Mencetak lebih cepat di Command Prompt Sistem operasi Microsoft Windows 2000 merupakan salah satu sistem operasi yang cukup mudah untuk urusan jaringan. Oleh itu, tak hairan jika banyak syarikat yang menggunakan sistem operasi ini pada seluruh komputer yang disambung ke jaringan. Tidak kurang, program-program berasaskan DOS masih tetap digunakan walaupun sistem operasi utama anda adalah Windows 2000. Tindakan anda tidak salah, kerana program-program tersebut tetap dapat bekerja dengan baik dan cepat di atas sistem operasi Windows 2000. Hanya saja, untuk urusan percetakan Windows 2000 memiliki sedikit masalah dengan program-program berasaskan DOS. Respon semasa melakukan pencetakan terasa lebih lambat dibandingkan semasa mencetak dokumen yang dibuka oleh aplikasi berasaskan Windows. Jawapan untuk permasalahan diatas dapat anda lakukan dengan cara: 1. Jalankan Registry Editor dengan mengklik [Start] kemudian taip regedit.exe. 2. Masuk ke subkey HKEY_LOCAL_MACHINE-SYSTEM-CurrentControlSet-ControlWOW. 3. Carilah String Value dengan nama LPT_timeout, kemudian klik dua kali String Value tersebut. 4. Ubahlah Value Data yang sebelumnya bernilai 15 menjadi 3. 5. Klik [OK] lalu tutup tetingkap Registry Editor. Sekarang, cubalah untuk mencetak kembali melalui Command Prompt. sumber: PCplus