Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, 16800 Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim. Tuan Pengetua, Sekoah Menengah Sains Pasir Puteh, 16800 Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim.
13 Januari 2009
Tuan, Memohon Untuk Meletakkan Loker Buku di Dalam Kelas. Berhubung perkara di atas saya sebagai setiausaha tingkatan lima, ingin mengemukakan beberapa permohonan untuk meletakkan loker buku di dalam kelas. 2. Untuk pengetahuan tuan, perkara berhubung dengan permohonan ini telah dibentangkan dalam mesyuarat pelajar tingkatan lima. Perkara ini telah mendapat persetujuan daripada semua pelajar tingkatan lima. 3.Sesungguhnya dengan meletakkan loker buku di dalam kelas akan lebih memudahkan kami untuk belajar di dalam kelas. Hal ini demikian, kami tidak mempunyai tempat untuk menyimpan semua buku kami. Walaupun terdapat loker di bilik bacaan asrama, ini banyak menyukarkan pengerakan harian kami. 4. Sebab-sebab yang lain pula, satu subjek memerlukan banyak buku ataupun melebihi tiga buah buku . Selain itu, dengan mempunyai loker di dalam kelas memudahkan kami untuk mengulangkaji dan kami sentiasa dalam keadaan sedia jika guru ingin mengajar dan mahukan maklumat yang lebih. Di samping itu, ini dapat mengelakkan pelajar dari meminjam buku dari kelas yang lain dan ini dapat menjimatkan waktu pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, pelajar tingkatan lima lebih banyak menghabiskan masa di sekolah berbanding di asrama untuk mengulangkaji pelajaran. Meletakkan buku di asrama boleh memyebabkan banyak kehilangan buku-buku. Sedangkan ibu bapa kami banyak menghabiskan duit untuk membeli semua bukubuku rujukan kami. Guru kami juga banyak memberi nota dan latih tubi dalam bilangan yang banyak dalam bentuk kertas bagi sesuatu subjek. Kesemua kertas yang diberikan oleh guru haruslah disimpan di dalam kelas. Hal ini kerana, nota dan latih tubi tersebut akan diperlukan pada bila-bila masa sahaja. Seterusnya, kami dapat meletakkan buku-buku latihan dan dapat bertukar buku latihan antara pelajar yang lain dan dapat menambah koleksi soalan SPM yang sedia ada. 5.Kami berjanji kelas kami akan berada dalam keadaan kemas sekiranya permohonan kami diterima. Kami juga akan belajar bersungguh-sungguh demi menaikkan nama dan martabat sekolah seiring dengan sekolah cemerlang yang lain. Ketua tingkatan setiap kelas akan memastikan perkara-perkara di atas dilakukan seperti yang dijanjikan dengan kerjasama semua pelajar tingkatan lima. Oleh itu, kami berharap persetujuan pihak tuan dalam memberi pertimbangan dan kelulusan kepada permohonan kami, dan kami terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih. …………………………………………….. (Nur Hamezah bt Abdul Malik) Setiausaha Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh.