dua tahun. "Ketika itu saya mula merasakan sudah tiba masanya untuk mengenal pasti identiti saya sendiri, terutama sekali mengapa saya hidup di muka bumi ini," katanya. Sebagaimana surah al-Alaq, ayat pertama yang diperturunkan kepada Rasulullah SAW, dengan perintah suruhan supaya umat Islam membaca, tanpa banyak masalah, Ball sendiri memulakan pencarian dengan membaca tanpa lelah dan jemu. Namun buku-buku falsafah peninggalan bapanya, menjadi tarikan utama kepada remaja ini untuk beliau mencari jawapan kepada pelbagai persoalan hidup terutama kepercayaan terhadap Tuhan serta keberadaan Yang Maha Kuasa itu. Maka beliau lebih terarah untuk mengenali prinsip-prinsip yang logik sahaja dengan hanya berpaksikan kepada akal semata-mata. "Namun pendekatan saya agak berbeza, saya hanya membaca dan membaca sehingga di satu peringkat saya tidak menerima apa yang cuba disarankan oleh buku-buku itu. Ini menyebabkan banyak buku terbengkalai dan saya tinggalkan begitu sahaja tanpa perlu membacanya sehingga tamat.

Saya masih teringat sebuah buku yang bertajuk Teach Yourself Philosophy yang di peringkat permulaannya buku itu menyebut seseorang yang mempelajari falsafah, tidak bermakna dia akhirnya akan menemui jawapan yang dicari. "Cuma melaluinya kita mungkin akan lebih teruja untuk meneroka pelbagai persoalan. Ketika itu, saya merasakan saranan seperti ini merupakan satu cara yang tidak sihat bagi saya untuk mencari kebenaran," katanya. Selepas membaca dan bertanya mengenai Islam daripada orang lain, Ball masih tidak berpuas hati kerana tidak menemui sebarang jawapan yang benar-benar menjawab kepada persoalan yang sarat bersarang dalam fikirannya selama ini. Menginjak usia 21 tahun, benar-benar menjadi usia yang paling produktif untuk pembudayaan ilmu apabila Ball melanjutkan pelajarannya ke Universiti Manchester di bidang falsafah. Namun Ball seolah-olah kehilangan arah dan motivasi dalam hidup. Ini apabila segala penilaian mengenai kehidupan yang diketahui oleh anak muda ini sukar diterjemahkan kepada perbuatan. "Hidup ini sebenarnya mudah, lalu mengapa mesti diberatkan dengan pelbagai persoalan. Semudah kita mengikut saja pegangan orang ramai selama ini," katanya. Namun kata hatinya, tidak begitu. Sekali terjebak sampai bila pun Ball tidak dapat mengelak daripada dihurung persoalan bagaimana hidup ini dapat diteruskan sama ada dengan kepercayaan bertuhan atau pun tidak. Sehinggalah pada suatu hari Ball bermimpi yang pada takdirnya merupakan satu hidayah daripada Allah SWT diberikan kepada anak muda ini bagi mendapatkan jawapan yang selama ini begitu menghantuinya. "Mimpi tersebut mungkin agak kompleks dan sukar untuk dimengertikan. Di dalam mimpi itu, saya duduk bersama-sama sekumpulan manusia di atas sebuah benteng atau tembok panjang yang memisahkan antara jaluran landasan di kiri kanan tembok tersebut. "Masing-masing kemudiannya berbalah pendapat sama ada jaluran ini benar-benar satu landasan dan keretapi akan melalui landasan ini. Sehinggalah seorang daripada kami begitu yakin bahawa jaluran ini bukannya satu landasan keretapi dan tidak akan ada sebarang kenderaan akan melalui jaluran itu," katanya. Ini membuatkan lelaki itu duduk di tengah-tengah landasan tersebut. Namun tidak disangkasangka sebuah keretapi yang besar dengan lajunya melalui landasan itu, dan dalam tempoh beberapa saat keretapi itu kemudiannya terus hilang daripada pandangan. Begitu juga dengan lelaki duduk di tengah-tengah landasan tadi turun hilang dibawa keretapi yang datangnya dengan begitu laju menderu. "Saya begitu terkejut dan terus tercari-cari lelaki yang sebentar tadi begitu yakin dengan pendapatnya terutama tidak akan ada sebarang keretapi yang akan melalui landasan itu," katanya.

Lalu Ball bertanya kepada sekumpulan lelaki itu sama ada mereka sendiri ada melihat kejadian yang berlaku sebentar tadi. "Mungkin ada (keretapi yang melalui landasan) tetapi kini kami sudah tidak melihat apa-apa, jadi kami tidak berapa pasti sama ada trek ini benar-benar landasan keretapi dan sebarang keretapi akan melaluinya," kata salah seorang daripada ahli kumpulan lelaki itu dengan jawapan yang begitu mengelirukan. Apabila ditanya mengenai lelaki yang duduk di tengah landasan itu, mereka pula menjawab; "Kami tidak nampak dia. Jadi macam mana kami tahu dia duduk di situ dan buktikanlah bahawa dia memang duduk di landasan itu". Mereka kemudian terus berbalah sesama sendiri. Ball kecewa apabila terbukti mereka cuba menafikan hakikat kerana bagi sesetengah falsafah walaupun telah dibentangkan fakta di hadapan mereka namun tidak selalunya dapat diterima oleh mata kepala mereka setiap masa. "Mimpi itu membuatkan saya menyedari betapa sia-sianya perbincangan di kalangan ahli-ahli falsafah. Saya sedar kini ketentuan itu datang daripada satu peristiwa tanpa perlu diulang banyak kali bagi menentukan kesahihannya," katanya. Ini memberikan penjelasan yang kuat kepada Ball bahawa seseorang yang percaya kepada kewujudan Tuhan tidak akan boleh membuatkan orang lain turut percaya, apa lagi dengan ketiadaan sebarang bukti. "Namun Tuhan tidak dapat dilihat tetapi mempunyai bukti yang sangat kuat mengenai kewujudan-Nya kepada mereka yang percaya dengan apa yang dilihat dan apa yang didengar," kata Ball. Hasilnya, Ball benar-benar sedar dan buat pertama kalinya dalam seumur hidupnya, beliau mendirikan solat dan berdoa: "Tuhan, jika kau wujud maka bantulah aku!". Ball menyedari sepenuhnya sebagai manusia, kita tidak boleh hidup tanpa sebarang hala tuju yang pasti mahupun hanya sekadar duduk di atas pagar, tanpa sebarang pendirian yang jelas. "Maka di suatu petang, saya percaya sepenuhnya terhadap kewujudan Tuhan walaupun pelbagai agama turut mengesahkan kehadiran Tuhan mereka, namun Islam mempunyai kepercayaan bertuhan yang lebih diterima akal berbanding yang menjadi kepercayaan oleh agama-agama lain. "Saya terus menulis sijil kepercayaan saya terhadap Islam dan kalimah syahadah yang diakhiri dengan tanda tangan bahawa saya kini merupakan penganut Islam," katanya. Mungkin kedengaran agak pelik apabila seseorang yang dilahirkan Islam akhirnya mengucap kalimah syahadah sebagai tanda dia 'baru' memeluk Islam. Tetapi mengapa tidak? Ini kerana ramai yang menjadikan lahir sebagai Islam sudah memadai dan muktamad berbanding pelbagai usaha dan urusan untuk mengenali, mencari dan mengkaji Islam itu sendiri. Maka kitab al-Quran kepada Ball berbeza keadaannya berbanding buku-buku yang beliau baca sebelum ini.

"Sehingga di akhir kalam al-Quran saya tidak menemukan yang salah yang menyebabkan saya mengkajinya sehingga tamat. Semakin saya baca, semakin menyakinkan kepercayaan saya terhadap Allah kerana tidak ada sesuatu pun di dalam kitab itu meragukan, walau dari sepatah perkataan atau sebaris ayat pun," katanya. Namun sebagai manusia, tidak ada sesiapa yang terlepas daripada membuat kesilapan, begitu juga yang terjadi kepada Ball. Sejak itu, Ball tidak lagi menoleh ke belakang dan sering mengucapkan kesyukuran kerana tidak lagi kerana dilahirkan sebagai Islam tetapi kerana selamanya beliau tetap dengan agamanya, iaitu Islam! **** *** ***

Dakwah bil hal pikat Jerald SUSUNAN SITI AINIZA KAMSARI DR. Jerald Dirks SESEORANG yang tidak mempunyai pegangan agama atau tidak menyatakan agama apa yang dianuti dianggap sebagai tidak mempunyai identiti diri. Begitulah pentingnya agama kepada warga Amerika Syarikat, Dr. Jerald Dirks. Bukan sahaja atas nama identiti, agama kepada Jerald turut bermakna mesti dipertahankan dan disebarkan kepada orang lain! Namun bagaimana beliau yang merupakan seorang penganut Kristian yang sangat taat, akhirnya tunduk kepada Islam? Ini berlaku pada tahun 1993, Jerald akhirnya memeluk Islam. Nama Abu Yahya dipilih untuk menyerlahkan lagi identiti agama yang beliau baru anuti itu. Jika ditelusuri kehidupan lampau beliau, kita mendapati Jerald adalah 'umat' Kristian terbaik yang pernah ditemui. "Pada lewat 1950-an, dengan tiga buah gereja terdapat di pekan kelahiran saya, menjadikan seluruh penduduk begitu kuat berpegang kepada agama itu," katanya. Beliau melakukan pelbagai aktiviti untuk gereja milik keluarganya, Gereja Methodist. Jerald tidak pernah gagal menghadiri sebarang upacara sembahyang sehingga pernah dianugerahkan pelbagai trofi kejuaraan kerana kehadiran penuh dan berjaya menghafal ayat-ayat dari Bible. Pada usia 17 tahun, ketika memasuki Kolej Harvard atas nama cintakan agamanya, dia memilih kursus yang membolehkannya menjadi paderi bertauliah. Ini termasuk keperluan kursus Perbandingan Agama yang membolehkan buat pertama kalinya Jerald mengenali Islam. Kursus itu diajar oleh seorang pensyarah iaitu Wilfred Cantwell Smith, yang mempunyai kepakaran dalam pengajian agama itu. Bagaimanapun, Jerald tidak begitu memberi tumpuan terhadap pengajian Islam berbanding minat yang tinggi terhadap pengajian agama Hindu dan Buddha. Hollis Scholar Atas kesungguhannya, kalangan warga Harvard menggelarkan beliau Hollis Scholar.Tamat pengajian, beliau menyambung pengajian tinggi di Harvard Divinity School atas tajaan Biasiswa Stewart iaitu sumbangan dari pihak gereja bagi membolehkan beliau beroleh Ijazah Master of Divinity pada tahun 1974.

Sebaik sahaja tamat pengajian, Jerald terus dihantar bertugas sebagai paderi di dua buah Gereja United Methodist. Sekali gus di kawasan pedalaman Kansas yang menyaksikan semakin ramai kembali mengunjungi gereja berbanding keadaan yang sebelumnya. Semua ini 'berkat' kesungguhan Jerald sebagai seorang paderi yang berwibawa. Dengan latar belakang pendidikan dan prestasi kerjaya yang sebaik itu tentunya Jerald seorang yang tidak lagi dalam pencarian. Sebabnya, segala-galanya kini telah terjawab dan tidak mungkin iman akan tergugat dengan apa juga gejala yang melanda. "Tetapi mungkin secara luaran saya dilihat begitu tetapi jauh di sudut hati, saya sebenarnya berperang!" ujarnya. Walaupun sudah semakin jauh dan begitu mengenali agama sendiri, namun beliau akhirnya menyedari beberapa aspek yang tidak kena dengan agama asalnya. Antaranya 'Keaslian Bacaan' daripada pelbagai teks-teks kitab Bible, konsep triniti yang sentiasa mengalami evolusi sebagai 'Tuhan Yang Satu' namun tetap meletakkan Nabi Isa itu sebagai tuhan. Mengenali Islam Ketika inilah, buat pertama kalinya, beliau dan isterinya mula mengenali Islam yang kebetulan mereka berdua sedang membuat kajian mengenai sejarah Kuda-kuda Arab. Matlamat utama kajian itu untuk menyelamatkan dokumen-dokumen atau naskhah-naskhah sejarah Arab lama. Tugas itu memerlukan beliau mendapat pertolongan kalangan bangsa Arab, terutama untuk menterjemahkan teks-teks berbahasa Arab dan memberi panduan mengenai sejarah kuda serta Arab itu sendiri. Seorang berbangsa Arab bernama Jamal akhirnya menawarkan diri membantu mereka dengan hadir ke rumah Jerald hampir setiap hari. Selain membantu Jerald, Jamal melakukan dakwah secara halus yang berjaya menyentuh hati Jerald yang mula kagum dengan cara hidup yang ditunjukkan oleh Jamal. Ini kerana sebelum pulang, Jamal akan meminta kebenaran mengambil air sembahyang diikuti meminta hanya sehelai kertas sebagai alas atau sejadah. Jamal kemudiannya solat tanpa sebarang ragu dan janggal walaupun di dalam sebuah rumah milik seorang paderi Kristian. "Tanpa kami sedari bahawa Jamal sebenarnya sedang menunjukkan satu bentuk dakwah yang sangat cantik yang menyebabkan hati kami begitu tertarik," katanya. Jamal benar-benar menjayakan konsep dakwah bil hal (dengan contoh) dengan tidak pernah mengambil kesempatan untuk bercerita mengenai Islam. Jauh sekali untuk memaksa Dr Jerald dan isterinya memeluk Islam, walaupun peluang itu ada untuk Jamal berbuat demikian. "Banyak yang saya belajar dari Jamal yang tidak pernah cuai mendirikan solat, sampai masa dan waktunya dia akan segera solat tetapi itupun dengan terlebih dahulu meminta kebenaran dari saya sebagai tuan rumah," katanya.

Jerald suami isteri benar-benar tertarik dengan cara Jamal mengendalikan kehidupannya baik untuk soal kerja dan cara beliau bersosial. Malah cara Jamal mendidik anak-anaknya juga amat menarik perhatian keluarga Kristian ini. "Jika Jamal memberi penerangan mengenai Islam pun, dia memberitahu dengan begitu profesional tanpa menyelitkan sebarang propaganda mengenai Islam di situ," katanya. Ini termasuklah Jamal membantu Jerald memahami mengenai sejarah tanah Arab, sejarah Islam, Nabi Muhammad, al-Quran termasuk terjemahan-terjemahan penting daripada kitab itu. Cantiknya Islam Sehinggalah Jamal kemudiannya memperkenalkan Jerald dengan beberapa keluarga Arab lain, beliau semakin mengagumi Islam apabila melihatkan cantiknya Islam yang dibawa oleh keluargakeluarga tersebut. Pada Disember 1992, Jerald mula memikirkan dengan lebih serius akan kedudukan diri atau lebih tepat agama yang menjadi anutannya. Ini membuatkan beliau mengkaji semula mengenai Islam terutama melalui al-Quran yang beliau baca dari dua kitab terjemahan. "Saya tidak pernah memberitahu kepada rakan-rakan Islam pencarian yang saya lakukan secara bersendirian itu. "Akhirnya, saya dan isteri mengakui bahwa tidak ada apa yang perlu diragukan mengenai Islam. Malah saya juga mula menerima hakikat mengenai kerasulan Nabi Muhammad dan saya dapat menerima sepenuhnya bahawa tuhan yang wajib dipercayai dan disembah hanyalah Allah, tiada yang lain selain dari-Nya!," katanya. Begitupun beliau masih ragu-ragu untuk membuat keputusan yang pasti kerana merasakan banyak lagi mengenai Islam perlu diketahui. "Saya cukup sebati dengan Kristian, iaitu hampir 43 tahun lamanya. Jadi untuk menanggalkan label Kristian itu bukan sesuatu yang mudah kerana dengan agama itu juga saya sebenarnya dapat menikmati kehidupan yang selayaknya untuk dinikmati," kata beliau. Namun Jerald akui bahawa beliau begitu berat untuk meletakkan Kristian sebagai perakuan agama ketika mengisi borang pasport, dokumen untuk memohon perjalanan ke Timur Tengah. "Saya ketawa bagi melindungi perasaan sebenar saya yang masih begitu bermain sedangkan dari akademik dan logik, saya dapat mengakui Islam," katanya. Sehinggalah pada suatu hari ketika sedang khusyuk membaca al-Quran terjemahan yang ketiga di sebuah restoran Arab, beliau ditegur oleh Iman, isteri tuan punya restoran itu. Sebabnya, hanya mereka yang memeluk Islam sahaja yang akan membaca al-Quran mahupun terjemahan kitab suci itu. "Secara spontan saya menjawab, tidak!," kata Jerald. Beliau kemudiannya menyedari telah bersikap kasar lalu menemui semula Iman dan menjelaskan kepadanya.

"Bahawa sekiranya dia bertanya sama ada saya percaya tuhan yang satu, pasti saya menjawab 'ya' dan sekiranya ditanya saya mempercayai Nabi Muhammad, jawapan saya sama, saya percaya kerasulan baginda!," katanya. Mungkin dengan jawapan Dr Jerald itu sebenarnya beliau telah mengucap dua kalimah syahadah tanpa beliau sedari. Namun beliau masih belum mempunyai kekuatan yang jitu bagi membulatkan sebarang perubahan baru yang akan mengubah seluruh hidupnya dan apatah lagi untuk berhadapan dengan pandangan masyarakat terhadap beliau selama ini. Begitu pun kunjungan beliau ke Amman, ibu negara Jordan merupakan titik yang menjadi transformasi kepada Jerald dan isterinya. Ketika melakukan kajian di negara itu, secara tiba-tiba Jerald ditegur oleh seorang rakyat Jordan yang beliau tidak kenali. Selepas memberi salam kepada Jerald yang hanya mampu menjawab dengan menganggukkan kepala, tidak semena-mena lelaki ini bertanya sama ada beliau seorang Muslim. "Ketika itu saya-saya benar terperangkap, saya tidak mampu lagi bermain dengan sebarang permainan perkataan yang intelektual untuk menipu kebenaran yang ada. "Semudah sama ada saya menjawab Na'am (ya) atau La' (tidak). Lalu saya benar-benar membuat satu pilihan apabila saya akhirnya menjawab "Na'am ana Muslim" (ya, saya seorang Muslim)" katanya. Allahu Akbar! Tuhan Maha Besar! Sejurus jawapan itu keluar dari mulut Jerald, beliau dapat merasakan seluruh beban kini bagaikan telah jatuh luruh daripada dirinya. "Saya berasa sungguh ringan dan satu ketenangan yang luar biasa menyelinap masuk ke dalam hati saya. "Keputusan ini bukan satu kesilapan walaupun saya menyedari pelbagai risiko dan cabaran yang bakal saya hadapi," katanya. *** *** ***

Al-Quran ubah keluarga Yousef al-Khattab Susunan SITI AINIZA KAMSARI WALAUPUN berbangsa Yahudi, ia bukan penghalang kepada keluarga Yousef untuk menerima kebenaran dan memeluk Islam. SAAT ini tidak tergambar betapa bencinya perasaan terhadap golongan yang bernama Yahudi. Apatah lagi yang menghuni di sebuah negara haram, Israel! Ini kerana mereka mempunyai satu gerakan yang cukup zalim dan kejam tanpa mempunyai nilai-nilai ketamadunan manusia kecuali bernafsukan binatang. Rejim Israel menjadikan manusia yang lain umpama binatang buruan yang kemudiannya dibunuh dengan kejam. Tanpa ada sebarang peraturan dan undang-undang yang membataskan kecuali berpaksi kepada undang-undang rimba! Walaupun mendakwa mereka mempunyai agama yang suci sebagai pegangan hidup. Istilah seperti Yahudi mabuk misalnya, merujuk kepada mereka yang hidup tiada pedoman dan sebagainya menggambarkan lagi betapa buruknya bangsa ini di pandangan masyarakat antarabangsa. Namun masih ada Yahudi yang waras akalnya. Malah sanggup meninggalkan segala macam doktrin dan dogma Yahudi dan akhirnya mengakui kebenaran Islam dan memeluk agama itu tanpa sebarang halangan dan prejudis. Antaranya, Yousef al-Khattab yang seisi keluarga memeluk Islam dengan seikhlas hati sekali gus membuktikan Islam agama sejagat. “Saya dilahirkan dalam keluarga Yahudi tetapi lebih bersifat sekular, iaitu kami tidak begitu taksub terhadap ajaran Taurat dalam setiap aspek kehidupan. “Bagi kami, ruang lingkup agama adalah ibadat dan bukan untuk dijadikan cara hidup” katanya. Ketika usianya mencecah 18 tahun, Yousef ingin melihat lebih jauh ke dalam agamanya sendiri, terutama dalam mempercayai kewujudan tuhan. Lantas memilih pengajian Rabbinical Orthodox Judaism ketika belajar di sekolah Yahudi. Pada 1988, Yousef kemudiannya menyambung pengajian peringkat tinggi, iaitu yang dikenali sebagai Yeshiva dan memulakan perjalanan hidupnya dengan mengikuti secara kultus atau mengamalkan ajaran yang selama ini dipelajari secara teori. Pada 1991, Yousef mengahwini seorang wanita berketurunan Yahudi, bernama Luna Mellul yang kemudiannya dikenali Qamar al-Khattab setelah memeluk Islam. “Isteri saya berasal dari sebuah bandar yang dikenali sebagai Tetouan di Maghribi dan mendapat pendidikan di sebuah sekolah Yahudi untuk kanak-kanak perempuan, Sampson Raphael Bet Yaakov atau Bais Yakov setelah berpindah ke Manhattan Amerika Syarikat,” kata Yousef. Mereka dikurniakan Rachamin Cohen (kini dikenali sebagai Abdel Rahman) setahun kemudian. Perkahwinan yang dibina pada masa itu, penuh bahagia tanpa sebarang konflik.

Selepas kelahiran Rachamin, pasangan Yahudi ini kemudiannya menetap di sebuah komuniti Yahudi yang dikenali sebagai Satmar Hasidic di Williamsburg, Brooklyn Amerika Syarikat. Ketika menetap di situ, Yousef mula mendapati ada sesuatu yang tidak kena apabila ajaran Yahudi tidak menjadi satu amalan agama yang baik malah penuh dengan pembohongan dan penipuan. “Mereka menggunakan institusi seperti kuil Yahudi, synagogue dan institusi kewangan Yahudi, Bank Yeshiva untuk menggelapkan wang-wang sumbangan sehingga menjadikan kehidupan masyarakat Yahudi di situ agak teruk dan pengotor. “Ini menyebabkan saya berasa tidak lagi sesuai menetap dengan komuniti di situ. Apa lagi untuk membesarkan anak-anak” katanya. Sehingga 1998, pasangan ini dikurniakan tiga anak lagi iaitu Hesibeh, Abdul Aziz (dahulunya Ezra) dan Abdullah (dahulunya Ovadia). “Sehingga ke saat itu saya masih mempercayai bahawa agama Yahudi merupakan satu ajaran yang benar” katanya. Begitupun kata Yousef, beliau sebenarnya masih tidak begitu memahami ajaran sebenar agama itu kerana untuk memahami Judaisme ia terpaksa melalui tiga cara atau peringkat termasuk ‘peringkat yang tersembunyi’. Peringkat-peringkat itu sebenarnya menjadi sebahagian daripada teka-teki yang mengelirukan bagi mereka yang mengamalkan atau kultus Rabbinical. “Anda tidak akan dapat belajar sehingga habis teks-teks Rabbinic kerana ada kalanya anda hanya perlu tunduk dan patuh kepada ketua agama yang dikenali sebagai rabbi (atau Elders of Zion) yang menentukan tahap-tahap tertentu untuk seseorang itu mempelajari agama Yahudi. “Mereka inilah yang menterjemahkan agama Yahudi untuk anda dengan cara mereka yang tersendiri” kata Yousef. Tetapi apabila rabbi dapat mengesan Yousef mula mempertikaikan ajaran Yahudi menyebabkan dirinya sentiasa diperhatikan. “Rabbi hendak tahu ke mana kita hendak pergi dan dengan siapa kita berkawan, sehingga begitu sekali mereka mengawal penganut-penganutnya. “Tidak cukup setakat itu, malah atas nasihat Rabbi, mereka meminta kami sekeluarga supaya berpindah untuk menetap di Palestin dan menjadi sebahagian penduduk dalam kerajaan Israel,” katanya. Ini kononnya agar pegangan Yousef terhadap ajaran Yahudi semakin kukuh kerana hidup dalam lingkungan agama dan penganut yang lebih kuat pegangan mereka terhadap agama Yahudi. Pada September 1998, mereka sekeluarga menuju ke Tebing Barat Gaza dan menetap di sebuah penempatan Yahudi iaitu Gush Qatif di situ.

Walaupun diberi pelbagai kemudahan ketika di situ tetapi peristiwa anaknya, Rachamin) ditipu oleh gurunya menyebabkan Yousef semakin tidak mempercayai agamanya sendiri. Rachamin ketika itu pulang dari sekolah dan sambil termengah-mengah kerana berlari beliau memberitahu bahawa guru yang mengajarnya di sekolah tidak menutup rambutnya dengan betul malah berpakaian menjolok mata. “Anak saya dan para pelajar yang lain tidak diajar mengenai Taurat kerana sebahagian besar masa mereka dihabiskan dengan hanya bermain dan menyanyi” kata Yousef. Peristiwa itu menyebabkan Yousef tekad berpindah walaupun ketika itu beliau sendiri berada dalam kesempitan wang dan harta. Malah menurut Qamar, beliau tidak menyenangi keadaan dan corak kehidupan pendatang Yahudi di situ. “Barulah saya mengenali siapa sebenarnya Yahudi. Antara lain sejak kecil anak-anak Yahudi yang hampir satu juta ramainya itu diajar supaya membenci dan menghina bangsa lain yang dianggap tidak layak mendiami bumi ini kecuali bangsa Yahudi. “Ini merupakan sifat pentingkan diri sendiri yang paling teruk pernah saya jumpa. Walaupun kami Yahudi, kami menentang sikap-sikap bongkak seperti itu,” kata Qamar. Yousef kemudiannya memilih menetap di Netivot, iaitu sebuah penempatan yang telah dirampas hak miliknya daripada rakyat Palestin pada 1948. Sebuah pertubuhan parti politik yang bercirikan agama, Shas kemudiannya membantu Yousef memulakan kehidupan. Mereka diberi sebuah rumah dan anak-anak Yousef dihantar ke sebuah sekolah persendirian sehingga anaknya berjaya menguasai bahasa Hebrew. “Tetapi ketika menetap di situ saya berkenalan dengan seorang Arab Islam yang berasal dari Arab Saudi dan selama dua tahun perkenalan itu, kami sering menghabiskan masa bertukartukar pandangan mengenai agama masing-masing. “Beliau sering bertanyakan kepada saya mengenai soal akidah dalam agama Yahudi untuk beliau bandingkan dengan tauhid uluhiah sebagai sebahagian daripada kepercayaan kepada monotheism dalam Islam” katanya. Oleh kerana Yousef tidak mampu menjawab dengan baik mengenai pertanyaan kawannya itu, beliau merujuk kepada rabbi-rabbi Yahudi bagi mendapatkan jawapan yang lebih pasti, tepat, jelas dan logik. Yousef begitu terperanjat apabila diberi hampir 1,001 jawapan yang berbeza-beza dan mengelirukan. “Malah Rabbi tidak dapat menunjukkan kepada saya di mana perkataan atau nama tuhan (Yahweh) ada disebut dalam teks ajaran dan kitab Taurat.

“Ini menyebabkan saya semakin keliru terhadap pegangan saya selama ini. Lalu saya menuju ke penempatan Arab Palestin bagi mendapatkan senaskhah al-Quran yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris,” katanya. Buat sekian kalinya, Yousef mengalami kejutan apabila mendapati kitab al-Quran itu mampu memberikan jawapan yang beliau cari selama ini. “Malah al-Quran bukan sahaja menjelaskan kedudukan dan siapa sebenarnya bangsa Yahudi tetapi Allah masih dengan begitu belas dan mengasihi mengajak orang Yahudi kembali ke ajaran Islam,” kata Yousef yang begitu bersyukur memiliki al-Quran dan tidak sanggup melepaskannya. Beliau sanggup menghabiskan masa membaca keseluruhan al-Quran yang menyebabkan beliau tidak teragak-agak meninggalkan agama Yahudi. “Saya memeluk Islam kerana saya tidak mampu menolak sebuah ajaran yang di dalamnya penuh dengan kebenaran dan menjawab pelbagai persoalan terutama soal ketuhanan. “Malah saya amat gembira kerana dua minggu selepas memeluk Islam, isteri saya pula memeluk Islam setelah beliau juga seperti saya mengkaji dan mendalami serba sedikit mengenai Islam terutama melalui al-Quran. Ini diikuti oleh anak-anak kami kemudiannya,” katanya. Akui Qamar, beliau terkejut dengan tindakan suaminya memeluk Islam kerana telah menjadi sebahagian dari ajaran agama Yahudi supaya membenci agama lain terutama Islam. “Tetapi Yousef tidak memaksa saya mengikut jejak langkahnya kerana dalam Islam dibenarkan seorang lelaki Islam mengahwini wanita dari golongan ahli kitab. “Tetapi saya juga ingin mengetahui apa yang Islam lakukan sehinggakan suami saya sanggup memeluk agama itu dengan saya sendiri cuba mengkaji mengenai Islam,” jelas beliau. Hasilnya, Qamar bangga mengakui kebenaran Islam. Kini Yousef sekeluarga menetap di Maghribi. Mereka gemar mendalami ajaran Islam dan bahasa Arab bagi mewujudkan keluarga Muslim yang sejati. “Walaupun berdarah Yahudi namun Islam membuatkan bangsa ini tiada bezanya seperti bangsabangsa yang lain kecuali iman dan takwa sahajalah yang menentukan kedudukan masing-masing di sisi Allah, tuhan yang satu, tuhan yang wajib disembah,” katanya. *** *** ***

Related Documents